Monday, June 3, 2013

gameLAN...oh..GAMElan...




MALAM NI, 3 Mei 2013, kami membuat rakaman video MCP, MAJLIS 
PENUTUPAN KURSUS KEJURULATIHAN TAHAP SATU 
MUZIK GAMELAN....'

...amik foto rakaman sdr. KAMARUL...maaf....
...maaf....paparazzi terpetik kamera hp...
...aturcara...
SEBENARNYA, program ni bertukar lokasi beberapa kali, ia dijangka diadakan
di PANGGUNG SENI namun diubah lokasi ke DECTAR...bukan di ruang 
tengah dewan tapi diatas pentas bersama VVIP dan
semua jurukamera.....whaaa...kali
pertama rakaman macam
ni..... jugak tanpa lampu
warna-warni..
...amik foto sdr. KAMARUL...

emcee...
Bagaimana sekali pon...sebagai krew profesional...ewahhh.., tak kira macam mana
 pon rakaman tetap kami jalankan, walaupon tanpa lampu warna-warni
yang lip lap kami masih mampu membuat rakaman
dengan licin dan memuaskan....tunggu
nanti aku upload ke
youtube...

ucapan perasmi...
persembahan... 
SEBENARNYA matlamat diadakan kursus ini adalah untuk memupuk
minat dikalangan pelajar, melatih pelajar bukan saja
cemerlang dalam akademik tapi juga
aktiviti kokurikulum, meningkatkan
motivasi pelajar supaya
berusaha mencapai
kecemerlangan secara
berkumpulan, mendedahkan pelajar
dengan kampus universiti yang bukan saja cemerlang
dalam akademik tanpa abaikan aktiviti kokurikulum serta
untuk melahirkan pemain yg terlatih dan berketrampilan dalam muzik gamelan...

persembahan..
...akhirnyaaaa.........
Malam ini kami dibantu oleh beberapa orang krew dari jabatan lain. Memang
kami amat perlukan bantuan mereka kerana kami kurang dua orang
krew yang bertugas di MELAKA (sdr. shahrul & hanamichi).
Krew yang dapat hadir malam ini ialah sdr. YUNUS,
HAFIZ, HATA, HIDAYAH & JUNIOR 
MASTERMIND.........
SEMENTARA krew Penerbit
ialah sdr. KAMARUL, RAMLI, HAJI IZAD dan
SITI SURAYA............
AKU ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew yang terlibat
dalam rakaman MCP malam ini...terima kasih semua. Sebenarnya
ini merupakan MCP yang terakhir untuk program PUSAT
KEBUDAYAAN UKM.........terima kasih sekali lagi...

...terima kasih juga kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Wednesday, May 29, 2013

cesMED...oh...CESmed...

HARI ini, sebelah pagi, kami membuat rakaman video MCP, 'KURSUS CMIE
1012 ASAS KEUSAHAWANAN dan INOVASI
di DECTAR. Program ni tamat
lebih kurang jam
1.00 petang...














Rakaman dah diselesaikan dengan baik tanpa sebarang masalah,
walaupun krew agak terhad hari ni....Apa-apa
pon aku ucapkan TERIMA KASIH
pada semua iaitu sdr.
YUNUS MISDI, KAMARUL BAHARIN,
RAMLI ADNAN, JASRIL AMRY dan SITI SURAYA SULAIMAN....

...terima kasih kerana membaca....
DAUD.montak.zakaria

Monday, May 27, 2013

zaPIN...oh...ZApin...




MALAM tadi, 26 Mei 2013, jam 8.00 malam, kami membuat rakaman MCP 'MALAM 
PENUTUP ASPIRASI SENI TARI ZAPIN JOHOR, di PANGGUNG SENI,
DECTAR. Pi keje pada hari cuti bukannya mudah, namun disebabkan
tugas tersebut perlu dilaksanakan maka datanglah jua.
Bergerak dan tiba di DECTAR lebih kurang
jam 6.30 petang.

raptai...
bilik kawalan video
hidayah...krew lain masih belum tiba...
emcee yang serious....
Tiba di DECTAR, cuma sempat bantu pasang kamera jer, sementara tugas yang
lain telah disiapkan oleh krew yang tiba lebih awal lagi....

emcee...



persembahan
Sebenarnya bengkel ASPIRASI SENI TARI ZAPIN JOHOR' ini bermula dari 24 - 26 Mei
2013. Malam tadi merupakan malam kemuncak dimana dipertandingkan tarian zapin
sekolah-sekolah rendah dan menengah di Panggung Seni tersebut.
Program ini juga dianjurkan oleh KUMPULAN
TARIAN AADYAMATRA
ARTISUKMA 
UKM
dan PERSATUAN
PENGGIAT ZAPIN JOHOR dengan
kerjasama KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.


persembahan

penyampaian hadiah

zapin lambak sebagai penutup tirai...
Tugas kami malam ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Ramai krew yang dapat hadir walaupun cuti....
Aku nak ucapkan bebanyak TERIMA
KASIH kepada semua krew
iaitu sdr. YUNUS, HATA, JUNIOR MASTERMIND,
HASNAH, HIDAYAH, HAFIZ, JASRIL, SHAHRUL, KAMARUL dan...
SITI SURAYA....
Rasanya ini mungkin MCP terakhir yang diadakan pada waktu
malam kerana ia telah hampir kepada penghujung
SEMESTER II...

....terima kasih kepada yang sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria

Thursday, May 23, 2013

antaRA VIdeo yg teLAH DIsunting...

INI antara video yang telah disunting untuk bulan MAY ini. Kebanyakan video
yang disunting atau diedit tersebut adalah terdiri daripada
DINNER KOLEJ-KOLEJ dan juga
program kesenian yang
dijalankan dalam
kampus...
Silalah tonton video-video tersebut jika berminat...




Video-video yang lain terdapat di SINI..


...Sekian kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria...

dinNER KOlej panDITA ZAaba



MALAM tadi, 22 Mei 2013, jam 8.00 malam kami membuat rakaman
video MCP 'DINNER KOLEJ PENDETA ZAABA' di DECTAR
Macam biasalah, kami siapkan perlatan pada awal petang
sebelum bermula program berkenaan...
Aku d a malas nak tulis panjang2,
harap foto2 ini mampu
bercerita.....






watie

shahrul...






Aku nak ucapkan TERIMA KASIH kepada semua iaitu, sdr. SHAHRUL, RAMLI,
HJ. IZAD, KAMARUL, JASRIL, SITI SURAYA,
HIDAYAH, WATIE, YUNUS,
HAFIZ, HATA &
HJ. SULIMI....

....sekian dan terima kasih kerna sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Wednesday, May 22, 2013

tuGAS TERGEMpar....



MALAM tadi, 21 Mei 2013, kami membuat rakaman MCP 'PROGRAM TRANSFORMASI 
PELAJAR UKM' di DECTAR...Sebenarnya tugas ini kami terima sebelah pagi,
jadi agak terburu-buru untuk mencari krew untuk membantu
dalam kerje2 rakaman berkenaan...


...sorry dayah, aku amik foto hang dari FB....

watie, da hampir da....


Walau pun menerima tugas dalam waktu singkat, namun ia mesti dilaksanakan
 jua...kalau kami tak buat siapa lagi yang akan lakukan......
Jadi, aku minta Siti Suraya buat
surat untuk panggil
krew bantuan...




 Kami siapkan peralatan dalam jam 6.30 petang. Program tersebut bermula dalam jam
8.30 malam. Krew ramai yang tidak dapat hadir, mungkin sebab
mendapat tugas dalam masa yang singkat, sukar untuk
membuat keputusan...................
Apa-apa pon aku ingin
ucapkan jutaan terima kasih kepada
semua krew yang terlibat iaitu krew bantuan, sdr. YUNUS, HAFIZ,
WATIE dan HIDAYAH....juga krew Penerbit, sdr. SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI,
HAJI IZAD, JASRIL dan SITI SURAYA....
terima kasih bebanyak sekali lagi...
jangan lupa esok ada tugas 
lagi.....Kepada sesiapa
yang berminat untuk menjadi krew 
MCP sila hubungi kami kerana sekarang kami sedang
mencari krew baru itu staf gred 29 ke bawah............................hubungi
kami dengan segera jika berminat....

sekian dan terima kasih kerana membaca....
DAUD.montak.zakaria