Wednesday, April 28, 2010

Oh! Mr. Premier.....

Makmal Komputer PTM.

HARI ini, Rabu 28 April 2010;
merupakan hari terakhir kami menghadiri atau mengikuti Bengkel Adobe Premier Pro CS4.
Aku mengikuti bengkel berkenaan selama 2 hari iaitu 27 - 28 April 2010.


Bengkel tersebut diadakan di Makmal Komputer Pusat Teknologi Maklumat UKM. Ia dianjurkan oleh Bahagian Latihan Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat, UKM.


Sdr. Jasril(Hanamichi) dan Kamarul, awal sangat kami sampai, peserta lain pun tiada lagi...





Panduan ni amat penting..

Sebenarnya aku pergi mengikuti bengkel tu dengan sdr. Jasril dan Kamarul Baharin.
Kami menghadiri bengkel berkenaan dengan harapan untuk menambahlan
lagi kemahiran kami berkaitan Premier Pro CS4.
Aku biasanya menggunakan Premier Pro CS3 dan jarang gunakan CS4 sementara
sdr. Jasril biasa gunakan Premier Pro CS4.


Tenaga pengajar yang menjadi jurutunjuk dalam bengkel tersebut ialah sdr. Faril dan krew beliau daripada Pusat Teknologi Maklumat.





Beberapa orang peserta bengkel.....





Ini meja tempat aku kat bengkel...

Aku memang selalu gunakan editing software untuk penyuntingan video dan software yang pernah
aku gunakan selain daripada analog ialah editing non-linear Media 100, Pinnacle Liquid,
PremierPro CS3 dan sekarang ni cuba untuk mendalami Final Cut Pro
dan Premier Pro CS4...heh...heh...macam show off jer....
sebenarnya bukan pandai sangat pun...
Media 100 dan Pinnacle Liquid jugak tidak digunakan lagi dan
dah lama dah di 'kafankan'...
Sistem penyuntingan video analog juga dah lama sangat tidak digunakan
lagi dan mesin penyuntingannya pun dah takde......


Melalui bengkel ini banyak jugak ciri-ciri yang dianggap remeh dalam Premier Pro CS4 tu telah terlepas pandang. Melalui bengkel ini semua yang dianggap remeh tu rupanya amat berguna untuk tugas2 penyuntingan video. Oleh itu bengkel ini memang banyak memberi manfaat kepada kami yang sentiasa menggunakan 'software' untuk membuat penyuntingan video....Terima kasih banyak kepada para pengajar drpd Pusat Teknologi Maklumat yang diketuai oleh sdr. Farril....

LCD komputer depan mata akulah....

daud montak zakaria...
28 April 2010; 10.00 pm

Friday, April 23, 2010

BELUM..? memang belum pun..


HARI ini, Jumaat, 23 April...
Rasanya dah lama blog ini ketandusan 'posting'. Jadi hari ini aku nak beritaulah sape-sape yang nak tau iaitu tidak berapa lama lagi aku serta sdr. Ramli mungkin pergi menjelajah hutan BELUM di Perak tu. Kami mungkin bertolak pada 7 Mei 2010 bersama krew fotografi untuk membuat survey lokasi untuk membawa peserta-peserta bengkel fotografi yang akan dijalankan di sana dalam bulan MEI nanti.

Kebetulan berkunjung ke sana, aku bercadang untuk membuat rakaman video bersama sdr. Ramli, keadaan persekitaran yang wujud di sana untuk dijadikan penerbitan video pendek berkaitan BELUM. Oleh itu aku akan sediakan skrip secara kasar dan akan diperhalusi lagi apabila 'footage' video telah dirakam nanti. Tinjauan berkenaan dilakukan untuk tujuan mengadakan lagi bengkel fotografi di bawah Unit Latihan UKM yang akan dikendalikan oleh Unit Fotografi Penerbit UKM hujung bulan Mei 2010 nanti. Sdr. Jasril Amri(Hanamichi) dan Hanim dijangka akan membuat rakaman video semasa bengkel tersebut dijalankan.

Sebenarnya sebelum ini sdri Siti Suraya(UAV) dan sdr. Khaidir(Cetak) telah membuat rakaman berkaitan bengkel fotografi yang telah dijalankan di BELUM pada awal April 2010. Mereka telah menghasilkan sebuah penerbitan berkaitan bengkel tersebut dan lokasi-lokasi yang telah dijelajah oleh peserta bengkel. Sekarang giliran kami pula untuk ke sana, selama lebih kurang 2 atau 3 hari, jika tiada aral.... Sebenarnya aku pun belum sampai ke BELUM sebelum ini walaupun aku ni orang PERAK...ermmm....rasa malu jugak...

Selain tugas berkenaan, terdapat juga tugas-tugas lain yang menjadi tanggung jawab kami untuk dilaksanakan iaitu rakaman video di Jeram, Selangor yang akan dibuat oleh sdr. Shahrul dan Izad pada 29 April nanti. Mereka akan bertolak pada 28 April dan bermalam di sana.

Seterusnya satu lagi tugas besar yang akan kami pikul ialah rakaman MCP Konsert Menjunjung Kasih yang akan berlangsung pada 22 Mei nanti di DECTAR. Sempena sambutan ulangtahun ke 40 UKM, konsert tersebut akan diadakan secara besar-besaran di mana SPB Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri Malaysia dan juga beberapa sultan negeri-negeri Malaysia juga dijangka akan hadir....

Selain daripada itu terdapat lagi beberapa tugas rakaman yang menjadi rutin tugas kami sepanjang tahun. Diharapkan kami dapat menyempurnakan tanggung jawab kami dengan sempurna tanpa sebarang kesulitan.....InsyaAllah.

Monday, April 12, 2010

BOWLING TERTUTUP PENERBIT UKM

HARI ini, Isnin;
aku nak menulis perkara yang tidak berkaitan dengan tugas harian aku pulak....tapi ia berkaitan aktiviti Penerbit UKM.




Sebelum kejohanan.....






Hari Ahad iaitu 11 April 2010, Penerbit UKM telah mengadakan Pertandingan
Bowling Tertutup di Metro Point Kajang. Pertandingan
tersebut bermula lebih kurang jam 9.30 pagi.



Seramai lebih kurang 80 orang peserta telah mengambil bahagian dan telah dibahagikan kepada 20 kumpulan serta setiap kumpulan mengandungi 4 orang peserta. Boleh dikatakan lebih seratus orang yang terdiri daripada staff dan ahli keluarga masing telah berkumpul di lapangan Bowling Metro Point tersebut.

Foto 'dicuri' daripada Facebook Rukawa




Kesemua peserta tediri daripada staf dan juga ahli keluarga staf Penerbit UKM.
Perasmian pertandingan telah dilakukan oleh Timbalan Ketua
Penerbit UKM iaitu Puan Faizah Ahmad.
Ketua Penerbit UKM iaitu Prof. Dr. Kamaruddin M. Said tidak
dapat hadir kerana hal tertentu.


Dalam kejohanan tersebut hadiah-hadiah dibahagikan kepada beberapa katogori iaitu Juara Kumpulan, Juara Perseorangan Lelaki serta Juara Perseorangan Wanita.











Sebelum kejohanan, kami telah berlatih bermain di lapangan bowling Metro Point dan
juga Warta maklumlah ada yang tidak pernah bermain bowling hinggalah
ke hari kejohanan ini. Mana yang baru menceburi bidang
permainan ini tentu sekali menjadi mangsa longkang
bila bola bowling tersebut dibaling....

Pertandingan tersebut tamat lebih kurang jam 1.00 petang setelah semua hadiah
disampaikan oleh Timbalan Ketua Penerbit UKM. Maka tamatlah
kejohanan tersebut untuk tahun ini dan harap
akan jumpa lagi di tahun hadapan.

Foto di bawah 'dicuri' drpd Facebook Rukawa Kaede

Wednesday, April 7, 2010

NOSTALGIA LATIHAN MCP PELAJAR MASSCOM 2010.


Hari ini JUMAAT, 9April 2010;
Aku nak mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester tidak berapa lama lagi kepada semua Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Peperiksaan amat bagi dimana salah satu sebabnya ialah untuk menilai diri setiap pelajar...Sekali lagi aku nak menulis berkaitan Latihan Mcp Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK 2010 di STUDIO UKM di DECTAR.....



Setiap tahun lebih kurang selama sebulan kami akan mengendalikan Latihan Multiple
Camera Production(MCP) untuk Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi,
FSSK, UKM. Latihan berkenaan biasanya dijalankan dalam bulan
MAC iaitu dalam Semester Kedua untuk Pelajar tahun 3.


Tahun 2010 ini, kami mengendalikan latihan MCP untuk pelajar Tahun 3 dan Tahun 2. Ini merupakan kali pertama kami diminta untuk mengendalikan latihan berkenaan untuk Pelajar Tahun 2 dan 3 secara sekali gus.









Oleh yang demikian jadual latihan MCP berkenaan agak ketat dimana kami terpaksa
bertugas siang dan malam setiap hari untuk semata-mata mengendalikan
latihan berkenaan supaya lebih sempurna. Kami tidakpun merungut
dalam melaksanakan tugas berkenaan, ewahhh....tidak percaya?
Tanyalah kami sendiri sebab kami jer yang
mengendalikannya....


Walau bagaimanapun tahun 2010 ini, unit kami agak bernasib baik kerana kami mempunyai 3 orang staf baru yang banyak membantu dalam mengendalikan latihan MCP tersebut disamping melakukan tugas rutin yang lain. Mereka ialah sdr. Shahrul, Jasril dan Siti Suraya. Adakalanya bimbang jugak kalau2 Jasril dan Suraya 'lari' daripada Unit UAV ni, susah pulak unit kami nanti...maklumlah kedudukan mereka masih tak 'kukuh' di Penerbit UKM.




Dalam bulan yang sama aku pulak ditimpa kemalangan yang menyebabkan aku
terpaksa bercuti lebih seminggu. Aku hanya sempat mengendalikan
latihan MCP tersebut selama dua minggu dan
minggu-minggu yang seterusnya ditangani oleh staf UAV yang lain.
Namun beberapa kumpulan dalam penerbitan
akhir mcp sempat gak aku ikuti.


Banyak jugak pengalaman yang kami peroleh dalam mengendalikan latihan tersebut. Macam-macam ragam dan situasi yang kami lalui. Namun begitu kami tetap bersikap adil kepada semua kumpulan pelajar yang terlibat dalam latihan MCP tersebut.








Selama lebih kurang sebulan mengendalikan latihan berkenaan, aku dapat mengenali
sebilangan daripada mereka dan diantaranya ialah Jingjing yang sentiasa
rajin berurusan dengan kami untuk membincangkan berkaitan
jadual latihan MCP untuk Pelajar Tahun 2 dan 3
tersebut yang mungkin pelajar
lain tidak mengetahuinya....


Selain daripada Jingjing ialah Bulat(macam rock jer....), Adham(macam serius....tak pasti....), Mike(tak berapa faham sikapnyer....), Peng Peng(tak faham sikapnya....), Suet Nie(peramah sangat-sangat...), Emily Heliantus(sikit serius....), Emily(agak serius semasa pengarahan mcp....), Syimah(selalu saja membantu grup yang lain...), Bakong(ermmm...agak senyap, tak tau kenape...), Edmund(semua nak perfect...),





Sue(macam happy go lucky....tak pasti....), Ais Kacang, Leesan(tak banyak cakap...),
Cikin(agak peramah), Aini(macam nakal jer...),Fatin, Suraya Rambly
(adakalanya tak tahan dgn tekanan..),


Vaani(nanti jangan jadi sombong macam pelakon sitcom tu yer...), Hartini, Zyana(macam happy go lucky jer...), Syidah(macam sama dgn Zyana), Saufiah(takleh diganggu...faham2 sudey..),Shu Yin Tan(senyap jer tapi rajin senyum...),










Azli(sikit peramah..), Ayub(ramah dan tak banyak cakap...), Hidayah(peramah), Norhasila(pendiam...tak taulah sama ada pemalu atau sombong...dia jer yang tau...) dan ramai lagi yang aku kenal tapi nama dah lupe... Ermmm...kalau pandangan aku silap sila betulkan dan e mail ke studioukm@yahooo.com







Setelah tamat penerbitan akhir Multiple Camera Production(MCP) tersebut, satu sesi pembentangan dan pratonton telah diadakan di bilik pra tonton MENTION.
Kami juga turut dijemput sama oleh PM DR. ASIAH SARJI.
Namun aku tidak dapat hadir kerana hal tertentu.


Sdr. Kamarul, Shahrul, Jasril dan Suraya telah turut serta mendengar pembentangan oleh pelajar berkenaan. Beberapa orang penilai telah dijemput untuk memberikan komen mereka berkaitan penerbitan MCP tersebut.










Cerita yang didapati daripada krew UAV yang hadir, banyak jugak yang terpaksa dijelaskan berkaitan bidang teknikal kepada mereka yang tidak memahami keadaan di Studio UKM berkenaan.









Namun bagi aku, keupayaan kami menjalankan tanggung jawab yang diminta dengan
sebaik mungkin dalam keadaan studio yang sedia ada telah cukup
memuaskan hati kami sebagai staf UKM.












daud montak zakaria...
9 April 2010; 10.00 am

MALAM ANUGERAH SUKAN UKM KE-20


MALAM tadi, Selasa, 6 April 2010 jam 8.30 malam....

Kami membuat rakaman Multiple Camera Production(MCP) untuk Majlis Anugerah Sukan UKM Kali Ke-20 di DECTAR.



Sebelum mula bertugas di Bilik Kawalan....sdr. Hanim dan Jasril....





Sdr. Khaidir(Rukawa Kaeda), Jasril dan Hanim...



Persiapan teknikal dilakukan dalam jam 6.30 petang. Tiga buah kamera video digunakan. Selesai persiapan krew rakaman pergi menjamu selera yang telah disediakan oleh penganjur untuk petugas.....


Sdr. Hanim dan Shahrul...'PEACE' mungkin ada makna yang tersirat pada simbol yang ditunjukkan....





Sd.Kamarul sedang memberi arahan
kepada krew...



Sedang kami 'on air' muncul dua orang tetamu yang masuk ke Studio UKM iaitu Syidah dan Adham, merupakan Pelajar Pusat Pengajian Media, FSSK.




Sdr. Shahrul, Syidah dan Adham.....







Haji Sulimi sedang mengendalikan audio...



Diantara VVIP yang hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Dr. Razali Ibrahim, Tan Sri Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor serta pegawai-pegawai UKM.

Sdr. Mike Mierul, pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK bertindak sebagai salah seorang pengacara dalam majlis tersebut.





Persembahan nyanyian oleh ahli-ahli
sukan UKM.



Diantara anugerah yang disampaikan dalam majlis tersebut ialah;

OLAHRAGAWAN(PELAJAR)

OLAHRAGAWATI(PELAJAR)


Persembahan nyanyian.





Sidang media selepas perjanjian persefahaman
di tandatangani..



OLAHRAGAWAN KAKITANGAN

OLAHRAGAWATI KAKITANGAN




Ucapan perasmian oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan.






Hampir Tamat..

BINTANG HARAPAN LELAKI DAN WANITA(PELAJAR)

BINTANG HARAPAN LELAKI DAN WANITA(KAKITANGAN)


Krew bantuan yang sempat hadir malam ini ialah Azrul Khaidir, Isma, Khaidir, Firdaus, Hanim, dan Haji Sulimi. Terima kasih kepada semua krew yang bertugas...



Majlis Anugerah Sukan UKM ini tamat lebih kurang jam 11.00 malam.



daud montak zakaria...
7 April 2010; 1.00 am

Sunday, April 4, 2010

MCP FESTIVAL SENI(MUZIK & TARIAN)


Hari ini, Sabtu, 3 April 2010, jam 8.00 malam;

Kami membuat rakaman video Multiple Camera Production(MCP) untuk Festival Seni UKM 2010 di DECTAR.


Ketika rakaman MCP sedang dilakukan, krew Bilik Kawalan sdr. Suraya, Shahrul dan Kamarul.




sdr. Kamarul, Shahrul & Jasril

Ini merupakan suatu persembahan oleh pelajar yang mengambil kursus kokurikulum
kesenian yang ditawarkan oleh Bahagian Kokurikulum Kesenian yang
dikendalikan oleh Pusat Kebudayaan UKM.


Kursus-kursus tersebut dibahagikan kepada beberapa bidang iaitu Bidang Teater, Seni Tampak dan Seni Rupa, Seni Muzik, Seni Beladiri dan Seni Tari.


Sdr. Sulimi yang mengendalikan audio ketika rakaman.






Sdr. Jasril Amry(Hanamichi), Rosli(Junior Mastermind),
Kamarul & Haji Sulimi(Abang Aji)

Diantara objektif program ini ialah untuk memberi penekanan kepada pelajar tentang keperluan mengimbangkan aktiviti yang bercorak kesenian dengan aktivit akademik.


Program ini adalah anjuran bersama Bahagian Ko-kurikulum, Pusat Perkembangan Pelajar, dan Pusat Kebudayaan UKM


Hmmmm... Syimah, Pelajar Pusat Pengajian Media saja-saja berkunjung ke Studio UKM....ermmm....tak fokus pulak foto ni.....





Persembahan Tarian Melayu....

Antara acara yang dipersembahkan ialah Muzik Silat, Rebana Ubi, Nasyid,
Angklung, Muzik Moden, Dikir Barat, Brass Band,
Tarian dan sebagainya...











Tarian Melayu...





Tarian Istana....










Tarian Cina






Tarian India



Tidak ramai krew MCP bantuan yang datang. Mereka ialah sdr. Sulimi, Yunus, Hata, Naziruddin dan Khaidir. Oleh itu sdr. Shahru terpaksa bertindak sebagai Switcher dan Jurukamera, aku jugak bertindak sebagai Pengarah Studio dan Switcher. Jasril juga menjadi Jurukamera sementara Suraya sebagai Jurugrafik serta Haji Sulimi dan Ramli sebagai Juruaudio secara bergilir-gilir.
Junior Mastermind dan Syimah gak saja2 datang ke studio
Persembahan Dikir Barat...


daud montak zakaria...
4 April 2010; 10.00 am