Wednesday, October 29, 2008

Tugas di Bukit Fraser

Pusat Bandar Bukit Fraser

Tempat penginapan kami waktu malam yang berkabus


Bilik tempat pembentangan

29 Oktober 2008;
Kami (DAUD & RAMLI-unit video) berada di Bukit Fraser. dari 27 NOV. - 30 NOV. 08. dan EN. HAZRUL serta EN. RAAI (rakaman foto) berada di Bukit Fraser dari 28-31 Oktober 2008. Kami di sini merakan semua aktiviti yang sempat dirakam semasa Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser. Penat juga rasanya mengikut mereka masuk hutan , mendaki bukit dan juga meredah air sungai demi untuk membuat rakaman video yang sempurna.


Antara penyelidikan yang sempat dirakam ialah kajian hidro, kajian tumbuhan, kajian sosial dan ekonomi dan sebagainya. Peserta ekspedisi berkenaan adalah berjumlah kira-kira 100 orang. Dengan mengikuti mereka membuat kajian maka sempat juga kami mengetahui beberapa perkara yang penting. Salah satu ialah dalam kajian sungai di Fraser. Penyelidik mengatakan air sungai utama sudah kotor dan hanya boleh untuk mandi tetapi kalau untuk minum mestilah berfikir beratus kali. Salah satu bahan yang menyebabkan air sungai tersebut tercemar ialah kumbahan dari salah sebuah hotel yang terdapat di hulu sungai berkenaan.

Monday, October 27, 2008

We will be at Fraser Hill tomorrow

Esok 27 Oktober 2008, saya Daud dan sdr. Ramli akan pergi ke Fraser Hill untuk menyertai Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser yang dianjurkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi UKM. Kami ke sana sebagai krew video untuk membuat rakaman program berkenaan. Kemungkinan kami akan mengikuti saintis-saintis yang terlibat dalam kajian, menjelajahi hutan rimba untuk menjalankan penyelidikan mereka di persekiran Bukit Fraser.

Kami berharap akan dapat merakamkan semua aktiviti mereka tanpa sebarang kesulitan dan sebagainya. Kami akan bertolak ke Fraser Hill lebih kurang jam 9.00 pagi. Majlis perasmian ekspedisi berkenaan ialah jam 2.00 petang. Tugas membuat rakaman ini bukanlah semudah yang difikirkan. Kami terpaksa membawa kamera, tripod, dan keperluan lain serta juga memikirkan shot-shot dan sudut yang menarik semasa melakukan tugas rakaman nanti. Apa yang kami harapkan ialah semoga kami sihat supaya tugas dapat dilaksanakan dengan amat licin tanpa sebarang gangguan......aminnnn....

Festival Seni UKM 2008

Hari ini kami telah membuat rakaman video Persembahan Seni UKM 2008 di DECTAR. Festival Seni ini merupakan satu persembahan akhir oleh pelajar-pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum Pusat Kebudayaan UKM. Setiap pelajar yang mengambil kursus ini diwajibkan membuat persembahan mereka pada masa ini. Diantara kursus-kursus kokurikulum Pusat Kebudayaan UKM ialah Seni Silat, Seni Tari, Nasyid, Rebana Ubi, Cak Lempong, Koir, Muzik Moden, Muzik Asli dan sebagainya.

Sebelum persembahan bermula kami menyiapkan segala peralatan audio visual untuk digunakan dalam tugas membuat rakaman persembahan berkenaan. Sejumlah 3 buah kamera video kami gunakan. Malam ini hanya beberapa orang sahaja krew yang dapat hadir untuk membantu dalam melaksanakan tugas rakaman video Multiple Camera Production untuk persembahan tersebut. Ramai dikalangan krew-krew terlibat dengan tugas fakulti dan jabatan masing-masing. Terdapat juga dikalangan mereka yang bercuti untuk balik kampong. Krew yang terlibat dalam rakaman ini ialah saya sendiri, sdr. Azizi, sdr. Ramli, sdr. Kamarul, sdr. Ruhaizad, sdr. Wafiy dan sdri. Hanim. Biasanya dalam tugas begini kami memerlukan sekurang-kurangnya 10 orang. Dengan bilangan yang ada semua krew terpaksa bertugas berterusan selama 2 hingga 3 jam tanpa berhenti. Ini sungguh memenatkan terutama jurukamera yang sentiasa berdiri sepanjang persembahan tersebut. Terima kasih kepada semua krew.....

Friday, October 24, 2008

Betul ke??? Is it correct??

Ada individu berpendapat membuat sesebuah program video adalah AMAT MUDAH. Cuma ambil kamera video dan terus 'shoot' subjek-subjek yang hendak dirakam... Ibarat seorang yang tak pernah membakar satay kemuadian berkata' bukan susah buat satay, tangkap lembu sembelih kemudian potong dagingnya dan bakar dengan api' . Pandangan saya memanglah satay tersebut akan jadi tetapi tidaklah seenak yang dibuat oleh mereka yang memang tugasnya membakar satay.


Benarkah begitu mudah membuat sebuah program video???. Setiap apa yang hendak kita hasilkan tentu memerlukan ilmu dan pengalaman. Apa jua aktiviti yang hendak dimulakan mestilah dirancang dengan rapi terlebih dahulu....begitu jugalah dengan projek menghasilkan sesebuah program video. Masa yang diperuntukan perlu cukup, bukan hanya hentam keromo sahaja. Kita mestilah mempunyai ilmu, jika tiada ilmu yang sempurna, video yang dihasilkan tak ubah seperti sampah sarap yang dibuang ke longkang dan sebagainya.....

Friday, October 17, 2008

National Career Carnival 2008 at UKM


Open ceremony of 'National Career Carnival 2008' by YB. Datuk Khalid Nordin, Minister of Higher Education at UKM on 17 October 2008.



Multiple camera production instrument that are being use during the video recording.

Booths of agencies and firms in Dewan Gemilang, besides that are located in Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM



Listerning the information of the firm.

The agencies and firms booths in the Dewan Gemilang, UKM


to know something, asking question is the best way.



17 Oktober 2007;
Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjadi tuan rumah 'Career Carnival' Peringkat Kebangsaan 2008. Majlis perasmian telah dilakukan pada 17 Oktober 2008 oleh Menteri Pengajian Tinggi YB. Datuk Khalid Nordin. 'Career Carnival' Peringkat Kebangsaan 2008 ini, berlangsung dari 17 - 19 Oktober 2008. Dua buah dewan besar iaitu Dewan Canselor dan Dewan Gemilang telah menjadi lokasi booth-booth agensi kerajaan dan firma-firma yang mengambil bahagian dalam 'cariar carnival' berkenaan. Diadakan juga temuduga terbuka oleh firma-firma untuk calon-calon yang datang berkunjung ke sini.

Unit Audio Video, Pusat Penerbitan telah membuat rakaman video semasa perasmian berjalan. Ramai krew-krew yang terlibat termasuk mereka yang dipelawa untuk membantu dalam tugas berkenaan. Antara yang dijemput ialah krew-krew dari jabatan dan fakulti seperti Hafiz Ismail, Zarifi Salleh, Zulhimi Hamzah, Ismahashimi, Yunus Misdi, dan staf dari Institut Kajian Rantau Asia Barat.

Selain dari itu kami juga membantu Pusat Komputer UKM dalam menyediakan kamera video untuk 'video streaming di DECTAR, tapak perasmian dan Dewan Gemilang..


Tuesday, October 7, 2008

Selamat Hari Raya

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT...