Thursday, September 19, 2013

hari malaysia


ni ler video sambutan tu...

RABU, 18 SEPTEMBER 2013, sdr. RAMLI dan aku telah membuat rakaman ENG
SAMBUTAN HARI MALAYSIA di DATARAN GEMILANG
UKM di BANGI.
Sambutan Hari Malaysia ini telah dirasmikan
oleh Naib Canselor UKM. Antara pengisian aturcara sambutan ini ialah
pertandingan perbarisan serta persembahan lagu-lagu
patriotik dan juga tarian.................Juara pertandingan perbarisan antara
kolej-kolej telah dimenangi oleh KOLEJ TUN SYED NASIR.



Sebenarnya sambutan ini bertujuan untuk memperingati hari tertubuhnya Malaysia
pada 16 September 1963. Tanah Melayu merdeka dari penjajah
dalam tahun 1957. Kemudian Sabah atau Borneo, Sarawak
dan Singapura menyertai Tanah Melayu untuk
membentuk negara Malaysia.



Namun begitu Singapura telah menarik diri daripada Malaysia dalam tahun 1966.
Sementara negeri yang lain masih kekal dalam Malaysia.
Sambutan hari Malaysia sebagai cuti umum telah
mula di sambut dalam tahun 2010.
Sebelum itu hanya Sabah sahaja yang menyambut Hari Malaysia.
Kemerdekaan yang dicapai oleh Malaysia mengambil masa yang panjang dan
tidak semudah yang kita bayangkan. Oleh demikian sewajarnya hari kemerdekaan
dan hari malaysia ini sewajarnya disambut. Antara tujuannya ialah supaya
kita sayang kemerdekaan yang telah kita kecapi ini serta 
untuk memupuk rasa kecintaan kepada MALAYSIA....
Sambutan tersebut tamat lebih kurang jam 11 malam. Aku akan cuba 
buatkan suntingan video berkenaan dan tentu sekali
akan aku 'upload' kan ke YouTube....tunggu yerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr................

....sekian, terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

No comments: