Friday, September 6, 2013

miNGgu seSak naFas..


.....video Penutup Program Mobiliti...


...video yang telah diedit untuk tayangan sebelum program penutup
ukm - global student mobility & partnerships....

5 SEPTEMBER 2013; Kami mempunyai beberapa kerja yang perlu dilaksanakan.
Semuanya melibatkan kerja berkaitan pelajar.



Pada sebelah pagi krew audio video mempunyai tugas untuk membuat rakaman MCP
program Minggu Mesra Pelajar yang melibatkan rakaman
pertemuan Timbalan Menteri Kewangan dengan pelajar 
baru di DECTAR.



Rakaman MCP pagi tu aku tak dapat sertai kerana aku punyai tugas yang agak
penting jugak. Aku punyai tugas membuat suntingan video
untuk ditayangkan sebelum program penutup UKM - GLOBAL
STUDENT MOBILITY PARTNERSHIPS bermula.
Sebelum program tu bermula, video berkenaan akan ditayangkan. Aku dapat
menyiapkan tugas berkenaan pada pukul hampir 1.00 petang
dan video tu digunakan pada jam 2.00 petang lebih
kurang...ALHAMDULILLAH....



Program Bersama Timbalan Menteri Kewangan tersebut agak sukar bagi
unit audio video untuk membuat rakaman. Ini disebabkan krew
agak sedikit. Jurukamera terpaksa berdiri lama
di kamera sementara dalam bilik
kawalan kekurangan krew. Krew bantuan pulak tiada, mungkin mereka
ada komitmen lain di jabatan masing2. Kami pun dalam keadaan
agak sukar, maklumlah kedudukan kami masih tiada hujung pangkalnya. Arahan kerja pon
agak tidak berapa jelas....bimbang hati kami....

mobiliti pelajar...
Sementara itu, rakaman MCP Penutup UKM - Global Student pada waktu petang pula
agak baik. Krew tak ramai tapi kerja mampu diselesaikan dengan licin...
Aku turut serta dalam rakaman MCP ini......
Krew terlibat cuma SHAHRUL, JASRIL, KAMARUL, RAMLI serta dua
orang pelajar LI Politeknik iaitu SITI AISYAH dan NAJWA...
Terima kasih kepada semua.....


BERSAMA MENTERI KEWANGAN II


ni jer yang ada...
Waktu malam pula kami ada rakaman MCP Bersama Pemimpin. Menteri yang datang
bertemu pelajar baru malam ni ialah MENTERI KEWANGAN II.
Persiapan peralatan seperti kabel kamera telah kami
siapkan petang tadi selepas program
Penutup mobiliti.

belum tiba...
tanyalah...
Rakaman MCP malam tersebut agak lancar dan terdapat beberapa orang krew datang
membantu. Kerja dapat dilaksanakan dengan baik. Cuma ada sedikit masalah
iaitu kamera 2 yang menggunakan CCU 2 mengalami
masalah teknikal. Rasanya da perlu diganti
baru kut peralatan2 ni....

yb menteri
tamat...

Apa-apa pon aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada krew yang membantu iaitu
YUNUS MISDI, HIDAYAH dan ISMAHASHIMI. TAK LUPA jugak
kepada krew audio video sendiri iaitu SHAH, KAMARUL, RAMLI
JASRIL, AJI IZAD serta dua orang pelajar LI yang juga sanggup
datang malam2 iaitu NAJWA & SITI AISYAH............................................
yang mana aku menjadi penunjuk jalan melalui jalan UKM - Bangi Lama....ekeke...
Esok masih ada kerja Minggu Mesra Pelajar di DECTAR iaitu DEBAT.
Kami masih lagi setia dengan kerja kami walaupon dalam keadaan
kedudukan kami yang tak menentu ni...harap mendung cepat
berlalu...........................................

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca......
DAUD.montak.zakaria

Monday, September 2, 2013

minGGu meSRa peLAjar uKm 2013/14

HARI ini, 2 Ogos 2013, kami membuat rakaman MCP Majlis Ikrar Pelajar Baru Sesi 
2013/ 14. Sukar jugak kerja masa ini, bukan saja krew tak
cukup tapi jugak arahan kerja pon tak menentu...

persiapan teknikal...
camerawek = camera awek...
da o.k da...
raptai koir...
 Walaupon takde arahan yang begitu konkrit dari pusat...kami buat gak tugas tu
kerana dari dulu kami memang bertanggung jawab, cuma
orang jer yang tak tau...................opst!

ni jer krew dalam studio kawalan...
pelajar baru...
student baru...
 Dengar jugak rungutan sebab kamera tiada, tapi apa boleh kami buat. Kami pon tak terima apa2 dari pusat. Hari ini aku cuma terima permintaan secara lisan
untuk buat rakaman pada rabu dan jumaat.
Tak tau nak buat macam mana, tak pasti akan disediakan perkhidmatan video atau tak...
sebagaimana yang dikatakan tadi, bukan saja krew tak cukup tapi arahan
yang konkrit pon takde........

pintu utama..
Bila arahan yang konkrit takde tentu kami tak boleh hantar surat untuk mohon bantuan
krew dari jabatan lain. Natijahnya krew tak cukup. Krew yang ada tentu tak
mampu nak berdiri kat kamera lebih dari 2 jam.....
Jadi kalau perkhidmatan video tak ada, maka faham2 lah...ia bukan kami yang
menentukannya......................
Apa-apa pon aku nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada
semua KREW yang terlibat iaitu NAJWA & SITI AISYAH,
LI dari POLITEKNIK ARAU PERLIS, FIRE atau FAIRUL, kakitangan kerajaan
negeri Johor (sukarela maaa...), SHAHRUL, RAMLI dan JASRIL
AMRY....dan HAJI RUHAIZAD, terima kasih bebanyak sekali lagi......

.....terima kasih kerana membaca....
DAUD.montak.zakaria

Saturday, August 31, 2013

amBAng merDEka 2013

30 OGOS 2013, Jumaat, aku dengan sdr. Ramli Adnan telah membuat rakaman
SAMBUTAN AMBANG MERDEKA UKM. Dalam keadaan moral da
menurun ni, terpaksalah 'otai' kena turun padang nampaknya....

ramli....
persembahan...
 Kami bergerak dari bangunan Penerbit pada jam 8.30 pm lebih kurang dengan membawa
kamera dan peralatan lain.

persembahan hiburan
persembahan
 Sdr. Ramli membuat semua rakaman sebaik sampai di Dataran Panggung Seni
UKM. Dia merakamkan semua keadaan sekitar dataran.

kibar bendera
jalur gemilang
 Sebelum detik 12 malam muncul malam tersebut diwarnai dengan pelbagai hiburan
dan nyanyian oleh artisukma dan lain-lain...

selesai naikkan bendera.
selepas detik 12.00 am.
 Sebelum detik 12.00 tengahmalam, antara aturcara persembahan ialah forum
yang dihadiri oleh Datuk Aziz Satar. Forum ini dirakam sebahagian
sahaja. Kami datang ke sini pun hanya untuk
membuat rakaman secara ENG.

bunga api..
Sambutan berkenaan dihadiri oleh Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan
pegawai-pegawai kanan universiti. Program berkenaan tamat lebih
kurang jam 12.30 tengah malam....
Aku bercadang untuk membuat suntingan video berkenaan. Aku akan 
cuba cari idea untuk skripnya dan bila da siap
nanti video ni akan aku 'upload'
ke YouTube..........................................................................................................

....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Monday, August 26, 2013

Belum dan Kuala Sepetang - Mobiliti Pelajar 2013.


...video tanpa skrip, yg berskrip akan disunting kemudian..

Pada 21 Ogos 2013, aku dan sdr. Ramli bergerak ke Belum Perak
jam 10.00 malam dari Kolej Datuk Onn UKM. Kami akan
membuat rakaman video UKM - Global Student 
Mobility Partnerships anjuran Pusat
Hubungan Antarabangsa, UKM.

jeti tasik banding perak
 Kami tiba di jeti Tasik Banding lebih kurang jam 6.00 pagi pada 22 Ogos 2013.
Jeti berkenaan berhampiran dengan jambatan yang menghubungkan
lebuhraya timur dan barat dari Grik ke Jeli di Kelantan. Di sini kami
menunggu untuk naik ke Rumah Bot yang
akan membawa kami ke Kampung
Chueh iaitu sebuah kampung
orang asli di sebuah
pulau di Tasik Banding atau Tasik Temengor ini.

kampung orang asli Chueh...
tasik temengor
tasik temengor
tasik temengor dan kampung orang asli
rumah bot
 Kami bergerak menuju kampung Chueh dengan menaiki rumah bot. 
Untuk tiba di Kampung Chueh
mengambil masa selama lebih kurang satu jam setengah. Dalam 
perjalanan di kiri dan kanan kelihatan menghijau dengan 
tumbuhan hutan hujan tropika Belum.....

rumah bot...
rumah bot.
Kamung Chueh.
 Pelbagai program telah diatur untuk Pelajar Program Mobiliti dengan masyarakat
Kampung Orang Asli Chueh tersebut.......nantikan video yang akan
diterbitkan nanti......

CONTOH SKRIP UNTUK VIDEO

Sekumpulan pelajar universiti yang mengikuti Program UKM - Global Student Mobility and 
Partnerships telah melawat dan tinggal bersama masyarakat orang asli
di Kampung Chueh Belum di Grik Perak.
Jeti Tasik Banding terletak berhampiran jambatan yang menghubungkan
Grik dengan Jeli di Kelantan melalui lebuhraya timur barat. Dari jeti ini ia 
mengambil masa selama lebih
kurang sejam setengah untuk sampai di kampung
orang asli tersebut. Rumah bot yang program berkenaan,
bergerak merentasi tasik yang menghijau airnya dan dikelilingi oleh hutan
hujan tropika yang tebal dan menghijau.....

kampung Chueh..
Tasik Temengor ini mempunyai keluasan 152 Kilometer persegi. Ia merupakan sebuah
 tasik buatan manusia hasil pembinaan Empangan Temengor yang telah
siap sebelum dirasmikan pada tahun 1976. Tasik Temengor ini
termasuk dalam kawasan HUTAN BELUM PERAK.
Hutan belum terbahagi kepada dua iaitu LOWER BELUM dan UPPER BELUM.
KAMPUNG CHUEH terletak dalam kawasan LOWER BELUM..

kampug chueh.
Para pelajar yang mengikuti program ini akan berada di Tasik Banding
atau Tasik Temengor dan Kuala Sepetang di Perak dari 22 - 25 Ogos 2013. 
Sebaik sampai di Kampung Chueh para pelajar dan pensyarah yang menyelia
mereka mengambil peluang beramah mesra dengan penduduk di situ.
Orang asli dari Suku Jahai dan Temiar ini sentiasa menyambut
pengunjung dengan mesra.....
Melawat perkampungan orang asli merupakan sebahagian daripada program
UKM - Global Student Mobiity Partnership. Program mobiliti ini 
disertai oleh pelajar tempatan dan dari universiti dari
luar negara termasuk Korea, Indonesia, Kazaztan, 
Mexico, disamping pelajar tempatan sendiri. Ini merupakan kali
 kelima program ini dijalankan
oleh Pusat Hubungan Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia.

kampung chueh.
 Pelajar sejumlah 13 orang dengan 3 orang pensyarah telah tinggal di Kampung Chueh
selama beberapa hari. Mereka telah menjalankan beberapa aktiviti 
bersama masyarakat setempat.
Menurut ketua suku di kampung ini, terdapat 8 buah rumah dengan lapan buah
 keluarga dengan jumlah ahli lebih kurang 40 orang tinggal di kampung ini. 
Rata-rata mereka yang  tinggal di kampung ini beragama Islam.  
Diantara aktiviti pelajar ketika berada di sini ialah menjalankan aktiviti penyelidikan
 berkaitan komuniti berkenaan.

aktiviti menganyam...
anyaman
 Kegiatan ekonomi masyarakat orang asli di sini ialah menangkap ikan, berladang dan mencari hasil hutan. Antara hasil hutan yang dicari ialah Kayu Gaharu. Namun 
begitu hasil hutan dikatakan agak sukar untuk dicari sejak akhir-akhir ini
 kerana terdapat penceroboh yang masuk ke hutan dari negara luar.
Menurut mereka antara tanaman ladang yang diusahakan ialah
tanaman pisang, jagung dan sebagainya. Mereka juga
 menanam  anak-anak pokok getah untuk 
diusahakan untuk masa hadapan....

anyaman kraf...
masih belajar....
Menurut maklumat daripada kaum ini, kaum suku Jahai dan Temiar di sini berkahwin pada usia se awal 12 hingga 14 tahun. Mereka juga mempunyai anak
 sekurang-kurangnya 4 orang. Anak-anak mereka 
bersekolah di sekolah di sekitar daerah ini. Namun begitu ada juga yang
 tidak bersekolah antara faktornya ialah sekolah berkenaan jauh dari penempatan mereka.

perhati...
tekun...
Diantara aktiviti para pelajar di Kampung Chueh ini ialah mereka
didedahkan dengan cara hidup dan budaya masyarakat berkenaan. Mereka memerhati
dan belajar cara membuat hasil-hasil kraftangan yang mudah. Mereka belajar cara
menganyam daun kelapa dan sebagainya. Mereka mengambil
sedikit masa untuk memerhati dan belajar untuk menganyam
 bersama masyarakat di sini.

aktiviti berakit...
menganyam daun nipah untuk atap dan dinding.
Pelajar didedahkan dengan seni tarian orang asli iaitu sewang. Mereka dipertontonkan tarian 
sewang oleh penduduk di sini. Pelajar juga turut sama menari bersama
dengan penari sewang tersebut. Tarian ini kelihatannya 
dapat menghiburkan mereka yang mengikuti
program berkenaan.

presentation
Pelajar juga turut serta dalam aktiviti membersihkan kawasan sekitar. Perkampungan ini perlu bersih kerana ramai pelancong melawat kampung ini. Seni menganyam daun nipah
juga turut mereka belajar dan melakukannya dengan sendiri.
Mungkin menganyam daun nipah kelihatan mudah, namun jika tidak
dipelajari tentu akan gagal untuk melakukannya.
Masyarakat di sini tidak keberatan untuk mengajar setiap perkara
berkitan anyaman ini kepada pelajar hingga mereka mampu membuatnya sendiri.

di Sungai Gadung...
pakma sungai gadung...
Setelah siap anyaman daun nipah berkenaan, mereka turut membantu memasang anyaman daun nipah tersebut sebagai dinding dan atap sebuah rumah yang baru siap dibina. Masyarakat di sini juga mengajar para pelajar cara menyumpit dengan 
teknik yang betul...Menyumpit  perlu kepada teknik dan latihan
 yang berterusan. Jika teknik sumpitan tidak sempurna
 tentu sasaran tidak mampu disumpit dengan
tepat. Pelajar juga turut serta mencuba menggunakan sumpit. Bila pertama kali
menggunakannya tentu sasaran turut tersasar.

taiping dan larut matang...
taklimat di matang
Suasana sekeliling pulau perkampungan ini amat menarik. Agak kerap juga pelancong 
luar datang menjengah di kampung Chueh ini. Pelancong yang datang ke sini
kebanyakannya datang dari luar negara. Antara tarikan yang menggamit
mereka ke sini kerana komuniti ini masih mengamalkan
cara hidup tradisional. Antaranya mereka
masih tinggal di kediaman yang beratapkan daun nipah dan berdindingkan daun
yang sama, yang dianyam dengan kemas.

hutan bakau
laluan di hutan bakau...
Walaupun kehidupan orang asli di Kampung Chueh kelihatan ringkas namun mereka juga
ingin dan perlukan kemajuan. Mereka perlu untuk dibantu menjadi maju
dan cara yang utama untuk mereka maju seperti kaum lain
ialah dengan memberikan mereka peluang untuk menimba
ilmu hingga ke peringkat yang lebih tinggi...
Para pelajar yang mengikuti program mobiliti ini telah mengumpul
segala maklumat berkaitan penduduk di kampung Chueh ini. Segala yang mereka
peroleh di persembahkan dihadapan pensyarah dan pelajar yang lain dalam satu sesi
persembahan mereka. Selesai persembahan
para pensyarah pula memberi komen-komen serta memberi cadangan untuk mengemaskan lagi hasil dapatan kumpulan masing-masing...

kilang arang kayu..
Sebelum meninggalkan Kampung Chueh para pelajar dan pensyarah mengadakan sesi bergambar dan sesi perjumpaan dengan penduduk kampung berkenaan 
buat kali terakhir. Rumah bot bergerak perlahan untuk meninggalkan 
Kampung Chueh yang kelihatan semakin jauh. Sebelum berlabuh 
di Jeti Tasik banding peserta dibawa untuk melihat
 bunga Pakma iaitu spesis bunga yang terbesar
di dunia. Lokasi bunga berkenaan ialah di Sungai Gedung. 
Rumah bot berkenaan tidak boleh berlabuh di tebing tasik kerana banyak
 tunggul-tunggul pokok dalam tasik tersebut. Tunggul-tungul ini merupakan tunggul pucuk pokok
 -pokok balak yang tenggelam ketika tasik ini diliputi air empangan. Oleh yang
 demikian bot digunakan untuk membawa peserta ke tebing tasik.
 Tiba di tebing, para peserta masuk ke hutan melalui
 lorong yang telah dibuat untuk kemudahan pengunjung. 
Apa yang didapati di sini ialah banyak kuntuman bunga yang 
masih belum berkembang. Sementara yang telah lama berkembang telah
 pun membusuk untuk membentuk buah yang akhirnya menghasilkan biji benih di dalamnya
 untuk pertumbuhan bunga yang akan datang......................................................

kilang kayu arang
Para peserta kemudiannya bergerak ke Taiping dan seterusnya Kuala Sepetang. Di
Taiping mereka mengambil peluang bersiar di Taman Tasik Taiping. Namun 
terdapat tasik yang kelihatan cetek walaupun Taiping merupakan daerah
yang paling banyak ditimpa hujan sepanjang tahun di negara ini...........................

kayu  arang...
Di Kuala Sepetang pesrta program melawat Pusat Eko Pelajaran. Mereka sempat  melihat
kelip-kelip pada waktu malam di Sungai Petang.
Mereka juga telah diberi taklimat oleh pegawai perhutan yang bertugas. Mereka kemudiannya
telah dibawa melawat hutan bakau di pusat berkenaan yang dijadikan tempat
untuk lawatan para pengunjung. Sepanjang lawatan mereka juga telah diberkan pelbagai
maklumat berkaitan hutan bakau yang wujud di daerah ini.
cuba....
Pelajar juga diberi penjelasan lanjut berkaitan hutan bakau di Galeri Pusat berkenaan.
Di sini mereka mendapat pelbagai informasi berkaitan Hutan Paya Laut
Matang.

made in korea...
Selain dari itu, peserta juga dibawa melawat kilang membuat kayu arang yang terletak di kawasan berhampiran. Pegawai perhutanan bertindak sebagai penyampai informasi
 berkaitan aktiviti kilang berkenaan. Proses membuat kayu arang 
mengambil masa selama sebulan bermula dari proses
 membakarnya dalam relau khas hingga terhasilnya kayu arang.
Kayu arang ini bukan saja digunakan sebagai bahan bakar tetapi juga untuk
eksport ke Jepun antaranya menjadi bahan untuk membuat bahan alat solek dan juga 
ubatan. Kilang ini telah beroperasi lebih daripada 30 tahun. 
Adakah kilang ini akan berterusan jika tiada lagi pokok kayu bakau yang berkualiti
untuk dijadikan bahan mentahnya? Adakah terdapat apa-apa rancangan supya hutan bakau
ini tidak luput dari muka bumi....? Jika melihat kepada pertumbuhan kayu ini,
setahun ia boleh tumbuh lebih kurang sekaki, namun begitu sempatkah pokok
ini tumbuh untuk dijadikan bahan mentah kayu arang...?
Akhirnya setelah selesai lawatan di kilang kayu arang, semua peserta kembali
semula ke UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA di BANGI....

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria.