Thursday, July 5, 2012

siBUK SAngat sebeLUM TIba deTIK RAMAdhan...



Sebelum tiba bulan RAMADHAN ni kami agak sibuk dengan rakaman video di sana sini.
Tugas yang paling banyak ialah rakaman  video PROGRAM UKM - GLOBAL
STUDENT MOBILITY PARTNERSHIPS. Kami merakam semua
aktiviti pelajar yang terlibat dalam program berkenaan.
Lokasi program berkenaan agak banyak

1 JULAI 2012, aku dan sdr. RAMLI serta
SITI SURAYA membuat rakaman mobiliti pelajar di
PULAU CAREY SELANGOR. Kami merakam aktiviti mereka
di PERKAMPUNGAN BUDAYA KAUM MAH MERI. Banyak juga 
yang dirakamkan di sini termasuk persembahan tarian serta adat istiadat 
mereka yang lain.
4 JULAI - 8 JULAI pula sdr. HILMI BABA 'cover' rakaman video MOBILITI PELAJAR
di TAMAN NEGARA KUALA TAHAN PAHANG. Dia akan merakamkan aktiviti
pelajar dalam taman negara tersebut seperti melawat KAMPUNG
ORANG ASLI SUKU BATIK, CANOPY WALK, TRACKING
IKAN KELAH SANCTUARY dan BERKOH. Kami
mengharapkan bantuan dia kerana kami
mempunyai tugas lain di UKM BANGI.
Harap dia dapat bertugas
dengan selesa
di sana.

4 - 15 JULAI 2012 pula, sdr. SHAHRUL
dan WAFIY ditugaskan untuk membuat rakaman video
program MOBILITI PELAJAR di SABAH dan PULAU LANGKAWI.
Mereka akan pergi keserata tempat yang akan dikunjungi oleh pelajar yang
terlibat dalam program berkenaan. Yang paling utama mereka akan
bersama pelajar berkunjung ke hutan-hutan taman
negara yang wujud di lokasi-lakasi tersebut.
Harap mereka semua selesa dengan
tugas yang dipikul dan paling
penting moga mereka
selamat pergi dan
balik.

9 - 15 JULAI 2012 pula
sdr. KAMARUL BAHARIN dan YUNUS 
MISDI akan membuat rakaman video program
MOBILITI PELAJAR jugak di SARAWAK. Mereka akan pi
ke serata tempat di sana. Mereka akan merakamkan segala aktiviti
student di setiap lokasi yang dikunjungi. Harap mereka
juga dapat bertugas dengan selesa serta
mampu mendapatkan visual yang
menarik, berharap jugak
mereka semua
selamat.

Semua footage yang dirakam
oleh semua krew akan di edit dan akan
diyangkan semasa majlis penutup program berkenaan
pada 18 JULAI 2012 nanti. Moga dapat
visual-visual yang menarik daripada
semua krew yang bertanggung
jawab dan bededikasi
terbabit.

Selain dari pada kerja-kerja yang
tersebut, kami juga tidak ketinggalan melakukan
tugas yang menjadi kerja harian kami antaranya pada
5 JULAI 2012 sdr. RAMLI dan SITI SURAYA membuat rakaman
MOU antara UKM - MPOB di BILIK SENAT. 6 JULAI 2012 membuat rakaman
SYARAHAN PERDANA PROFESSOR di BILIK SENAT dengan
kerjasama sdr YUNUS MISDI. Harap mereka juga 
dapat melaksanakan tugas dengan baik dan
sempurna tanpa sebarang masalah.

9 JULAI pulak ada rakaman video
program anjuran FAKULTI PENDIDIKAN
mulai jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 TENGAH HARI.
Sdr. HAJI RUHAIZAD telah diamanahkan untuk menyelesaikan
rakaman tersebut. 
14 - 17 JULAI 2012 pula sdr. RAMLI ADNAN dan HAJI RUHAIZAD
pula akan membuat rakamanan video ISTIADAT PENTAU-
LIAHAN PEGAWAI KADET PALAPES di
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.
Harap mereka juga dapat
menjalankan tugas
tanpa sebarang
masalah.

18 JULAI 2012 pula kami akan membuat
rakaman video MCP Majlis Penutup Program Mobiliti
Pelajar yang akan dilangsungkan di PANGGUNG SENI DECTAR.
Aku bimbang dengan tugas ini kerana kami kekurangan krew dimana
sdr. SITI SURAYA dan JASRIL AMRY tiada dalam tugas
kerana menduduki peperiksaan perkhidmatan.
Sementara sdr. RAMLI dan HAJI IZAD
baru balik dari UUM dan tak
pasti sama ada mereka
boleh bertugas 
atau sebalik
nya.

Aku cuma ada satu pilihan
iaitu menggunakan bantuan daripada
PELAJAR LATIHAN INDUSTRI dan juga
krew bantuan yang ada. Namun melalui sejarah
sebelum ini, kami amat sukar untuk mendapatkan khidmat
bantuan daripada krew jabatan lain semasa waktu pejabat. Mereka
pun mempunyai tugas mereka sendiri di jabatan masing
masing dan tentu sekali tidak boleh diganggu.
Satu pilihan yang tinggal ialah aku
terpaksa berharap kepada
bantuan PELAJAR
LATIHAN INDUSTRI. Maka
timbul lagi satu persoalan, mampukah kami
melatih PELAJAR tersebut dalam beberapa hari ini
untuk menguasai PENERBITAN VIDEO MCP atau PENERBITAN
VIDEO KAMERA BERBILANG tersebut. Ermmmm..
yang ini aku serahkan pada ketentuan
MAHA PENCIPTA.

Berikutnya, kalau tiada apa-apa halangan
kami akan membuat penerbitan video RUMAH PERANGINAN
PERSEKUTUAN MORIB pada 19 JULAI 2012 nanti. Kami akan serahkan 
penerbitan tersebut kepada PELAJAR LATIHAN INDUSTRI. Kami 
akan beri panduan sahaja dalam tugas penerbitan tersebut.
Kalau rakaman tidak dapat disiapkan pada 19 JULAI tu
mungkin kami akan menginap kat rumah peranginan
tu selama semalam untuk selesaikan
'shooting' di sana. Harap
semuanya berjalan
lancar tanpa
halangan.

Akhir sekalai dalam bulan PUASA
sdr. HAJI ISMAIL kata ada satu lagi program
yang akan berlangsung di KULA SEPETANG yang
mungkin akan melibatkan kerja rakaman
video di sana. Apa-apapun akan
tunggu maklumat terbaru dari
HAJI ISMAIL. STUDENT LI
juga mungkin akan 
dilibatkan bersama.

SEKIAN dan terima kasih banyak kerana sudi membaca...

*credit to google images.
DAUDmontakzakaria

Monday, July 2, 2012

PENutup PERMata PERkasa

HARI ini kami membuat rakaman ENG Pertandingan Bolasepak Akhir RAMD
di STADIUM UKM. Sdr. KAMARUL, HAJI IZAD & SITI SURAYA
membuat rakaman program berkenaan. Program tersebut
dihadiri oleh SPBY DiPertuan Agung.
Ia berlangsung jam 9.00
pagi.

...majlis penutup...

WAKTU petang iaitu kira2 jam 3.30 petang kami membuat rakaman
majlis penutup KEM PERMATA PERKASA di Panggung
Seni DECTAR. Majlis penutup tersebut dilakukan
oleh DATIN PADUKA SERI ROSMAH
isteri PM. 

...krew, sebelum bertugas...

Bimbang krew tak cukup, aku cuma memasang 2 buah kamera video sahaja. 
Kebiasaannya waktu pejabat amat sukar untuk mendapatkan krew
 jurukamera. Walau bagaimanapun lebih kurang jam 3.00 ptg
 ada juga krew luar PENERBIT yang datang membantu.

....krew sebelum bertugas...

Mereka yang datang membantu ialah HIDAYAH, HJ. SULIMI, SHUKRI dari UKMKL
 dan Jamaluddin Salleh atau CHEF. Kami juga bernasib baik kerana akan
 dibantu oleh PELAJAR yang mendaftar untuk LATIHAN INDUSTRI
yang baru daftar di PENERBIT pagi hari ini, jika
kami tak cukup krew. Aku minta
SITI SURAYA memberi
sedikit maklumat
untuk mereka di STUDIO UKM.
Aku juga adak bernasib baik kerana SDR. SHAHRUL 
yang masih bercuti masih sanggup membantu kami. Cuti akhirnya ialah
hari ini. Program tersebut tamat lebih kurang jam 5.00 petang kut. Selepas
 berkemas kami pun bergerak pulang...
TERIMA KASIH BANYAK2 aku ucapkan kepada semua krew termasuk
PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

DAUDmontakzakaria

Sunday, July 1, 2012

Mah Meri Pulau Carey

 .....perkampungan budaya Mah Meri di Pulau Carey...

HARI ini pergi ke PULAU CAREY untuk membuat rakaman video UKM- GLOBAL
STUDENTS MOBILITY PARTNERSHIPS di sana. Kami gerak lebih kurang
jam 8.00 pagi dari UKM. Aku pi ke sana dengan sdr. RAMLI ADNAN
dan SITI SURAYA.


 .....bangunan dalam perkampungan budaya...

Aku sebenarnya tak pernah sampaipun di PULAU CAREY tu, inilah pertama kali dan mungkin
taknak pegi lagi kut....gamaknya.....Aku bawa kete sendiri dan sdr. RAMLI jadi
penunjuk jalan kerana dia yang pernah tiba di sini sebelum ini. 
Aku memang seringkali pi BANTING tapi
tak tau pulak ada jalan ke pulau tu.
La ni kalau pi sorang pun
rasanya tak sesat
kut........

 ....foto dalam muzium mah meri kut...

Kami melalui jalan pi DENGKIL - dan sebelum sampai pekan Banting ada simpang 
masuk ke kanan, arah ke KELANG. Sebelum sampai KELANG ada simpang 
ke kiri ke PULAU CAREY.Kami singgah sebentar di jambatan yang
 menghubungkan PULAU CAREY dengan tanah
 besar SELANGOR. 

 ....foto...

Aku sebenarnya bertujuan untuk membuat dokumentari berkaitan MAH MERI di PULAU CAREY.DOKUMENTARI secara umum jer, yang boleh memberi sedikit informasi
 berkaitan Mah Meri. Tiba di perkampungan BUMBUN iaitu perkampungan 
budaya MAH MERI tu, kami rakamkan perkampungan 
tersebut termasuk sekolah.

 ....dalam bangunan pameran...

Bila pelajar tiba dengan bas UKM kami masuk ke perkampungan budaya berkenaan.
Aku terus merakamkan apa yang aku perlukan untuk dokumentari aku
sementara SITI SURAYA membuat rakaman aktiviti
pelajar yang 'involve' dalam program 
berkenaan.

 .....bilik pameran...

Aku cuba dapatkan sebanyak mungkin maklumat yang aku perlukan, daripada seorang
yang memang mahir kerana dia pun daripada kaum berkenaan. Maklumat yang lain
aku dapatkan daripada bahan-bahan yang dipamerkan dalam bilik pameran.

 ....tamat...

Diperkampungan Budaya tu kami dipertontonkan dengan tarian Mah Meri dan juga upacara 
perkahwinan suku kaum berkenaan. Proses perkahwinan mereka lebih kurang
sama dengan orang Melayu Biasa. Ada proses 'merisik', menghantar 'tanda'
dan akhirnya majlis perkahwinan. Bapa tak boleh jadi wali
tapi pakcik-pakcik jer yang boleh menjadi wali.
Biasanya majlis kenduri dijalankan selama 3 hari dan dua malam. Hanya 
rumah pengantin pompuan jer biasanya mengadakan kenduri. Rumah pengantin lelaki
pun boleh jugak mengadakan majlis kenduri tersebut. Kalau tak silap aku apa yang dipertontonkan kali ini tidak berapa 'detail' sebagaimana yang aku tonton 
dalam video program yg dirakam di tahun-tahun  sebelum ini.
Dalam bahasa yang tidak berlapik, kali ini
langsung tak menarik!

....masjid sungai rambai...

Nampaknya aku terpaksa bergantung kepada video-video yang lalu untuk 'complete' kan 
dokumentari video berkenaan. Namun aku yakin penuh, InsyaALLAH...
aku boleh siapkan video tersebut dengan sempurna walaupun
mungkin TIDAK MENARIK mana punnnnnn...
Di sana juga aku dapat rakamkan RUMAH NENEK MOYANG MAH MERI. Rumah nenek
moyang merupakan rumah dimana bermulanya nenek moyang  Mah Meri
mula bertapak di sesuatu tempat. Ia dianggap amat penting dalam
 komuniti berkenaan. Rumah nenek moyang ini amat penting 
bagi kaum ini yg tujuannya untuk melakukan 
pelbagai upacara pemujaan...hinggakan menang nombor
ekor pun di sambut. 
Kami juga berpeluang membuat rakaman pengukir patung yang telah diiktiraf
oleh dunia. Harga ukiran tersebut ialah antara RM 1500 hingga RM 3000 setiap ukiran patung
Kami juga cuba merakamkan MAHLIGAI itu rumah upacara yang terdapat di tepi pantai,
namun ia tidak dijumpai, mungkin dah pindah. Walau bagaimanapun aku sempat
merakam pantai yang tak menarik sangat. Aku akan muatkan juga dalam 
dokumentari nanti. Selain daripada itu kami juga sempat 
rakam ladang kelapa sawit dan sebagainya yang
juga akan dimuatkan dalam 
dokumentari nanti.
Bila selesai semua, kami bergerak pulang. Singgah di sebuah masjid untuk langsaikan 
solat ZOHOR. Walau apa sekali pun, solat mesti ditunaikan. Siapalah kita
jika tidak mendirikan solat. Apa yang kita punyai
kalau tidak bersolat. ROH, JASAD dan SEGALANYA cuma pinjaman.....bukan begitu.
Tiba di UKM jam dah menunjukkan angka 5.00 petang lebih kurang....
....tamat satu lagi lipatan sejarah yang akan disimpan dalam
arkib ingatan....
.....sekian kerana sudi membaca.......
DAUDmontakzakaria.

Saturday, June 30, 2012

Persiapan teknikal untuk bolasepak akhir

TUGAS kami hari ni 30 JUN 2012
ialah membuat pemasangan LCD TV dibilik rehat SPBYD Agung yang akan turut menyaksikan perlawanan akhir bola sepak RAMD di Stadium UKM pada 2 JUN 2012 nanti. Kami cuma menyediakan LCD TV untuk tuanku menonton permainan Brass Band tentera semasa waktu rehat separuh masa dalam pertandingan bolasepak tu nanti. Acara ini sebanarnya mungkin setiap tahun dijalankan di Stadium UKM. Tugas pemasangan tersebut telah selesai...


 .....tentera punyer...

 ....bilik rehat tuanku...

 Ramli Adnan & Haji Ruhaizad....

.....Siti Suraya....

ESOK pagi Ahad pulak aku, Ramli dan Siti Suraya pula akan ke Pulau Carey Kelang untuk membuat rakaman UKM-GLOBAL STUDENT MOBILITI di KAMPUNG BUDAYA SUKU KAUM MAHMERI di sana. Aku akan membuat penerbitan dokumentari berkaitan Suku Kaum Mahmeri tersebut secara umum. Siap nanti aku akan 'upload' ke YOUTUBE'....Kami akan bergerak ke PULAU CAREY jam 8.00 pagi. Nampaknya minggu ni aku dan krew tiada cuti hujung minggu...
Hari Isnin kami akan membuat rakaman pertandingan bolasepak akhir RAMD di Stadium UKM. Waktu petang pula iaitu jam 3.00 petang kami akan membuat rakaman MCP Penutup Perkasa Permata yang akan dihadiri oleh ISTERI PERDANA MENTERI. Memang sibuk betul kami bulan ni. Apa nak buat, dah tugas kan...kan...kan...
...tu jer ler...letih nak tulis...maklumlah letih......apa2 pun terima kasih sebab membaca...
DAUDmontakzakaria.

Friday, June 29, 2012

DINner FAKULti KEJuruTEraaAN

DINNER FAKULTI KEJUT.

 ....sebelum bertugas, makan dulu....

Petang ini jam 4.00, kami akan bergerak ke NILAI SPRING untuk membuat rakaman Makan Malam Fakulti Kejuruteraan di sana. Pihak fakulti telah lama hantar surat ke PENERBIT UKM, mohon membuat rakaman MCP program berkenaan.

 ....tumpuan penuh....

Sebenarnya atas rasa ingin membantu rakan kami yang merupakan salah seorang(sebenornya dua orang) krew MCP kami, maka kami rasa terpanggil untuk memenuhi permintaannya, membuat rakaman MCP majlis tersebut.......

 ....buy one free one....

Agak banyak gak peralatan yang kami perlu bawa, maklumlah rakaman MCP, lainlah kalau rakaman SCP yang menggunakan hanya sebuah kamera jer....eh! yer ker...salah gak, dalam rakaman scp pun perlu peralatan video yang banyak, kalau tak percaya cubalah tengok 'production house' buat drama....

 ....ball room di nilai spring...

Kami akan membawa 3 buah kamera video beserta peralatan yang berkaitan dengan kerja-kerja MCP...namun tidaklah secanggih OB VAN yang dipunyai syarikat2 rakaman yang besar-besar, kami cuma kecil-kecilan jer....Apa-apapun kami berharap dapat menjalankan tugas dengan lancar tanpa sebarang masalah...

.......masa program berlangsung....

Kami bergerak ke NILAI SPRING jam 4.00 petang. Sdr. Kamarul, Siti Suraya dan Arenim naik kete UKM yang turut membawa peralatan kami. Aku ngan sdr. Ramli pegi ngan kete aku...Sebenarnya aku baru sekali ni jer tiba di NILAI SPRING walaupun ia tak jauh pun dari kediaman aku.
Sebaik tiba kami terus memasang peralatan di BALL ROOM. Selesai memasang peralatan kami pun pi makan di lokasi yang diberitau oleh pihak urus setia.
Jam 8.00malam lebih kami mula membuat rakaman. Agak malang...dua daripada 4 walkie talkie tidak boleh digunakan. Rasanya dah sampai masanya walkie talkie ni di tukar baru, nak bagi tau KETUA BAHAGIAN ni.....Oleh kerana tidak menggunakan walkie talkie maka terpaksalah otai-otai yang mengendalikan kamera sementara yang bukan otai (suraya & arenim) duduk mengawal alat rakaman dan switcher.
Peringkat awal mungkin ada masalah sikit, mungkin rakaman 'koyak' sebab 'recorder' berhenti tiba-tiba...
Wah! awal rakaman gak visual selalu kene block oleh orang yang lalu-lalang....entahlah apa jadi dengan bahan rakaman. LCD pulak tak berapa jelas namun visual kat monitor agak jelas dan terang.
Rakaman kami tamat hampir jam 11.30 malam. Selepas kemas terus balik UKM.
TERIMA KASIH BANYAK kepada semua krew yang terlibat iaitu KAMARUL BAHARIN SUPAAT, RAMLI ADNAN, SITI SURAYA dan ARENIM... terima kasih jugak pada ENCIK PEMANDU UKM yang tolong membawa krew dan peralatan kami......sakit betul pinggang kami kerana terpaksa kendalikan kamera selama lebih kurang 3 jam tanpa sebarang duduk pun...ekekeke...
...tu jer ler....terima kasih sebab sudi membaca tulisan ni....


DAUDmontakzakaria

Thursday, June 28, 2012

VIDEO daerah larut matang- KUALA SEPETANG.


.....akhirnya siap gak video ni...walaupun tak cantik mana punnn...
o.k lah setakat nak tonton suka2....

AKHIRNYA aku dapat jugak siapkan penerbitan video WARISAN DAERAH LARUT, MATANG & SELAMA. Nasib baik 'footage' video ni tak tersimpan 'SELAMA-lama' nya.
Sebenarnya 3 atau 4 hari jugak aku edit video ni hingga boleh
ditonton seperti ini. Sebenarnya 'footage' video ini
dirakam semasa bengkel VIDEO
DOKUMENTARI yang diadakan di KUALA SEPETANG PERAK 
antara tarikh 12 - 16 JUN lalu. 'Footage' ini dirakam dengan menggunakan 
kamera video PANASONIC. Maklumat untuk penulisan skrip aku kutip dari pelbagai
sumber seperti cerita pegawai perhutanan dan jugak daripada internet. Sebenarnya dalam menulis skrip
DOKUMENTARI kita mesti membuat penyelidikan sama ada dari sumber seperti buku,
suratkhabar, filem, majallah tv dan sebagainya lagi. Manusia jugak boleh dijadikan
sumber, malah apa saja yang boleh memberikan maklumat yang 'benar'
bukan maklumat yang 'kurang benar'. Perlu sumber yang
benar kerana video yang kita hasilkan
ialah video DOKUMENTARI
yang hanya memaparkan
kebenaran.
Dalam video ini aku ingin 
mengucapkan TERIMA KASIH BANYAK
kepada peserta BENGKEL DOKUMENTARI iaitu HUDA
kerana telah berkongsi maklumat berkaitan perusahaan membuat kayu
arang. Dengan maklumat tersebut aku dapat mengembangkan idea tersebut
sebagaimana yang terdapat dalam video di atas. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih jugak
kepada rakan2 lain yang membantu dalam menerbitkan video ini. Nama-nama mereka ada tercatat dalam
'last credits' video tersebut. TERIMA KASIH BANYAK2 sekali lagi untuk semua yang terlibat.

Selepas ini aku akan menyambung
 kembali penyuntingan video untuk JABATAN PEMBANGUNAN
dan PENYELENGGARAAN UKM iaitu video LOJI PENGHAWA DINGIN LINGKUNGAN - 
LINGKARAN 2 UKM. Dah agak lama dah video tersebut iaitu lebih daripada setahun termasuk proses rakaman
perkembangan pembinaan projek tersebut. Rombakan skrip telah jugak dilakukan atas permintaan
pelanggan kerana skrip yang lama lebih kepada teknikal serta sukar
untuk difahami oleh penonton awam yang terdiri
daripada masyarakat umum.
Tak tau bila nak mula kembali penyuntingannya sebab 
minggu ini dan minggu depan kami sibuk dengan rakaman video pelbagai
program dan yang paling lama ialah program UKM-GLOBAL STUDENTS MOBILITY
yang akan berlangsung dari 29 JUN - 18 JULAI 2012.  Dalam program ini kami akan membuat rakaman
aktiviti peserta yang terdiri daripada pelajar tempatan dan luar negara di serata
tempat iaitu merangkumi PULAU CAREY SELANGOR, TAMAN 
NEGARA, LANGKAWI, SABAH dan SARAWAK.
Kami terlibat dengan program ini setiap tahun sehingga khidmat kami tidak diperlukan lagi.
...itulah ceritanya...terima kasih kerana membaca...
....sekian...
DAUDmontakzakaria.

Monday, June 25, 2012

TNEC lagiiiii...

HARI ini 25 JUN 2012, kami membuat rakaman video atau shooting di LOJI PENDINGINAN LINGKUNGAN - LINGKARAN 2 UKM.






.....sdr. KAmarul BAharin dan siti SU sedang membuat rakaman...
 .....chiller atau mesin kokol....
BERGERAK jam 9.00 pagi dan tiba di sana terus membuat rakaman di luar bangunan loji.
Rakaman atau shooting yang dilakukan adalah mengikut skrip baru
yang telah dirombak daripada skrip lama.
Sebenarnya projek video ni telah berlanjutan lebih daripada setahun. Tugas kami ialah membuat rakaman perkembangan pembinaan projek terbabit.
Itu sebab kami mengambil masa yang lama untuk menyiapkan penerbitan
 video berkenaan. Projek tersebut sudah siap dan ia makan masa lebih
kurang setahun jugak untuk disiapkan. Sekarang ni loji tersebut 
telah pun beroperasi. Aku pun dah rasa macam naik jemu 
dah untuk membuat suntingan video ni,
asyik menatap visual yang
sama jer lebih
daripada 
setahun.......................

SEBENARNYA oleh kerana aku dah berulang kali datang ke sini seolah-olah aku dah hampir faham dengan operasi loji ini dalam memberi hawa dingin kepada bangunan-bangunan di sekitar. Kalau suh aku buat block diagram mungkin aku boleh buat kut....gamaknya..


....ini dipanggil pam kitaran....
....mesin kokol dan paip-paip yang mengandungi air....

SEBAIK tamat rakaman dan ucapkan terima kasih pada staf TNEC kat situ, maka
kami pun pi minum, ada jugak yang taknak makan, mungkin wang aku tak
 laku kut, matawang era HANG JEBAT kut....ekekeke...gamaknya,.....
KAMI cuma merakam visual-visual yang perlu sahaja. Sampai pejabat terus buat 'digitise'
semua 'footage' yang telah dirakam. Sebelah petang terus
membuat suntingan...La ni dah hampir
siap....harap esok hari
semuanya siap yang boleh diberi pada pelanggan untuk preview...andai kata
mereka belum puashati, maka sewajarnya di sunting kembali...
TERIMA KASIH sdr. KAMARUL BAHARIN dan SITI SURAYA yang
telah membantu dalam rakaman 'footage' loji berkenaan...

TERIMA kasih kerana sudi membaca....sekian...
DAUDmontakzakaria

Monday, June 18, 2012

SKrip viDEO KUala sepeTANG...


.......ini merupakan video nostalgia kuala sepetang jer...dokumentari
 kuala sepetang dgn skrip di bawah belum siap lagi...




SKRIP VIDEO KUALA SEPETANG;
Larut Matang dan Selama merupakan sebuah daerah di utara negeri Perak. Ia mempunyai keluasan 170 kilometer persegi. Daerah ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Taiping dan Majlis Daerah Selama.
Daerah Larut Matang dan Selama lebih dikenali kerana beberapa perkara diantaranya ialah tempat pertama dibina jalan keretapi pertama di Tanah Melayu dari Port Weld ke Taiping dalam tahun 1885, Kuala Sepetang, Taman Tasik Taiping, Hutan Paya Laut, Tapak Pra Sejarah Pulau Kalumpang dan sebagainya.


Bandar Taiping terletak di utara negeri Perak. Ia merupakan Bandar terawal di Negara ini yang telah dibina oleh Inggeris dalam tahun 1880-an. Taiping mempunyai penduduk lebih kurang 200 ribu orang. Bandar ini berkembang hasil daripada terjumpanya bijih timah dalam abad ke Sembilan belas. Ramai buruh dari China telah masuk untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah ketika itu.
Sekarang ini Taiping yang merupakan Bandar pentadbiran daerah Larut matang dikenali sebagai Bandar warisan. Sesuai dengan gelaran sebagai bandar warisan, bandar Taiping masih mengekalkan bangunan-bangunan lama yang dibina di zaman penjajah Inggeris. Bandar taiping juga pernah menjadi ibu negeri Perak sehingga tahun 1937 sebelum diambilalih oleh bandar Ipoh.


Kuala Sepetang yang dahulunya dikenali sebagai Port Weld, terletak di kuala sungai yang bertemu dengan Selat Melaka. Ia mempunyai jarak ............ Kilometer dari Bandar Taiping.
Di kawasan ini terdapat Hutan Paya Laut yang luas yang mewakili kira-kira 7% hutan paya laut di Negara ini. Keluasan hutan paya lautnya ialah lebih kurang 40 ribu hektar.
Sebahagian besar penduduk Kuala Sepetang ialah terdiri daripada kaum Cina dan aktiviti ekonomi penduduk setempat ialah sebagai nelayan dan peniaga.

Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Kuala Sepetang yang diuruskan oleh Jabatan Perhutanan bertanggung jawab mengawasi hutan paya di sini. Mereka mengawal segala aktiviti yang melibatkan hutan paya bakau. Dikatakan pengurusan hutan paya laut di sini merupakan yang terbaik di dunia.
Kebanyakan pokok-pokok hutan paya laut ini ialah terdiri daripada pokok-pokok bakau. Seperti yang diketahui hutan paya bakau amat penting dan istimewa kerana ia menjadi penampan kepada tsunami. Selain daripada itu ia juga menjadi habitat pelbagai spesisi haiwan dan burung. Dikatakan hutan ini menyimpan 114 spesis ikan, 20 spesis udang dan 48 spesis ketam dan 156 spesis burung. Bukan setakat itu, hutan paya ini penting sebagai tempat pembiakan hidupan akuatik dan bukan akuatik. Hutan Paya Laut ini telah digazetkan sebagai hutan simpan dalam tahun 1902.

Di sekitar perairan Hutan Paya laut Kuala Sepetang ini terdapat pelbagai aktiviti nelayan dijalankan. Di sini terdapat aktiviti memelihara ikan dalam sangkar. Dikatakan sepsis ikan yang dipelihara di sini antaranya ialah Ikan Kerapu. Hasil yang diperoleh akan di eksport ke luar Negara seperti Jepun.
Wujud juga kegiatan pemeliharaan kerang yang juga diusahakan oleh penduduk setempat. Tiap-tiap pancang yang terdapat di perairan ini merupakan tapak pemeliharaan kerang. Apabila telah cukup matang kerang-kerang ini akan dituai dengan menggunakan cara yang khusus. Di sini juga terdapat pengusaha chalet terapung yang mengenakan kadar sewa yang berpatutan. Tentu seronok jika dapat menginap di chalet terapung seperti ini.

Di sekitar kawasan Kuala Sepetang juga terdapat perusahaan membuat kayu arang. Perusahaan kayu arang ini telah wujud sejak tahun 1930-an lagi. Bekalan kayu yang diperoleh kilang arang kayu ini didapati daripada pokok-pokok bakau yang tumbuh di Hutan paya Laut. Terdapat beberapa dapur dalam setiap kilang membuat arang kayu ini. Dapur ini dibina daripada batu bata dan berbentuk separuh bulat. Bentuk separuh bulat ini bertujuan untuk memberikan suhu yang sekata dalam dapur berkenaan untuk mengeringkan kayu-kayu di dalamnya.


Kebiasaannya jenis Kayu Bakau Minyak dan Kayu bakau Kurap yang digunakan untuk menghasilkan arang kayu yang berkualiti.
Kayu-kayu yang hendak dibuat arang ini akan disusun secara menegak dalam dapur tersebut. Biasanya sebuah dapur boleh memeuatkan 1500 batang kayu.
Setelah selesai kayu disusun, pintu dapur akan di tutup dengan tanah liat dan pasir dengan meninggalkan sedikit ruang untuk tempat menyalakan api.
Proses memanaskan kayu dalam dapur mengambil masa selama sebulan. Sebenarnya kayu tersebut bukan dibakar tetapi dipanaskan. Suhu tinggi dalam dapur akan mengeringkan kayu-kayu dan seterusnya menjadikannya kayu arang. Dalam proses ini kayu dibakar dengan api yang kuat selama 10 hari. Ia kemudian dibakar dengan api yang sederhana. 10 hari yang terakhir api dipadamkan dan pintu dapur ditutup atau disimen sepenuhnya. Wap berbentuk asap akan keluar dari ruang yang terdapat di bahagian atas dapur berkenaan. Kayu akan menjadi arang setelah tiada lagi wap berbentuk asap keluar lagi dari dapur tersebut.
Setelah itu kayu arang dikeluarkan serta dibungkus dan dipasarkan. Hasil arang kayu ini juga dieksport ke luar Negara seperti jepun. Sebenarnya kayu arang bukan saja digunakan untuk bahan bakar malah untuk menjadi bahan ubatan dan bahan dalam pembuatan alat solek.

Berhampiran Kuala Sepetang juga terdapat bekas penggalian perkuburan masyarakat pra sejarah. Pulau Kalumpang telah diistiharkan sebagai kawasan bersejarah kerana terdapat artifak yang berusia lebih 1000 tahun telah dijumpai di sini. Diantara artifak yang dijumpai di tapak pra sejarah ini ialah tengkorak dan rangka manusia, periuk belanga, kubur, manic-manik dan sebagainya. Terdapat sejumlah besar kulit kerang terdapat di sini. Ahli arkeologi percaya kawasan ini pernah didiami oleh masyarakat Melayu Proto. Tapak arkeologi ini dikatakan amat penting kerana ia merupakan satu-satunya tapak arkeologi Hutan Paya Laut yang wujud di Asia Tenggara.

Tidak jauh dari Kuala Sepetang terdapat destinasi persinggahan burung antarabangsa ketika musim sejuk. Tempat berkenaan amat diminati oleh pelancong dan pengkaji dari dalam dan luar Negara. Kuala Gula menjadi tempat persinggahan pelbagai spesisi burung. Fenomena ini terjadi dari bulan Ogos hingga bulan April pada setiap tahun. Segala informasi Kuala Gula boleh didapati di Pusat Konservasi Kuala Gula.
Pusat Konservasi Hidupan Liar Kuala Gula ini telah ditubuhkan dalam tahun 1980. Ia terlibat dalam aktiviti-aktiviti konservasi burung. Pusat ini diuruskan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
Kuala Gula merupakan salah sebuah daripada 55 kawasan di Negara ini yang telah dikenalpasti sebagai kawasan penting burung-burung. Manakala di seluruh dunia terdapat lebih kurang 7,500 buat kawasan penting burung-burung.

Selain daripada itu di Kuala Sepetang juga terdapat Muzium Matang. Muzium ini pada asalnya merupakan kediaman Ngah Ibrahim, pembesar Perak. Ia telah dibina dalam tahun 1854. Muzium ini menyimpan pelbagai sejarah lampau. Koleksi bahan-bahan yang dipamerkan di sini adalah terdiri daripada bahan-bahan milik Long Jaafar, Ngah Ibrahim, zaman pemerintahan Inggeris, pemerintahan Jepun dan sebagainya. Ngah Ibrahim menjadikan kediamannya sebagai pusat pentadbiran daerah Larut. Ia kemudian digunakan oleh penjajah Inggeris setelah Ngah Ibrahim dibuang negeri. Kediaman ini juga pernah menyaksikan perbicaraan mereka yang terlibat dalam pembunuhan Residen Inggeris iaitu JWW Birch. Datuk Maharaja Lela bersama pengikutnya telah dibicarakan di sini. Di luar kediman ini terdapat pusara Ngah Ibrahim. Muzium Matang ini sentiasa dijaga dan ia sentiasa sedia untuk menerima kunjungan para pelawat.

Kunjungan ke Kuala Sepetang tidak akan lengkap jika tidak singgah di gerai-gerai ‘mee udang’ yang terdapat di sekitar sini. Dikatakan mee udang yang dijual di sini amat enak dan harganya amat berpatutan.

Sebenarnya di negeri Perak masih banyak lagi tempat-tempat yang istimewa untuk dikunjungi. Daerah Larut Matang dan Selama cuma sebahagian sahaja daripada daerah-daerah di Perak yang kaya dengan sejarah silam dan juga lokasi-lokasi menarik untuk dilawati.

*akan aku abadikan skrip ini dalam video yang bakal aku terbitkan...tunggu jer....

DAUDmontakzakaria

Friday, June 15, 2012

Tau tak, kat mana KUALA SEPETANG tu...?

KUALA SEPETANG TAIPING PERAK


....hasil terbitan kami sendiri...

....lagi hasil penerbitan video kumpulan .....













....antara hasil penerbitan yang telah kumpulan peserta
 hasilkan di kuala sepetang...


.....mungkinkah bengkel terakhir.....?

DARI 11 - 12 jun 2012, kami mengendalikan BENGKEL VIDEO DOKUMENTARI 
anjuran UNIT LATIHAN PEJABAT PENDAFTAR UKM di KUALA 
SEPETANG di PERAK.


....dewan tempat kami menginap semasa di KUALA SEPETANG..

 Kami berada selama lebih kurang
 4 hari di sana. Sebenarnya inilah kali pertama aku
 sampai kat sini walaupun dah lama aku
 dengar perkataan Kuala
 Sepetang tu...

 ....ceramah...

Ceramah berkaitan penerbitan video telah diadakan di BILIK SEMINAR PENERBIT 
UKM. Macam biasalah, aku, En. Hazrul, shahrul, kamarul dan hanamichi
 telah menyampaikan ceramah video tu...
Aku agak kesal jugak bila apa yang aku hasilkan  masa lalu sering menjadi 
contoh yang dicanangkan setiap kali bengkel diadakan.....
apa boleh buat lahhhh...(pinjam kata2 kamarul..)

 ...chalet tempat kami tinggal...

Selesai ceramah kami bergerak ke KUALA SEPETANG. Aku menumpang haji Mail sementara yang lain naik bas UKM. Perjalanan ke sana mangambil masa
 selama lebih kurang 6 jam.
Hampir jam 12.00 tengah malam kami tiba di lokasi penginapan kami
 di KUALA SEPETANG.

 ...ceramah dari renjer perhutanan..

Kami menginap di Chalet kepunyaan Pejabat Perhutanan, Hutan Paya Kecil Kuala 
Sepetang yang bertanggung jawab mengendalikan hutan di Kuala Sepetang.
Chalet nya agak selesa tetapi agak malang chalet tersebut 
didiami oleh semut semut yang menyebabkan ada
 yang terpaksa meninggalkan chalet yang didiami
 untuk bermalam di chalet rakan2 yang lain...
Dua atau tiga tin spray digunakan 
untuk membunuh semut2
 tersebut.
Tapi nasib baik chalet yang aku diami bersama sdr. Haji Mail dan En. Hazrul agak
 kurang bersemut walaupun ada gak semut yang menganggu aku...
....sampai waktu tidur malam pun semut-semut tu
cuba menodai aku....ekekekek...

 ....bandar taiping...

Banyak jugak lokasi yang kami lawati untuk mendapatkan bahan untuk rakaman
 bagi menghasilkan penerbitan video setiap kumpulan di sana. 
3 kumpulan peserta kami ujudkan dan kami syaratkan
 mereka menghasilkan sebuah penerbitan 
video dalam amali di 
Kuala Sepetang tu...

 ...taiping...

Antara lokasi kami untuk mendapatkan 'footage' ialah Kilang membuat arang kayu Bakau, Tapak penggalian Pra Sejarah di Pulau Kalumpang, Kuala Gula Kuala Sepetang, Hutan Bakau, Bandar Taiping dan juga Taman Tasik Taiping.

 ...taiping...

Di kilang arang, setiap kumpulan membuat rakaman masing-masing. Skrip juga 
mereka tulis sendiri. Rakaman bergantung kepada skrip. Rupanya arang
 kayu bukan saja boleh dibuat alat menyalakan api tetapi digunakan
 dalam pembuatan alat solek....ermmmm...tak sangka aku. 
Kalau anda nak muka cantek cubalah sapukan arang
 kayu bakau kat muka tu....ekekeke....

 taman tasik...

Lama jugak kami berada di kilang arang tu...baju pun dah berbau arang kayu. 
Tapi aku rasa seronok berada di sana melihat dan mendapatkan maklumat
 berkaitan kilang arang tu...nanti aku akan hasilkan video sendiri 
berkaitan kilang ni...tunggu video dari aku nanti....

 ...taman tasik lagi...

Kami jugak pergi ke Pulau Kalumpang, tapak penggalian rangka manusia pra
 sejarah tu. Kami ke sana dengan bot yang makan masa hampir sejam.
 Tiba di sana kami terus naik ke darat. Apa yang tinggal cuma
 lobang penggalian rangka manusia pra sejarah tu jer....
serta kulit2 kerang pra sejarah yang banyak dan bersepah...
Dikatakan rangka yang digali dipamerkan di muzium 
 di Kuala Sepetang tu... Pensyarah UKM Prof. Nik Hasan Suhaimi merupakan salah 
seorang ahli akeologi yang 'involve' dalam kerja kajian pra sejarah di sini...
Sebenarnya aku agak minat dengan akeologi ni sebab masa tahun 
satu aku balajar basic sejarah akeologi selama satu semester. 
Major aku ialah Komunikasi...Sejarah merupakan 
subjek minor aku...

 ....taman tasik lagi...

Peserta yang kami kendalikan lebih kurang 22 orang...kalau di kertas seramai
 30 orang. Mereka merupakan staf muda  dan juga staf veteran ukm. 
Bagi kami, sememangnya kami tidak ambil mudah dalam
 mengendalikan bengkel ini. Bagi kami kami sentiasa 
memberi komitmen yang sungguh2 untuk 
memberi mereka pengetahuan
 dalam penerbitan video ini. Pada aku.....aku akan berasa puas jika ilmu yang
 dikongsikan itu membuatkan mereka mampu menghasilkan video 
mereka sendiri...kalau boleh lebih baik daripada
 yang pernah aku terbitkan....

 ....posing...

Aku bahagikan peserta kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan aku beri 2 orang
 fasilitator untuk membantu mereka dalam penerbitan masing2. Aku dan
 sdr. Shahrul mengendalikan kumpulan satu...hanamichi dan
 haji izad mengendalikan kumpulan dua dan
 'bunga' kami iaitu siti suraya dan sdr. kamarul mengendalikan kumpulan 3. 
Fasilitator yang lain akan 'involve' dalam semua tugas2 berkaitan
 peserta dan hal-hal lain...Fasilitator akan bertugas membantu
 kumpulan masing hingga selesai
 hasilkan penerbitan.

 dalam perjalanan ke tapak pra sejarah...

Kami juga membuat rakaman footage di taiping dan taman tasik taiping. Lama
 juga kami berada di sana merakamkan apa yang di perlukan. 
Masing-masing enjoy menjalankan tugas 
masing-masing.
Rasa jugak seronok bila kita bekerja dalam bidang yang kta minati...
aku jugak seronok kerana dapat bersua kembalidengan rimba
 hijau dan laut berombak 'manja'...
Semasa membuat rakaman untuk footage video dokumentari tu, kami sempat
singgah untuk menikmati MEE UDANG BANJIR yang dikatakan
terkenal di Kuala Sepetang. Memang banyak pun setiap
mangkuk yang di pesan bak kata aku 'singkap udang ada udang...
singkap udang ada udang...singkap udang masih ada
jugak udang....'. Tapi aku kisah pun tidak...sebab...
aku tak makan pun udang. Jadi aku cuma
pesan mee goreng biasa jer....ekekek..
Harga semangkuk mee udang tu aku tak pasti tapi....mungkin 
RM10.00 semangkuk kut...

 ....masa presentation...

Setelah semua footage dan skrip ditulis maka proses penyuntingan pula dibuat. 
Proses penyuntingan memakan masa yang lama. Hari ketiga dan 
keempat kami membuat penyuntingan dengan dihadiri oleh 
semua peserta. Kumpulan aku disiapkan oleh sdr. 
Shahrul Fadli sementara 
aku membantu 'bunga' kami menyelesaikan penyuntingan kumpulan 3. Ini bukan
 bermakna aku 'gila kuasa' tetapi aku ingin melihat kerja penyuntingan tu
 cepat disiapkan sebelum di 'present'...
Sebenarnya aku tak puas hati jugak dengan hasil tugas aku tu sebab bagi aku...
aku suka jika tugas aku disiapkan dengan kemas dan cantik. Dalam hal
 penyuntingan atau penerbitan video aku 'tersangat cerewat'....
ada ketika dua atau tiga kali buat proses penyuntingan,
 aku masih tidak puas hati dengan hasilnya...
Jadi dalam menyelesaikan penyuntingan kumpulan 3 aku tak puas hati sebab
 bahan rakaman tidak mencukupi seperti yang dikehendaki oleh skrip
 yang telah mereka tulis. Aku juga rasa masa agak tidak
 mencukupi untuk mensasarkan kepada penerbitan
 yang cantek walaupun itu merupakan hasil peserta yang hanya berkesempatan 
mengikuti bengkel berkenaan selama 5 hari dengan teori selama
 1 hari...ermmm....apa daaa yang aku tulis ni.....macam tonggang tebalik jer ayatnyer....
Kami membuat penyuntingan hingga jam 3.00 pagi dan
 mungkin ada yang 'stay' hingga jam 4.00 pagi.
Sebenarnya dalam penerbitan dokumentari ini kami benarkan peserta menyunting 
sendiri jika mereka mempunyai kemahiran untuk membuatnya. Namun
 kebanyakannya kami yang tolong editkan untuk menjimatkan masa...

....posing lagi...

Tiba ketika untuk 'presentation' semua peserta hadir termasuk timbalan pengarah 
perhutanan yang dijemput oleh haji Mail untuk turut serta dalam priview video 
hasil yang dibuat oleh peserta. Ketiga-tiga video dokumentari tersebut
 ditayangkan dan diberi komen2.
Bagi aku ketiga-tiga penerbitan tersebut sudah cukup berjaya kerana
 dalam masa 5 hari mereka berjaya menghasilkan video
 sedemikian rupa. Aku dulu semasa balajaq perlukan
 satu semeter untuk subjek penerbitan dokumentari ini.....

.....usaha terakhir....

Bila tiba hari untuk bergerak pulang, masing2 bergerak menuju bas, seperti
 biasa aku datang menumpang aji mail, balik pun begitulah....Selesai sarapan, 
kami mula bergerak dan singgah di MUZIUM NGAH IBRAHIM.
Di situ kami berada selama lebih kurang satu jam. Macam2 yang aku 
rakamkan dan macam-macam aksi mereka yang berkunjung 
ke situ. Malangnya aku tak sempat nak jadi 'paparazzi' 
kerana sibuk buat rakaman video dan sebab
 aku bercadang nak hasilkan video berkaitan 
MUZIUM NGAH IBRAHIM ini...
Kali ini aku kurang merakam foto sebab mungkin ada yang
tak suka kamera handphone aku yang tak 'pro' tu....ekekekekeke..
Apa-apa pun aku puas hati perjalanan bengkel tersebut walaupun sedikit
 terkilan dengan hasil yang aku 'bantu' tu...maklumlah aku amat
 'cerewet' dalam penerbitan video ni....Harap kita 
berjumpa lagi di bengkel 
penerbitan dokumentari tahun hadapan....
.....sebenarnya banyak lagi nak cite tapi...letihhhh....lerrrr..

...sekian dan terima kasih kerana membaca....


DAUDmontakzakaria...