Thursday, December 18, 2014

...mCp LaGi....

SEMALAM, Rabu, 17 Disember 2014, kami membuat rakaman video MCP
BICARA PERSADA 'Buli di sekolah: Igauan atau Realiti' di 
PERSADA CANSELORI. Sebenarnya aku
masih bercuti tapi kesian rakan2
yang tinggal yang perlu
membuat rakaman berkenaan. Aku datang
cuma membantu mereka kerana MCP memerlukan krew
yang ramai. Biasanya mcp kat persada memerlukan empat atau lima krew.
Kami membuat pemasangan alatan di persada lebih kurang
jam 12.00 tengah hari. Rakaman pula bermula
dalam jam 2.30 petang.

ESOK, JUMAAT ada lagi rakaman
MCP di DECTAR pula berkaitan KRA dari jam 8.30 pagi hingga
jam 11.30 pagi.....di jangka ramai yang hadir
dalam program tersebut...namun tak
mampu meneka sama ada
akan ramai krew bantuan yang akan membantu kami di DECTAR.......
sebab.........................dalam waktu pejabat...tentu
mereka sibuk dengan kerja di jabatan
mereka sendiri........

Selepas selesai rakaman mcp, aku menyambung
tugas aku dalam kerja suntingan video 'pencapaian universiti 
penyelidikan yang diperlukan oleh pihak tertentu pada Jumaat yang mendatang.
Suntingan siap jam 6.30 petang dan terus aku upload ke YouTube.
Anda boleh tonton video tu di bawah.................


...ni video bicara persada...








pencapaian universiti penyelidikan...

Aku akan edit video BICARA PERSADA ni dan akan di upload
ke YouTube.....nanti tonton jer kalau nak......................................................
Aku ingin mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada semua krew yang
terlibat iaitu sdr. KAMARUL, RAMLI, HJ RUHAIZAD dan 
SHAHRUL serta JASRIL yang datang terus
dari KL ke PERSADA. Mereka
ada tugas di HOTEL
RAINASSENCE, KL sejak hari ISNIN
lagi. Tugas mereka terus bersambung ke PERSADA...tentu
mereka dalam keadaan yang amat keletihan, namun demi tugas rakaman
MCP di Persada perlu dibantu juga..terimakasih kepada 
mereka jua............................................

...terima kasih kerana sudi membaca.................

DAUD.montak.montak

Friday, December 12, 2014

...sesi bertemu Pengarah baru PKK...

HARI ini, aku masih bercuti panjang. Walau bagaimanapon, hari ni
aku pergi juga ke UKM kerana ada sesi pertemuan dengan
Pengarah baru PKK, Prof. Datin Dr. Norizan Abdul
Razak di Bilik Majlis, UKM.
Sebelum sesi pertemuan, sempat jugak
aku membuat 'transfer' ke pita DVCam program
'Manifestasi Seni UKM 2014. Sesi pertemuan dengan Pengarah
diadakan pada jam 9.00 pagi. Tidak semua staf yang hadir kerana ramai
yang sedang bercuti dan ada segelintir yang bertugas di luar kawasan.
Aku sebenarnya malas nak mengulas lanjut apa yang disampaikan
oleh Pengarah....walaupon ada yang aku catat tapi
tak perlulah aku tulis di sini...cukuplah
untuk simpanan dalam minda
aku setakat yang mampu
aku ingat.....

PROF. DATIN DR. NORIZAN...




...rajin mencatat, mungkin satu perkataan pon
tak tinggal kot....
Hujung2 bulan Disember ni nampaknya banyak juga rakaman SCP dan MCP yang
 kami kena rakamkan, boleh tahan jugak. Aku akan cuba membantu terutama 
dalam kerja2 rakaman MCP sama ada di DECTAR dan juga di PERSADA
CANSELORI. Antara rakaman berkenaan ialah liputan video
di Kuala Lumpur pada, 15 & 16 Dis.,14 Disember, 
MCP di DECTAR, 17 Disember, MCP di Persada, 19 Disember 
ada MCP di DECTAR dan di Persada...itu yang aku dapat tahu melalui
 email yang terbaru....harap aku dapat membantu walaupon aku bercuti...aku bercuti
untuk menghabiskan cuti 'gantian' yang tidak boleh dibawa
ke tahun hadapan....................................

Aku malas nak tulis panjang2, cukuplah kot....apa yang aku harapkan,
kami semua terutama krew UAV selesa bekerja bersama-sama
dengan Prof. Datin...................................

...terima kasih kerana membaca...
DAUD.montak.zakaria

Tuesday, December 9, 2014

mcp d' persada 091214

Petang tadi kami membuat rakaman MCP syarahan PROF. ULUNG DATUK
SHAMSUL AMRI di Persada Canselori...... Pasang peralatan
sebelah pagi dan rakaman sebelah petang....
Alhamdulillah selesai dengan baik...
Aku bercuti tapi datang jugak untuk membantu
rakan-rakan yang lain....rasanya tak salah kut....yang salahnya
bila orang tak nak buat keje....itu memang salah...tak gitu......................................
tapi tu lah biasanya yang taknak buat keje sentiasa jer
selamat...................opst!
...o.k ler...tengok jer ler fot-foto ni, malas nak tulis pangjang2....













Terima kasih kepada semua rakan2 uav yang terlibat dalam rakaman mcp ni...
17 disember ada lagi satu rakaman mcp di persada....aku akan datang
bantu jika ada masa dan kesempatan.................

....terima kasih kerana membaca....

DAUD.montak.zakaria

Monday, December 8, 2014

...cuti panjang sat....

Aku bermula cuti panjang....tapi...jika ada tugas 
MCP
aku akan cuba membantu setakat terdaya...


....selamat cuti tuk aku....

DAUD.montak.zakaria

Sunday, December 7, 2014

...mcp...'malam manifestasi seni ukm '14'....

MALAM tadi, 6 Disember 2014, kami membuat rakaman video MCP 'malam
manifestasi seni ukm 2014' di dectar. Program tersebut bermula
pada jam lebih kurang lapan setengah malam....
...aku masih bercuti......
Malam ni tak ramai krew bantuan
yang turut membantu cuma sdr. HATA, MUFAKHRAN
dan YAN. Krew UAV macam biasalah iaitu sdr. SHAH, KAMARUL,
JASRIL, HJ IZAD, RAMLI dan AKU sendiri.........................................................
malam ni malas gak nak cerita panjang, perhatikanlah foto
foto, harap ia boleh bercerita seperti apa yang aku
nak ceritakan.........................






foto yg diambil oleh YAN...
YAN...
foto rakaman YAN...
...aku da jemu selfie, tapi... ter 'selfie' gak...belakang tu YAN ler...







AKU nak ucapkan terima kasih kepada SEMUA krew yang terlibat dalam
mcp ini....video akan aku upload ke utube bila da siap edit...
jangan lupa tonton.....search jer UAV PKK
di channel utube..............

...terima kasih kerana membaca...

DAUD.montak.zakaria

Saturday, December 6, 2014

..mcp...konvensyen mahasiswa malaysia & indonesia...

Pagi tadi, kami membuat rakaman MCP sekitar PERASMIAN KONVENSYEN
KEPIMPINAN MAHASISWA MALAYSIA - INDONESIA
di Persada Canselori... Sebenarnya aku cuti, atau
masih BERCUTI panjang...tapi kesian
rakan2, jadi aku datang kerja
jugak untuk membantu
mereka...kerja2 MCP ni perlukan krew
yang ramai...rasanya tak salah aku datang
membantu BUAT KEJE bukan TENGOK orang lain keje...
Malam ni ada satu lagi keje MCP di DECTAR pulak iaitu MCP
' GALA MALAM MANIFESTASI SENI UKM 2014....

Lihatlah foto-foto tu, keje pagi tadi dan
dengarlah dengan  telinga hati
apa yang hendak
diceritakannya...aku rasa malas nak tulis panjang-panjang...


foto ni sdr. IKHWAN HASHIM yang rakam...
terima kasih sdr. IKHWAN....





 TERIMA KASIH kepada semua KREW UAV yang sama2 buat keje iaitu
SHAHRUL, RAMLI, JASRIL, HJ IZAD, KAMARUL...dan
TERIMA KASIH kepada sdr. IKHWAN yang tangkap
gambor tu....serta En. Hazrul yang turut
datang seketika....terimaka kasih semua............................

...terima kasih kerana membaca....

DAUD.montak.zakaria

Thursday, December 4, 2014

...mcp program anjuran CRIM UKM...

Pagi dan petang tadi, KHAMIS, 4 Disember 2014, kami membuat rakaman
MCP di DECTAR anjuran CRIM UKM. Program tersebut
merupakan program pameran pencapaian
universiti2 penyelidikan.
Menteri Pendidikan II hadir dalam program berkenaan.....
Persiapan teknikal telah dijalankan sejak 
awal pagi lagi. Sebelum jam 8.00 pagi semua peralatan
MCP telah siap tersedia walaupon program bermula lebih kurang jam 10.00am.
Malas aku nak tulis panjang2, lihat jer lah
foto2 di bawah tu....foto wajah aku
memang takde pon........
sebab aku yang tangkap gambor. Bukan takleh buat 'selfie',
tapi trend tu da macam bese2 jer...da jemu orang nak tengok pon.......................
















Krew bantuan memang tak ada sebab tugas berkenaan dijalankan dalam
waktu pejabat. Sampai ada jurukamera yang mengeluh sakit
pinggang sebab berdiri lama di kamera, lebih
kurang 2 jam beb sebab tiada
pengganti jurukamera....
Walaupon tak cukup krew, tugas
perlu jugak diselesaikan....mungkin dalam keadaan
yang sukar (kerana kurang krew) terselit keberkatan pada setiap 
gaji yang kita terima setiap bulan...kan...mana tau, 'keberkatan' itu adalah
rahsia PENCIPTA.....mungkin dalam bentuk 'ketenangan' jiwa
dan sebagainya...hanya kita yang tahu jiwa kita
sendiri...kan gitu....jadi janganlah anggap
'keberkatan' itu merupakan satu
perkara yang remeh.....
Aku nak ucap terima kasih kepada semua
krew UAV. Aku juga nak ucapkan terima kasih kepada
semua pelajar LI yang membantu dalam konti bersama aku....aku
jugak nak ucap terima kasih kepada SITI SURAYA yang hadir sebentar
membantu dalam urusan GRAFIK dan terima kasih
jugak kepada YAN kerana membantu sebentar
dalam GRAFIK untuk seketika kerana
dia perlu juga bertugas dalam 
dewan untuk tugasan PTM 
berkaitan rangkaian....................................................................................
TERIMA KASIH SEMUA......

Mulai esok, 5 Disember 2014, aku akan bercuti panjang hingga 31 Disember 2014
untuk habiskan CUTI GANTIAN aku....Bagaimana pon aku akan membantu
krew jika ada rakaman MCP di PERSADA dan DECTAR
kerana MCP perlukan ramai krew. Sering kami
kekurangan krew, jadi tak salah aku hadir untuk membantu rakan2
untuk mengurangkan beban mereka membuat rakaman mcp atau MULTIPLE
CAMERA PRODUCTION. Jadi pada 6 dan 9 Disember ini aku akan 
datang jugak untuk membantu dalam rakaman mcp berkenaan....
.....sekian................................................

...terima kasih kerana sudi membaca......

DAUD.montak.zakaria