Monday, May 25, 2009

Kuntuman Pakma....nantikan kunjungan kami lagi...

Apa agaknye yang dibincangkan oleh Prof. J dan Encik Shukori ni,
perkara berkaitan jantina si Pakma ke???

Hmmmm....ini tentulah aku....

Sdr. Ramli Adnan

Anak sungai yang jernih airnya ditengah hutan.

Bersantai di sungai buta...

Sungai buta lagi....

Sayangggg....Pakma..

Baguih nampak 'posing' Prof. J ni....

*semua foto di atas bertarikh 24 Mei 2009.

22 Mei 2009.

Jumaat, 22 Mei 2009, bunyi klasik handphone aku berbunyi. Waktu itu lebih kurang jam 8.00 malam. Aku lihat di skrin hp tertera nama Ali Imran. Jari ku menekan butang hp untuk menjawab panggilan tersebut. Seperti biasa aku menyebut 'hello'. Suara 'macho' Ali Imran menjawab "Ut", panggilan ringkas nama ku disebut oleh Ali Imran. Dia menyambung..."Esok kita bertolak jam 7.00 pagi tau, Dato' Naib Canselor nak melawat tapak Pakma Lata Jarum..." Begitulah lebih kurang cakap Sdr. Ali Imran. Agak terkejut juga aku mendengarnya kerana semalam dia kata nak bertolak jam 10 pagi dan tiada pun menyebut Dato' Naib Canselor datng ke sana. Aku tak berkata apa-apa, cuma bersetuju je untuk bertolak jam 7.00 pagi tu.. Aku kemudian terus menghubungi Sdr. Ramli Adnan untuk memberitahu waktu yang terbaru untuk bergerak ke Hutan Lipur Lata Jarum, Raub, Pahang. Kami turut ke sana untuk membuat rakaman video lawatan Dato' Naib Canselor ke Lata Jarum untuk melihat sendiri Bunga Rafflesia di sana.

23 Mei 2009.

Lebih kurang jam 7.00 pagi aku serta sdr. Ramli Adnan mula bergerak meninggalkan bangunan Pusat Penerbitan dengan menumpang kenderaan En. Ali Imran. Kami menuju ke kediaman Prof. Dr. J(Jumaat Adam) untuk menjemput beliau. Setelah menjemput Prof. J, kami terus bergerak menuju Lata Jarum Raub Pahang.

Tiba di Raub, Pahang kami singgah untuk makan tengah hari. Tidak berapa lama kemudian rombongan Dato' Naib Canselor, Dato' Sharifah Hapsah pun tiba di Raub dan Prof. J pergi menemui beliau. Kemuadian Prof J. bersama kami mendahului rombongan Naib Canselor menuju Hutan Lipur Lata Jarum. Tujuan rombongan dato' naib Canselor ke Lata Jarum raub Pahang adalah untuk melihat sendiri kuntuman Bunga Pakma atau Rafflesia yang tumbuh di sana. Dato' Naib Canselor ditemani oleh suami beliau Dato' Dr. Mahmud serta pegawai UKM yang lain iaitu Dekan FST, Prof. Dr. Musa, Encik Razak Husin, dan Puan Padlon.

Kami tiba dipejabat renjer lata jarum kira2 jam 11.00 pagi dan Prof. J telah disambut oleh Encik Shukori, pegawai renjer perhutanan. Tidak lama kemudian rombongan Dato' Naib Canselor pun tiba dan disambut oleh Prof. J dan Encik Shukori. Seterusnya rombongan Dato' Naib Canselor telah dibawa dengan jeep oleh Encik Shukori dengan diiringi oleh Prof. J untuk ke lokasi dimana penjelajahan bermula di Hutan Lipur Lata Jarum itu. Aku sempat merakamkan dengan kamera video sebelum Dato' Naib Canselor di bawa denga jeep. Ini merupakan lawatan tidak formal Dato' Naib Canselor ke Lata Jarum.

Sementara itu aku, sdr. Ramli, En. Ali Imran, Sdr. Sabri dan Puan Padlon serta Encik razak Husin berjalan kaki menuju lokasi berkenaan sejauh 1.4 Km itu sebelum kami akan dijemput oleh En. Shukori. Whaa...masuk hari ini, sudah 3 kali aku masuk ke hutan lipur ini dan ini adalah kali pertama aku berjalan kaki menuju ke lokasi untuk mula masuk ke hutan. Oh! tak sangka aku, rupanya penat sungguh dan lenguh kaki sungguh berjalan sejauh 1.4 Km ini, rasa macam tak larat lagi untuk aku menghayun langkah.

Akhirnya sampai juga aku di lokasi tersebut. Rupanya rombongan Dato' menunggu semua tiba sebelum mula memasuki hutan lipur berkenaan. Rakaman video kami bermula di sini. Sebelum masuk ke hutan, rakaman foto telah dilakukan, aku juga turut serta bergambar...hmmm...ini bukankah sejarah bagi aku?

Selepas bergambar, langkah menjelajah hutan lipur Latar Jarum pun bermula dengan didahului oleh dato' Naib Canselor yang dipandu oleh Encik Mohd Shukori. Lokasi pertama ialah di Tapak Satu. Disini Prof. J dengan dibantu oleh En. Shukori telah menjelaskan semua perkara berkaitan Bunga Pakma atau Rafflesia ini. Agak lama juga mereka berada di Tapak Satu ini. Kemuadian rombongan bergerak ke Tapak Dua pula. Aku tidak dapat mengikuti rombongan ini kerana aku terlalu letih dan sukar untuk melangkah meneruskan perjalanan ke Tapak Dua dan Tapak Tiga. Aku benar-benar 'puntured' dan akhirnya mengambil keputusan untuk menunggu sahaja rombongan berkenaan turun kembali. Aku menunggu mereka di sebuah anak sungai yang jernih airnya. Sempat juga aku merakamkan beberapa tumbuhan dan sebagainya dengan kamera foto digital yang aku bawa bersama. Semua rakaman video hari ini dilakukan oleh Sdr. Ramli Adnan.

Apa yang aku dengar rombongan dato' Naib Canselor amat gembira kerana dapat melihat sendiri spesis bunga yang terbesar di dunia ini yang turut tumbuh dilantai hutan Hutan Lipur Lata Jarum, Raub, Pahang ini. Masing-masing mengabadikan kenangan dengan bergambar disebelah kuntuman bunga Rafflesia ini. Rombongan ini turun kembali dan tiba di pejabat renjer lata Jarum ini lebih kurang jam 2.00 petang dan diberi jamuan ringan.

Melalui Prof. Dr. J, kami semua diminta ke Bentung untuk makan tengah hari dengan rombongan Dato' Naib canselor. Aku dan sdr. Ramli tidak dapat mengelak, kalau diikutkan hati kami hendak berehat sahaja kerana terlalu keletihan. Kami semua telah turut bersama Dato' Naib Canselor menikmati jamuan makan tengah hari di Rumah Rehat Bentung. Jamuan makan tamat lebih kurang jam 4.00 petang. Rombongan dato' Naib Canselor pulang semula ke Kuala Lumpur sementara kami kembali ke Lata Jarum untuk menyambung rakaman video bunga Pakma pada esok hari...


24 Mei 2009,

Hari ini ialah hari Ahad, aku dan sdr. Ramli akan memasuki kembali hutan Lipur lata Jarum untuk membuat rakaman video bunga Pakma. Kami masuk ke hutan dengan diketuai oleh Prof. J dan dipandu oleh Encik Mohd Shukori. Kami masuk ke hutan seramai 5 orang iaitu Prof. J, En. Shukori, dan En. Ali Imran.

Tiba di dalam hutan lipur, kami membuat rakaman video sungai buta, kuntuman Rafflesia di Tapak satu, Dua dan Tiga. Selain dari itu masing-masing ber'posing' bersama si Pakma untuk dibuat kenangan. Kami merakam semua hal berkaitan Pakma yang dijelaskan oleh Prof. J. Kami juga merakam cubaan Prof. J dan En. Shukori untuk menyemai benih Pakma di akar perumah. Aku dapat membuat rakaman video semua pada hari ini tanpa sebarang masalah. Aku tidak 'puntured' lagi seperti semalamm....

Thursday, May 7, 2009

Menjejak Rafflesia di Lata Berembun, Raub, Pahang

Di tempat Bunga Pakma








Hutan Lipur Lata Berembun









Sdr. Ramli Adnan

Hari ini 7 Mei 2009, hari Khamis.
Semalam aku sukar untuk tidur walaupun keletihan kerana mendaki serta menuruni bukit sepanjang hari di Lata Jarum untuk merakam Bunga Pakma. Aku cuma dapat melelapkan mata lebih kurang jam 2.00 pagi dan terbangun semula secara tak sengaja pada jam 5.00 pagi dan selepas itu mata tak dapat lelap hingga ke siang.



Pagi ini kami merancang untuk ke suatu tempat di mana terdapat Bunga Pakma,menurut kata En. Shukori, Pegawai Renjer Perhutanan itu. Encik Shukori menjumpai lokasi berkenaan hasil dari maklumat penduduk kampung berkenaan. Prof. J, apabila mendengar sahaja hal demikian memanglah amat teruja untuk pergi ke sana. Kami akan di bawa oleh En. Shukori dengan menaiki jeep 4WD nya. Lebih kurang jam 8.00 pagi kami sudah bersedia dengan peralatan yang perlu. Namun kelima-lima pelajar pasca siswazah tidak ikut serta kerana semalam mereka telah kembali ke UKM kerana ada 'presentation', itu sahaja ungkapan yang aku dengar. Aku tidak ingin untuk mengetahui lebih lanjut kerana aku tak suka 'jaga tepi kain atau tepi seluar orang lain'.



Selepas siap semuanya, aku, sdr. Ramli, Prof. J, Ali dan En. Shukori pun mulalah bergerak. Lokasi yang utama tentulah gerai minuman kerana waktu ni memang waktu yang sesuai untuk mengisi perut kami dengan sarapan pagi. Oleh itu kami singgah di gerai kebiasaan kami yang mungkin boleh dikatakan mempunyai daya tarikan tersendiri. Selepas menghirup minuman pagi dan menjamah sarapan, kami pun mula bergerak. Encik Shukori memandu jeep pacuan 4 rodanya memasuki satu lorong ke satu lorong kerana tersesat. Namun akhirnya kami sampai di lokasi untuk mula berjalan dengan kaki pulak. Jauh juga jaraknya dari Lata Jarum, mungkin berkotak-kotak rokok bagi golongan yang merokok, barulah boleh sampai ke sini. Itu pun kalau tak meninggal dek kanser.



Setelah mendaki tanah agak tinggi dan menuruni cerun yang tak berapa curam kami pun sampai di satu tempat dan kami semua keluar dari jeep. Visual pertama yang kami rakam dengan video ialah Bunga Kantan berhampiran jeep berhenti. Cantik juga bunga kantan yang bewarna merah, eh! ia kah merah, aku pun tak pasti. Selesai merakam bunga kantan dan ladang bunga kantan tersebut kami berdua pun bergerak menuju lokasi Prof. J, Ali dan En. Shukori yang sedang setia menunggu di situ sejak tadi.




Mulanya kami memasuki suatu kebun yang ditanam dengan pokok-pokok langsat. Selepas kami merentas anak sungai yang kecil, kami berjumpa pulak dengan tanaman pokok getah yang kelihatan sudah ditoreh. Seterusnya merentas semak samun pokok paku pakis yang berkilat daunnya dipanah cahaya matahari. Kemudian merentasi lagi anak sungai yang di dalamnya terdapat anak-anak ikan dan air sungai tersebut amat jernih dan dingin sekali. Kemudian kami melalui jambatan kecil dan masuk kembali ke hutan serta mandaki lereng bukit kecil, melalui celah-celah batu dan celah-celah pokok serta laluan tanah yang kalau silap perhitungan akan tergolek ke kaki bukit, kalau tak ajal pun, mungkin akan di sergah ular dengan mulutnya tenganga luas serta taringnya yang bisa.. Mendaki, menuruni, mendaki...ermmm...barulah kami sampai di lokasi Pakma oh! Rafflesia itu. Di situ En. Shukori dan Prof J. mencari Bunga Pakma dan merakam dengan kamera foto. Sementara kami yang agak keletihan berehat sebentar menghilangkan lelah kerana mendaki. Kami juga minum air yang di bawa untuk membasahkan tekak kami yang sangat kering. Agak jauh juga kami berjalan.




Kemudian tugas kami ialah merakam beberapa Bunga Pakma sama ada di tanah dan yang melekat di akar di atas pokok. Kami membuat banyak rakaman di sini. Lama juga kami di sini. Penjelasan diberikan oleh Prof. J dan En. Shukori semasa kami membuat rakaman. Kami juga membuat rakaman selepas Bunga Pakma dibelah dua untuk melihat bahagian dalamnya. Hmmmm...cantik sungguh bahagian dalam Bunga Pakma ibarat satu lukisan pada pandangan aku. Selesai sahaja kami membuat rakaman dan Prof. J menyelesaikan tugasnya, kami pun bergerak keluar hutan, ermmm....meredah lagi nampaknya. Dalam perjalanan keluar, aku sempat juga merakam beberapa imej yang aku agak aku berminat merakamnya sama ada dengan kamera video atau foto yang aku bawa bersama.



Selepas makan tengah hari, En. Shukori membawa kami ke satu lokasi yang terdapat Bunga Pakma iaitu Hutan Lipur Lata Berembun. Lokasi ini agak jauh, sakitlah juga kaki dan bahagian bawah badan serta sebagainya kerana lama duduk dalam jeep serta jalan masuk untuk sampai ke lokasi berkenaan tidak boleh di lalui oleh kereta. Kenderaan yang boleh masuk ke Hutan Lipur Berembun itu cuma jeep 4 way drive sahaja. Kalau kenderaan lain, jangan harap nak sampai ke sana. Bukan saja jalannya berlobang-lobang dan sangat tidak rata tetapi juga ia melalui lereng bukit yang di bawahnya terdapat gaung-gaung yang dalam dan kalau jatuh dah tentulah berpindah ke alam lain jika itu takdirnya.



Tiba di Hutan Lipur Lata Berembun, aku pun mula membuat rakaman aliran air sungai yang jernih yang di dalamnya terdapat batu-batu besar yang pelbagai saiz. Aku juga merakam air terjun yang tinggi dan cantik di situ. Jernih sungguh airnya. Sempat juga aku menghirup airnya yang dingin dan jernih itu. Hmmmm....dingin sungguh tekak aku apabila dilalui oleh air dingin Lata Berembun itu. Bila kita berada hampir dengan air terjun tersebut, badan kita berasa dingin kerana tempias dari air terjun tersebut akan terkena kepada kita. Sementara itu Ali Imran, Prof. J dan En. Shukori merkam keindahan di situ dengan kamera foto masing-masing. Aku serahkan kamera video kepada sdr. Ramli. Dia merakam beberapa pemandangan dn sebagainya disitu terutama air terjun yang cantik tersebut. Aku pula sempat merakam situasi disekitar dengan kamera handphone aku kerana kemera foto digital aku telah kehabisan bateri. Lama juga kami di sana sebelum beredar. Di kawasan Lata Berembun ini sdr. Ramli telah disengat oleh lebah dan aku pula cuma nyaris sahaja. Banyak sangat lebah di situ, mungkin sarangnya ada berdekatan tempat berkenaan.



Perjalanan pulang, kami terpaksa juga melalui jalan yang sama, yang penuh dengan batu-batu besar, tidak rata, banyak lubang-lubang dan banyak juga gaung-gaung menunggu di bawah. Apa boleh buat kerana itu saja satu-satunya jalan yang ada. Hutan lipur berkenaan hanya boleh di kunjungi oleh mereka yang memiliki atau menaiki 4 way drive sahaja kerana faktor jalan penghubung yang disengajakan dibuat begitu oleh penduduk yang memiliki kenderaan pacuan 4 roda.



Kami tiba di Lata Jarum kembali lebih kurang jam hampir 7.00 malam. Kami mandi di Lata Jarum, hmmm...amat dingin airnya, semua yang ada ditubuh mugkin menjadi kecut...keh...keh...keh...Lebih kurang jam 9.00 malam kami pulang ke UKM selepas makan makanan malam yang enak pada pendapat aku dimana salah satu masakannya di panggil 'Steam Asam' atau "Steam Limau' tak pasti aku mana yang betul. Sampai UKM hampir jam 12.00 malam, malam Jumaat pulak tu.....Mungkin malam ini untuk Prof. Dr. Jumaat kut...

* foto-foto yang lain terdapat dalam galeri foto.

Wednesday, May 6, 2009

Lata Jarum, sekali lagi kami datang....


Dari kiri; DAUD MZ, PROF. DR. JUMAAT ADAM, RAMLI ADNAN,
EN. MOHD SHUKORI & di belakang , EN. ALI IMRAN.

Pelajar pasca-siswazah Fakulti Sains dan Teknologi UKM

Pakma belum berkembang

sungai di tengah rimba

Inilah Bunga Pakma 6 kelopak yang dijumpai
di Lata Jarum, Raub, Pahang.

Pakma?. Oooooooooooo....Rafflesia...

Hari ini, kami yakni aku dan sdr. Ramli akan berkunjung lagi ke Lata Jarum, Raub, Pahang. Tujuan kami berkunjung ke lata berkenaan adalah sama seperti kunjungan kami sebelum ini iaitu membuat rakaman video Bunga Pakma atau Rafflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia dan sedang berkembang dikala ini di lata tersebut. Apakah keistimewaan Bunga Pakma kali ini?


Jam 8.00 pagi, 6 Mei 2009 kami mula bergerak dari bangunan Pusat Penerbitan dengan menumpang kenderaan Encik Ali Imran, kakitangan Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Seterusnya kami menuju ke rumah Prof. Dr. Jumaat Adam yang kami panggil PROF. J di Bandar Baru Bangi. Setelah mengambil Prof. J, kami meneruskan bergerak menuju Hutan Lipur Lata Jarum, Raub, Pahang.


Sebelum kami melepasi bandar Raub, kami singgah di sebuah medan selera untuk mengisi perut kami yang kosong sejak pagi lagi. Di situ jarum jam hampir menunjuk angka sebelas pagi. Selesai makan dan bersembang hal-hal semasa, kami pun meneruskan perjalanan dan sebelum tiba di Hulu Dong, kami berjumpa dengan Encik Mohd. Shukori, Ketua Unit Renjer Hutan yang berpejabat di Hutan Lipur Lata Jarum. Perjumpaan tersebut sebenarnya secara kebetulan yang dirancang.



Tiba disebuah gerai kami semua singgah untuk minum serta berbual santai di situ buat seketika. Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju Hutan Lipur Lata Jarum bersama Encik Mohd. Shukori. Kami berehat sebentar di situ sementara menunggu 5 orang pelajar pasca siswazah FST yang akan turut serta dalam kunjungan untuk melihat Bunga Pakma itu. Seketika kemudian mereka pun tiba dengan menaiki sebuah kereta proton Waja.


Selepas berehat sebentar di pejabat En. Shukori, maka kami pun bersedia untuk memasuki hutan lipur berkenaan dengan dipandu oleh En. Mohd. Shukori sendiri. Segala keperluan yang hendak dibawa telah disiapkan. Bagi kami, tentulah kamera video, lampu, tripod serta bateri. Kumpulan pertama yang terdiri daripada Prof. J serta pelajar perempuan atau wanita?, terlebih dahulu dibawa dengan jeep oleh En. Mohd. Shukori untuk memasuki hutan tempat memulakan perjalanan.


Giliran kami tiba selepas itu...
Seperti biasa perjalanan dengan kenderaan pacuan empat roda menuju ke lokasi berkenaan bukanlah mudah. Kami seperti berada dalam sebuah kenderaan rally merentasi hutan dengan permukaan tanah yang penuh dengan lubang dan permukaan tanah yang tidak rata. Persis seperti yang kita sering lihat di kaca tv. Akhirnya tiba juga kami di lokasi berkenaan setelah puas di ambung-lambung oleh jeep En. mohd. Shukori.


Setelah semua berkumpul, maka perjalanan memasuki hutan pun dimulakan.
Perjalanan meredah dan mendaki, menyelit di celah-celah batu serta merentas anak-anak sungai memang memerlukan tenaga serta mesti berhati-hati. Sambil merentas hutan, apa saja yang terlintas untuk dirakam, akan aku rakamkan. Aku secara bergilir-gilir membuat rakaman berkenaan. dengan sdr. Ramli. Tidak kira batang pokok, daunan, flora, akar-akar serta aliran anak sungai, semuanya kami rakam.


Akhirnya kami tiba di lokasi sekuntum Bunga Pakma yang sedang berkembang yang menjadi tugas utama kami untuk dirakam. Sebelum kami mula membuat rakaman kami meminta sesiapa yang hendak merakam bunga berkenaan dengan kamera foto, mereka boleh merakamkannya sebelum kami pula menjalankan tugas kami.
Setelah selesai tugas mereka, kami pula mengambil giliran untuk membuat rakaman. Selepas perbincangan ringkas secara spontan dibuat dengan Prof. J, maka kami pun memulakan tugas kami. Kami membuat rakaman ketika Prof. J memberi penjelasan tentang bunga berkenaan.


Bunga Pakma kali ini merupakan Pakma yang istimewa kerana ia mempunyai 6 kelopak. Menurut En. Mohd. Shukori, inilah kali pertama beliau menemui Pakma dengan 6 kelopak di Hutan Lipur Lata Jarum, Raub, Pahang ini. Disebabkan cahaya agak suram kerana dilindungi daun-daunan pokok di ataskepala kami, kami pun terpaksa menggunakan lampu yang kami bawa bersama. Imej akan bertambah jelas dan lebih menarik jika ia disinari cahaya. Selesai rakaman, bunga Pakma tersebut telah diambil dengan hati-hati untuk dibuat kajian.Seterusnya kami bergerak pula ke satu lagi lokasi untuk membuat rakaman bunga Pakma yang telah menjadi kehitaman kerana telah layu.


Sama seperti sebelum ini, setelah selesai kami pun bergerak keluar dari hutan tersebut. Kami telah berada di hutan itu sejak dari jam lebih kurang 3.00 petang waktu tempatan dan keluar lebih kurang jam 6.o0 petang. Esok, yakni pada 7 Mei 2009 pula kami akan menyambung rakaman di lokasi yang lain pula.

Monday, May 4, 2009

Television production; perakam pita video

Digital Videotape recorder

Camcorder yang merakam disc
Camcorder yang merakam video menggunakan hard disc

Kebanyakan program yang ditayangkan di televisyen telah dirakam dalam pita video atau disc komputer yang khas. pita video digunakan untuk memainkan video iklan-iklan walaupun pada asalnya ia diterbitkan dalam bentuk filem. Satu daripada ciri-ciri unik televisyen ialah kebolehannya untuk memancarkan secara langsung program-program tertentu. Ini bermakna ia merakam gambar-gambar dan audio-audio peristiwa yang sedang berlaku dan menayangkannya secara segera kepada penonton diseluruh dunia seperti sukan Bolasepak Piala Dunia.


Kebanyakan program-program televisyen berasal daripada pita video yang dimainkan. Pita-pita video ini ialah elemen yang amat penting untuk penerbitan program dan untuk pengedaran.
Semua perakam pita video berfungsi dengan prinsip yang sama. Ia merakam isyarat(signals) video dan audio di atas pita plastik dan seterusnya ditukar kembali kepada isyarat(signal) yang boleh dilihat sebagai gambar-gambar dan boleh didengar sebagai bunyi di layar televisyen.


Beberapa sistem perakam video mempunyai 'high quality' video seperti perakam digital HDTV dimana semasa proses rakaman, kelajuan pusingan pitanya lebih tinggi. Perakam video profesional mempunyai sistem elektronik yang lebih canggih yang menentukan kualiti gambar dan bunyi yang lebih baik.
Perakam pita video dikelaskan sama ada dalam bentuk analog atau digital. Ia juga terdapat dalam pelbagai format dan saiz. Antara kelebihan pita video digital ialah bila penyalinan dilakukan, kehilangan mutu gambarnya hampir tiada. Format pita video yang wujud ialah Digital Betacam, DVCam, DVCPro, mini DV dan sebagainya.

Sekarang ini dunia sedang menuju ke arah rakaman video tanpa menggunakan pita video. Terdapat dipasaran sekarang kemera video yang merakam video ke dalam 'hard disc'. Terdapat juga kamera video yang merakam video terus ke dalam DVD. Ia digunakan oleh pengguna awam dan juga untuk 'broadcasting'.

Sunday, May 3, 2009

Audio..


mikrofon


speaker

digital audio recorder


Audio console

STUDIO DIRECTOR: Audio ready....Audio ready? Audio, are you ready?
SOUND OPERATOR: Sorry director, I just woke up.....
STUDIO DIRECTOR:Aiyaaaaaa........

Audio;

Audio merupakan elemen yang tidak kurang pentingnya dalam penerbitan televisyen. Jika kita tutup audio atau bunyi semasa berita ditelevisyen sedang ditayangkan, apakah reaksi kita? Walaupun pembaca berita tersebut amat menarik, tetapi jika suara tidak kedengaran, maka tiada gunanya. Di sini kita akan memahami betapa pentingnya 'audio'.


Estetika dalam audio;

Fungsi estetika dalam audio juga boleh dilihat apabila satu babak cereka polis ditayangkan di kaca televisyen. Bunyi-bunyi latar belakang seperti bunyi tayar kereta yang di 'brake', bunyi siren kereta polis dan bunyi tembakan menghidupkan lagi babak berkenaan. Ditambah lagi dengan mode muzik yang cepat, pantas dan tinggi yang dijadikan muzik latar babak tersebut. Semua bunyi ini memberikan kesegaran dan mode kepada babak itu.


Elemen-elemen dalam audio;

Elemen-elemen dalam penghasilan pelbagai jenis audio ini ialah mikrofon, alat perakam dan pemain audio serta peralatan kawalan bunyi. Mikrofon merupakan alat pertama yang menerima gelombang bunyi dalam sistem audio. Semua mikrofon berfungsi menukarkan gelombang bunyi kepada tenaga elektrik yang dikenali sebagai 'audio signal'. 'Audio signal' atau 'sound signal' ini akan dikuatkan oleh alat penguat atau 'amplifier' dan di hantar ke 'loud speaker' yang akan menukarkan kembali 'signal' kepada bunyi. Mikrofon mempunyai beberapa jenis bergantung kepada kegunaannya. Menangkap bunyi suara, bunyi di gelanggang tenis dan merakam satu konsert, semuanya memerlukan mikrofon yang berbeza.



Alat perakam dan pemain audio
;

Dalam satu persembahan secara lintas langsung di televisyen, bunyi biasanya dihasilkan bersama dengan gambar. Walaupun apabila satu babak dirakamkan dalam pita video untuk 'post production', audionya juga dirakam dalam masa yang sama dengan gambar. Begitu juga dalam 'field production', suara pemberita di lokasi dan bunyi di sekitarnya akan ditangkap dan dirakam beserta dengan bunyi. Dalam 'electronic news gathering' beberapa bunyi seperti suara latar ditambah semasa 'post production'. Jika program berkenaan dirakam dalam studio, muzik latar dan kesan bunyi biasanya ditambah kepada dialog pelakon.



Dalam penerbitan studio yang lebih kompleks, bunyi letupan, siren dan bunyi pelanggaran kenderaan biasanya ditambah semasa proses 'post production'. Malah ada juga bahagian-bahagian dialog dilakukan 'dubbing' di dalam studio. Bunyi yang telah dirakam seperti muzik, boleh dimainkan dari kaset, CD dan juga DAT(digital audio tape). Sound control "Audio console" digunakan untuk mengawal bunyi sesebuah program. Pada 'audio console' anda boleh memilih sesebuah mikrofon tertentu, menguatkan signal atau isyarat bunyi yang lemah daripada mikrofon atau alat audio yang lain. Ia juga boleh mengawal kekuatan bunyi dan kualiti bunyi, serta mencampurkan(mix) dua atau lebih sumber bunyi.

Friday, May 1, 2009

Lighting(Tv Production)



Seperti mata manusia kamera video tidak boleh melihat tanpa jumlah tertentu cahaya. Sesuatu objek boleh dilihat apabila cahaya dibiaskan oleh objek berkenaan.


Cahaya mempunyai tiga faedah yang besar;

1. Cahaya menyediakan kamera video dengan pencerahan yang cukup untuk menghasilkan visual yang boleh diterima.

2. Untuk menunjukkan kepada penonton bentuk sebenar objek di skreen, hubungannya dengan yang lain dan kepada persekitaran dan bila ia berlaku.

3. Untuk memperkenalkan mood peristiwa berkenaan.


Types of illumination;

Terdapat dua jenis pencerahan dalam pencahayaan televisyen iaitu directional dan diffused. Directional light mempunyai 'a sharp beam' yang menghasilkan bayang-bayang yang kasar atau jelas. Anda boleh halakan cahaya untuk mencerahkan sesuatu kawasan contohnya seperti lampu kereta yang memberikan 'directional light'.

Diffused light mempunyai cahaya yang lebar, kurang terang dan mencerahkan kawasan yang luas dan menghasilkan bayang-bayang yang lembut dan nipis, umpamanya seperti lampu flourescent.

Lampu studio mempunyai cahaya dan bayang-bayang yang dikawal dengan teliti. Dalam 'field production' keperluan pencahayaan biasanya sedikit berbeza daripada pencahayaan studio. Dalam ENG atau Electronic News Gathering yakni liputan berita pencayaannya bergantung kepada sebuah lampu yang cukup untuk memberikan pencahayaan kepada kemera video untuk merakam apa yang sedang berlaku. Biasanya untuk ENG, hanya menggunakan cahaya yang sedia ada.Dalam beberapa tugas 'Field Production' seperti dokumentari atau drama, ia memerluan pencahayaan yang teliti sepertimana teknik pencahayaan studio. Hanya yang berbeza ialah dari segi peralatan yang 'portable' berbanding dengan studio yang mempunyai peralatan yang dipasang 'permanent'.


Lighting instruments

Peralatan pencahayaan yang menghasilkan 'directional light' dikenali sebagai 'spotlight' dan yang menghasilkan 'diffused light' dikenali sebagai 'floodlights'. Dalam studio televisyen pelbagai jenis 'spotlight' dn 'floodlight' biasanya digantung di siling studio. Lampu studio biasanya berat dan besar untuk digunakan di luar studio dan ianya tidak sesuai. Kebanyakan 'field production' menggunakan lampu yang lebih 'portable' dan boleh disambungkan dengan sumber kuasa elektrik yang biasa. Biasanya alatan ini menghasilkan cahaya 'floodlight' dan boleh diubahsuai untuk menghasilkan cahaya berupa 'spotlights'.


Lighting techniques

Semua pencahayaan televisyen adalah beasaskan kepada prinsip yang ringkas iaitu menggunakan 'spotlights' untuk mencerahkah sesuatu kawasan yang tertentu, dan 'floodlights' untuk mengawal bayang-bayang dan menghasilkan satu keadaan pencahayaan yang boleh diterima dalam proses rakaman. "Diffused light" digunakan secara kerap dalam pencahayaan televisyen terutama dalam 'field production' seperti dokumentari dan drama contohnya.

http://images.google.com.my/images?hl=en&client=firefox-a&channel=s&rls=org.mozilla:en-US:official&q=studio+tv+lighting+pic&um=1&ie=UTF-8&ei=ET76Sb2sItSBkQW2wpnqBA&sa=X&oi=image_result_group&resnum=1&ct=title