HARI ini, 26 Mac 2013, dapat siapkan suntingan video Ulu Selangor
yang telah diusahakan sejak minggu lepas lagi......da aku
masukkan ke YouTube jugak.....
SKRIP ULU SELANGOR;
Daerah Hulu Selangor mempunyai sempadan
dengan Perak dan Pahang. Ia mempunyai keluasan 174,047 hektar. Jumlah
penduduknya lebih daripada 100,000 ribu orang. Bandar utama daerah ini ialah
Kuala Kubu Baru. Selain daripada pekan dan bandar yang dipenuhi hutan batu,
Hulu Selangor juga kaya dengan keindahan alam semulajdi ciptaan Tuhan.
Di sekitar Hulu Selangor terdapat
beberapa lokasi yang menarik untuk dikunjungi oleh mereka yang berminat dengan
keindahan alam.
Dari Kuala Lumpur melalui Jalan Sungai
Tua, sebelum masuk ke daerah Hulu Selangor, pengunjung akan temui sebuah
empangan yang dikenali sebagai Empangan Batu. Empangan ini dikelilingi oleh
bukit bukau. Pinggir empangan ini sering menjadi lokasi persinggahan mereka
yang melalui Jalan Sungai Tua ini.
Empangan Batu yang dibina semasa zaman
Inggeris ini, mempunyai keluasan 775 hektar. Ia menampung air dari Sungai Batu,
Sungai Tua dan Sungai Bisol.
Pemandangan di sekitar empangan ini
agak menarik, sesuai dijadikan lokasi bersiar-siar untuk melapangkan fikiran.
Tempat rehat disediakan untuk mereka yang ingin berehat sambil menikmati
permandangan indah di sini.
Empangan Batu ini telah
menjadi lokasi peserta bengkel fotografi university kebangsaan Malaysia untuk
menjana idea
dan menggilap kepakaran masing-masing.
Subjek-subjek di persekitaran menjadi tumpuan lensa kamera mereka.
Mereka tidak henti-henti mencari subjek
serta menilik sudut-sudut indah di empangan ini.
Tidak terkecuali, pinggir empangan ini
menjadi lokasi menarik untuk mengabadikan detik-detik indah yang mungkin tidak
akan berulang kembali. Detik ini akan menjadi kenangan indah untuk ditatap kembali
bersama mereka yang tersayang di masa yang mendatang.
Empangan ini juga menjadi tumpuan kaki
pancing yang mencuba nasib dengan berbekalkan umpan sebagai habuan si ikan.
Tumbuhan menghijau di sekitar empangan
batu, menyejukkan mata yang memandang. Bayang-bayang pinggir empangan yang
terlakar di air, kelihatan indah.
Di sekitar Ulu Yam, Hulu Selangor juga
terdapat lebih kurang empat buah lokasi air terjun. Salah sebuah lokasi air
terjun tersebut ialah terletak di Hutan Lipur Sungai Sendat. Hutan lipur ini
terletak lebih kurang 70 kilometer dari Bandaraya Kuala lumpur.
Untuk masuk ke hutan lipur
Sungai Sendat ini, pengunjung dikenakan bayaran. Pengunjung akan dikenakan
bayaran tambahan jika membawa kamera. Air terjun Sugai sendat ini mempunyai
tiga tingkat. Ketiga-tiga tingkat mempunyai keluasan dan kedalaman yang berbeza.
Ketiga-tiga tingkat air terjun ini sesuai untuk mandi –manda.
Air terjun tingkat yang kedua dan
ketiga adalah tidak sesuai untuk kanak kerana untuk tiba di sana perlu mendaki
laluan curan yang agak bahaya untuk kanak-kanak.
Air terjun hutan lipur ini sememangnya
terkenal dikalangan para pengunjung. Air terjun ini sering dikunjungi oleh pengunjung
untuk berkelah dan mandi manda.
Air sungai yang mengalir sungguh jernih
hingga menampakkan dasar sungai berkenaan. Deruan air terjun serta bunyi air
yang mengalir di celah-celah batu yang besar ini seolah-olah seperti alunan
melodi yang mendamaikan mendamaikan hati sesiapa saja yang berkunjung ke sini.
Dengan persekitaran yang menghijau
serta aliran sungai yang dingin airnya tentu mampu melupakan seketika kekusutan
fikiran.
Hutan lipur ini kelihatan indah dan
cantik pada waktu pagi ketika cahaya mentari menerjah ke bumi melalui celahan
pokok-pokok merimbun di hutan tersebut.
Hutan lipur Sungai Sendat ini juga kaya
dengan kepelbagaian spesis flora dan fauna. Dikatakan wujud lebih daripada 2000
spesis pokok di hutan ini. Hutan ini juga dihuni oleh 200 spesis mamalia, 600
spesis burung dan pelbagai jenis serangga.
Dalam hutan lipur ini tumbuhan, haiwan
serta serangga hidup dalam keadaan yang harmoni saling bergantung di antara
satu dengan lain dalam ekosistem yang teratur.
Wakaf-wakaf juga turut dibina di sini
untuk kemudahan para pengunjung yang tidak putus-putus berkunjung ke sini.
Kicauan unggas yang menjadi
penghuni di sini melengkapkan keindahan hutan lipur berkenaan.
Sebuah lokasi lain yang tidak kurang
menariknya ialah Hutan Lipur Sungai Tua. Jaraknya dari Kuala Lumpur ialah
kira-kira 23 kilometer. Hutan Lipur ini boleh dimasuki melalui jalan Sungai
Tua. Seperti Hutan Lipor Sungai Sendat, hutan lipur ini juga terdapat sebatang
sungai yang merentasinya.
Memanglah sungai-sungai di hutan –
hutan tidak dapat dipisahkan dengan batu-batu besar dan jeram-jeram yang
terbentuk.
Kesibukan seharian dalam mengharungi
kehidupan boleh dilupakan seketika apabila berada dalam suasana nyaman di hutan
lipur ini. Hutan lipur ini disediakan dengan kemudahan untuk berkelah,
berkhemah, trekking dan sebagainya.
Hutan Lipur sungai Tua ini juga kaya
dengan pelbagai spesis pokok-pokok balak yang besar disamping tumbuhan rendah
yang lain. Bunga-bunga liar juga turut mengindahkan lagi hutan ini.
Di pinggir Jalan Sungai Tua menuju ke
Ulu Yam wujud sumber mata air yang kaya dengan mineral semula jadi. Penduduk
setempat percaya air dari sumber mata air yang berasal dari bukit di sini
dikatakan mempunyai khasiat untuk menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu
dengan izin Tuhan. Perkara ini juga telah dikatakan oleh mereka yang datang
untuk mengambil air sini. Agak ramai juga yang datang ke sini dan dikatakan ada
ketikanya sukar untuk menunggu giliran untuk mendapatkan air di lokasi
berkenaan.
Bagi pengunjung yang datang ke Hulu
Selangor, kemudahan tempat untuk menginap bukan satu masalah yang
besar.Terdapat beberapa buah pengusaha resort mampu menawarkan kemudahan
penginapan yang selesa mengikut citarasa pelanggan.
Salah sebuah lokasi penginapan tersebut
ialah di Nur Laman Bestari Eco-Resort. Tempat penginapannya selesa dengan harga
yang berpatutan. Keadaan sekitarnya amat menarik serta terdapat sebatang anak
sungai mengalir melaluinya.Lokasi eko-resort ini adalah berhampiran dengan
sebuah bukit.
Walaupun pembangunan terus bergerak ke
hadapan, namun masih banyak lagi kawasan-kawasan yang masih kaya dengan alam
semula jadi yang dipelihara dengan sebaik-baiknya di hutan-hutan simpan yang
terdapat di seluruh negara. Moga ia terus kekal untuk diwarisi oleh generasi
yang akan datang.
DAUD.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment