Wednesday, April 28, 2010

Oh! Mr. Premier.....

Makmal Komputer PTM.

HARI ini, Rabu 28 April 2010;
merupakan hari terakhir kami menghadiri atau mengikuti Bengkel Adobe Premier Pro CS4.
Aku mengikuti bengkel berkenaan selama 2 hari iaitu 27 - 28 April 2010.


Bengkel tersebut diadakan di Makmal Komputer Pusat Teknologi Maklumat UKM. Ia dianjurkan oleh Bahagian Latihan Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat, UKM.


Sdr. Jasril(Hanamichi) dan Kamarul, awal sangat kami sampai, peserta lain pun tiada lagi...





Panduan ni amat penting..

Sebenarnya aku pergi mengikuti bengkel tu dengan sdr. Jasril dan Kamarul Baharin.
Kami menghadiri bengkel berkenaan dengan harapan untuk menambahlan
lagi kemahiran kami berkaitan Premier Pro CS4.
Aku biasanya menggunakan Premier Pro CS3 dan jarang gunakan CS4 sementara
sdr. Jasril biasa gunakan Premier Pro CS4.


Tenaga pengajar yang menjadi jurutunjuk dalam bengkel tersebut ialah sdr. Faril dan krew beliau daripada Pusat Teknologi Maklumat.





Beberapa orang peserta bengkel.....





Ini meja tempat aku kat bengkel...

Aku memang selalu gunakan editing software untuk penyuntingan video dan software yang pernah
aku gunakan selain daripada analog ialah editing non-linear Media 100, Pinnacle Liquid,
PremierPro CS3 dan sekarang ni cuba untuk mendalami Final Cut Pro
dan Premier Pro CS4...heh...heh...macam show off jer....
sebenarnya bukan pandai sangat pun...
Media 100 dan Pinnacle Liquid jugak tidak digunakan lagi dan
dah lama dah di 'kafankan'...
Sistem penyuntingan video analog juga dah lama sangat tidak digunakan
lagi dan mesin penyuntingannya pun dah takde......


Melalui bengkel ini banyak jugak ciri-ciri yang dianggap remeh dalam Premier Pro CS4 tu telah terlepas pandang. Melalui bengkel ini semua yang dianggap remeh tu rupanya amat berguna untuk tugas2 penyuntingan video. Oleh itu bengkel ini memang banyak memberi manfaat kepada kami yang sentiasa menggunakan 'software' untuk membuat penyuntingan video....Terima kasih banyak kepada para pengajar drpd Pusat Teknologi Maklumat yang diketuai oleh sdr. Farril....

LCD komputer depan mata akulah....

daud montak zakaria...
28 April 2010; 10.00 pm

2 comments:

CikLieYzaOnline said...

yg analog den penah tgk..main pulas2 je.pastu cut.pulas lagi, cut. mcm senang je. tapi xpasti la,xpenah guna pun...hee

studioukm said...

Kami dah takde pun alatan analog tu...dah berkubur dah. Memang mudah pakai analog tapi amat sukar semasa nak tukar footage apabila sudah siap. Kene mula semula dari peringkat penyuntingan sampailah dubbing....eeeeee....susahnyerrrrrrr....