Saturday, May 9, 2015

mcp minggu ni...4 - 10 mei 15


kolej ibu zain....


Bicara Kos Sara Hidup yang dirasmikan oleh Perdana Menteri di Dewan
Canselor Tun Abdul Razak UKM, 9 Mei 2015 Sabtu.
Dari pagi sampai petang kami membuat rakaman
MCP Bicara Kos Sara Hidup di dectar ukm.
Perkara yang penting dalam program ini ialah majlis
perasmian yang telah dilaksanakan oleh perdana menteri DS Najib.
Aku tidak bercadang untuk mengulas ucapan dia kerana aku sibuk dengan kerja
pengarahan yang tidak mungkin dapat tumpukan perhatian kepada
apa yang telah diucapkan oleh beliau. apa-apa pon
aku akan upload ucapan PM ke Youtube
nanti....jadi cubalah cari masa dan tonton serta hayatilah apa
yang diperkatakannya........................















Apa-apa pon aku nak ucapkan terima kasih kepada semua krew
yang setia terlibat dalam tugas ini hingga selesai....Bukan mudah untuk buat keje...
apatah lagi keje hari ni dibuat dalam waktu cuti. Bukan
semua krew dapat hadir dalam waktu cuti....malah ada yang balik
kampung tanpa sebarang pesan pon....dan ada jugak yg
tak muncul pada sesi petang..........ooopst!

............................................................................................................................

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Ibrahim Yaakon UKM di 
Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM, 7 Mei 2015,
Khamis..

Minggu ni minggu sibuk dengan mcp anugerah kecemerlangan
pelajar di dectar ukm. Salah satunya yang dianjurkan oleh Kolej ibrahim Yaakob.
Kami keje macam biasa, pasang alat waktu petang kemudian tunggu
hingga program bermula. Itu rutin tugas kami di dectar, namun
ada yang seakan-akan tidak menghargai tugas kami...walaupon tugas tersebut
mungkin mampu memperlihatkan  reputasinya sentiasa bersih.........




foto oleh KHUSAIRI






foto oleh KHUSAIRI...
Program malam ni krew semua buat kerja dengan baik walaupon krew
tidak dipelawa makan seperti program malam sebelumnya. Bukan kami nak sangat pon
tapi sekurang-kurangnya itu mungkin menjadikan krew lebih semangat nak
kerja dengan sungguh2...gamaknya......Kalau tak dipelawa pon, ramai dikalangan krew
dah sedia penuhkan perut sebelum mula bertugas.......Apa-apa pon, terima
kasih kepada semua krew yang menjalankan kerja dengan baik walau
pon hidung masing-masing disiksa dengan bau makanan....

.........................................................................................................................................

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Ibu Zain, 6 Mei 2015
Rabu, di dewan Canselor Tun Abdul Razak Dectar...

Ini merupakan tugas pertama mcp kami yang melibatkan program anugerah 
kecemerlangan pelajar di dectar ukm. Krew agak cukup malam tu. Namun ada tugas
yang tidak dapat berfungsi kerana krew tiada. Apa-apa pon itu merupakan
tugas yang boleh diatasi masa proses pos produksi nanti.......

Krew diberi jamuan makan oleh pihak kolej sebelum bertugas....jadi dapat
jugak mereka mengalas perut sedikit. Aku sememangnya jarang makan masa mcp
di dectar...itu perkara biasa. Yang penting krew dapat mengalas perut
mereka. Aku suka dengan layanan kolej sebegini...bukan
bermakna krew berharap sangat dengan makanan
tu....tak kisah pon...tapi kalau ada lagi baik...alhamdulillah.....kalau tak dapat
makan pon ada jugak krew yang akan makan kat luar bila
tugas da tamat...............................................................................

















Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua krew yang bertugas pada malam tersebut
dan terima kasih pada kolej yang mempelawa krew menjamu selera....
dan yang paling tersentuh bila TNC Prof Imran tanya krew 'sudah makan...?' semasa
perarakan masuk tnc-tnc masa permulaan program......... Rasa tersentuh kerana
dia perihatin dengan krew yang bertugas dan jugak kerana
aku tak menyangka dia mengamalkan BUDAYA MELAYU yang sentiasa manis
di mulut, manis di hati...........

....sekian dan terima kasih kerana membaca.....

Sekian.....

DAUD.montak.zakaria

Tuesday, May 5, 2015

orkestra tradisional 2015

SEMALAM, Isnin, cuti Wesak...opst! betul ker....aku lupa daaa.....tapi memang cuti 
umum lerrr......Walaupon cuti umum kami bekerja jugak. Tugas kami dalam
hari cuti ni ialah rakaman MCP Persembahan
Orkestra Tradisional Artisukma 2015.
Biasalah cuti umum kan...ada kalanya mood
cuti tu masih berakar di hati jadi macam 'culas' jugas untuk
buat keje tapi....apa-apa pon da jadi tanggung jawab kena buat jugak......dari dulu
lagi kami memang pekerja yang baik....kan...kan...opst! poyo
jer kan.....
Sebenarnya konsert ni merupakan konsert orkestra tradisional yang dianjurkan
oleh persatuan pelajar tionghua ukm......................

Malam ni krew kamera agak cukup jugak....cuma dalam
konti....sangat2 kurang....apa boleh buat....
cuti panjang tentu rami yang
balik kampung...
Walau bagaimana pon tugas berkenaan
telah dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang masalah pon.......tq semua iaitu...
sdr. SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI, JASRIL, HATA, YUNUS, ISMA, dan
En. Hazrul jugak datang memantau tugas yang kami jalankan...
terima kasih semua..............














Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria

Friday, May 1, 2015

..catatan gua musang...april 2015




...VIDEO2 lain ada di sini...


DUA kali pi Gua Musang Kelantan tahun ni...pertama AWAL JANUARI dan KEDUA
18 & 19 APRIL 2015. Kedua-duanya kerana mengikuti misi bantuan banjir 
UKM. Kali pertama kami merakam sukarelawan membersihkan
sekolah daripada lumpur selepas banjir iaitu SEK. KEB.
LIMAU KASTURI GUA MUSANG.
Kali pertama aku pi dengan sdr.
Kamarul dan sdr. Ikhwan dan kali ini aku pi
dengan sdr. Kamarul dan foto pula sdr. Raai...kami dari Pusat 
Komunikasi Korporat UKM. Kali ini kami pegi di dua sekolah iaitu SEKOLAH
KEBANGSAAN LIMAU KASTURI dan SEKOLAH KEBANGSAAN
KUALA SUNGAI GUA MUSANG KELANTAN.
Bila tengok muka2 budak sekolah tu, rasa
hiba dan sebab pulak. Terfikir dalam kepala
kecik2 lagi dia orang telah diuji PENCIPTA dengan musibah
yang rasanya aku sendiri pon mungkin akan terpukul...bertambah sebak dan hiba bila
mereka menyanyi lagu yang sedih yang membuatkan jiwa rasa sebak
sesangat...hanya mereka yang hadir di lokasi kejadian jer yang 
faham apa yang aku cuba ceritakan. Dalam kepala
aku sentiasa jer berfikir mungkin apa yang dia orang pakai
mungkin itu jer yang dia orang ada...tidak seperti anak2 kita yang serba
cukup untuk pi sekolah dan juga untuk pi mana-mana....
Kesian tengok muka mereka dengan raut
yang pelbagai yang menyimpan seribu kesedihan mungkin......
Dalam hati senyap-senyap mendoakan semoga mereka diberikan kegembiraan
oleh Pencipta...moga mereka diberi keberkatan dunia hingga
ke syurga....Sukar nak digambarkan dengan kata-kata...
Moga mereka diberikan segala KENERKATAN oleh ALLAH SWT.....

bergambar dalam bilik sumber bersama sukarelawan..
bergambar bersama sukarelawan termasuk sukarelawan pelajar
antarabangsa ukm dari IRAQ..
hampir senja setelah tugas disiapkan oleh sukarelawan...AKU, sdr. RAAI
& sdr. KAMARUL....
majlis menanam pokok oleh VVIP sekitar BILIK SUMBER
SEK. KEB. LIMAU KASTURI GUA MUSANG KELANTAN....


Sekian.....dan terima kasih kerana membaca......

@SEMUA FOTO-FOTO diambil dari FB sdr. KAMARUL dan HUSSAIN....dan juga foto
yang dirakam oleh sdr. RAAI...

sekian......

DAUD.montak.zakaria

Saturday, April 25, 2015

Konsert orkestra asean...

MALAM ni, Sabtu, 25 April 2015, kami membuat rakaman mcp 'Orkestra
Universiti Asean' di dectar. Krew yang terlibat setakat cukup2 jer...
Pemasangan alatan kami lakukan awal seperti
yang biasa kami lakukan sebelum
ini......
Silalah tengok foto-foto di bawah tu...
aku macam malas jer nak tulis berjela-jela......tengok jer....................













Kerja-kerja rakaman mcp terbabit tamat lebih kurang jam 11 malam...
Aku akan upload ke utube bila video ni siap aku edit nanti....

Terima kasih kepada semua krew yang membantu dalam rakaman berkenaan.

terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria