Malam tadi, Isnin, 23 April 2018, aku ditugaskan untuk membuat rakaman
PENUTUP ICAF 2018 di Auditorium Pusat Siswazah
UKM.
Aku gerak ke UKM selepas selesai solat Maghrib.
Tiba di Auditorium, aku terus masuk ke dalam...tinjau dulu ruang aku
nak pacakkan tripod kamera. Terjumpa beberapa orang staf Pusat Kebudayaan UKM.
aku dengan sdr. ikhwan, sebelum program mula....
Rasanya kalau tak silap program ini anjuran pusat citra dan pusat kebudayaan ukm.
Kemudian tinjau punya tinjau terjumpa dengan sdr. Herman staf pusat
kebudayaan. Dia suh aku nbuat rakaman dari bahagian
tengah. Awalnya aku nak pacakkan
tripod kat tangga je...
Bila dia kata aku boleh
duk di tengah tengah, maka aku pun letakkanlah
tripod kat situ. Dan terus letakkan kamera sama kat situ.....
Sebenarnya, kebiasaannya penutup ICAF ni saban tahun dibuat di Dewan Canselor,
oleh sebab dewan canselor masih dalam kerja kerja penyelenggaraan
maka program tu dibuat di dewan siswazah ni la......
Kalau dibuat di dectar biasanya kami rakam
dengan kerja rakaman MCP atau bahasa melayunya penerbitan kamera
berbilang iaitu rakaman dengan menggunakan banyak kamera...biasanya kami guna tiga kamera di dectar tu. Nilah video penutup icaf yang lalu yang dirakam
di dectar ukm...
Oleh kerana ia dibuat di sini, yakni di pusat siswazah ni, maka aku guna sebuah kamera je. Aku la yang rakam. Masa rakaman di dectar aku cuma bagi arahan untuk
3 kamera dari dalam konti. Bilik tersebut
memang terpisah daripada
dalam dewan.
Masa di dectar
aku tak tau pun apa yang berlaku dalam dewan
...tapi di sini aku duduk dikalangan penonton. Apa yang penonton buat semua
aku nampak dan mereka pun nampak aku kat tengah tengah dewan tu.... Penutup ICAF ni
di penuhi dengan pertandingan lagu2 solo. Persembahan seni yang lain semuanya
telah berlalu. Program penutup ni merupakan program
penyampaian hadiah untuk semua
pertandingan seni yang telah diadakan dalam beberpa hari yang lalu.
Bila aku duk dikalangan penonton yang terdiri daripada pelajar
ni..tentu la bising, terutama ketika permulaan penyanyi untuk mula menyanyi dan
ketika nyanyian tamat...penuh dengan pekikan pelajar....hahaha...terasa tua aku duk kat situ bila dengar pekikan dan teriakan mereka tu...huhu..
Aku buat rakaman tersebut dari mula hingga tamat....sementara sdr. IKHWAN
buat keje rakaman foto....kami berdua la dari Pusat
Komunikasi Korporat yang keje
malam tu.......
Program tersebut tamat lebih kurang jam 11.30 malam....tiba rumah
da hampir jam 12.00 tengah malam....Nanti esok aku edit video tu dan upload ke utube...korang tonton je la video tu....eaaaa....
Hari ni, Isnin, 9 April 2018, aku masuk Hutan UKM bersama staf Pusat Komunikasi
Korporat UKM yang lain. Ini merupakan satu program hidup sehat. Sebenarnya
aku terlepas pandang program ni...jadi aku datang opis
seperti biasa dengan pakaian opis la.
Sedang aku tulis skrip Pos Gob
sdr. KAMARUL datang bilik tanya sama ada
aku masuk hutan atau tak hari ni....laaa...aku kata aku tak tau.
Jadi aku pun mulanya taknak la pegi sebab baju yang sesuai takde. Namun aku tengok
dalam beg aku ada selai baju T yang pernah aku letakkan dalam beg aku untuk
program stayback yang lalu. Jadi aku pun terus pakai dan
aku jugak pi amik kamera video untuk buat
rakaman program tu walaupun aku tak perlu pun untuk buat rakaman berkenaan.
Akhirnya aku pi naik kete dengan sdr. RAMLI. Tiba di pintu masuk Hutan Simpan di jalan menuju fakulti undang undang tu, maka kami pun berhenti. Da ramai yang menunggu di sana. Keluar kete dan duk sama sama dia orang untuk menunggu staf yang akan menjadi jurutunjuk kami masa dalam hutan nanti. Tak lama kemudian staf berkenaan tiba dan dia beri sedikit taklimat sebelum masuk hutan. Sebelum tu sesi 'strething' diketuai oleh syafa dibuat supaya mana2 yang ketat tu akan jadi longgar sebelum masuk hutan. ....ekekeke..
Bila semua da sedia kami pun mula masuk utan tu. Mula mula dah mendaki, agak tinggi gak rasanya. Pendakian ini pun macam panjang je...rasa tak sampai sampai pulak. Masa pendakian aku buat rakaman semua yang aku nampak termasuk semasa jurutunjuk menjelaskan jenis tumbuhan kepada peserta. Jurutunjuk berkenaan aku kenal...En. Ruzi dari FST UKM.
Akhirnya kami tiba di Puncak Bukit Rupa. Di sini ada yang berselfie reramai. Akhirnya aku buat rakaman dia orang menjerit kami da tawan Bukit Rupa....huhuhu...Kemudian kami meneruskan perjalanan. En. Ruzi masih meneruskan tugasnya menjelaskan jenis tumbuhan yang dijumpai termasuk pokok Tongkat Ali yang penuh khasiat tu... .......huhuhu...
En. Ruzi juga menjelaskan berkaitan getah dan pokok Jelutung. Aku rakam semasa saudara KAMARUL merasai getah jelutung tu....dia kata lemak dan kelat rasanya. Kami meneruskan perjalanan dan banyak jugak pokok pokok balak yang masih wujud dalam hutan berkenaan. Banyak jugak pokok pokok renik yang diberitau termasuk lobak nabi dan sebagainya.
Kami meneruskan perjalanan sama ada mendaki pendakian yang menegak serta menuruni lembah yang curam....termengah mengah jugak aku rasa...nampaknya aku memang suda tua...dan...keputusan untuk pencen awal yang aku buat tu jelas tidak tersilap...ekekeke...
Kami juga melintasi anak air.... nampak macam jernih je....tak tau ada ikan atau tak sebab semak dan payah nak rakam kalau ada anak ikan atau tidak.....dan...kami teruskan perjalanan hingga ke hujung di mana di seberang hutan tu merupakan kawasan Southville City iaitu kompleks perumahan berhampiran jalanraya ke Bangi. Akhirnya berhampiran pohon sebatang pokok balak aku rakam mereka bersorak beramai ramai....
selesai daaaa...
Kami akhirnya balik ke Bukit Rupa melalui jalan yang kami lalui tadi. Hampir jam 12.00 tengah hari kami keluar daripada Hutan Simpan UKM berkenaan. Sebenarnya kali terakhir aku masuk ke Hutan Simpan ini pada tahun 2011 kalau tak silap. Anda semua boleh tonton videonya di SINI