Wednesday, August 15, 2012

Perutusan HAri raYA naIB CANseLor uKm 2012

.....perutusan hari raya NC....

 ....TAN SRI sedang berucap...

HARI ini, 15 OGOS 2012; kami membuat shooting PERUTUSAN HARI RAYA
NAIB CANSELOR UKM di pejabatnya. Sebenarnya kami menerima
permintaan untuk rakaman ini pada hari Isnin lalu, pada jam 2.00 
petang, namun disebabkan sesuatu yang tidak
dapat dielakkan rakaman tersebut
ditunda hari ini, Isnin  jam
2.00 petang.

 ...siti suraya-lampu...

Aku mendapat maklumat ini melalui sdr. KAMARUL BAHARIN yang menerima
panggilan dari BOSS. Jadi kami dah bersedia sejak dari pagi dengan
peralatan yang perlu dibawa. Aku tetapkan iaitu AKU,
KAMARUL, JASRIL AMRY dan SITI 
SURAYA akan pergi untuk
membuat shooting 
tersebut.
Akhirnya sdr. JASRIL tak dapat pi kerana terpaksa
selesaikan kerja yang diminta oleh
seorang pensyarah PPU
dan diganti dengan
sdr. RAMLI.

....jasril amry-kamera; ramli-lampu...

Namun, tidak berapa lama kemudian aku terima panggilan daripada KAMARUL
bahawa NC minta shooting dipercepatkan iaitu pada jam 12.00
tengah hari mesti berada di PEJABAT NC. Ketika
itu sdr. KAMARUL berada di luar kerana
urusan penting. Dia pesan supaya
aku siapkan peralatan
dan dia akan
terus ambil kami dengan kenderaannya
dan terus pergi shooting. Dalam keadaan yang gawat
aku terpaksa tukar plan. Aku siapkan peralatan dengan SURAYA
dan minta sdr. RAMLI ikut bersama kerana sdr. JASRIL ada urusan penting
dengan seorang pensyarah yang memerlukan tugasnya disiapkan. Kami menunggu
sdr KAMARUL tiba di bangunan PENERBIT. Agak lama kami menunggu tapi
sdr. KAMARUL masih tak muncul
dan masa pun dah melepasi jam 12.00 tengah hari. Sebab dah agak lewat 
SURAYA cadangkan naik kete dia. Aku tak ada kete sebab
masih berada di bengkel untuk dibaiki. Pada mulanya
aku menolak cadangan SURAYA namun
tiba2 JASRIL AMRY beritau
pejabat NC talipon
NC sudah
sedia untuk dibuat rakaman
perutusannya. Maka tanpa berlengah aku
pun terus segera tukar plan. Apabila sdr. KAMARUL belum
muncul aku terus minta JASRIL ikut sama serta terima cadangan SURAYA
untuk menggunakan kereta dia. Dalam keadaan yang pantas kami terus
bergerak ke pejabat NC tanpa menunggu sdr. KAMARUL.
Tiba di pejabat NC, kelihatan boss kami PROF. K
dah ada di sana. Kami mula
membuat
persiapan peralatan dalam
bilik NC. Bila dah sedia terus kami
mulakan rakaman perutusan HARI RAYA
NC selama lebih kurang 3 minit. Tiba di pejabat
terus aku buat sutingan awal kerana perutusan tu perlu
di 'upload' ke WEB petang ini. Setelah siap disunting aku minta
JASRIL AMRY masukkan GRAFIK dan seterusnya cantikkan lagi
suntingan tersebut. Video tersebut siap lebih kurang jam 3.00 petang dan
sdr. JASRIL terus 'convert' video tu ke format AVI dan MPEG 4 kalau tak silap
aku, kalau aku silap maafkan aku, seterusnya dimasukkan ke PEN DRIVE untuk
dihantar ke PUSAT KOMUNIKASI KOPERAT UKM untuk di 'upload'
ke WEB UKM....maklumat yang diterima staf PKK akan 'upload' kan pada 
petang ini juga....
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada krew
video yang terlibat iaitu SITI SURAYA yang juga sedia
menggunakan kenderaannya, sdr. JASRIL AMRY 
yang terpaksa turut serta dalam tugas tu dan kena pegang kamera
dan buat rakaman, sdr. RAMLI yg jugak terpaksa
turut serta yang pada awal
nya nama tiada
dalam jadual dan juga
sdr. JASRIL  dan SITI SURAYA gunakan ketenya
 membantu menghantar video tersebut ke PUSAT KOMUNIKASI
KOPERAT serta tak lupa kepada staf PKK yang
bertugas meng 'upload' kan video tersebut
petang ni...terima kasih gak pada CIK AZIMAH...kerana kerjasama
yang diberi kepada kami........terima kasih
semua sekali lagi......

...terima kasih jugak kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria