Hari ini merupakan hari kedua kami berkampung di dectar untuk rakaman video mcp majlis konvokesyen. Rasanya macam dah bertahun kami kat dalam dectar tu...ekekeke...
....ketika berfikir sesuatu dan masa yang sama mendengar apa yang dibualkan bersama rakan...
....dalam dectar pada awal pagi....
Sebenarnya aku dah krew video dahpun berkampung sebelum majlis konvo berlangsung lagi.
Kami membuat persiapan teknikal untuk rakaman dan tayangan dalam dectar.
Tugas ini memang perlu dilaksanakan dengan sempurna.
Persiapan yang sempurna akan mengurangkan risiko atau masalah apabila tugas rakaman dilakukan. Sebenarnya sidang yang paling aku bimbangkan ialah sidang yang dihadiri oleh Canselor UKM.
....kamera yang rasanya menyamai harga sebuah kereta mewah yang diimport...tak cayer...?
....dalam dectar semasa persiapan...
Hari pertama majlis konvokesyen ialah pada 24 september, iaitu Sidang Satu dimana Canselor UKM akan menganugerahkan ijazah kepada pelajar serta ijazah-ijazah kehormat.
Sidang Pertama ini, sdr. Shahrul Fadli Abdul Rahim menjadi Pengarah Studio yang memberi arahan kepada krew rakaman dari dalam studio.
....dalam dectar...
....sdr. Shahrul Fadli sedang memberi arahan...
Biasalah, dalam sidang pertama akan berlaku kesilapan, namun kalau boleh biarlah kesilapan tersebut merupakan kesilapan yang minima. Sidang ini dapat dirakam dengan sempurna dan semua krew memberi kerjasama yang baik. Namun terdapat juga krew yang tidak dapat
bersama dengan kami kerana masalah lain lebih memerlukan mereka.
Sidang Kedua pula sdr. Kamarul pula menjadi Pengarah Studio. Sidang tersebut merupakan sidang dimana Pro Canselor yang menganugerahkan ijazah kepada penerima.
...sempat berehat sementara menunggu sidang berikutnya....
.....wah! posing....
Hari kedua kami berkampung di dectar agak lama jugak. Hal ini berlaku kerana beberapa masalah yang timbul.... Sidang hari ini juga merupakan sidang yang agak mencabar
sedikit jer.... Dalam Sidang Ketiga dan Keempat hari ini, sdr. Kamarul menjadi
Pengarah Studio. Aku cuma mengambil alih sebagai Pengarah
Studio dihujung-hujung Sidang Keempat.
Dalam Sidang Keempat, plasma tv yang diletakkan di atas pentas tidak berfungsi. Tentu sekali kami tidak mampu melakukan apa2 tindakan kerana ia membabitkan soal teknikal yang tidak mudah untuk diatasi.
Selesai Sidang Keempat kami mengemaskan perlatan serta menutup suis peralatan di luar dan dalam studio. Kemudian kami mencari kesilapan teknikal yang menyebabkan plasma di atas pentas tidak berfungsi. Agak lama juga kami mencari kesilapan tersebut. Akhirnya kami jumpa jugak kerosakan tersebut. Salah satu 'alat power supply' untuk 'distributor' telah terbakar. Sukar juga untuk mencari pengganti dalam masa yang singkat. Akhirnya keputusan dibuat, iaitu kami alihkan sebuah alat 'power supply' daripada alat yang lain untuk menggantikan alat yang telah rosak. Akhirnya perkara tersebut dapat diatasi. InsyaALLAH diharap sesangat dalam Sidang Lima yang dihadiri Canselor dan sidang-sidang seterusnya, peralatan berkenaan tidak 'buat hal' lagi.... Selesai tugas berkenaan, kami mengemas kabel kamera 26 pin di depan dectar yang dah lama tidak dikemas setelah digunakan dalam rakaman perbarisan semasa Canselor membalas tabik hormat dan melawat perbarisan Palapes semasa hari pertama majlis konvokesyen. Sudahnya kami balik ke rumah masing2 jam 9.00 malam setelah masuk ke dewan tersebut se awal jam 6.45 pagi.... Terima kasih kepada semua krew rakaman mcp majlis konvokesyen. Terima kasih banyak2 kepada sdr. Shahrul fadli, Kamarul, Ramli dan Yusri yang membantu aku menyelesaikan kerosakan yang berlaku.... Kepada pelajar yang ingin memiliki dvd konvo sidang masing2, sila berhubung dengan Penerbit UKM selepas majlis konvo.....setiap salinan dikenakan sedikit 'charge'.....Terima kasih juga kepada pembaca yang membaca tulisan yang tak berapa nak bagus niiiiii....
daudmontakzakaria.
No comments:
Post a Comment