Tuesday, April 5, 2011

XPDC Saintifik Hutan Simpan UKM Bangi..


Hari ini aku menyertai XPDC Saintifik Hutan Simpan UKM Bangi. Sebenarnya aku dah lama tak masuk hutan membuat rakaman video. Hari ini rindu untuk masuk hutan sudah sedikit terungkai.....
Kami semua berkumpul di Hutan Pendidikan Alam berhampiran Rumah Haiwan.
Aku menyertai XPDC ini bersama dengan 3 orang krew
Multimedia Penerbita UKM iaitu
sdr. Hazrul, sdr. Raai dan Sdr Shahrul.

Hutan Simpan Kekal UKM dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bangi
telah digazetkan sebagai hutan simpan dalam tahun 1906.
Dalam tahun 1970 an ia telah diserahkan kepada UKM
untuk pembinaan kampusnya. Itulah serba sedikit sejarah hutan simpan ini.

Pagi ini aku turut serta dalam xpdc ini dengan harapan dapat merakamkan pelbagai spesis tumbuhan dan serangga serta landskap hutan berkenaan. Namun kelihatannya hari ini
tidak banyak bahan yang mampu menarik perhatian lensa
kamera video aku dibawa.
Ermmmm....tak kisahlah, esok aku akan menginjak lagi dada hutan simpan tersebut dengan seribu harapan semoga beroleh subjek untuk rakaman kamera ku.

No comments: