Thursday, December 10, 2009

FESTKUM....


Hari ini 9 Disember 2009;
Kami dari Unit Audio Video Penerbit UKM diberi tanggung jawab untuk membuat rakaman video Perasmian Festival Kebudayaan Universit-Universiti Malaysia. Persiapan teknikal berkaitan rakaman MCP telah kami lakukan sejak jam 3.00 petang lagi. Pemeriksaan peralatan rakaman dalam studio kami lakukan. Pemasangan Kabel-kabel kamera kami siapkan. Ujian terhadap sistem audio juga kami lakukan.

Sebelum memulakan tugas semua krew pergi menjamu selera....

Kesemua yang kami jalankan adalah dengan harapan supaya tidak berlaku sebarang kesilapan teknikal semasa majlis berkenaan berlangsung pada jam 8.30 malam nanti. Persiapan teknikal ini selesai lebih kurang jam 6.00 petang. Krew yang menyediakan grafik masih melakukan tugas hingga ke malam. Lebih kurang jam 8.00 malam seorang demi seorang krew rakaman video tiba di Studio UKM.


Lebih kurang jam 8.30 malam tetamu kehormat majlis berkenaan tiba dan majlis tersebut dimulakan. Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar Prof. Datuk Dr. Muhammad bin Abdul Razak memulakan ucapan beliau. Ucapan Timbalan Naib Canselor di ikuti pula oleh ucapan perasmian. Ucapan Menteri Pengajian Tinggi telah dibacakan oleh wakil beliau.

Semasa raptai....

Festival kebudayaan ini telah dianjurkan oleh Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAKUM. Beberapa cabang seni akan dipersembahkan serta dipertandingkan dikalangan universiti-universiti yang mengambil bahagian. Majlis perasmian dijalankan di UKM dan majlis penutup akan diadakan di UM pada 13 Disember nanti. Krew yang terlibat dalam rakaman MCP majlis perasmian ini ialah; Sdr. Zulhimi, Chef, Hata, Naziruddin, Yunus, Azrul Khaidir, Khaidir, Wafiy, Hanim, Hasnah, Siti Suraya, Kamarul Baharin, Ruhaizad, Ramli, Bukhari dan Aku sendiri. Majlis tersebut tamat pada jam 11.00 malam. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Majlis ini akan berlangsung dari 9 hingga 13 Disember 2009. Acara yang dijalankan di UKM akan kami rakamkan seperti yang diminta.

* foto sumbangan Siti Suraya Sulaiman

daud montak zakaria...

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,

saya dari salah satu kolej di UKM. boleh ke kalau saya ingin dapatkan salinan video2 festkum utk rujukan aktiviti kolej?

sekiranya boleh, boleh tak ceritakan macam mana nak dapatkan? ni emel saya: dorawan89[a]yahoo[dot]com

ukmstudio said...

Isi borang tempahan yang boleh didapati di Penerbit UKM