Tuesday, March 4, 2014

aNg PoW

SEMALAM, Isnin, 3 Mac 2014, kami membuat rakaman video MAKAN MALAM
SELRETARIAT PESTA ANG POW di DECTAR. Persiapan teknikal
kami lakukan lebih kurang jam 6.00 petang.

sendiri arah sendiri bikin....


Krew bantuan cuma ada dua orang saja yang dapat membantu kami. Jadi agak 
sukar jugak bertugas dengan krew yang terhad. Jurukamera terpaksa 
berdiri agak lama di kamera...lenguh kaki wooooo...


tnc
VVIP yang datang ialah ketua pemuda MCA. Timbalan Naib Canselor juga turut
hadir menyaksikan pelbagai persembahan pada malam berkenaan.
Letih jugak bertugas semalam, pita 3 jam habis dirakam.
Biasanya kami membuat rakaman tak
sampai 3 jam....
Walaupon begitu, o.k lah tu...tugas dapat dijalankan
dengan baik. Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
krew iaitu sdr. SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI, JASRIL, IZAD, YUNUS dan ISMA....
Kerjasama kali memang amat dihargai....terima kasih bebanyak.....

....terima kasih kerana sudi membaca..
DAUD.montak.zakaria





Sunday, March 2, 2014

majLIS ANUgerah seNI Ukm 2013



MALAM ini, Sabtu, 1 Mac 2014, kami membuat rakaman video MCP 'ANUGERAH SENI
UKM 2013. Anugerah ini untuk penggiat seni yang terdiri daripada
pelajar dan kakitangan UKM......




Rasa macam da lama kami tak buat rakaman MCP ni...rindu pon ada, risau pon ada, sebab
da lama tak buat. Macam2 boleh berlaku, mungkin peralatan bermasalah
atau krew ramai yang tak dapat hadir, maklumlah
hari cuti kata kan..............kan.......walaupon gitu, ada krew yang baru kawen
masih sempat datang membantu kami......




Persiapan teknikal kami lakukan lebih awal, pasang kamera dan on kan peralatan dalam
studio ukm. Sib baik peralatan tak berhabuk.......................
Walau bagaimana pon krew agak kurang yang
dapat hadirkan diri....mungkin
sibuk atau mungkin sukar nak 'claim' kut....oooopppsssttt!




Walaupon begitu aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada krew bantuan yang dapat 
membantu kami iaitu SDR. YUNUS, HIDAYAH, ISMA, WAFIY dan HAJI
SULIMI. AKU jugak nak ucapkan banyak giler terima kasih
kepada rakan2 krew iaitu sdr. SHAH, KAM, JASRIL dan RAMLI jugak.....
Nanti bila aku da siap edit video ni, aku akan upload ke YouTube.................................

sekian dan terima kasih kerana membaca....

DAUD.montak.zakaria

Saturday, February 22, 2014

proGram eCo siNERgy




HARI ini, Sabtu, 22 Februari 2014, kami membuat liputan video di Ulu Yam. Tugas berkenaan kami peroleh semalam. Jadi terus buat keputusan untuk gerak pagi ini. Program berkenaan ialah Eco Sinergy yang akan bermula pada jam 8.30 pagi.



Sebenarnya program tersebut berlangsung dari 21 - 23 Februari 2014. Namun kami cuma diminta untuk membuat rakaman pada hari ini sahaja. Kami gerak dari UKM jam 6.30 pagi menuju Ulu Yam. Program tersebut berlangsung di Resort Nur Laman Bestari,Ulu Yam.




Sebenarnya aku pernah ke sini lebih kurang setahun yang lalu. Masa tu kami membuat rakaman video Bengkel Foto yang ketika itu kami masih di bawah bumbung 
Penerbit UKM. Anda boleh bacanya di SINI




Walau pon aku pernah ke sini, aku tidak mahir pon dengan laluan ke sini. Oleh itu bantuan rakan2 yang turut sama amat aku hargai. Dari UKM kami gerak jam 6.30 pagi ke batu Cave dan seterusnya ke Nur laman Bestari. Tiba di resort tersebut lebih kurang jam 8.00 pagi.




Program terbabit bermula pada jam 8.30 pagi. Kami diminta untuk membuat rakaman aktiviti menanam pokok dan jungle tracking. Sebelum menanam pokok, telah diadakan majlis pelancaran ringkas.



Aktiviti menanam pokok diikuti pula oleh aktiviti jungle tracking sambil diberi penjelasan berkaitan spesis tumbuhan oleh PROF. DATO' DR. SHAHARUDDIN.
Rasa terubat rindu aku kepada kehijauan hutan yang dah agak lama aku tidak menatapnya. dah lama rasanya aku tak masuk hutan dan seronok sangat rasanya bila dah masuk hutan ni. Tengok hutan yang hijau dan air yang jernih mengalir menuruni bukit....



Agak banyak jugak maklumat yang aku dapat semasa jungle tracking tersebut. Aku akan cuba jalinkan dengan visual untuk menghasilkan sebuah video berskrip. aku akan upload ke YouTube bila dah siap nanti. Kerja-kerja rakaman telah dibuat oleh sdr. SHAHRUL dan RAMLI.








TUAN HAJI RAZAK,iaitu boss kami juga turut serta dalam jungle tracking berkenaan. aktiviti jungle tracking tersebut tamat pada jam 1.00 petang. Selepas makan tengah hari dan selesai kami membuat temu bual Prof. Dato' Dr. shaharuddin, kami bergerak kembali ke UKM.
Tiba UKM jam 5.00 petang kerana tersesat. Aku yang sesat kerana aku yang pegang stering kete....




sdr. SHAHRUL
.....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Tuesday, February 11, 2014

kaRya LamA...

Minggu lepas dan minggu ini, beberapa karya atau terbitan video lama di 'upload' ke YouTube.
Video-video ni hasil usaha kerja-kerja rakaman yang telah kami buat.
Video-video tersebut belum lagi di 'upload' ke YouTube.
Jadi.....tontonlah kalau nak.......








...sekian, terima kasih kerana membaca...
DAUD.montak.zakaria

Thursday, January 30, 2014

Pebarisan Ulung BAHAGIAN KESELAMATAN UKM '14


....minum pagi dengan Pengarah Bahagian Keselamatan UKM
selepas raptai.....
HARI ini, KHAMIS, 30 januari 2014, kami(unit UAV) membuat rakaman video
'PERBARISAN ULUNG BAHAGIAN KESELAMATAN,
PEJABAT PENDAFTAR, UKM di DATARAN
GEMILANG.

...berbual sambil minum....
...kemas setelah selesai temubual... 
PROGRAM dijangka berlangsung pada jam 10.00 pagi lebih kurang, namun kami tiba
di Dataran Gemilang pada jam 8.00 pagi. Tujuan kami tiba awal adalah
untuk membuat rakaman atau candid shot anggota keselamatan
sedang menjalankan raptai...

...menanti program bermula...
menilik shot-shot cantek... 
TIBA di Dataran, sdr. SHAHRUL terus membuat candid shot anggota keselamatan
sedang menjalankan raptai sebelum program sebenar berlangsung.
Banyak juga shot-shot yang diambil dan semuanya
aku telah masukkan dalam video yang
berada di atas.

...bersedia...

SETELAH Pendaftar UKM iaitu PUAN ASMAHAN tiba, maka majlis pun bermula.
Rakaman telah dibuat oleh saudara SHAHRUL dan JASRIL, sementara
sdr. RAMLI mengendalikan audio termasuk rakaman
temubual dengan Pengarah Keselamatan UKM
Leftenant Kolonel(B) Jury.

menuju sesi bergambar...
Tugas berkenaan berakhir pada jam hampir 12.00 tengah hari. Tiba di pejabat, aku
terus buat suntingan video berkenaan. Siap sebelah petang dan terus
upload ke YouTube. Kalau nak tonton silakanlah...
Video versi pendek yang berdurasi lebih
kurang 5 minit akan aku siapkan minggu depan. Video tersebut
akan aku siapkan serta dibuat 'voice over' yang mana skripnya sedang aku tulis.
Dalam vedeo tersebut aku akan masukkan temuabual Pengarah
Keselamatan selain ucapan Pendaftar UKM. Nanti
bila da siap akan aku upload ke YouTube,
jangan lupa tonton...k.........
Aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada krew yang bertugas
di lokasi iaitu SHAHRUL, RAMLI dan JASRIL AMRY...

....SEKIAN dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Sunday, January 26, 2014

koNSErt uKm 2014



SEMALAM, Sabtu, 25 Januari 2014, kami mempunyai tugas MCP yang agak 'grand'
untuk awal tahun ini. Tugas tersebut ialah rakaman mcp 'KONSERT DI RAJA
UKM 2014' di DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK.

...urus setia...
...da siap persiapan...
....selepas pasang kamera empat....
Ini juga merupakan tugas mcp pertama yang persiapan teknikalnya dilakukan
oleh empat orang 'penolong jurutera'....ekekeke................tahniah...
Persiapan teknikal telah dilakukan lebih awal hari ini...

...bilik kawalan video....
.....yan & kamarul...
kamarul, yan & amry....
Sebenarnya 'konsert di raja' ini diadakan setiap tahun sempena keputeraan canselor
ukm iaitu Yang Di Pertuan Besar Negeri sembilan. Baginda akan diraikan dengan 
pelbagai acara dalam konsert berkenaan seperti acara potong kek,
nyanyian oleh artis ukm, tarian dan juga nyanyian
penyanyi jemputan khas...

....dectar....
...amar baharudin...
orkestra...
Malam berkenaan, agak ramai juga krew yang datang membantu, TERIMA KASIH 
bebanyak kepada mereka yang sudi datang. Tanpa krew bantuan tentu tugas
 akan menjadi semakin sukar untuk dilaksanakan dengan licin
 dan lancar......... Jadi di sini aku nak ucapkan BEBANYAK TERIMA KASIH
 kepada YUNUS MISDI, YAN, HIDAYAH, HATA, JAMALUDIN
IBRAHIM, JAMALUDIN SALEH dan ISMA..serta SULIMI..........................

...sheila majid....
Aku jugak nak ucapkan terima kasih kepada krew Unit Audio Video sendiri iaitu
sdr. KAMARUL, SHAHRUL, RAMLI dan JASRIL yang banyak membantu, serta juga
En. HAZRUL yang turut datang memantau tugas
yang kami lakukan sepanjang
program hingga selesai lebih kurang jam 11.00 malam..........
Aku akan sunting video ni dan seterusnya di upload ke YouTube...silalah tonton
nanti.....................................................................

.....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria