HARI ini, 26 Mac 2013, dapat siapkan suntingan video Ulu Selangor
yang telah diusahakan sejak minggu lepas lagi......da aku
masukkan ke YouTube jugak.....
SKRIP ULU SELANGOR;
Daerah Hulu Selangor mempunyai sempadan
dengan Perak dan Pahang. Ia mempunyai keluasan 174,047 hektar. Jumlah
penduduknya lebih daripada 100,000 ribu orang. Bandar utama daerah ini ialah
Kuala Kubu Baru. Selain daripada pekan dan bandar yang dipenuhi hutan batu,
Hulu Selangor juga kaya dengan keindahan alam semulajdi ciptaan Tuhan.
Di sekitar Hulu Selangor terdapat
beberapa lokasi yang menarik untuk dikunjungi oleh mereka yang berminat dengan
keindahan alam.
Dari Kuala Lumpur melalui Jalan Sungai
Tua, sebelum masuk ke daerah Hulu Selangor, pengunjung akan temui sebuah
empangan yang dikenali sebagai Empangan Batu. Empangan ini dikelilingi oleh
bukit bukau. Pinggir empangan ini sering menjadi lokasi persinggahan mereka
yang melalui Jalan Sungai Tua ini.
Empangan Batu yang dibina semasa zaman
Inggeris ini, mempunyai keluasan 775 hektar. Ia menampung air dari Sungai Batu,
Sungai Tua dan Sungai Bisol.
Pemandangan di sekitar empangan ini
agak menarik, sesuai dijadikan lokasi bersiar-siar untuk melapangkan fikiran.
Tempat rehat disediakan untuk mereka yang ingin berehat sambil menikmati
permandangan indah di sini.
Empangan Batu ini telah
menjadi lokasi peserta bengkel fotografi university kebangsaan Malaysia untuk
menjana idea
dan menggilap kepakaran masing-masing.
Subjek-subjek di persekitaran menjadi tumpuan lensa kamera mereka.
Mereka tidak henti-henti mencari subjek
serta menilik sudut-sudut indah di empangan ini.
Tidak terkecuali, pinggir empangan ini
menjadi lokasi menarik untuk mengabadikan detik-detik indah yang mungkin tidak
akan berulang kembali. Detik ini akan menjadi kenangan indah untuk ditatap kembali
bersama mereka yang tersayang di masa yang mendatang.
Empangan ini juga menjadi tumpuan kaki
pancing yang mencuba nasib dengan berbekalkan umpan sebagai habuan si ikan.
Tumbuhan menghijau di sekitar empangan
batu, menyejukkan mata yang memandang. Bayang-bayang pinggir empangan yang
terlakar di air, kelihatan indah.
Di sekitar Ulu Yam, Hulu Selangor juga
terdapat lebih kurang empat buah lokasi air terjun. Salah sebuah lokasi air
terjun tersebut ialah terletak di Hutan Lipur Sungai Sendat. Hutan lipur ini
terletak lebih kurang 70 kilometer dari Bandaraya Kuala lumpur.
Untuk masuk ke hutan lipur
Sungai Sendat ini, pengunjung dikenakan bayaran. Pengunjung akan dikenakan
bayaran tambahan jika membawa kamera. Air terjun Sugai sendat ini mempunyai
tiga tingkat. Ketiga-tiga tingkat mempunyai keluasan dan kedalaman yang berbeza.
Ketiga-tiga tingkat air terjun ini sesuai untuk mandi –manda.
Air terjun tingkat yang kedua dan
ketiga adalah tidak sesuai untuk kanak kerana untuk tiba di sana perlu mendaki
laluan curan yang agak bahaya untuk kanak-kanak.
Air terjun hutan lipur ini sememangnya
terkenal dikalangan para pengunjung. Air terjun ini sering dikunjungi oleh pengunjung
untuk berkelah dan mandi manda.
Air sungai yang mengalir sungguh jernih
hingga menampakkan dasar sungai berkenaan. Deruan air terjun serta bunyi air
yang mengalir di celah-celah batu yang besar ini seolah-olah seperti alunan
melodi yang mendamaikan mendamaikan hati sesiapa saja yang berkunjung ke sini.
Dengan persekitaran yang menghijau
serta aliran sungai yang dingin airnya tentu mampu melupakan seketika kekusutan
fikiran.
Hutan lipur ini kelihatan indah dan
cantik pada waktu pagi ketika cahaya mentari menerjah ke bumi melalui celahan
pokok-pokok merimbun di hutan tersebut.
Hutan lipur Sungai Sendat ini juga kaya
dengan kepelbagaian spesis flora dan fauna. Dikatakan wujud lebih daripada 2000
spesis pokok di hutan ini. Hutan ini juga dihuni oleh 200 spesis mamalia, 600
spesis burung dan pelbagai jenis serangga.
Dalam hutan lipur ini tumbuhan, haiwan
serta serangga hidup dalam keadaan yang harmoni saling bergantung di antara
satu dengan lain dalam ekosistem yang teratur.
Wakaf-wakaf juga turut dibina di sini
untuk kemudahan para pengunjung yang tidak putus-putus berkunjung ke sini.
Kicauan unggas yang menjadi
penghuni di sini melengkapkan keindahan hutan lipur berkenaan.
Sebuah lokasi lain yang tidak kurang
menariknya ialah Hutan Lipur Sungai Tua. Jaraknya dari Kuala Lumpur ialah
kira-kira 23 kilometer. Hutan Lipur ini boleh dimasuki melalui jalan Sungai
Tua. Seperti Hutan Lipor Sungai Sendat, hutan lipur ini juga terdapat sebatang
sungai yang merentasinya.
Memanglah sungai-sungai di hutan –
hutan tidak dapat dipisahkan dengan batu-batu besar dan jeram-jeram yang
terbentuk.
Kesibukan seharian dalam mengharungi
kehidupan boleh dilupakan seketika apabila berada dalam suasana nyaman di hutan
lipur ini. Hutan lipur ini disediakan dengan kemudahan untuk berkelah,
berkhemah, trekking dan sebagainya.
Hutan Lipur sungai Tua ini juga kaya
dengan pelbagai spesis pokok-pokok balak yang besar disamping tumbuhan rendah
yang lain. Bunga-bunga liar juga turut mengindahkan lagi hutan ini.
Di pinggir Jalan Sungai Tua menuju ke
Ulu Yam wujud sumber mata air yang kaya dengan mineral semula jadi. Penduduk
setempat percaya air dari sumber mata air yang berasal dari bukit di sini
dikatakan mempunyai khasiat untuk menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu
dengan izin Tuhan. Perkara ini juga telah dikatakan oleh mereka yang datang
untuk mengambil air sini. Agak ramai juga yang datang ke sini dan dikatakan ada
ketikanya sukar untuk menunggu giliran untuk mendapatkan air di lokasi
berkenaan.
Bagi pengunjung yang datang ke Hulu
Selangor, kemudahan tempat untuk menginap bukan satu masalah yang
besar.Terdapat beberapa buah pengusaha resort mampu menawarkan kemudahan
penginapan yang selesa mengikut citarasa pelanggan.
Salah sebuah lokasi penginapan tersebut
ialah di Nur Laman Bestari Eco-Resort. Tempat penginapannya selesa dengan harga
yang berpatutan. Keadaan sekitarnya amat menarik serta terdapat sebatang anak
sungai mengalir melaluinya.Lokasi eko-resort ini adalah berhampiran dengan
sebuah bukit.
Walaupun pembangunan terus bergerak ke
hadapan, namun masih banyak lagi kawasan-kawasan yang masih kaya dengan alam
semula jadi yang dipelihara dengan sebaik-baiknya di hutan-hutan simpan yang
terdapat di seluruh negara. Moga ia terus kekal untuk diwarisi oleh generasi
yang akan datang.
HARI ini, 23 mac 2013, 8.00 pm, kami membuat rakaman MCP lagi....Malam
ni agak kelam kabut, bila tugas lain mengganggu, memang akan menjadi
sedemikian.......apa2 pon pasrah jer lahhhh.....
raptai...
bilik kawalan
Agak letih jugak malam ni...mungkin sebab krew kurang kut...
Apa-apa pon terima jer lah.....yang penting kami
mampu selesaikan tugas dengan baik...
fairul surian @ fire....tQ
audio...
Persiapan peralatan hari ini agak lewat sikit kerana tumpu pada masalah
lain....apa nak buat terima jer lahhhh.....DIA maha mengetahui...
...takpe ler...aku candit tangan jer....terasa macam aku da langgar tekad sendiri..
penuh perasaan..
Malam Irama Penyayang ini merupakan kali kelima diadakan di UKM. Ia
merupakan konsert berbentuk amal yang dianjurkan oleh
mahasiswa India UKM. Program ini diadakan
setiap tahun dan telah wujud sejak
tahun 2009.
Tujuan program ini diadakan adalah
untuk mengumpul dana bagi membantu mereka yang
tidak mampu membiayai kos perubatan, umpamanya pembedahan jantung
dan sebagainya....................
tarian...
Program malam ini berlangsung selama lebih kurang tiga jam dan agak
letih jugak krew yang terlibat dalam rakaman berkenaan.
Tambahan lagi krew yang hadir agak kurang.
hampir tamat
Apa-apa pon aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada krew yang membantu iaitu HIDAYAH, NUR FAZLIANA, MIMI, SITI NORSYARINA, HAFIZ TAIB, YUNUS MISDI dan JUNIOR MASTERMIND...................... terima kasih gak kepada fairul @ fire, masih lagi sudi datang dan sudi pegang kamera..... esok mungkin encik ADO ni akan kembali semula ke JOHOR....tQ sekali lagi...... TERIMA KASIH jugak kepada krew UAV, RAMLI ADNAN, KAMARUL, SHAHRUL FADLI, HANAMICHI dan SITI SURAYA...
...tu jer ler....dan terima kasih kerana sudi membaca blog ni...
bercakap berkaitan pelbagai isu yang kemudiannya menjana pelbagai soalan
dari hadirin yang berebut nak bertanya selepas ucapan.
Selepas sesi soal jawab, Tun melancarkan program 'MAHASISWA PENGGERAK
TRANSFORMASI NEGARA'. Program bersurai setelah NC UKM
menyampaikan cenderahati kepada Tun........
Malam ini agak ramai krew yang hadir, taklah sakit pinggang duk lama
kat kamera...Aku ingin ucapkan terima kasih bebanyak kepada
MIMI, HANIM & SUAMI, SITI SYARINA, HIDAYAH,
YUNUS, ZULHIM, HAFIZ TAIB, HAJI
SULIMI, JUNIOR,
JAMALUDIN JI, dan tak lupa kepada
rakan lama kami FAIRUL SURIAN @ FIRE yang
datang membantu kami, nampaknya dia da gian nak pegang kamera
MCP...dia membantu kami dengan rela......terima kasih banyak2 sdr. FAIRUL yang berdiri lebih dua jam di kamera dari mula hingga tamat program.... Tak lupa juga terima kasih bebanyak kepada semua krew UAV jugak..............................................................
Aku tak sempat nak ambil foto ANIM & SUAMI ...tak berani nak candid foto orang lain secara suka-suka kan...kan...kan...
apa2 pon terima kasih banyak2 kerana kerana sudi baca blog yang
Macam yang aku katakan dalam entry yang lalu, 12 - 15 Mac 2013, aku dan sdr.
Ramli Adnan akan membuat rakaman video BENGKEL FOTO
di Ulu Yam, Hulu Selangor.....
...kuala lumpur...
...empangan batu...
...jejaka empangan batu...
Aku memang bercadang nak buat video berkaitan bengkel foto dan Hulu Selangor.
Namun la ni aku fikir aku nak buat sebuah video jer yang merangkumi
bengkel dan lokasi-lokasi di Hulu Selangor tu sebab.....
.....footage tak berapa banyak nampaknya....
...baru tiba di resort....
...ni lah nama resort tuuu....
resort....
Kami bergerak pada 13 mac dari ukm jam 9.00 pagi lebih kurang....tentulah menuju
utara. Sebenarnya aku sendiri pun tak pernah pi ke tempat tu sebelum ni..
Yang aku tau lokasi Ulu Yam tu melalui Batu Cave..eh!
yer ker......
Bas yang bawak kami tu singgah di Empangan
Batu...aku pun tak tau nape dipanggil empangan batu...
mungkin sebab banyak batu di tepinyer kut...yang aku nampaklah....
Singgah sebentar di empangan tu...semua peserta bengkel turun dan membuat rakaman
foto dengan kamera dia orang...aku tak ketinggalan amik video untuk dijadikan
bahan untuk video yang aku akan sunting nanti...masa blog ni
aku 'update' skripnya da siap dah pun...aku siapkan
masa aku masih di resort kat sana tu...cuma
skrip tu masih belum aku taip...
skrip tu siap ketika hari
terakhir di resort berkenaan...sampai subuh aku
perah otak siapkannya.......itupun macam tak sedap jer...Kalau nanti skrip tu
tak sedap bila aku
upload kan video tu ke youtube nanti...janganlah
dislike kan video aku tu....anggap jer
video tu membantu kita tau
serba sikit berkenaan
Hulu Selangor.......
ni resort tepi tasik...
ni foto aku candid..maaflah ...jangan marah aku pulak yer...
Kemudian sambung lagi perjalanan untuk ke resort yang telah ditempah oleh
haji mail. Kome bolehler tengok nama resort kat foto aku tu..eh!
tercakap peghak pulak aku da......Lepas 'check in'
peserta terus berkeliaran di sekitar resort
untuk merakam foto berkaitan
persekitaran kawasan berkenaan. Resort tersebut
terletak di pinggir sebatang anak sungai...sungai tu taklah jernih sangat
airnya pun...tapi boleh ler setakat nak mandi, tu pon kalau nak....
Aku pernah bercadang tapi....tak kesampaian pun sepanjang aku
ada kat sana tu.....
sungai sendat
sungai sendat...tak tau aku apa yang sendat...
air terjun sungai sendat..
Kemudian timbul pulak satu hal iaitu aji mail kata bengkel nak guna LCD
untuk ceramah photoshop malam nanti...nak taknak terpaksa mesej
siti suraya, mintak tolong bawa LCD ke resort tu....tapi aku
tanya dulu nape tak pegi sama sedangkan semalam
kata nak pergi sama....dia kata nak selesaikan keje lain...tapi kalau nak datang, tolonglah bawak LCD sama...
itupun kalau nak datang, kalau taknak, takpe gak..mungkin atas niat
mahu membantu, dia hantar jugak LCD tu...terima kasih
jerlah sekali lagi...aji mail kata resort tu
ada sediakan LCD tapi kena sewa RM200...macam
membazir jer kan..........
Agaknya dalam susah payah sampai gak siti suraya
di resort tu...kesian...apa2 pon terima kasih gak pada aji mail dan
ikhwan (sampai tak sempat beli seluar mandi) kerana
membantu memudahkan untuk dia tiba di
resort tu...... Malam tu LCD berkenaan digunakan juga di dewan tempat
peserta memilih foto yang da dirakam siang tadi....
ramli adnan....
dingin kelihatan air di sungai sendat ni...
rehat...
Pagi 14 Mac 2013 tu, kami dan peserta pergi ke lokasi Hutan Lipur Sungai Sendat
untuk sesi rakaman alam di sana. Agak jauh jugak lokasi tersebut.
Tiba di hutan lipur tu kami terus masuk ke kawasan
hutan berkenaan. Masuk ke sini dikenakan
bayaran. Cantik jugak kawasan air terjun tersebut.
Aku dan ramli terus membuat rakaman suasana sekitar serta rakaman
para peserta sedang membuat rakaman foto. Aku dan ramli terus mendaki ke atas
untuk membuat rakaman video air terjun yang mempunyai tiga tingkat
tersebut. Aku rasa seronok jugak kat sini, kerana banyak jugak
benda yang boleh dirakam. Namun aku dan ramli tidak
mendaki melebihi tingkat air terjun yang paling atas
kerana aku tengok macam tinggi jer lagi
untuk di daki...Kami ambil keputusan untuk turun
dan membuat rakaman suasana sekitar bawah jer.....di bawah
sempat jugak rakam sungai jernih yang mengalir airnya di celah2 batu, merakam
mengkarung dan anak2 ikan di sungai dan jugak rama-rama
hijau yang cantik pada mata aku gamaknyer.....
Tengah hari kami kembali ke resort untuk rehat dan sarapan....
hutan lipur sungai tua
pintu masuk..
hutan lipur sungai tua..
Sebelah petang kami turun pulak ke Hutan Lipur Sungai Tua yang berhampiran
Ulu Yam. Hutan lipur ini tidak secantik sungai sendat walaupun
banyak pokok-pokok balak yang besar sempat aku
rakam...mungkin sebab ia da 'tua' kut...
Aku sempat jugak rakam bahan di sini dan sempat gak rakam
aktiviti peserta di sini...air sungainya agak keruh sedikit...mungkin adakah
aktiviti di hulu yang menyebabkan sungai tersebut jadi keruh...?
Menjelang petang semua peserta balik ke resort dengan bas
sementara aku dan ramli mintak haji mail bawa kami
ke tempat mata air yang dikatakan punyai khasiat semula jadi berhampiran
Ulu Yam, aku nak masukkan nanti dalam video yang bakal aku
sunting. Tiba di sana kelihatan tiada orang di situ. Nampaknya
mudah aku nak buat rakaman sebab sebelum ini
dikatakan tak putus putus orang ramai
ambil air di lokasi tersebut...
Nak mudahkan cerita aku rakam haji mail sedang
mengambil air tersebut....namun tak lama kemudia ramai pulak orang
yang datang singgah untuk mengambil air....Sempat kami
bersembang dengan beberapa orang yang
datang tu...Mereka kata air tu kaya dengan mineral yang mampu
menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu dengan kuasa
Allah.........................Sempat jugak aku minum air
tersebut untuk tau apa rasanya...ermmm
o.k jugak rasanya...dikatakan air tersebut telah dikaji dan dikatakan
kaya dengan bahan mineral........
Setelah aji mail penuhkan beberapa botol maka kami bergerak balik ke
resort.......aku jugak dapat 'footage' yang aku nak....
hutan lipur sungai tua...
pemilihan foto2 oleh peserta...
Malam tu para peserta membuat pemilihan foto-foto di dewan kat resort tu...
Melepasi jam 10 malam baru selesai....lepas minum malam
terus bersurai....namun tugas aku kat resort masih tak
tamat....malam tu lebih kurang jam 1.00 pagi berlaku 'black out'. Wah!
gelap sesangat rasanya, maklumlah dalam hutan......Hampir
jam 3.30 pagi 'black out' tamat....terus tulis
skrip sampai sampai siap...................................
Esoknya, 15 mac, bergerak ke UKM jam 9.00 pagi...tiba
di pejabat jam 11.00 pagi lebih kurang.....
persembahan projek dan penutup...
Jam 3.00 petang semua peserta mempersembahkan hasil kerja mereka untuk
di analisa oleh pengkritik. Lebih kurang jam 5.00 petang
bengkel foto tersebut ditutup dengan rasminya....
Akhirnya terima kasih bebanyak kepada semua krew yang membantu......
...sekian dan terima kasih kerana membaca...kalau nak komen silalah, aku pun da rindu dengan komen2 pembaca blog ini...itupun kalau ada yang membaca blog serba kekurangan aku niiii...