Friday, December 14, 2012

pesTA TANGlunggggggg.....

Malam tadi, Khamis; 13 Disember 2012, kami membuat rakaman video
MCP Pesta Tanglung UKM di Dectar....... Walaupun bercuti panjang 
(12 / 12 / 12 - 8 /  1 / 13), aku datang jugak malam tu, sebab 
semata-mata untuk membantu rakan-rakan lain...........
Biasanya mcp banyak kali kekurangan krew untuk  kendalikan kamera...
jadi aku datang untuk membantu....moga niat tu menjadi
 ikhlas sesangat.......................................

.....grafik....wakil dari pihak pesta...

.....pembantu aku dari wakil pesta yang membantu aku pilih shot..

Kebetulan pulak malam tu,  bola sepak piala suzuki sedang berlangsung di Thailand.
 Oleh yang demikian krew bantuan tak ramai yang hadir kerana berada
di depan screen tv masing-masing gamaknyerrrr........


  
Aku bergerak ke UKM selepas waktu maghrib....Pandangan aku, bila bercuti tak
 perlulah aku datang awal untuk membuat persiapan teknikal seperti
 rakaman yang aku sertai ketika aku tidak bercuti...



Memang betul, bila masuk jer studio, dapat citer krew bantuan untuk jurukamera
tidak ramai yang datang....Hanya beberapa krew bantuan jer yang ada
iaitu sdr. Faesal, bekas LI di Penerbit, Syanana dan Watie
jer yang sempat hadir....Rasanya tentu 'lembik'
jurukamera malam tu kerana
tidak ramai yang dapat
menjadi pengganti...


Ketika aku mengambil posisi sebagai Pengarah Studio, ketika itu yang mengendalikan
kamera ialah siti suraya, faisal kassim dan watie....sementara hidayah
sebagai switcher kami........Berikutnya sdr. jasril amry
dan kamarul baharin menggantikan jurukamera
SATU dan TIGA...sementara WATIE
terpaksa mengendalikan kamera
selama lebih kurang 2 jam
sehingga majlis 
tersebut tamat lebih kurang jam 11 malam..
mintak maaf banyak2 cik WATIE...
tolong jangan serik untuk
membantu kami...
jika bukan kerana 'bola' tu tentu ramai
krew bantuan akan datang 
membantu dalam 
rakaman MCP
tersebut................maaf sekali
lagi.................
Malam ini jugak aku rasa macam sukar sangat
bertindak sebagai pengarah studio sebab acaranya banyak dalam bahasa cina...
tulah kan...kalau tak tahu bahasa tentu susah.....rasa macam lama jer program 
tersebut berjalan sebab.........................tak tahu bahasa........
Malam ini jugak aku tiada pengganti sebab krew
tak cukup...Biasanya sdr. kamarul
baharin akan menggantikan
aku sebagai pengarah 
studio tapi.....
malam tu dia terpaksa menggantikan
jurukamera yang lain....jadi
malam tu aku jer
yang kendalikan
pengarahan hingga tamat rakaman................................................

Acara2 yang menjadi pengisi program
tersebut ialah ucapan2 dan
teater....
Teater dalam bahasa cina tu lah yang
paling panjang sebagai pengisi slot dalam majlis tersebut...
Malam tu jugak 'main control room' terdapat
beberapa orang wakil persembahan
pesta tanglung tersebut sebagai pembantu kami
untuk mengeluarkan 'subtitle' dan sebagai pembantu aku
memilih shot-shot yang perlu di 'take' sebab....................................
aku tak faham bahasa mereka.................................
Apa-apa pun...dapat jugak aku mengendalikan rakaman berkenaan
sebagai pengarah studio hingga tamat dengan bantuan
 pembantu aku yang merupakan wakil bahagian 
persembahan pesta tanglung
tersebut.............Macam manapun
malam itu jugak MALAYSIA kalah kepada THAILAND 2 gol berbalas
0 untuk menentukan tempat ke FINAL PIALA SUZUKI 
nanti......................................
Di sini, akhirnya, aku ingin mengucapkan ribuan atau jutaan
terima kasih kepada semua krew tanpa sesiapapun
yang terkecuali, iaitu
sdr. shahrul, jasril amry, ramli, suraya, kamarul,
watie, syanana, hidayah dan faisal 
kassim.......
....terima kasih banyak-banyak dan maaf jika terdapat sebarang kekasaran
.............................................................................................

...terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria

2 comments:

ungu voilet said...

persembahan teater die menarik..hihi...^_^

studioukm said...

...tak sempat aku nak memahamkannya teaternyer walau ada subtitle sebab sibuk melayan shot2 yg diminta oleh wakil pihak pesta tuuu....tapi aksi pelakon teater mereka macam 'real' dan 'berani' jerrr....