Hmmm....letih....letih dan letih...... Nampaknya kami dari Unit Audio Video setiap hujung minggu takleh rehat nampaknya. Sekarang ni setiap hujung minggu ada saja kerje yang masuk.....
Kalau kami(otai-otai...) tak dapat rehat di hujung minggu, yang 'tiga orang' ini pun tak dapat gak...
Tapi apa boleh buat kan sebab masa temuduga dulu tu dah ditanya oleh penemuduga.... Macam nilah lebih kurang soalannya...'Sanggupkah awak bertugas luar waktu pejabat....' lebih kurang macam tulah soalannya... Apa lagi tanpa berfikir panjang si 'calon' ni pun terus je menjawab....juga lebih kurang macam nilah jugak jawapannya....'Ya, encik...eh! ya tuan....saya sanggup sangat tuan, saya sanggup sangat, kalau disuruh saya tidur kat pejabat pun saya sanggup tuan.....' Macam tulah lebih kurang jawapan 'calon' tersebut. Oleh tu apa nak digusarkan kerje banyak ke...keje lebih masa ke....kan...kan...kan.....
Jadi....letih memanglah letih.... memanglah kami dalam bulan ini tak dapat rehat di hujung minggu...Dari hari Jumaat ni hingga hari Ahad kami akan bertugas....Hari Jumaat dan hari Sabtu ni, dari petang sampai malam, kami akan membuat rakaman SCP Festival Tari MAKUM IPTA waktu petang, sementara waktu malam kedua-dua hari tersebut kami akan membuat rakaman MCP program berkenaan. Hari Ahad pula iaitu 18 Oktober 2009 kami akan membuat rakaman MCP Program Satu Malaysia. Kedua-dua program berkenaan diadakan di DECTAR.
Minggu berikutnya pula iaitu hari Jumaat 23 Oktober pula rakaman MCP 'Teater' dan pada hari Sabtu pula Persembahan Kesenian Pelajar Kokurikulum. Kedua-dua program tersebut dijalankan pada waktu malam. Surat untuk menjemput krew MCP telah aku hantar dan berharap sangat mereka semua akan hadir untuk membantu kami.
Seterusnya pada minggu berikutnya iaitu pada 30 dan 31 Oktober serta 1 November, kami akan membuat rakaman SCP di Taman Negara di Pahang. Kami akan mengikuti grup foto yang akan membuat rakaman foto di sana. Aku dan sdr. Kamarul sahaja akan mengikuti rombongan tersebut. Jadi itulah sebahagian tugas hujung minggu kami yang menyebabkan kami tidak dapat berehat setiap hujung minggu dalam bulan Oktober ini.....malah ada yang merungut kerana tak dapat menyambut Syawal dengan menziarah sedara dan kenalan.....Namun ada juga yang sempat pergi ziarah tetapi terpaksa dihadkan masanya kerana ada tugas waktu malamnya...hmmm....apa nak buat kan, tentu soalan penemuduga serta jawapan yang diluahkan dulu tu masih terngiang-ngiang lagi di cuping telinga 'setiap calon' kan...kan...kan...????
*Catatan: Hari ini 15 Oktober 2005, sempat gak rakan2 aku beraya kat rumah aku walaupun mereka sibuk macam aku gak. Sebab mereka sebilangannya membantu kami dalam rakaman MCP, dah tentulah sibuk macam aku gak. Nak tau sape yang datang jam 9.30 malam(lewat 30 minit dari masa yang dikatakan pada aku...) ke rumah aku? Hmmm....Jasril, Suraya, Wafiy, Khaidir, Hanim, Shah dan 2 pelajar UKM.....time kacihlah sebab datang.....
No comments:
Post a Comment