Saturday, July 31, 2010

2 minggu yang AMAT sibuk...


HARI ini, Sabtu 31 Julai 2010;

Aku nak cerita pada mereka yang nak dengar atau baca, dua minggu sebelum Ramadhan ni kami dari Unit Audio Video Penerbit UKM amat sibuk sekali jika dibandingkan dengan minggu2 yang lain.

Rakaman MCP Pertandingan Puisi Anti Rasuah.



dalam konti semasa rakaman mcp
Dalam dua minggu ni banyak permintaan yang kami terima dari pihak dalam UKM untuk mendapatkan perkhidmatan rakaman video bagi pelgai program yang diadakan.


Diantara program yang minta kami rakamkan ialah Sukan Kriket Universiti-Universiti Antarabangsa, Bengkel UKM-SIT, Seminar Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Ceramah dan sebagainya.


Selingan semasa pertandingan puisi anti rasuah.




dalam konti
Apabila banyak pihak yang memohon untuk perkhidmatan berkenaan maka sudah tentu ada yang kami tolak atas alasan yang menasabah. Apa nak buat, itulah saja yang kami mampu lakukan. Kami tidak dapat memenuhi permintaan semua kerana kurang
tenaga kerja dan masalah peralatan.


Rakaman sukan kriket kami rakam beberapa perlawanan yang diadakan seperti di Bayu emas Klang, Kinrara, dan Oval UKM dimana UKM turut serta dalam kejohanan tersebut.


pertandingan puisi anti rasuah






dalam konti
Seminar Keselamatan pula kami rakamkan di PPUKM kerana ia diadakan disana, dua atau tiga kali kami pergi ke sana, namun ada juga sesi yang kami tidak dapat membuat rakaman
kerana terdapat tugas di tempat lain untuk program yang lain.

Hari ini Sabtu 31 Julai, sdr. Jasril dan sdr. Ramli pergi membuat rakaman video untuk program Silang Budaya anjuran NCWO dirumah keluarga angkat angkat mereka di daerah Lembah Kelang. Tugas mereka ini mungkin berakhir malam nanti.

Malam ini pula terdapat rakaman MCP Konsert Gamelan yang akan berlangsung di P.Seni DECTAR.

Minggu depan merupakan hari yang paling sibuk, kerana minggu depan merupakan hari untuk membuat persiapan dalam segala hal berkaitan Majlis Konvokesyen Ke 38 yang akan berlangsung daripada 7 hingga 10 Julai 2010. Ermmmm....tapi apa nak buat dah tugas kami. Harap semua tugas tersebut dapat dijalankan dengan sempurna tanpa sebarang kecacatan walau sekecil mana sekalipun.......

daud montak zakaria...
31 Julai 2010; 11.00 am

Saturday, July 10, 2010

Kuala Tahan, Taman Negara

HARI ini, Sabtu, jam 1.30 pagi.
Hari ini aku nak menulis sedikit jer berkaitan kunjungan kami ke Taman Negara daripada 6 hingga 8 Julai 2010 yang lalu. Kami berkunjung ke sana bersama kumpulan pelajar yang mengikuti program Global Student Mobility. Kami bergerak ke Kuala Tahan dari Bangi bersama dengan Boss, Ismail Ibrahim, Ramli dan dua orang dari Perhubungan Antarabangsa UKM.

Sungai Tahan.



Sungai Kuala Tahan.
Tiba di Kuala Tahan kami menginap di Rainforest Resort. Setelah berehat seketika, kami bersama kumpulan pelajar program tersebut mudek Sungai Kuala Tahan
dengan lebih kurang 10 buah bot.


Sepanjang Sungai Kuala Tahan bot yang dinaiki singgah di dua atau tiga tempat kerana Boss kami ingin membuat rakaman foto dilokasi yang menarik. Aku juga mengambil kesempatan untuk merakam suasana permandangan yang cantik di sana.



Laluan menuju Lata Berkoh.



Lata Berkoh.
Tiba di satu kawasan pemeliharaan Ikan Kelah semua bot singgah untuk memberi
peluang kepada pelajar yang mengikuti program berkenaan melihat ikan-ikan
yang timbul dipermukaan air. Mereka juga berpeluang mandi
manda di tempat berkenaan.


Kami pulang ke resort hampir waktu senja. Selepas makan malam satu lagi aktiviti dijalankan di Taman Negara iaitu Night Walk. Dalam aktiviti tersebut kami semua dibawa berjalan melalui hutan untuk melihat serangga yang keluar waktu malam.


Lata Berkoh.





Titi Gantung
Dalam aktiviti Night Walk tersebut beberapa serangga yang keluar waktu malam
ditemui seperti labah-labah, kala jengkeng, belalang dan sebagainya.
Pemandu kami menjelaskan semua serangga yang ditemui
untuk kefahaman kami sendiri.


Dihujung perjalanan aktiviti Night Walk tersebut kami semua dibawa ke satu lokasi untuk melihat haiwan yang datang untuk menjelat air masin yang terdapat di tempat berkenaan. Sempat gak dua ekor rusa dijadikan bahan rakaman.
Esoknya kami melalui laluan yang sama waktu siang. Kali ini pemandu pelancong menjelaskan berkaitan tumbuhan yang ditemui seperti kacip fatimah, tongkat ali dan sebagainya.

Bukit Teresek.



Bukit Teresek
Kami juga dibawa mendaki Bukit Teresik. Agak penat juga mendaki bukit berkenaan.
Banyak kali jugak aku berhenti. Tiba2 kaki aku diserang kekejangan...ermmm...
sorang pulak tu... Selepas lama berehat sambung lagi pendakian hingga sampai
di puncak. Di puncak aku berehat sebentar sebelum membuat rakaman
kawasan sekita. Sempat juga merakan Gunung Tahan bersebelahan.
Tak dapat mendaki Gunung Tahan, rakam visual jadilah....mesti
daki satu hari nanti kalau ada peluang...


Seterusnya berjalan atas titian gantung(Kanopi). Masa ini sdr. Ramli berjalan atas titian dan membuat rakaman. Masa ni aku dah keletihan sangat, lagipun tahun lepas aku dah berjalan di titian gantung ini.
Waktu petang pula rombongan ini pergi ke perkampungan orang asli suku Batek. Aku tidak turut serta kerana kekejangan kaki aku menyerang kembali, hanya saudara Ramli yang membuat liputan berkenaan.

Daki Bukit Teresik.

Pada pagi hari terakhir iaitu hari ketiga kami kembali mudek Sungai Tahan untuk pergi ke Lata Berkoh. Di sini pelajar yang mengikuti program ini mandi manda di sana sementara kami membuat rakaman video serta foto berkaitan persekitaran indah di sana. Selepas 'lunch' kami semua kembali ke Bangi dan sampai di UKM jam 6.30 petang....tamatlah kisah Kuala Tahan serta bersambung pula ke Sabah, tetapi krew video pergi kesana ialah sdr. Jasril dan Kamarul...

daud montak zakaria...
10 Julai 2010; 2.00 pm

Saturday, July 3, 2010

Jabatan Pendaftaran Negara

Suasana dalam bangunan JPN Putrajaya.
Pic. by google images.

HARI ini 3 Julai 2010, Sabtu;
Aku nak menulis lagi berkaitan perkara yang bukan merupakan bidang tugas harian aku. Apa2 pun patut gak aku tulis di sini untuk tatapan sape-sape jer yang nak baca tulisan ini. Mana-mana yang tak nak baca tu terpulanglah, bukan berdosa pun. Blog ini blog aku, cerita aku dan cerita rakan-rakan aku.

Hari Sabtu pagi ni aku pergi ke JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, di PUTRAJAYA untuk membuat satu urusan yang tertentu, ermmm...tak perlulah nak cerita apa urusannnya. Yang aku nak cerita kat sini ialah perkhidmatan kaunter JPN ni. Untuk pengetahuan anda Jabatan Pendaftaran Putrajaya dibuka dari hari Isnin hingga Ahad. Hari Sabtu dan Ahad dibuka daripada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Perkhidmatan kaunter mereka amat baik dan mesra bermula dari perkhidmatan mengambil nombor. Mereka melayan dengan mesra pelanggan yang datang. Kemudian tiba di kaunter tempat urusan, mana-mana ruang yang tidak diisi oleh pelanggan kerana tak pasti, kakitangan JPN akan mengisinya. Bila pelanggan bertanya sesuatu, mereka menjawab dengan mesra. Bila no. giliran disebut untuk kaunter 3 misalnya, jika kaunter 3 ada pelanggan ada kakitangan yang akan sedia melayan urusan pelanggan di kaunter yang lain. Urusan di sini amat licin. Kaunter urusan juga banyak. Kakitangan yang mengendalikan urusan amat mesra dan pelanggan saperti aku amat berpuas hati.

Jarang aku jumpa perkhidmatan kaunter yang licin serta mesra dengan pelanggan. Selalu senyum dan tidak meninggikan suara. Itu yang pelanggan perlukan daripada kakitangan kerajaan yang bertugas di kaunter. Sempatlah juga aku menekan butang "perkhidmatan kaunter yang terbaik" disalah sebuah kaunter, tempat aku membuat urusan berkenaan. Aku pernah berurusan dengan banyak kaunter seperti kaunter pos, jpj padang jawa dan sebagainya tetapi tidak pernah mendapat layanan seperti di kaunter JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, PUTRAJAYA.

daud montak zakaria...
3 Julai 2010; 2.00 pm