Thursday, March 31, 2011

PeNuTuP IcAf


Malam tadi, 30 Mac 2011, jam 8.00 malam, kami membuat rakaman video MCP Penutup Inter College Arts Festival yang diadakan di Panggung Seni, DECTAR, UKM.
Persiapan teknikal bermula dari jam 6.30 petang. Persiapan
berkenaan merangkumi pemasangan kamera
video dan jugakabel-kabel video.
Sdr. Shahrul dan Siti Suraya sama2 membantu dari segi persiapan
teknikal tersebut. Senmentara sdr. Ramli menyiapkan
peralatan yang berkaitan 'audio'.

Malam ini krew MCP yang turut membantu dalam kerja-kerja rakaman tersebut ialah sdr. Yunus, Khaidir, Wafiy, Junior Mastermind, Arenim, Hasnah dan haji Sulimi. Jutaan terima kasih kepada mereka semua kerana sempat datang memberi bantuan.


Malam penutup ini merupakan pertandingan Seni tari antara kolej-kolej kediaman. Malam ini juga merupakan malam penyampaian hadiah untuk semua pertandingan yang diadakan termasuk seni tari, tetater, band, nasyid dan sebagainya.









daudmontakzakaria.

Wednesday, March 30, 2011

GrEeN ScReEn....

Using green screens in your video productions can allow you to create realistic effects that would otherwise be impossible. However, in order to maximize the realism of these effects proper green screen lighting is required for a better chroma key. Uneven lighting will make it difficult to key out the green screen in post production, resulting in an effect that falls short of being believable.

The first step to successful chroma key effects is properly lighting the green screen. Start with a green screen that is free of wrinkles or textures that may cause shadows once it is lit. Add at least two lights, one on each side of the green screen. Adjust the lights as needed in order to light the green screen as evenly as possible.

One way you can create an even light is by diffusing it. This will allow for uniform lighting while helping to avoid hot spots. It’s important to keep your green screen free of shadows and hot spots in order for it to reflect a single color back to the camera. Not adhering to proper green screen lighting will cause unnecessary headaches once you get your footage into post-production.

There are other factors to consider when attempting a green screen effect. Lighting your subject in a way that matches the lighting in your backplate, placing your subject at a distance that will keep their shadows from being cast against the background and avoiding certain wardrobe colors will help you acheive a believable and clean green screen effect. Becoming familiar with lighting techniques for green screen effects will allow you to place your subject in any setting with realistic results.

Lighting is just one critical component to achieving a successful green screen or special effect.

****article ini diambil dari web Video Maker.

daudmontakzakaria

Tuesday, March 29, 2011

ICAF

Malam tadi, 28 Mac 2011; jam 8.00 malam, kami membuat rakaman video Inter College Art Festival di Panggung Seni, Dectar, UKM.

Macam biasalah, pemasangan peralatan bermula dari jam 6.30 petang waktu tempatan. Malam ini merupakan pertandingan teater antara kolej dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya ada beberapa jenis kesenian yang dipertandingkan iaitu teater, band, seni tari dan sebagainya dipertandingkan dalam ICAF ini.
Malam ini krew boleh dikatakan cukup dalam memberikan bantuan mereka semasa rakaman ini. Muhammad Khaidir, Bukhari, Wafiy, Yunus, Hanim, Hasnah dan Hj. Sulimi hadir membantu kami malam ni. Jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir, Tanpa anda siapalah kami..... Jangan lupa membantu kami di masa akan datang...

Thursday, March 24, 2011

Kete masuk wad

HARI ini, 24 Mac 2011; terima call bahawa kereta aku sudah siap dan esok aku akan jemput kete tersebut dalam jam 10.00 pagi.
Sebenarnya kete aku tu dah masuk wad sejak hari isnin lagi. Menurut mereka yang bertugas kat wad sungai tangkas tu, kete akau akan siap dalam masa 3 atau 4 hari. Ermmmm....jadi betullah kete aku tu telah pun siap.
Sebenarnya aku bercuti selama 4 hari sebab dah takde kete untuk pi keje maklumlah aku bukanlah mewah yang mempunyai banyak kete. Kalau mewah bolehlah aku tetapkan sebuah kete untuk pi keje, sebuah lagi pi pasar, sebuah lagi pi bercuti dan sebuah lagi kat rumah 'in case' kalau jadi apa2 ada kete 'spare'. Tapi realitinya kau hanya ada sebuah kete jer...apa2 pun aku taklah menyesal hidup macam ni, jauh sekali untuk 'mengeluh' kerana 'keluhan' akan mendatangkan kemurkaan ALLAH SWT. O.k tu jer tuk hari ni.....
daudmontakzakaria

Friday, March 18, 2011

TNEC & Konsert Orkestra Tradisional...

HARI ini, 18 MAC 2011, pergi membuat rakaman video tapak pembinaan TNEC
Cooling System di Lingkungan Kedua Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hari ini rakaman bahan atau bahagian-bahagian
yang akan dipasang untuk Cooling Tower.

Waktu malam pula kami membuat rakaman MCP Konsert Orkestra Tradisional di DECTAR. Rakaman dapat dijalankan dengan licin tanpa sebarang gangguan visual lagi seperti yang berlaku sebelum ini. Harap hal yang tersebut akan berterusan.
Terima kasih kepada semua krew yang membantu dalam tugas rakaman MCP malam ini. Harap semua krew akan memberikan komitmen yang cemerlang di masa akan datang.





daudmontakzakaria

Friday, March 11, 2011

Coooooling System TNEC Lagiii...

Semalam, 10 Mac 2011; kami (Sahah & aku) membuat rakaman video tapak pembinaan
TNEC Cooling System di Lingkungan Kedua UKM. Nampaknya terdapat
perkembangan di tapak pembinaan tersebut.

Apa yang kami rakamkan ialah ketiga-tiga tapak sedang giat dibina. Mengikut jadual projek berkenaan perlu siap dalam bulan Ogos 2011.

Kami merakan dari sudut yang tinggi sebelum kami datang hampir di tapak pembinaan tersebut. Akhir sekali kami telah merakamkan pemasangan tangki air yang besar iaitu tangki untuk menyimpan air yang akan digunakan sebagai bahan penyejuk.
Apabila selesai seperti biasa kami bergerak pulang ke pejabat. Mungkin dalam masa terdekat kami akan membuat rakaman secara terperinci atau secara lebih dekat lagi projek pembinaan tersebut....
daudmontakzakaria

Tuesday, March 8, 2011

PhOtOsHoP & Video PaKmA LaTa JaRuM



Hari ini, Selasa, 8 Mac 2011;
Tamat sudah bengkel Photoshop CS4 yang aku hadir sebagai peserta. Ini merupakan basic photoshop, namun ada gak yang sudah pakar turut menghadirinya. Baguslah, masih mahu mengikuti bengkel walaupun dah pandai. Sebagai orang baru yang cuba mempelajari software ini, aku rasa agak seronok tapi macam sukar jer nak mendalami ilmu ni maklumlah dah lama tak perah kepala. Apa2 pun aku seronok dengan bengkel ni sekurang-kurangnya dapat gak sedikit sebanyak ilmu berkaitannya.
Aku juga berasa amat gembira di mana video Rafflesia yang aku sunting dan juga tulisan asal skrip aku yang buat telah tidak mengecewakan semasa tayangannya diadakan ketika Perasmian Seminar XPDC Lata Jarum yang diadakan di UKM dari 7 - 8 Mac 2011. Sekurang-kurangnya video berkenaan dapat memberitahu kewujudan bunga terbesar di dunia di Lata Jarum Raub Pahang. Mereka juga dapat mengetahui serba sedikit berkaitan bunga berkenaan.

Monday, March 7, 2011

Dinner....dinner.....dinner....

Semalam 6 Mac 2011 hari Ahad, tamatlah sudah rakaman MCP kami berturut-turut selama 3 malam mulai jam 8.00 malam hingga jam 12.00 malam
Rakaman MCP kami bermula pada 4 Mac 2011 iaitu rakaman MCP Makan malam Amal Fakulti Pengajian Islam. Kemudia diikuti oleh Dinner Kolej Kris Mas selama 2 malam iaitu
Sabtu malam dan Ahad malam.

Rakaman MCP kami diwarnai oleh pelbagai masalah yang tak dapat hendak dikatakan sama ada masalah tersebut besar atau kecil.
Pertama masalah gangguan visual yang berlaku kerana masalah kabel kamera yang belum selesai. ini menyebabkan kami menutul kamera satu kerana ia mendatangkan gangguan kepada seluruh sistem. dengan 2 buah kamera yang berfungsi tugas kami menjadi agak sukar.
Semasa membuat rakaman Dinner Kolej Kris Mas, kami mendapat komplin dari pihak urusetia tentang gangguan visual yang berlaku pada malam tersebut. Apa yang kami mampu lakukan? Bukan kehendak kami pun. Masalah tersebut terus juga berlaku ketika Menteri Pengajian Tinggi hadir dalam jamuan makan malam berkenaan.
Selain dari itu terdapat juga masalah grafik yang tidak sempurna di mana komputer untuk grafik tidak berfungsi seperti sepatutnya. Ada ketikanya pula grafik yang sepatutnya keluar tidak dikeluarkan. Agaknya masing-masing sudah keletihan kerana bertugas tiga malam berturut-turut hingga waktu tengah malam. Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang membantu....jumpa lagi...
daudmontakzakaria.

Saturday, March 5, 2011

Makan Malam Amal Fakulti Peng. Islam.

Hari ini 4 Mac 2011;
Kami ditugaskan untuk membuat rakaman MCP Makan Malam Amal Fakulti Pengajian Islam di DECTAR, UKM.

Persiapan teknikal untuk membuat rakaman berkenaan telah dibuat seawal jam 6.00 petang dimana persiapan peralatan telah dilakukan oleh kami dan persiapan peralatan yang dilakukan ialah penyediaan kamera video serta 2 buah plasma.

Krew bantuan juga telah dihubungi namun hanya sebahagian sahaja yang dapat menghadirkan diri untuk membantu kerana hal-hal lain yang lebih utama. Aku juga telah menghantar sms kepada krew kami yang sedang berbengkel untuk memberi bantuan jika ada kesempatan, namun sms berkenaan tidak dijawab, rasanya tidak sukar untuk membalas sms walaupun jawapanya mungkin berupa jawapan yang negatif.


Dari tarikh 4, 5, dan 6 Mac ini kami akan membuat rakaman MCP secara berturut-turut bermula jam 8.00 malam. Malam esok dan lusa ialah Dinner Kolej KrisMas.
Dalam rakaman malam ini sebuah kamera tidak dapat digunakan dengan lebih lama kerana terdapat gangguan visual yang disebabkan oleh masalah kabel kamera. Tak tahulah bila masalah ini akan dapat diatasi, ia banyak bergantung kepada budget.
Oleh yang demikian masalah ini tidak akan dapat diselesaikan sehingga kabel kamera tersebut diganti dengan kadar yang segera. Kalau diikutkan rasa memang kami sudah agak bosan dengan masalah ini yang telah berlarutan lebih setahun....Apa yang mampu kami lakukan??????????????????. Aku amat berharap satu keajaiban akan berlaku dimana masalah yang kami sering hadapi ini akan dapat diselesaikan dengan amat segera...
daudmontakzakaria

Tuesday, March 1, 2011

DINNER KOLEJ BURHANUDDIN HELMI

TIMB. NAIB CANSELOR HEPA yang baruuuu...


Hari ini, 28 Februari 2011;
Mendapat tugas untuk rakaman MCP Dinner Koleh Burhanuddin Helmi. Dapat tugas berkenaan waktu pagi, ermmm...sukar jugak nak panggil krew MCP secara tergesa-gesa.
.........kerje-kerje gak........

...wajah yang bernasib baik terpapar di 'screen'
Oleh yang demikian, cara mudah untuk mendapatkan krew ialah melalui
FACEBOOK sebelum surat rasmi menyusul....

Melalui FB maka dapatlah kami beberapa orang krew bantuan yang sanggup datang membantu, terimakasih diucapkan kepada mereka yang berkenaan.
..........women power...........
.....dalam bilik kawalan............
Namun begitu terdapat juga dikalangan mereka yang janji akan datang tetapi
tidak sampai2, mungkin mereka ada aral yang melintang.....

Mereka yang mempunyai kesempatan untuk hadir ialah sdr. Yunus, Bukhari, Syanana, Khaidir dan Anim. Sementara YAN tidak dapat hadir. Krew bantuan yang lain mungkin kerana ada komitmen yang lebih penting. Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang membantu.
Malam ini sistem rakaman kami bermasalah lagi dan banyak visual yang 'koyak' sebab kabel video yang tidak 'baik', tak tau bila akan diganti....
Tugas kami malam ini tamat lebih kurang jam 12.00 tengah malam. Aku tiba di rumah hampir jam 1.00 pagi....
daudmontakzakaria

TNEC Cooling System


Awal pagi, 28 Feb. 2011;
Membuat penyuntingan video 'Rafflesia Lata Jarum' untuk persembahan sebuah seminar pada 7 dan 8 Feb. 2011 yang akan datang.
tapak pembinaan TNEC Cooling System.


Sdr. Shahrul sedang mencari sudut yang terbaik.
Jam 9.00 pagi, bersama sdr. Shahrul dan Suraya pergi ke Lingkungan Kedua UKM untuk membuat rakaman video tapak pembinaan berkenaan.


Selepas beberapa ketikan di tapak pembinaan, kami pulang semula ke Penerbit UKM. Aku menyambung tugas penyuntingan video. Jam lebih sikit sebelas pagi CIK CAHAYA datang ke Penerbit UKM untuk 'preview' video 'Rafflesia Lata Jarum'. Terdapat sedikit perubahan. Sebelah petang cuba siapkan perubahan kepada video berkenaan. Penyuntingan video tersebut aku lakukan hingga jam 5.00 petang. Sambung esok pagi.
Sebelah malam pula hadir di DECTAR bersama krew MCP untuk membuat rakaman video Dinner Kolej Burhanuddin Helmi.
daudmontakzakaria