Sunday, February 7, 2010

Teater 'USANG'



Malam ini 6 Februari 2010 jam 8.30 malam waktu tempatan;
Kami dari Unit Audio Video ditugaskan untuk membuat rakaman MCP persembahan teater berjudul 'USANG' di Panggung Seni, DECTAR.

Kesiannyer....sebelum bertugas krew menikmati makanan masing-masing dengan belanjer daripada saku masing-masing kerana tiada siapun sudi 'sponser' untuk makanan krew malam ni sebelum bermula tugas rakaman....




Ermmm...seperti biasa persiapan teknikal bermula sejak jam 6.00 petang lagi. Masing-masing telah mengetahui tugas yang perlu dilakukan seperti persiapan kamera, persiapan grafik, serta juga audio dan semua perlatan yang berkaitan di dalam Studio UKM dan juga di Panggung Seni, DECTAR.

Ermmm...sedap nampaknyer, sesiapa yang tak makan tu, tengok jer lah orang yang sedang menikmati makanan




Inilah sebahagian drpd krew kami.

Seperti biasa krew yang dipanggil untuk membantu dalam rakaman tersebut tiba di studio
lebih kurang jam 8.00 malam. Nampaknyer malam ini ramai juga krew yang
dapat hadir untuk membantu.



Krew yang mempunyai kesempatan hadir pada malam ini ialah Sdr. Yunus, Azrul Kaidir, Khaidir, Wafiy, Hanim, Chef, Sulimi, Mimi, Waty, sementara kami dari kalangan staf UAV ialah sdr. Kamarul Baharin, Ramli Adnan, Shahrul, Jasril dan aku sendiri.


Berehat sebelum memulakan tugas....





Krew dalam konti ketika rakaman dilakukan.

Teater 'USANG' ini merupakan karya Mohammadiani Kasian yang juga dikenali
sebagai Kancil.
Tetamu yang hadir menyaksikan pementasan malam ini diantaranya ialah Tan Sri Naib Canselor, dan juga pegawai-pegawai kanan universiti.


Sinopsis tetater ini ialah;
Seluruh alam maya ini dilihat dari kaca mata seorang kanak-kanak. Kanak-kanak yang suka berangan dan bermimpi antara kenyataan dan bukan kenyataan.


Kelihatan sdr. Kamarul sbgai Pengarah Studio, Hazni Hanim sbgai 'switcher' dan Jasril sebagai Juru Grafik ketika sedang bertugas dalam Konti.





Sedang tekun bertugas dalam konti.

sambungan sinopsis;
Kini, kanak-kanak tersebut telah dewasa, seluruh kenangan yang dilalui semasa kecil tidak dapat dibezakan antara kemyataan dan bukan kenyataan. Kasih sayang mana
yang harus diutamakan, kasih sayang ibu atau kasih sayang emak
dan dimana tanggung jawab seorang ayah.



Nyatanya semua itu adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan sehingga ke hari ini. "Kita ini adalah titipan tuhan" walaupun terus akan menjadi usang.



Sebahagian daripada krew setelah mengemaskan semua peralatan selepas rakaman...





Persembahan teater 'USANG' di pentas.


Pelakon utama teater ini ialah;

Muhammad Firdaus Mat
Muhammad Izzuddin Nasruddin
Fazlena Hisyamudin
Nurliyana R. Azmi
Zatul Nadia
Nurul Aisyah
Muhammad Khairul







Nazri Saad
Nurul Haziah
Syed Muhammad Fahmi
dan ramai lagi pelakon-pelakon
tambahan yang lain.



Rakaman MCP yang kami lakukan telah berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Semua krew yang hadir telah mampu bertugas dengan cemerlang.

Namun ada seorang 'orang' yang menulis dalam Facebook mengatakan untuk datang dan melihat cara rakaman MCP secara live namun tiada pun muncul hingga tamat rakaman dilaksanakan.....

Kepada semua krew diucapkan ribuan terima kasih.......

daud montak zakaria...
1.00 pagi, 7 Feb. 2010.


3 comments:

- Jing - said...
This comment has been removed by the author.
- Jing - said...

hohoho! en daud, saya ada hadir la teater usang tersebut.. I duduk di belakang camera sebelah kanan png seni tu.. hehe..

anyway, too bad ada scene di mana pelakon-pelakon nampak gelap melalui camera kerana lighting tak cover habis stage tersebut walaupun nampak ok melalui mata kasar..

studioukm said...

Oooooooo....gitu...maaf lah....