Sunday, August 26, 2012

SAMbutan raYER...?


di kampung...
HARI raya aidul fitri telah disambut pada hari Sabtu, opst! silap, Ahad laaa.....
yang lalu dan ia
menandakan tamatnya bulan Ramadhan. Ada yang gembira
meninggalkan Ramadhan dan ada jugak yang berduka.
Ada juga yang merasai ke dua-dua
perasaan tersebut....

sawah di kampung....sawah jiran di kampung..
Opst! sekali lagi aku menulis perkara yang bukan berkaitan tugas aku
sebagai videographer.. Berbalik kepada cerita tadi, sebenarnya
aku tak tahu perasaan aku yang sebenarnya sama ada
sedih meninggalkan Ramadhan atau gembira
menyambut Syawal......

bendang...
Mereka yang sedih meninggalkan Ramadhan,
mungkin kerana Ramadhan pergi tanpa memberi peluang untuk membuat
pahala berlipat ganda lagi, yang amat perlu untuk hari selepas mati.
Yang gembira pula mungkin kerana seronok menyambut Raya yang
bermakna bulan berlapar dan berdahaga
waktu siang telah berlalu...gamaknya...

tali air...

Seperti yang aku jelaskan, aku tak tahu apakah perasaan yang bersarang dalam fikiran aku ketika
tinggalkan Ramadhan dan munculnya bulan Syawal... Yang pasti perasaan aku macam biasa
jer, hanya fikir untuk balik kampung untuk jengah keluarga, tu jer....kalau ditanya hal
hal lain, aku pun tak mampu untuk menjawabnya. Hari Raya aku cuma berada
di kampung sendiri dan di kampung kekasih aku jer. 
bendang....
Kat kampung aku, cuma ada beberapa perkara yang dibuat, solat hari raya dan selepas
tu cuma duk kat rumah. Aku bukan jenis manusia yang suka pergi ziarah
saudara mara keliling kampung. Aku lebih suka duk kat rumah jer...
Bukan aku genetik yang sombong tapi lebih suka menyendiri.
Malas nak jumpa sepupu sepapat dan sebagainya
di keliling kampung, hanya ziarah rumah adik beradik jer..................

kelapa sawit...

Saudara mara memang ramai kat kampung tu, boleh dikatakan keliling rumah.
Sekali lagi dijelaskan, aku tak ziarah sepupu sepapat
bukan bermakna aku tak suka sedara mara tapi dah jadi tabiat,
aku tak suka berkunjung ke rumah orang, apa nak buat
kan...Lagi pun rasanya mereka pun bukan ada silap
pun dengan aku dan aku pun takde silap
dengan mereka, jadi tak perlulah
jumpa...kan gitu...kan...kan...
...pada aku semua saudara mara aku sama ada sebelah
KEKASIH aku atau sebelah aku semuanya
baik-baik belaka....cuma mungkin aku
jer yang ada banyak kesilapan
kat dia orang....pada aku
mereka semua adalah
sedara-mara yang
TERBAIK aku
selamanya.........................
kalau ada silap mereka pun, aku sudah
atau  sentiasa maafkan mereka semua...................................

kueh...

Raya kedua aku dengan keluarga adik aku pergi ke KAMUNTING TAIPING
untuk ziarah kakak aku. Terkejut gak aku, jiran depan rumahnya penuh dengan
bendera bendera hijau, berpuluh gak nampaknya...rumah dia pun
sama gak TERANG BENDERANG....ekekeke...
Kami di sana dari jam 10 pagi lebih kut hingga jam 4.00 ptg gamaknya....
kemudian kembali semula ke kampung aku....
Hari Raya ketiga, aku cuma berjumpa dengan kawan lama aku seorang guru, mungkin
boleh dikatakan kawan baik jugak. Dia sering cari aku bila aku balik raya.
Aku pun memang agak suka gak berjumpa dengannya. Malam Raya
Ketiga tu kami bersembang hingga jam SATU PAGI 
di BANDAR SERI ISKANDAR. Dia baru
tiba dari negeri isterinya KELANTAN.
Banyak gak topik yang kami sembangkan, maklumlah lama tak jumpa
puratanya cuma sekali jer dalam setahun.....
Kalau tak kerana dia mengantuk
mungkin kami bersembang
hingga jam 2 atau tiga
pagi seperti
raya2
yang lalu.

kenduri di KG. BELURU KUALA KANGSAR..

Tempat yang aku kunjungi masa raya ialah KUALA KANGSAR iaitu kampung kekasih
aku. Sempat pergi rumah kakak2nya dan tidur semalaman. Sempat gak
menghadiri kenduri kawen anak buah kekasih aku di
KG BELURU KUALA KANGSAR.
Wah! kampung tu jauh ke dalam, jalan nak masuk pun cuma boleh muat sebuah kete jer....
Tak sangka gak aku dalam kampung ceruk tu pun ada menyimpan anak2
gadis yang cantik...tak sangka kan...Opst! jangan silap tafsir, aku
bukan lelaki mata keranjang...cuma aku tuliskan
apa yang aku lihat dan aku teka jer....

isteri anak buah kekasih aku tu dikatakan baru balik dari Mesir....
kenduri kawen lagi...

...masa di kampung
aku sempat mandi kat SUNGAI PERAK yang airnya agak cetek, mungkin musim panas
kut...opst! rasanya di sana asyik ujan jer...Entah berapa puluh tahun dah, aku
tak mandi sungai...mungkin berabad kut....Aku gak sempat pi tengok sawah dan
ladang kelapa sawit di tempat yang aku pernah pancing ikan
masa aku kecik-kecik dulu....cantik nampaknya
sawah tuuuu...sawah jiran sebenarnya...
...jangan lupa solat walaupun bergembira ria...
Aku sempat gak hadir kenduri kawen anak buah sebelah lelaki kekasih aku kat Manjong
Sitiawan pula. Sebenarnya aku tak berapa selesa hadir kenduri kawen ni.
Sebab aku tak tau nak sesuaikan diri dengan suasana
dalam hal berkaitan kenduri ni. Aku dah lama
gagal untuk sesuaikan diri dalam
suasana kenduri apa-apa pun...................
Aku tak pandai bercerita, berbual dan sebagainya,
jadi aku sentiasa jer jadi KERA SUMBANG. Jadi tentu aku
bertambah bosan.....

lumut....
Ketika sehari sebelum kenduri kawen sebelah lelaki di Manjong Sitiawan, 
tiada apa yang boleh aku lakukan di sana berbanding kekasih aku
yang bijak sesuaikan diri....Oleh itu disebabkan
bosan aku pergi ke LUMUT, jalan2
buang masa. LUMUT
jugak dah lama aku tak pergi sejak
tinggalkan kampung, mungkin dah berabad kut......

lumut ler niiii...
tiada apa gak yang dibuat di LUMUT tu...cuma jalan2 jer ke sana sini
dan tengok laut....sebelum balik kembali ke rumah kenduri kawen tu
sempat gak makan di kedai mamak sebab lapar.
Sebenarnya di LUMUT tu takde
apa pun yang menarik
pada pandangan aku. Itu apa yang
aku rasakan, tak taulah pandangan orang lain..

pantai lumut....

Selesai jer kat LUMUT, aku pun balik ke MANJONG dan setelah kekasih aku
membantu apa yang patut, kami kembali semula ke kampung aku.
Tiba kampung aku jam dah menunjukkan pukul
hampir 12.00 tengah malam.
Terima kasih kat keluarga adik aku yang tolong
bukakkan pintu.....selamat malam...
...masih di LUMUT...
HARI kenduri sebenar kami pi sekali lagi ke MANJONG. Ramai jugak saudara
mara kekasih aku yang turut datang. Ada yang dah berpuluh tahun
tak jumpa...gamaknya.... Ada yang mungkin tak kenal pun
siapa aku sebab aku bukan jenis manusia yang
suka jumpa saudara mara...itu dah jadi
tabiat aku...maafkan aku....

castle
Rasanya, tidak suka jumpa saudara-mara atau orang lain rasanya berbeza dengan memutuskan silatur rahim...kan gitu....rasanya
gitulah gamaknya kan...kan...kan...
Dalam suasana lama tak jumpa tentu masing2 hulurkan tangan untuk 
berjabat. Rasa agak tak selesa sebab ada yang bukan mahram
hulur tangan kat aku, apa boleh ku lakukan, dalam berat hati
sambutlah dengan hujung jari jer...tapi hukumnya
tetap sama walaupun hujung jari.
Walau bagaimana pun rasanya sama ada saudara mara
sebelah KEKASIH aku dan juga sebelah keluarga aku, masing-
masing macam dah faham berkaitan hukum tersebut.  Ada yang bukan mahram dah taknak 
bersalam dengan aku. Cuma yang agak veteran masih
gak hulur tangan kat aku untuk bersalam....ermmm..

callie's castle di BATU GAJAH PERAK...
Yang kelakarnya ada dikalangan sedara mara kekasih aku tak kenal aku
pun, bukan sebab apa, dia orang kata muka dah lain sebab rambut
panjang....sebenarnya akhir sekali aku rambut panjang 
ialah tahun 1988....ermmmm....lama
dah tuuuu...macam-macam
lah andaian mereka
mengapa aku
rambut panjang...tak kisah pun aku...suka hatilah....yang
pasti aku tak rasa pape pun...
Ada pendapat yang berkata NABI pun berambut sampai bahu tapi itu
bukan sunnah...kan..kan...kan..

masjid di BEHRANG...
HARI akhir di kampung ialah hari sabtu. Selepas kenduri kawen di MANJONG
kami pun bergerak ke BANGI semula....Ikut jalan lama hingga 
TANJUNG MALIM sebelum masuk LEBUHRAYA. Singgah di BEHRANG
untuk solat wajib secara jamak...
...seronok tengok kampung-kampung  orang sepanjang jalan lama tuuuu....

masjid teras jernang...

Tiba di masjid TERAS JERNANG dah menjelang Isyak....solat wajib secara jamak jugak....Akhirnya
tiba di rumah hampir jam 10.00 malam....
Itulah hari raya yang dilalui selama lebih kurang seminggu meninggalkan BANGI...
ALHAMDULILLAH segalanya dalam keadaan selamat, moga semangat
Ramadhan yang tersemat akan diteruskan dan disuburkan lagi,
INSYAALLAH...

Terima kasih kerana membaca...

DAUDmontakzakaria.

3 comments:

daud.montak.zakaria said...

Opst! SILAP....hari RAYA jatuh pada hari AHAD bukan SABTU.....

hilmibaba said...

panjang tul ceritanya.....

daud.montak.zakaria said...

...walaupun aku tak suka ziarah sepupu sepapat dan sebagainya masa raya tapi aku tak jadi masalah untuk menerima kunjungan sape-sape pun.....