Thursday, January 30, 2014

Pebarisan Ulung BAHAGIAN KESELAMATAN UKM '14


....minum pagi dengan Pengarah Bahagian Keselamatan UKM
selepas raptai.....
HARI ini, KHAMIS, 30 januari 2014, kami(unit UAV) membuat rakaman video
'PERBARISAN ULUNG BAHAGIAN KESELAMATAN,
PEJABAT PENDAFTAR, UKM di DATARAN
GEMILANG.

...berbual sambil minum....
...kemas setelah selesai temubual... 
PROGRAM dijangka berlangsung pada jam 10.00 pagi lebih kurang, namun kami tiba
di Dataran Gemilang pada jam 8.00 pagi. Tujuan kami tiba awal adalah
untuk membuat rakaman atau candid shot anggota keselamatan
sedang menjalankan raptai...

...menanti program bermula...
menilik shot-shot cantek... 
TIBA di Dataran, sdr. SHAHRUL terus membuat candid shot anggota keselamatan
sedang menjalankan raptai sebelum program sebenar berlangsung.
Banyak juga shot-shot yang diambil dan semuanya
aku telah masukkan dalam video yang
berada di atas.

...bersedia...

SETELAH Pendaftar UKM iaitu PUAN ASMAHAN tiba, maka majlis pun bermula.
Rakaman telah dibuat oleh saudara SHAHRUL dan JASRIL, sementara
sdr. RAMLI mengendalikan audio termasuk rakaman
temubual dengan Pengarah Keselamatan UKM
Leftenant Kolonel(B) Jury.

menuju sesi bergambar...
Tugas berkenaan berakhir pada jam hampir 12.00 tengah hari. Tiba di pejabat, aku
terus buat suntingan video berkenaan. Siap sebelah petang dan terus
upload ke YouTube. Kalau nak tonton silakanlah...
Video versi pendek yang berdurasi lebih
kurang 5 minit akan aku siapkan minggu depan. Video tersebut
akan aku siapkan serta dibuat 'voice over' yang mana skripnya sedang aku tulis.
Dalam vedeo tersebut aku akan masukkan temuabual Pengarah
Keselamatan selain ucapan Pendaftar UKM. Nanti
bila da siap akan aku upload ke YouTube,
jangan lupa tonton...k.........
Aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada krew yang bertugas
di lokasi iaitu SHAHRUL, RAMLI dan JASRIL AMRY...

....SEKIAN dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Sunday, January 26, 2014

koNSErt uKm 2014



SEMALAM, Sabtu, 25 Januari 2014, kami mempunyai tugas MCP yang agak 'grand'
untuk awal tahun ini. Tugas tersebut ialah rakaman mcp 'KONSERT DI RAJA
UKM 2014' di DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK.

...urus setia...
...da siap persiapan...
....selepas pasang kamera empat....
Ini juga merupakan tugas mcp pertama yang persiapan teknikalnya dilakukan
oleh empat orang 'penolong jurutera'....ekekeke................tahniah...
Persiapan teknikal telah dilakukan lebih awal hari ini...

...bilik kawalan video....
.....yan & kamarul...
kamarul, yan & amry....
Sebenarnya 'konsert di raja' ini diadakan setiap tahun sempena keputeraan canselor
ukm iaitu Yang Di Pertuan Besar Negeri sembilan. Baginda akan diraikan dengan 
pelbagai acara dalam konsert berkenaan seperti acara potong kek,
nyanyian oleh artis ukm, tarian dan juga nyanyian
penyanyi jemputan khas...

....dectar....
...amar baharudin...
orkestra...
Malam berkenaan, agak ramai juga krew yang datang membantu, TERIMA KASIH 
bebanyak kepada mereka yang sudi datang. Tanpa krew bantuan tentu tugas
 akan menjadi semakin sukar untuk dilaksanakan dengan licin
 dan lancar......... Jadi di sini aku nak ucapkan BEBANYAK TERIMA KASIH
 kepada YUNUS MISDI, YAN, HIDAYAH, HATA, JAMALUDIN
IBRAHIM, JAMALUDIN SALEH dan ISMA..serta SULIMI..........................

...sheila majid....
Aku jugak nak ucapkan terima kasih kepada krew Unit Audio Video sendiri iaitu
sdr. KAMARUL, SHAHRUL, RAMLI dan JASRIL yang banyak membantu, serta juga
En. HAZRUL yang turut datang memantau tugas
yang kami lakukan sepanjang
program hingga selesai lebih kurang jam 11.00 malam..........
Aku akan sunting video ni dan seterusnya di upload ke YouTube...silalah tonton
nanti.....................................................................

.....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Saturday, January 25, 2014

Januari '14, yang santai...


...video 'penyerahan dan penerimaan tugas Naib Canselor' yang di upload 
pada 24 Januari 2014. Program ini berlangsung pada
31 Disember 2014 di bilik senat UKM....

..forum sambutan maulidul rasul peringat ukm 2014...

....sambutan maulidul rasul peringkat ukm 2014...

HARI ini, RABU, 22 Januari 2014, awal bulan Januari ini kami dari UNIT AUDIO VIDEO
menyelesaikan beberapa tugas rakaman serta penyuntingan video. Terdapat beberapa 
rakaman yang telah dan akan dilakukan dan beberapa buah suntingan yang sudah
dibuat dan akan dibuat.Rakaman yang utama dalam bulan ini ialah
rakaman MCP 'KONSERT DI RAJA UKM' yang akan diadakan
di DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK, UKM pada 25 JANUARI yang akan
datang. Aku berharap sangan ramai KREW BANTUAN yang akan datang membantu dalam
tugas rakaman tersebut. Mustahil kerja2 rakaman MCP dijalankan oleh beberapa
orang krew sahaja. Dalam rakaman MCP sekurangnya perlu ada 10 orang
untuk keselesaan bekerja selama lebih kurang 2 jam...
k.............................itu jerrr..........................
......terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Thursday, January 16, 2014

...kembali ke sekolah...KEMBALI KE PEJABAT...

HARI ini, KHAMIS, 16 JANUARI 2013, upload dua lagi video MAJLIS KONVOKESYEN
UKM KE-41, SIDANG 8. Ini bermakna suntingan video konvo telah
tamat iaitu sebanyak 8 sidang. Bagi mereka yang nak
menonton, silakanlah, kalu taknak takpe.
Bagi graduan ukm yang telah menerima ijazah bolehlah
gunakan link youtube ini untuk dikongsikan dengan rakan2 yang lain......
Sebuah lagi video yang di upload ialah BAKAR LEMAK GAYA UKM. Ia merupakan
video senaman untuk cergas dan buang lemak yang diterbitkan
oleh PUSAT SUKAN UKM dengan kerjasama unit kami.
Kerja penerbitan telah dibuat dalam bulan Ramadhan
tahun 2013 yang lalu. Silalah tonton dan
cuba2lah buat untuk kurangkan lemak2 dibadan yang da berkarat tuuu....opst!.

Lepas ni buat suntingan video2 yang lain pulak.....tq kerana
sudi menonton......................................


bakar lemak gaya ukm..


konvo ukm ke 41 sidang 8...

ISNIN, 13 JANUARI 2014, upload dua lagi video yang telah diedit iaitu KONVO UKM
SIDANG 7 dan KONVENSYEN CUEPACS. KONVENSYEN
CUEPACS telah diedit oleh SDR. KAMARUL..
sila tonton kalau nak.....


...konvokesyen ke 41 ukm, sidang 7...


...konvensyen cuepacs ke 26....

HARI ini, JUMAAT, 10 JANUARI 2013, upload dua lagi video ke YOUTUBE.
Kalau nak tonton silalah tonton, kalau taknak takpe gak....


konvo ukm ke-41, sidang 6....


...terima kasih TAN SRI NAIB CANSELOR UKM..

HARI ini, KHAMIS, 9 Januari 2014, sebuah video lagi telah siap diedit. Kalau nak
tonton, silalah tonton kat bawah tu, 'PELANCARAN BUKU mantan NAIB
CANSELOR UKM' oleh TUANKU CANSELOR
pada 23 Disember 2013 lalu.


....pelancaran buku sharifah hapsah....

HARI ini, RABU, 8 JANUARI 2014, dapat siapkan suntingan sebuah video lagi...
Kalau nak tonton silakan...kalau taknak takpe.......


.....konsert kasih Naib Canselor 2013....

ISNIN, 6 JANUARI 2014, aku kembali bekerja setelah lebih 2 minggu bercuti.......Jadi, hari pertamabertugas terus menjalankan kerja rutin iaitu suntingan visual. Jadi sebuah video
 yang telah lama menunggu untuk disunting telah berjaya disiapkan.
Video ni merupakan program tahun lepas bulan 
Disember 2013.

...konsert nur kasih ukm 2013...

Ada beberapa lagi video yang perlu
disunting. Harap2 dapat selesaikannya sebelum masuk
bulan FEBRUARI 2014. Itulah tugas yang saban hari dibuat disampingn
tugas rakaman video. Itulah tugas KAMI dari Unit UAV, PKK  hinggalah tiba 
waktu pencen........
Jadi, ucapan untuk aku sendiri...'SELAMAT BERTUGAS' untuk tahun
baru 2014......................................................

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Monday, December 23, 2013

inSPIRIng fuTUres...



HARI ini, ISNIN, 23 Disember 2013, kami membuat rakaman MCP 'Pelancaran
Buku Naib Canselor UKM di Dectar. Program bermula dalam jam
10.00 pagi waktu Malaysia...

shah & aji izad.


Pemasangan peralatan rakaman kami lakukan semalam iaitu hari AHAD, 22 Disember
2013 sebaik selesai raptai majlis berkenaan.....


keseorangan dalam 'bilik rakaman video....'


Rakaman majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi ini dan ia di laksanakan oleh 
TUANKU CANSELOR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.




KREW bantuan tidak dapat hadir hari ini. Rakaman cuba dijalankan oleh KREW UNIT
AUDIO VIDEO PKK jer.... Mungkin krew bantuan ramai yang bercuti kerana
cuti terus bersambung ke cuti hari KRISMAS pada 25 Disember.



JADI.....yang tinggal cuma kami jer seramai 5 orang mengendalikan peralatan MCP.
Walaupon aku masih bercuti, begitu juga dengan sdr. KAMARUL,
kami masih lagi datang membantu semasa rakaman
berkenaan.......apa2 pon semua kerja 
rakaman berjalan dengan licin, namun jurukamera terpaksa
berdiri di kamera lebih sejam setengah.......rasanya tentu letih jugak tu............
Apa2 pon aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua KREW iaitu
sdr. SHAHRUL FADLI, KAMARUL BAHARIN, RAMLI ADNAN
dan JASRIL AMRY............................................
Aku akan sunting video tu dan akan upload 
ke YouTube....tapi la ni aku masih
lagi bercuti dan tak tau bila boleh 'upload'..................................

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria

Thursday, December 19, 2013

koNSert kaSih Naib Canselor





SEMALAM, Rabu, 18 Disember 2013, kami membuat rakaman MCP 'KONSERT KASIH
YBHG. NAIB CANSELOR UKM. Konsert tersebut anjuran Pusat Kebudayaan
UKM sempena YBhg. Naib Canselor yang akan bersara
pada hujung Disember 2013 ini.




Persiapan teknikal kami lakukan bersama. Kerjasama amat perlu. Tanpa kerjasama
tentu tugas tidak bergerak dengan lancar. Awal waktu petang 
tugas tersebut dijalankan hingga selesai....




Persembahan konsert tersebut terbahagi kepada beberapa segmen dan setiap segmen
diisi dengan tayangan video peristiwa yang membabitkan
Naib Canselor bermula dari tahun 2006
yang terdapat dalam arkib kami....





Konsert tersebut tamat lebih kurang 11.30 malam. Malam ni agak ramai jugak
krew bantuan yang hadir membantu kami. Sebenarnya aku dalam
bercuti hingga akhir tahun. Aku hadir jugak sebab
untuk memenuhi ruang2 kosong tugas
MCP malam tersebut.
Aku akan buat suntingan
video ini dan akan upload ke YouTube. Silalah
semak channel youtube aku jika nak menonton konsert tersebut.
Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada krew yang terlibat iaitu sdr.
SHAHRUL FADLI, KAMARUL, RAMLI, JASRIL, HJ IZAD,
YUNUS MISDI, ISMA, HIDAYAH, JI, dan HJ. SULIMI.

....terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Monday, December 16, 2013

EduFest 2013



SEMALAM, Ahad, 15 Disember 2013, sepatutnya hari bercuti, tapi kami
ada tugas...ada tanggung jawab. Kami membuat rakaman
MCP yang diminta oleh pihak yang membuat
permohonan. Sebenarnya program 
tersebut bermula sejak
dari pagi. Namun kami cuma membuat
rakaman pada waktu petang sahaja. Jadi, kami bertugas sementara
orang lain bercuti.....




Program yang kami rakam ialah program EDUFEST. Ia merupakan sebuah forum
yang menampilkan penceramah ternama, motivator terkenal
dan penghibur muslimah yang dikenali....




Biasalah.....persiapan teknikal dibuat lebih awal iaitu lebih kurang jam 12.00 tengah hari.
Ia perlu dipasang awal untuk mengelakkan masalah. Hal berkaitan teknikal 
bukannya mudah. Dalam teori macam betul, bila dah pasang
mungkin berlaku sesuatu yang tidak dijangka, ia
bukan semudah menulis dikertas.
Jadi mana-mana pihak yang tak faham
berkaitan teknikal, rasanya lebih baik diam jer....biar pihak yang
lebih tahu menyelesaikannya....opstttt!




Forum yang kami rakam tersebut bertajuk 'REMAJA, AGEN PERUBAHAN MASYARAKAT'.
Agak menarik jugak forum tersebut. Nanti bila da selesai aku edit,
akan aku upload ke YouTube, bolehlah kalian
tonton dan moga ianya memberi
manfaat kepada semua....


Program rakaman tersebut selesai lebih kurang jam 5.00 petang. Walaupon begitu kami 
takleh 'log out' sebab 'server' bermasalah...server...oh....server.....
Di sini aku nak ucapkan
terima kasih kepada semua krew yang terlibat sama ada krew Unit Audi Video
serta juga krew yang datang membantu iaitu, sdr. SHAHRUL, RAMLI,
KAMARUL, HAJI IZAD, JASRIL, YUNUS MISDI, ISMA 
dan YAN....terima kasih sekali lagi.....

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Friday, December 13, 2013

oH...nUr kaSih...

MALAM tadi, 12 Disember jam 8.00 malam, kami membuat rakaman video
MCP 'Konsert Nur Kasih di DATARAN PANGGUNG SENI
UKM. Persiapan peralatan dibuat sejak
jam lebih 5.00 petang.




Cuaca malam tu tak berapa cantik pada awalnya. kami terpaksa buat ujian peralatan
selepas maghrib sebab hujan rahmat renyai-renyai. Alhamdulillah
selepas maghrib cuaca agak baik yang membolehkan
kami membuat ujian peralatan rakaman.




Terdapat sedikit masalah teknikal semasa rakaman. Walau bagaimana pon rakaman
dapat dijalankan dengan baik. Krew bantuan yang dapat hadir cuma
sdr. Yunus Misdi. Oleh itu jurukamera terpaksa
berdiri 2 jam setengah di
kamera kerana kekurangan krew. Video berkenaan akan 
aku sunting dan upload ke YouTube. Jadi rajin2lah ke channel youTube aku untuk
menonton video tersebut. Apa2 pon aku nak ucap terima kasih
bebanyak kepada semua krew yang terlibat iaitu
sdr. SHAHRUL, KAMARUL, JASRIL,
RAMLI & YUNUS....

sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria