Saturday, September 15, 2012

peNUtup BEngKEL sunTINgan VIdeo PEnerBIT 2012

pakir

jimatlah
senyum


HARI ini, 14 Sept. 2012, jumaat, merupakan hari terakhir BENGKEL 
PENYUNTINGAN VIDEO anj. BAHAGIAN LATIHAN
PENDAFTAR UKM dengan kerjasama
PENERBIT UKM.....

 ....sedang buat 'touch-up' sebelum persembahan...

Sebelum aku panjangkan cerita atau tulisan ini, aku mintak maaf jika sepanjang
perjalanan bengkel ini hingga ke akhir iaitu selepas minum
petang jam 5.00 pm, terdapat sebarang kata2 aku,
perbuatan aku atau 'body language' yang
menyinggung sape2 jer dari kalangan
peserta dan fasilitator dan
semua....aku ingin mohon maaf banyak-
banyak, jangan ada apa2 pun yang diletakkan
dalam galeri simpanan di sudut hati masing-masing...maaf
jua ku pinta sekali lagi.....

 ...watie...

Seperti biasa hari terakhir ini dipenuhi dengan kerja-kerja penyuntingan
projek masing-masing pada sebelah pagi.

.... masliana, ungu violet, pecal & hanamichi...

Terdapat jugak kumpulan yang membuat 're-shoot' semula untuk menambah
footage yang mungkin tertinggal. Itu merupakan perkara biasa
dalam bengkel....sebab tujuan bengkel ialah
untuk memperoleh ilmu yang kita
kurang mengetahuinya....


....terdapat beberapa orang dikalangan peserta yang dah mahir dengan
perkara berkaitan penerbitan video ni tapi saje sembunyi 
taring........tapi aku hormat mereka ini
walaupun dah banyak simpan ilmu 
masih mahu mencari
lagi walaupun dah agak mahir....itulah sepatutnya
sikap yang diamalkan...seperti padi, lagi berisi lagi tunduk...
bukan seperti jagung, lagi berisi lagi menunjuk ke langit...berlagak...opst!

 ....mana satu yang cedera niii....yang pegang tongkat tu ker...?

Sebenarnya sekali lagi aku nyatakan BENGKEL PENYUNTINGAN VIDEO ni
mengandungi bukan saja cara menyunting video tetapi juga peserta
sendiri yang membuat rakaman 'footage' untuk mereka
sunting sendiri mengikut idea, sinopsis, skrip dan 
storyboard...

 kedatangan peserta...

Rasanya kami akan mengikut format ini jika kami mengadakan bengkel suntingan ni
di tahun hadapan. Bengkel2 kami ini cuma kami adakan sekali dalam setahun.
Setakat ini kami mengendalikan bengkel video 5 kali dalam setahun
iaitu Bengkel MCP, SCP, Doku, Suntingan dan Video
Koperat....

 ....sedang memerhati pengkritik yg sedang lontarkan lisan mereka...

Padangan peribadi aku, bengkel ini telah berjaya...para peserta telah dapat
menghasilkan projek mereka dengan cantik dan memenuhi
kehendak atau matlamat kami mengadakan
bengkel berkenaan...

 ....pengkritik...

Pengkritik yang dijemput merupakan kakitangan Penerbit yang mengkritik
mengikut pandangan mereka sebagai penonton...selain teknik
teknik dalam penggambaran dan penyuntingan...

 ....sesi tayangan oleh setiap kumpulan...

...peluang juga diberikan kepada
 ahli kumpulan untuk menyuarakan hujah mereka
selepas dikritik oleh pengkritik....apa yang disentuh oleh
pengkritik ialah antaranya shot, continuity, music, transition, teks
atau grafik dan sebagainya.....

 ....encik hazrul sedang membuat kritikan...

Pengkritik juga tidak lokek dengan pujian bila terdapat perkara yang perlu dipuji.
Terdapat juga pengkritik yang melihat watak yang dibawa oleh pelakon.
Maksudnya seperti kesesuaian pelakon dengan watak 
yang dibawa. Pengkritik juga ada yang 
menyentuh tentang perlambangan
yang terdapat dalam
projek yang
ditayang...

 ....sedang mendengar kritikan...


...aku jugak turut mencatat apa yang disampaikan oleh pengkritik untuk dijadikan
panduan kami sebagai penceramah dan fasilitator
di tahun hadapan jika umur aku panjang...
insyaALLAH..............

 ....tekun menonton tayangan di layar...

Ada jugak pengkritik yang melihat dari sudut props yang terdapat dalam
setiap shot-shot...

 ....ini merupakan satu sejarah....yang mungkin
akan berulang tahun2 yang berikutnya...

....sesi penyampaian sijil penyertaan oleh
en. hazrul, ketua bahagian multimedia penerbit...

Sebenarnya aku tidak bercadang untuk mengkritik semua projek yang telah
dilaksanakan dan ditayangkan. Aku berpandangan, amat tidak wajar aku
membuat kritikan kerana jika aku kritik bermakna aku mengkritik
diri aku sendiri. Tidak wajar aku sebagai salah seorang
fasilitator mengkritik hasil usaha kumpulan
yang telah aku bimbing..yg bermakna
mengkritik diri sendiri...
Di sini aku ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua pengkritik iaitu en. hazrul, raai & 
haji mail. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peserta
yang memberi kepercayaan kepada kami untuk membimbing anda semua.
aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua fasilitator iaitu sdr
SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI, HANAMICHI(AMRY),
SITI SURAYA(UNGU VIOLET), HJ RUHAIZAD & 
HJ. MAIL Pengurus bengkel......
...tak lupa juga aku ingin mengucapkan
terima kasih kepada sdr. FAIZAL atau PECAL
yang merupakan PELAJAR LI di PENERBIT yang juga
turut membantu kami menjadi fasilitator semasa bengkel ini berjalan.
Terima kasih juga kepada sdr. IKHWAN yang menjadi JURUFOTO
sepanjang bengkel ini berlangsung....tak lupa jugak lagi..
aku ingin ucapkan terima kasih kepada KHAIDIR 
HASHIM yang membantu membolehkan
sijil para peserta dicetak ketika
benar-benar diperlukan..

Terima kasih semua dan terima kasih juga kerana sudi membaca...

DAUD.montak.zakaria

1 comment:

hilmibaba said...

tak lama lagi setiap fakulti mempunyai videographer, photographer, dan editor sendiri. tak sia-sia ilmu yg di curahkan oleh pihak penerbit kepada para kakitangan UKM, yg mana memberi nilai tambah terhadap pengetahuan kakitangan. ianya sgt berguna bagi tujuan semasa bertugas di jabatan masing-masing mahupun di gunakan untuk menambah pendapatan. terima kasih Penerbit UKM.