Tuesday, January 5, 2010

Sibuk kembali...


Hari ini 5 Januari 2010;
Merupakan hari kedua aku bertugas dalam tahun baru 2010. Selamat kembali bertugas aku ucapkan kepada diri aku sendiri, maklumlah tiada siapa pun yang sudi untuk mengucapkan selamat bertugas kembali setetelah aku bercuti panjang...

Di whiteboard dah banyak jugak tugas yang menanti dalam bulan Januari tahun baru ni, maklumlah, kampus sudah kembali meriah dengan kehadiran semula pelajar untuk semester kedua. Rasanyer tidak terlewat untuk aku mengucapkan selamat datang kepada mereka semua...hai...selamat datang..dan selamat belajar semula....Bolehkah aku ucapkan juga, selamat berpeluh kembali untuk peperiksaan akhir bagi pelajar tahun akhir, bolehkan???

Ermmm...beralih kembali kepada tugas kami, diantara tugas yang menanti kami ialah rakaman Ucapan Tahun Baru Tan Sri Naib Canselor UKM pada 6 Januari 2010, Seminar Imbiosis pada 7 Januari 2010, Malam Anugerah Seni UKM pada 8 Januari 2010, Konsert DiRaja pada 23 januari 2010 dan beberapa rakaman yang lain.

Itulah beberapa tugas yang menunggu kami dalam awal tahun 2010 ini dan tugas2 yang lain mungkin akan 'masuk' lagi kerana kami merupakan unit yang memberi perkhidmatan untuk seluruh jabatan dalam UKM. Apa-apa pun diharapkan kami dapat memenuhi permintaan semua dengan memberikan perkhidmatan yang memuaskan hati semua pihak.

daud montak zakaria...

No comments: