Tuesday, December 4, 2012

dinNER ANUgerah perKHIDmatan...


 .....masih kosong...

HARI ini, Isnin, 3 November 2012...kami membuat rakaman MCP lagi 
di dewan canselor tun abdul razak ukm di bangi....

 .....persiapan teknikal dalam konti...

 ....'standby'....

Masa aku tiba di dectar lebih kurang jam 6.30 petang, peralatan audio
visual telah disiapkan oleh sdr. shahrul fadli, jasril dan siti suraya..
tak berkesempatan aku untuk membantu...
sempat membantu 'sekelumit' saja...

 ....paparazzi candid jer....

 .....tumpuan....

Tiga buah kamera kami gunakan untuk program ini...tiga kamera memang perkara
biasa. Kami akan pasang atau gunakan lebih banyak kamera iaitu
enam buah kamera ketika rakaman MCP
majlis konvokesyen sahaja...

 .....standby two...take two....

 ....grafik ready...peace....

Malam ini kami memperoleh seorang krew baru yang diperkenalkan oleh
cik hidayah, switcher kami......masih muda....masih bujang...
muhammad nur namanya...ujang nama
manjanyer....

 ....ucapan....

 ....ucapan CEO...

Malam ini kami kekurangan jurukamera...hanya beberapa orang saja yang
dapat hadir, mungkin mereka ada komitmen yang lain...
tambahan pulak cuaca agak sejuk
kerana hujan berpanjangan
di luar dewan...
Dalam rakaman ini aku bertindak
sebagai pengarah studio selama lebih kurang satu
jam sebelum diserahkan kepada sdr. kamarul baharin supaat. Itulah
yang biasa kami lakukan iaitu bergilir-gilir sebagai pengarah 
studio kerana rakaman MCP ini mengambil masa yang
agak lama diantara sejam setengah hingga
lebih dua jam.............



 ...persembahan...

Dalam majlis ini, beberapa orang kakitangan ukm yang telah bersara dan yang
menerima anugerah cemerlang serta anugerah perkhidmatan 20 
tahun serta 30 tahun telah diraikan....
Majlis ini merupakan satu 
majlis yang diadakan pada setiap tahun....

 ....penyampaian cenderahati...

Aturcara yang terdapat dalam majlis ini ialah ucapan naib canselor, ucapan
wakil pesara, penyampaian cenderamata
serta persembahan kesenian
oleh ARTISUKMA..


Diantara krew bantuan yang datang malam ini ialah HIDAYAH, SYARINA,
 ARENIM, UJANG, YUNUS, HAFIZ TAIB disamping krew 
kami, Unit Audia Video Penerbit UKM...
Aku ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada 
semua krew yang terlibat dalam
kerja-kerja rakaman MCP tersebut...tanpa
anda semua tentu tugas ini tidak mampu dijalankan dengan licin...
Harap semua krew bantuan MCP akan datang 
lagi untuk membuat rakaman MCP
persembahan 'PENTER'
di Panggung Seni Dectar pada 5 November 2012
jam 8.00 malam.....k...jumpa lagi...

....terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria

2 comments:

hilmibaba said...

aikss penter 5 Nov cip.. dah lepas tuh

daud.montak.zakaria said...

....opst! sorry....5 DISEMBER 2012...K...THANKS..