Sunday, January 30, 2011

Konsert DiRaja UKM 2011


KONSERT ORKESTRA UKM 2011.
30 Januari 2011; Ahad, 8.40 malam, kami membuat rakaman video MCP
untuk program Konsert Orkestra UKM pula.









Semalam iaitu 29 Januari, kami membuat rakaman video MCP Konsert DiRaja UKM 2011. Seperti biasa persiapan teknikal telah dilakukan sejak awal petang.









Malam ni ramai jugak krew bantuan yang datang termasuk sdr. Hasanah, Yan, Arenim, Rukawa, Wafiy, Junior Mastermind, Yunus, dan seorang krew baru. Terima kasih kepada
semua yang membantu.

Konsert DiRaja UKM 2011;

29 JANUARI 2011; untuk sekian kalinya kami menjadi orang dibelakang tabir untuk memancarkan visual ke layar tayangan di DECTAR untuk Majlis Konsert DiRaja UKM 2011.






Malam ini juga kami tetap menjalankan tugas kami walau masalah apa pun timbul asalkan visual tetap terpapar di layar untuk menyelesakan setiap mata yang melihatnya dari permulaan hinggalah ke akhirnya.

Seperti biasa kami membuat persiapan teknikal sejak jam 3.00 petang. Kali ini kami menyewa sebuah kamera dari JELAS JUTA kerana salah sebuah kamera kami tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menyajikan visual yang diharapkan oleh setiap pasang mata yang melirik ke layar tayangan.




Ramai juga krew bantuan yang hadir pada malam berkenaan dan mereka ialah sdr. Yunus, Watie, Yan, Arenim, Wafiy, Khaidir, Junior Mastermind, 2 orang krew baru yang aku lupa nama mereka dan Hasnah.

Kami juga mengalami sedikit masalah dengan intercom yang menyebabkan hubungan Pengarah Studio dengan krew lain tidak lancar dan licin. Walaupun apa sekalipun alasannya, tugas tetap diteruskan.
Malam ini 30 Januari 2011, kami akan menyambung tugas kami sebagaimana semalam di lokasi yang sama iaitu MCP untuk Konsert Orkestra UKM. Bezanya ialah malam ini terbuka untuk semua, DYAM Yang DiPertuan Besar tiada. Begitu juga artis jemputan malam ini cuma Roy sahaja sementara Francissca Peter tiada.
Diharapkan kami dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Kepada semua krew diucapkan ribuan terima kasih diatas semua bantuan anda...
daudmontakzakaria

No comments: