Friday, April 27, 2012

...penerbitan dulu-dulu....

INILAH antara penerbitan video yang telah kami terbitkan beberapa tahun yang lalu. Biasanya penerbitan video yang kami lakukan dimulai dengan perbincangan dengan mereka yang
 mahu menghasilkan video tersebut. Perbincangan amat perlu untuk 
menghasilkan sebuah penerbitan yang berjaya. Dalam penerbitan 
video semuanya perkara mesti ambilkira 
dengan teliti.







...video XPDC SAINTIFIK BUKIT FRASER ni tak sempat nak
masukkan suara latar....


.....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUDmontakzakaria

skrip pusat penyelidikan ukm, langkawi...



19 - 22 APRIL yang lalu krew video iaitu SDR. KAMARUL BAHARIN dan JASRIL AMRY 
telah berada di LANGKAWI untuk membuat rakaman PUSAT PENYELIDIKAN UKM LANGKAWI. Kami diminta untuk membuat rakaman video pusat penyelidikan 
berkenaan dan juga aktiviti JABATAN BENDAHARI di sana. Kami diminta 
untuk membuat penerbitan video PUSAT PENYELIDIKAN UKM
 LANGKAWI. Video tersebut bertujuan untuk mempromosikan lokasi berkenaan kepada masyarakat luar. Jadi la ni aku dah siapkan draf skrip pusat penyelidikan 
tersebut. Dah siap pun skripnya dan kami akan membuat rakaman 
audio, skrip yang terbabit untuk dijadikan suara latar video 
Pusat Penyelidikan UKM Langkawi. 
Hari ISNIN nanti kami akan buat rakaman audio di STUDIO UKM di DECTAR dan 
SDR. JASRIL AMRY akan membuat suntingan video tersebut. 
Bila dah siap kami akan serahkan video berkenaan 
kepada pihak BENDAHARI untuk priview. Kami mungkin akan berkunjung
 lagi ke pusat penyelidikan berkenaan kerana masih terdapat ruang yang
 perlu di isi dalam video yang akan diterbitkan.
...sekian, terima kasih kerana membaca......
DAUDmontakzakaria

Wednesday, April 25, 2012

...akhirnya.....oh! kuala terengganu...



AKHIRNYA hari ini aku dapat siapkan penyuntingan video 'Indahnya Kuala Terengganu'.
Aku harap video ini di sukai oleh sesiapa saja yang menonton. Aku berharap ada
yang sudi untuk 'mengomen' video ini. Aku perlukan komen2 anda
untuk dijadikan panduan aku di masa akan datang. Video yang aku sunting ni taklah sebagus 
manapun...tu sebab aku perlukan komen anda semua. Sebenarnya aku
suka sangat dapat menghasilkan apa2 video berkaitan lokasi-lokasi
yang dilawati atau lokasi yang aku pernah berada di sana.
Sekarang ni aku kembali rindu untuk membuat video berkaitan hutan. Rasanya lama dah tak 
buat video macam tu....seronok kalau masuk hutan, suka perhatikan 
kehijauan di sekeliling.
Setelah selesai video Indahnya Kuala Terengganu ni, aku rasa ingin untuk
menyunting video baru pulak, ketagih rasa 
jari jemari ni untuk mengetuk keyboard komputer, menjalin video dengan audio
membatuk sebuah penerbitan baru. Harap aku akan bersua dengan 
program baru yang mampu menghasilkan rakaman untuk 
projek penerbitan video masa depan. Aku juga rindu dengan 'pengomen'
yang 'ikhlas' untuk membuat sebarang komen membina
yang boleh membantu aku menjadi lebih berbisa dengan hasil suntingan video
dimasa akan datang. Janganlah kedekut dengan komen-komen, aku
mampu menerima sebarang komen.

...sekian & terima kasih kerana sudi membaca dan menonton...
DAUDmontakzakaria.

Sunday, April 22, 2012

.....rasa macam sibuk jer....

...dinner kolej kris mas...


Bulan Mac dan April ni kami agak sibuk sedikit. Selain membuat rakaman video yang biasa dilakukan, kami jugak membuat rakaman video bengkel foto dan bengkel
video dan sebagainya.
...skrip dinner kolej kris mas...


Kami jugak membuat rakaman MCP atau multiple camera production untuk semua acara resmi dan jugak acara kebudayaan serta jugak dinner kolej-kolej yang
memerlukan khidmat kami.
....masjid kristal kuala terengganu...


Bagi aku rakaman video yang paling aku suka ialah rakaman video kat luar seperti rakaman perjalanan bengkel foto serta bengkel video dokomentari. Bukan apa,
aku suka tugas sedemikian
kerana aku boleh tulis skrip berkaitan lokasi berkenaan. Aku boleh bercerita berkaitan
lokasi berkenaan, boleh berkongsi cerita dengan penonton video tu...Aku rasa puas
dapat kongsikan pengalaman aku kat lokasi berkenaan dengan
orang lain. Seronok berkongsi cerita melalui skrip dengan
 pembaca yang mempunyai citarasa yang sama dengan citarasa yang aku miliki ini. Itupun jika pembaca berkenaan suka dengan cerita aku tu...
....kuala terengganu....


Setakat ini aku rasa dah ada beberapa video yang telah aku tulis skripnya untuk
aku kongsikan dengan penonton video yang berminat. Aku tak kisah pun jika
cerita aku tu tak diminati, yang penting aku dah paparkan apa yang
orang lain belum lagi mengalami apa yang aku
 dah alami, bukan begitu....? Aku pun jarang mendapat komen sape2 yang dah melihat video yang dah aku upload kan ke YOUTUBE tu.....sama ada mereka suka atau tidak video tu...ermmm....takpe ler....yang penting aku dahpun berjaya kongsikan apa yang aku dah alami di sesebuah tempat yang telah aku kunjungi...Video YouTube ada kat SINI
....dialog pendidikan nasional di dectar....


Buat masa ini aku masih lagi membuat  penyuntingan video
 INDAHNYA KUALA TERENGGANU. Penyuntingannya belum siap tapi skrip sudah aku siapkan cuma tunggu 'narrator' yang akan membaca skrip berkenaan. Harap dapat siapkan penerbitan video ni dalam masa yang terdekat. Bila siap aku akan 'upload' kan ke YOUTUBE.......Akan datang  aku berharap dapat  menerbitkan
video berkaitan lokasi-lokasi lain pula..............


....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria

Saturday, April 21, 2012


20 APRIL 2012, 8.00 malam, kami dari UAV membuat rakaman video MCP Majlis Makan Malam Kolej Kris Mas. 

Krew rakaman malam ini agak kurang oleh itu jurukamera terpaksa berdiri lama kat kamera. Memang letih kaki kan, tapi apa boleh buat kan....

Persiapan teknikal dimulakan pada jam 6.00 petang. Kami menggunakan 3 buah kamera
 video untuk membuat rakaman berkenaan.
Krew bantuan yang sempat hadir ialah Arenim, Yunus Misdi,  Yusri, Shukri, Jamaluddin, Saifullah, Watie dan Syanana. 
Majlis berkenaan tamat lebih kurang jam 12.00 tengah malam. Pelbagai acara dijadikan pengisi majlis tersebut.
Kami memang kekurangan krew sebab sdr. KAMARUL BAHARIN dan JASRIL AMRY(HANAMICHI)  berada di Langkawi kerana membuat rakaman video
PUSAT PENYELIDIKAN UKM di sana. Mereka dijangka
 balik pada hari Isnin.


Oleh yang demikian terpaksalah aku 'handle' Pengarah Studio agak lama, lebih kurang
 2 jam sebelum diambil alih oleh sdr. SITI SURAYA dan 
SDR. SHAHRUL FADLI ABDUL RAHIM.
Walau bagaimana pun rakaman kami berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Ingin aku ucapkan terima kasih kepada semua krew yang terlibat dan
jangan lupa esok masih ada rakaman MCP dinner koleh yang sama
untuk 'senior' pulak. Selamat bertugas esok.

Terima kasih kerana sudi membaca....sekian....
DAUDmontakzakaria


Wednesday, April 18, 2012

CAdaNGAN SKrip untuk VIdeo KUala TERENGganu.


 
Kuala Terengganu merupakan sebuah daerah di Terengganu yang mempunyai keluasan lebih kurang 60’528 hektar persegi. Ia juga merupakan ibu negeri Terengganu.
Menurut sejarah Kuala Terengganu telah dikenali sejak berates tahun yang lalu.
Ia tercatat dalam buku catatan sejarah pengembaraan sejak tahun 1178
seperti dalam buku pengembara China.


Bandaraya Kuala Terengganu kelihatan cantek dan bersih. Ketika kami tiba di bandaraya ini, ia merupakan hari cuti iaitu hari Jumaat, oleh yang demikian jalanraya kelihatan agak tenang.
Banyak lokasi yang menarik untuk dilawati di Kuala Terengganu dan antaranya ialah sebuah pasar besar yang terletak di tepi Sungai Terengganu. Pasar Kedai Payang ini lebih terkenal sebagai Pasar Payang. Pasar ini amat dikenali oleh pengunjung dalam negeri dan dari luar Terengganu.
Pasar ini menyediakan pelbagai barangan untuk pelanggan yang berkunjung ke sini. Antara barang-barang yang diperniagakan di sini ialah ikan, sayuran, kain, barang logam, barang kraftangan dan sebagainya. Pasar Payang merupakan bangunan dua tingkat yang memulakan aktiviti perniagaannya bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Di pasar ini juga pengunjung boleh menikmati pelbagai makanan tempatan seperti kuih-muih, keropok dan sebagainya. Pasar Payang ini terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu.


Di bandaraya Kuala Terengganu juga wujud Taman Monumen. Taman ini mempamerkan monumen Islam seluruh dunia terutamanya replica masjid-masjid seluruh dunia. Lokasi Taman Warisan Islam ini terletak di Pulau Wan Man. Taman yang mempunyai keluasan 23 hektar ini menempatkan 21 replika bangunan yang mempunyai kaitan dengan tamadun Islam. Antara replica bangunan yang terdapat di sini ialah Masjidil haram, Masjid Mohd Ali dan sebagainya. Masjid Kristal juga yang dibina dalam kawasan ini menjadi daya tarikan utama pengunjung. Pengunjung tidak putus-putus berkunjung ke sini untuk melihat masjid berkenaan dengan lebih dekat lagi. Masjid Kristal ini dibina daripada Kristal kaca dan keluli. Masjid ini mula dibina dalam tahun 2006 dan siap serta dirasmikan dalam tahun 2008.Masjid Kristal ini mempunyai keluasan 2146 meter persegi dan boleh memuatkan 700 orang jemaah pada sesuatu masa.Kelihatan rekabentuk luar masjid ini sangat cantik. Dari jauh kelihatan sebahagian masjid ini seperti terapung di atas air. Ia juga kelihatan cantik apabila terkena pancaran cahaya mentari.Bahagian dalam masjid ini juga sangat indah dipandang mata. Terdapat bahagian-bahagian tertentu di masjid ini diukir dengan cantik.
Seterusnya Pulau Duyung di Kuala Terengganu pula dikenali ramai bukan saja dalam Negara malah hingga ke luar Negara kerana aktiviti membina bot yang telah lama wujud di sini. Terdapat beberapa bengkel membina bot di Pulau Duyung yang dimiliki secara individu


Bengkel membina bot ini telah wujud sejak lebih kurang 25 tahun yang lalu. Ia merupakan kerja warisan yang diwarisi turun temurun.
Terdapat bot yang dibina oleh dua orang tenaga kerja. Kayu yang biasa digunakan untuk membina bot ialah kayu Cengal, seraya dan Kulim. Dikatakan bot yang dibina boleh bertahan selama lebih kurang 60 tahun.
Biasanya bot-bot yang dibina di sini panjangnya dalam lingkungan 20 hingga 99 kaki.
Bot yang mempunyai panjang yang sederhana iaitu kira-kira 60 kaki boleh disiapkan dalam masa setahun. Bot-bot yang dibina ini mempunyai nilai harga antara 100 ribu hingga 300 ribu ringgit. Tempahan untuk membina bot bukan saja dating dari orang tempatan malah juga dari luar Negara termasuk Eropah. Bot yang kelihatan ini ditempah oleh pelanggan dari luar Negara. Nilai harga bot ini ialah lebih kurang 2 juta ringgit dan ia telah berada di sini selama setahun.
Di Kuala Terengganu juga terdapat bengkel ukiran kayu. Bengkel ini menerima tempahan untuk membuat bingkai pintu atau tingkap, perabot, dan sebagainya. Tempahan bukan saja diperoleh dari pelanggan sekitar malah dari luar Terengganu. Bengkel warisan keluarga ini telah wujud di sini lebih kurang 25 tahun. Kayu-kayu yang digunakan untuk membuat ukiran ialah kayu Cengal, Seraya Hitam, Seraya Merah dan Kulim. Corak ukiran yang biasa dibuat ialah awan larat, geometrid an batik.
Seterusnya di Kuala Terengganu terdapat kilang batik. Kilang ini terletak di kawasan perindustrian Cendereng kuala Terengganu. Kilang ini bermula dari peringkat yang kecil sebelum berkembang hingga Berjaya membuka kilang seperti sekarang. Kilang batik yang dikenali sebagai Nur Arfa Batik ini diasaskan oleh En. Wan Mohamed Ariffin sejak tahun1980 mempunyai lebih 100 orang pekerja yang mahir. Pekerja di sini mampu melukis batik secara terus ke atas kain dengan idea yang terjana diminda mereka. Hasil batik di sini juga dihasilkan dengan cara mencetak. Kilang ini menghasilkan reka batik yang menarik untuk pakaian wanita dan lelaki. Batik rekaan mereka sentiasa menarik perhatian pelanggan. Di Nur Arfa Batik juga terdapat ruang yang dikhususkan untuk pelawat yang ingin mencuba untuk melukis batik. Ruang ini agak mendapat sambutan pengunjung yang ingin mencuba kebolehan mereka.
Selain lokasi-lokasi yang disebutkan, sekitar Kuala Terengganu juga terdapat lokasi-lokasi yang lain untuk dikunjungi. Boleh dikatakan Kuala Terengganu kaya dengan warisan-warisan lalu yang wujud di celah-celah kemodenan yang wujud. Kuala Terengganu sentiasa menanti kunjungan sesiapa saja untuk dating ke sini.
...terima kasih kerana membaca....
DAUDmontakzakaria

Monday, April 16, 2012

CAtaTAN PERjalaNAN d' TErengGANU

DARI 12 - 16 APRIL 2012,
kami dari UNIT AUDIO VIDEO PENERBIT UKM, telah mengendalikan BENGKEL PENGENDALIAN KAMERA VIDEO. Bengkel ini anjuran UNIT LATIHAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR UKM dengan kerjasama Penerbit UKM.

...bilik seminar penerbit ukm....

Amali bengkel tersebut dijalankan di KUALA TERENGGANU sementara ceramah diadakan di BILIK SEMINAR Penerbit UKM pada 12 APRIL 2012.



.....pintu gerbang istana maziah...

Ceramah yang diadakan di BILIK SEMINAR Penerbit UKM ialah FASA2 DALAM
PENERBITAN SCP(AKU), RAKAMAN VIDEO MENGGUNAKAN
DSLR(EN. HAZRUL), PENULISAN SKRIP VIDEO(SDR. SHAHRUL FADLI) &
PENGENDALIAN KAMERA VIDEO(SDR. KAMARUL)


KAMI bergerak ke TERENGGANU pada jam 4.00 petang dan tiba di tempat penginapan kami di KUALA TERENGGANU lebih kurang jam 1.00 pagi. Kami membawa peserta lebih kurang 40 orang termasuk 2 peserta dari NAHRIM.

...kumpulan yang membuat rakaman video....

Amali kami yang pertama ialah rakaman video di sekitar KUALA TERENGGANU termasuk PASAR KEDAI PAYANG yang lebih dikenali dengan nama PASAR PAYANG.
Kumpulan peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diminta menghasilkan sebuah penerbitan. Di PASAR PAYANG setiap kumpulan diberi masa selama 2 jam lebih kurang untuk membuat rakaman video di sekitar luar dan dalam pasar berkenaan.


.....pandangan pantai dari bangunan di
KUALA TERENGGANU...

Pandangan aku PASAR PAYANG tidaklah besar seperti PASAR KHADIJAH
di KOTA BHARU KELANTAN. Namun yang kelihatan sama ialah ramai dikalangan
kaum wanita berniaga di sini, kenapa? Aku pun tak tau, kalau tau silalah
nyatakan dalam KOMEN...


PASAR SITI KHADIJAH mempunyai 4 tingkat sementara PASAR PAYANG, 2 tingkat jer...itu juga perbezaan yang ketara. Ada yang kata peniaga di PASAR PAYANG lebih sporting jika dibandingkan dengan peniaga PASAR SITI KHADIJAH ketika rakaman video dibuat. Bukan maksud peniaga di SK tak 'sporting', cuma di PP 'lebih sporting'...

...pasar payang...

Di PASAR PAYANG ni, semua peserta bersungguh-sungguh membuat rakaman aktiviti perniagaan di sini. Aktiviti perniagaan bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 6.00 petang. Sebenarnya ada segelintir peserta tidak pernah membuat rakaman video sebelum ini. Oleh itu bengkel ini sekurang-kurangnya memberi peluang kepada mereka untuk membuat rakaman dengan sedikit ilmu yang diperoleh daripada sesi ceramah sebelum ini..


...aksi pasar payang...

Peserta kemudian bergerak ke TAMAN WARISAN ISLAM. Di sini peserta membuat rakaman
sekitar luar dan dalam MASJID KRISTAL. Setiap kumpulan merakamkan setiap
sudut masjid berkenaan. Kelihatan sangat cantik rekabentuk masjid pada
pandangan mata. Masuk waktu ASAR selepas AZAN dikumandangkan, terdapat beberapa
peserta turut sama mengerjakan solat secara berjemaah.












...masjid kristal kuala terengganu....






.....pandangan dalam masjid kristal....


Kemudian peserta bdergerak pula ke TAMAN WARISAN ISLAM namun mereka tidak semua masuk ke taman berkenaan kerana sebahagian daripada mereka ingin menaik bot bersiar-siar di sekitar pantai.

....salah sebuah replika dalam taman warisan....

Aku memilih untuk masuk ke taman warisan Islam. Urusan tiket dilakukan oleh HAJI ISMAIL selaku Pengurus Bengkel. Harga tiket 15RM seorang. Selesai membeli tiket, kami diberitahu kamera video tidak dibenarkan masuk ke dalam taman berkenaan. Wah! geram sangat aku, tapi........................................................................apa boleh buat. Kalau ada surat yang membenarkan bawa kamera dari pihak pengurusan atasan, mereka akan benarkan. Cuma kesalnya ketika dihubungi oleh HAJI ISMAIL sebelum ni, kenapa isu ni tak timbul....? Oleh yang demikian aku cuma dapat membuat rakaman FOTO dengan menggunakan kamera handphone aku. FOTO inilah juga yang akan aku masukkan ke dalam penerbitan video 'INDAHNYA KUALA TERENGGANU' yang akan aku sunting tidak lama lagi....tunggu jer video ini setelah siap aku akan 'upload' ke YOUTUBE nanti....


....proses membuat suntingan....

Berikutnya peserta bengkel di bawa melawat KILANG PENGUSAHA BATIK.
Di sini setiap kumpulan membuat rakaman keadaan sekitar serta membuat rakaman koleksi fesyen pakaian batik di sini.
Mereka juga membuat rakaman demontrasi mencetak batik oleh dua orang pencetak.
Kami tidak dibenarkan masuk ke ruang khas, mungkin bimbang hasil reka
mereka diciplak, gamaknya. Kami juga tidak dibenarkan masuk ke kilang,
takpe lah...sebab kilang dia...kan...kan...KALAU KILANG aku...? ...aku tak bagi gak...ekekeke..


Kami kemudian bergerak ke PULAU DUYUNG untuk membuat rakaman video
pembuat bot. Tiba di lokasi setiap kumpulan membuat rakaman pekerja sedang membuat
bot. Mereka juga merakam penjelasan dari seorang yang mahir tentang bengkel pembinaan bot tersebut.


...sedang membuat demo cara mencetak batik....

Apa yang dapat aku kutip daripada temubual ialah kayu yang digunakan
untuk membuat bot ialah kayu CENGAL dan SERAYA. Sebuah bot
ukuran sederhana boleh mencapat harga lebih kurang 200,000.00 RM.
Bot yang dibina dengan kayu berkenaan boleh tahan selama lebih kurang 60 tahun. Terdapat bot tempahan orang EROPAH yang sedang disiapkan yang harganya lebih kurang 2 juta RM.
Bot tersebut sudah setahun di situ dan masih dalam pembinaan.


....bengkel membina bot...

Kemudia kami bergerak pula ke bengkel ukiran kayu. Di sini kami mendengar
taklimat pemilik bengkel. Banyak juga rakaman yang dibuat di sini. Kayu Cengal
dan kayu Seraya juga digunakan untuk membuat ukiran kayu di sini. Kami juga
di tunjukkan kerja-kerja mengukir kayu dengan menggunakan mesin di sini.

Waktu malam semua kumpulan diminta memilih visual mengikut urutan skrip atau cerita mereka untuk disunting menjadi sebuah penerbitan video. Fasilitator membantu mereka membuat suntingan kerana bengkel ini merupakan bengkel PENGENDALIAN KAMERA jadi kerja penyuntingan dibuat oleh fasi, melainkan ada peserta yang mahir menyunting akan dibenarkan membuat penyuntingan. SDR. SHAHRUL, JASRIL AMRY & SITI SURAYA banyak membantu mereka membuat suntingan. Proses penyuntingan untuk penerbitan 4 buah kumpulan tersebut memakan masa yang agak lama iaitu dari jam lebih kurang 7.00 malam hingga jam 8.00 pagi berikutnya sebelum acara persembahan penerbitan masing2 dan majlis penutup. Namun begitu sebahagian daripada fasilitataor 'terpaksa' balik ke BANGI kerana terpaksa 'involve' dari segi penyediaan alatan teknikal visual semasa raptai program inovasi yang akan disempurnakan oleh MENTERI PENDIDIKAN TINGGI pada hari ISNIN, 16 APRIL 2012. Oleh itu tinggallah EN. HAZRUL, SDR. SHAHRUL FADLI & JASRIL AMRY serta HAJI MAIL mengendalikan bengkel hingga berakhir. Apa nak buat dah 'orang' paksa kita balik jugak...
Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca, harap tulisan ini tidak menjadi rantai yang akan menarik kaki aku ke neraka...insyaALLAH....
DAUDmontakzakaria.

Tuesday, April 10, 2012

Dialog Nasional Pendidikan Negara....

HARI ini siap suntingan video ucapan penuh PERASMIAN DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA oleh YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA di DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK UKM pada 9 APRIL 2012 yang lalu. Mana-mana yang nak mendengar 'ucapan penuh' silalah tonton. Kami menjadi medium untuk menyampaikan ke khalayak ucapan yang telah dirakam, itulah tugas kami...

Masa ucapan Pengarah pendidikan waktu pagi aku bertindak sebagai JURUKAMERA sebab kami kekurangan krew rakaman. KETIKA ini SDR. KAMARUL bertindak sebagai PENGARAH STUDIO....Lama dah tak pegang kamera, namun skill masih macam tak hilang jerrr....ekekeke...masuk bakul angkat sendiri ni... Lama jugak tak pegang kamera agak janggal duk depan manusia yang hampir mencecah 3 ribu orang tu... Itulah kalau kita lama tak pegang kamera depan khalayak tentu rasa macam berdiri tak tetap jer...ekekekeke... Bukan malu sangat pun tapi sikit jer...bukan sebab apa, sebab DAH LAMA SANGAT TAK PEGANG KAMERA depan khalayak......WAKTU petang semasa PERASMIAN oleh YAB TPM aku bertindak sebagai PENGARAH STUDIO.. Walau bagaimanapun aku ucapkan RIBUAN TERIMA KASIH kepada krew bantuan yang sempat membantu iaitu SDR. ROSLI ROBAI, SAIFULLAH, HAJI SULIMI, ARENIM dan....dan...ermmm...dah lupa....bantuan anda semua diucapkan JUTAAN TERIMA KASIH...
Minggu ini kami agak sibuk hinggakan ada program yang perlu dirakam, kami minta pihak lain membuatnya. 12 - 16 APRIL 2012, kami mengendalikan BENGKEL PENGENDALIAN KAMERA VIDEO di KUALA TERENGGANU. KAMI akan bergerak sebelah petang pada 12 APRIL ke sana. Sebelah pagi kami akan sampaikan ceramah berkaitan rakaman dan penerbitan video dan sebagainya.

Namun begitu sebahagian daripada kami akan kembali ke BANGI pada tengah malam SABTU kerana pada hari AHAD petang kami terlibat dengan raptai program PUSAT KOLABORASI DAN INOVASI yang memerlukan kami untuk membuat rakaman MCP pada hari ISNIN 16 APRIL 2012 di DECTAR. Majlis PERASMIAN dilaksanakan oleh MENTERI PENGAJIAN TINGGI di DECTAR. Nampaknya kami menjadi grup yang dicemburui oleh mana2 pihak dalam UKM, kami berada di luar pun diminta untuk membuat rakaman tersebut.....ermmmm...


...ucapan penuh TPM...

Sementara itu kami akan tinggalkan beberapa orang krew multimedia di TERENGGANU untuk menguruskan BENGKEL di sana hingga tengah malam AHAD. Mereka mungkin akan kembali ke UKM dan mungkin akan tiba di BANGI pada pagi ISNIN, mereka mempunyai beberapa jam untuk berehat sebelum terlibat sama dalam rakaman MCP program anjuran PUSAT KOLABORASI DAN INOVASI tersebut. Itulah tugas kami, berkhidmat walaupun mungkin ada sedikit kesukaran. Rakaman pada 13 APRIL pula iaitu SYARAHAN PERDANA dan ANUGERAH INOVASI kami minta SDR. YUNUS MISDI dari FAKULTI KEJURUTERAAN dan SDR. WAFIY dari UNIT CETAK PENERBIT UKM tolong rakamkan...TERIMA KASIH BEBANYAK UNTUK MEREKA BERDUA....
Sekian dan TERIMA KASIH sebab membaca....

daudmontakzakaria

Thursday, April 5, 2012

Permata....?


.....inilah video tu...


Sebagai pekerja aku aku melakukan tugas mengikut apa yang telah digariskan dan tentu sekali aku tidak akan keluar dari garisan tersebut. Minggu ini aku tidak mempunyai tugas-tugas yang tertunggak di pejabat jadi tentu aku terasa bahang kebosanan yang tidak aku ketahui bila hujungnya.
Oleh yang demikian fikir punyer fikir semalam, maka terpancar idea yang tah dari arah mana datangnya menjentik hati aku supaya membuat penyuntingan video 'PERASMIAN KOMPLEKS PERMATApintar UKM'. Rakaman video ni dah agak lama juga tapi rasanya belum basi lagi kut...
Pertama aku lakukan semalam ialah 'priview' video berkenaan kerana semasa program berlangsung aku tiada di lokasi. Selepas preview aku cuba lakar urutan cerita di minda aku. Berikutannya aku tulis skrip dua tiga baris cuma. Kemudian mulakan suntingan semalam dan hari ini sambung lagi kerja suntingan....
Komputer yang menjadi senjata aku membuat suntingan meragam pulak...dua tiga kali dia 'hang'. Kalau ikutkan hilang sabar, memang aku hilang sabar.....dalam kepala aku macam2 simbol timbul, %$^&*#@!~+?><, sebab rasa macam geram sesangat tapi taklah hilang adap hingga melanggar batas agama..... Ada ketikanya window langsung takleh 'on' pun. Rehatkan seketika, kemudia 'on' kan kembali...macam itulah yang aku lakukan. Rasanya komputer tu dah minta di'format' kut... Risau jugak 'footage' yang dah di 'digitize' akan hilang. Akhirnya 'tranfer' ke 'external hard disc' milik sendiri kerana bimbang komputer akan gagal berfungsi.
Pagi tadi pula buat rakaman 'voice over' di studio ukm. Bila siap sambung suntingan dan masukkan 'voice over', kemudian 'trim' mana yang patut. Akhirnya siap jugak lebih kurang jam 4.00 petang. 'Convert' ke 'format' yang mudah di 'upload' ke YOUTUBE....hah! tadaaaaa.....nilah dia videonya....dah siap punnnnn....sekian dan terima kasih sebab membaca...
daudmontakzakaria

Sunday, April 1, 2012

Orkestra Tradisional Artisukma UKM

MALAM ni, 1 APRIL 2012;
Kami membuat rakaman MCP Orkestra Tradisional UKM. Rakaman kami bermula lebih kurang jam 8.30 pm. Segala persiapan teknikal dibuat lebih kurang jam 6.00 pm.


Program ini merupakan program yang di anjurkan oleh Kelab Orkestra Tradisional UKM.













Alat muzik yang digunakan adalah merupakan alatan muzik tradisi Cina,
aku tak kenal pun nama2 alat2 muzik tu...


Sejumlah 12 buah lagu dipersembahkan termasuk angry bird, aku bukan untuk mu, lord of the ring dan sebagainya...
Agak menarik jugak persembahan pemuzik di pentas terutama persembahan yang di ketuai oleh seorang 'conductor' muzik yang agak 'otai'.
Krew rakaman yang membantu kami agak memadai jugak iaitu sdr. YUNUS MISDI, SULIMI, JUNIOR MASTERMIND, SAIFUL, WAFIY dan YAN....semua krew UAV Penerbit UKM juga terlibat sama...
Ermmmm...terima kasih bebanyak kepada semua yang terlibat dalam kerje-kerje rakaman MCP tersebut....dan terima kasih jugak kerana sudi membaca.....
daudmontakzakaria

Penutup PEKAN TEATER UKM 2012....




MALAM tadi, 31 MAC 2012;
KAMI membuat rakaman MCP Perasmian Penutup PEKAN TEATER UKM 2012 di PANGGUNG SENI DECTAR.



..panggung seni dectar........







Biasalah.....persiapan teknikal dijalankan waktu petang....persediaan awal amat penting kerana bila berlaku masalah ada masa yang panjang untuk diatasi....

















Malam ni kami kekurangan staf untuk membuat grafik oleh itu aku ambil
keputusan untuk membuat suntingan rakaman video ini nanti dan
kemungkinan besar akan aku ke YOUTUBE kan...


Majlis penutup ini di isi dengan persembahan tarian dan juga persembahan teater oleh KUMPULAN TEATER RIMBA kalau tak silap aku lah...











Sebenarnya PEKAN TEATER ni dah berlangsung beberapa hari yang lalu tetapi
kami hanya membuat rakaman MCP pada majlis penutup jer.


Majlis penyampaian hadiah dan penutup dilaksanakan oleh TNC HEPA PROF. IR OTHMAN KARIM.
Aku tak berapa minat dengan tetater ni, oleh itu aku tak mampu untuk membuat sebarang ulasan berkaitannya. Maaf...........
Krew yang hadir malam ni agak mencukupi cuma yang tidak dapat hadir ialah krew grafik jer....
Aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak kepada semua krew terutama krew bantuan iaitu YUNUS MISDI, HAFIZ PPUKM, JUNIOR MASTERMIND, SULIMI, WATIE, FAZLIANA, SAIFUL dan semua krew UAV.
ESOK iaitu 1 APRIL 2012, kami akan membuat rakaman MCP KONSERT ORKESTRA TRADISIONAL UKM di DEWAN BESAR DECTAR. Harap semua dapat hadir.......
...........sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
daudmontakzakaria