SELASA 16 JULAI 2013
HARI ini, Selasa 16 Julai, kami membuat rakaman 'Voice Over' untuk program
video Pusat Sukan UKM di STUDIO UKM. Tugas tersebut
dibuat lebih kurang jam tiga petang.
vo untuk pelajar LI |
VO untuk pelajar LI |
VO untuk Pusat Sukan UKM tidak mengambil masa yang lama, lebih kurang
setengah jam jer. VO ini akan kami masukkan semasa proses
suntingan video yang akan kami rakamkan kemudian.
Shooting program ini masih belum
dilakukan lagi, In sya ALLAH...mungkin
pada hari Jumaat ini kut.........
Video yang berupa program senaman tersebut
akan aku buat suntingan offline nya, sementara on line akan dilakukan oleh
staf yang lain. Harap semuanya berjalan dengan lancar tanpa masalah...insyaa ALLAH...
recording... |
aisyah...pelajar LI, nak kenal ker...? |
Selepas rakaman VO untuk Pusat Sukan, kami buat pulak rakaman VO untuk
MCP Pelajar LI yang menjalankan latihan industri di tempat kami.
Sebenarnya kami punyai pelajar LI seramai 5 orang
iaitu 2 orang dari POLITEKNIK ARAU
dan 3 orang dari FPI UKM.
Mereka akan gunakan VO ini untuk
Program MCP mereka nanti...tunggu dan tonton jer....aku akan upload kan
ke YouTube nanti. Sebelah pagi pula kami membuat VO untuk program
rakaman masa BENGKEL DOKUMENTARI di
MELAKA beberapa hari yang
lalu. Suntingannya hampir siap, mungkin esok aku boleh
upload kan ke YouTube. Program tersebut aku beri nama 'SENIMAN
BANDARAYA MELAKA'. Sila tonton esok.
Harap gembira menonton...kalau tak enjoy pon ketika menonton...paksalah
diri tu untuk enjoy jugak menonton...ekekeke...
sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment