Tuesday, February 17, 2015

...jom masuk ukm...

DALAM seminggu dua ni kami shooting untuk penerbitan video JOM MASUK UKM.
Harap penerbitan ini dapat disiapkan dengan cepat kerana ia akan
digunakan untuk lawatan pada pertengahan bulan Mac nanti..
Harap tidak timbul masalah...............
Semalam kami membuat rakaman di Makmal IMEN,
TAMAN PAKU PAKIS dan jugak BANGUNAN FST.........................

HARI ini, Selasa kami membuat beberapa rakaman
lagi iaitu bangunan DECTAR, MASJID, STADIUM UKM, TAMAN HERBA
dan sebagainya....esok ada lagi shooting di lokasi2 tertentu.....harap tiada
sebarang masalah...Insya ALLAH.............................

IMEN
IMEN
IMEN
IMEN
taman herba
taman herba
taman herba
taman herba
taman herba
taman herba
tapak semaian..
.....sekian dan terima kasih kerana membaca...

DAUD.montak.zakaria

Thursday, February 12, 2015

K-Novasi...hari ke-2







HARI ini, Khamis, 12 Feb. merupakan hari kedua kami membuat rakaman 
MCP 'K - NOVASI
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN UKM di DECTAR. Hari ini hari terakhir.
Aku rasa macam malas jer nak tulis panjang-panjang...tengok
jer ler foto2 tu.....................................
Program ni memang berguna untuk pensyarah dan guru-guru..
nanti cubalah tonton bila aku da siap edit dan
upload nya ke youTube nanti....k...




....persiapan teknikal....
...................




...persiapan perut.....
.....................






.....barulah siapkan tugas....
..........................

Terima kasih kepada semua krew mcp yang terlibat iaitu sdr. SHAH, KAMARUL, JASRIL, HJ IZAD, YUNUS & RAMLI.....................

...terima kasih kerana membaca...

DAUD.montak.zakaria

Wednesday, February 11, 2015

K - NOVASI di DECTAR, UKM...

HARI ini, Rabu dan esok, Khamis, kami membuat rakaman Multiple Camera Production
atau MCP 'K - Novasi di Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Awal pagi
lagi peralatan telah di pasang dan di uji supaya tidak ada
yang bermasalah............
Setelah siap dipasang,  kami tunggu jer
program yang dijangka akan dijalankan pada jam 9.00 pagi...................
Tapi sebelum tu semua krew yang terlibat pergi untuk sarapan dalam dewan yang sama..
Harap foto2 ni mampu bercerita seperti mana yang aku ingin ceritakan...
jadi lihat2 lah foto2 tuuu.....
...aku akan upload kan video ni ke YouTube bila da selesai di edit nanti....
lobby
pintu utama
camera 2
camera 3
bilik kawalan...
sdr. yunus misdi
sdr. kamarul & shahrul


ucaptama
ybhg. prof. datuk dr. noor azlan ghazali
naib canselor ukm.
Kerja-kerja rakaman MCP hari ni tamat pada jam lebih kurang 4.00 petang.
Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua krew yang terlibat
iaitu sdr. SHAHRUL, KAMARUL, JASRIL, RAMLI,
YUNUS & HJ IZAD..............
....esok ada lagi.........
Esok juga aku dan kami tidak dapat hadir untuk COPIA, miungkin
en. hazrul & sdr. kamarul sebagai wakil.....

terima kasih sebab membaca gambar2 tersebut....

DAUD.montak.zakaria

Tuesday, February 10, 2015

...tiada pilihan atau ada...kalau ada pilih nak duk kat mana..


photo by google images...tq.
Manusia dibahagikan kepada beberapa katogori dari sudut bercakap, berkata-kata
dan berbicara dan apa-apa yang seangkatan dengannya......

Ada manusia yang pandai berkata-kata dan pandai
buat kerja. Manusia ini jenis manusia
yang terbaik. Dia pandai berkata dalam bidang tugasnya. 
Dia bijak bercakap berkaitan tugas yang dilakukan. Bukan hanya berkata
tapi dia melaksanakan apa yang dilakukan dengan baik
dan sempurna. Maksudnya apa yang dikata
sama seperti apa yang dilakukannya.
Ia tidak menambah ke dalam kata-katanya perkara yang
tidak benar sama sekali....................Bukan mudah
nak menjadi orang yang seperti ini,
orang yang cakap serupa
apa yang dibikin...

Ada jugak manusia yang pandai berkata-kata tapi apa
yang di kata-katakan tidak pandai pon diterjemahkan kepada tugas atau
kerja seperti apa yang dikatakan. Manusia sebegini hanya tahu
berkata-kata tetapi bila tiba masa turun ke lapangan
untuk menjalankan tugas...lebih banyak
jadi mandor, hanya memantau
apa yang orang lain buat. Bila timbul sebarang
masalah maka langsung tidak mampu untuk mengatasinya.........Kata-
katanya memang mudah mempengaruh orang lain. Orang
lain akan mudah beranggapan dia memang bijak
berkata-kata dan bijak jugak melaksanakan
tugas. Manusia katogori ini nak kata
kan ramai mungkin tidak..
nak katakan tidak ramai..mungkin tidak jugak.......Katogori ini
merupakan katogori manusia yang tak baik kot....

Manusia katogori ketiga pula merupakan katogori manusia
yang tidak pandai berkata-kata tapi dia mampu membuat kerja yang diharapkan.
Bila tiba bab berkata-kata, dia awal2 lagi da fail...kadangkala tak tau apa
yang cuba dikatakannya. Ia suka kurang berkata-kata dan lebih suka
buat kerja. Matlamat dia nak siapkan kerja dengan cepat.
Jika berkata-kata banyak tentu kerja tidak akan
siap dengan sempurna...tentu kerja 
akan sangkut. Orang macam ini bila disuruh berkata-kata
tentu menjadi kelam kabut dan kalau boleh mahu sampaikan kata dengan
ringkas dan cepat. Manusia jenis ini sukar nak menyusun kata
kata mengikut tertib atau urutan. Kadang2 fakta
yang nak disampaikan tonggang
tebalik...................Rasanya manusia jenis ini
agak baik kerana mampu sempurnakan tugas yang diberi.........
walaupon fail berkata-kata...........

Katogori manusia yang keempat ialah manusia
yang tak pandai berkata-kata dan tak pandai jugak buat kerja. Apa yang disuruh
diterima dengan tanpa kata-kata. Bila ditanya kerja da siap atau belum..
tentu jawabnya belum sebab tak pandai buat kerja........
Jadi ini katogori manusia yang rasanya tak berguna jika
kita nak amik dia bekerja atau kekalkan
dia dalam jawatannya....

Jadi tepuk dada tanya iman...mana yang nak.......

....sekian dan terima kasih kerana membaca....

DAUD.montak.zakaria

Wednesday, February 4, 2015

...tugas rakaman SCP minggu ni...

Minggu ni unit kami diminta untuk membuat rakaman program yang tertera
di bawah. Rakaman berkenaan akan dijalankan oleh dua orang
krew untuk setiap tugas. Perlu tugas rakaman dijalankan
oleh dua orang krew kerana rakaman biasanya
melibatkan penggunaan kamera dan
tripod. Dalam rakaman atau
liputan yang panjang
pagi hingga tengah hari atau pagi sampai petang
perlu dua orang krew kerana perlu bergilir-gilir untuk berhat atau 
untuk tunaikan solat..................Ini merupakan liputan
video penuh yang perlu dibuat.
BENGKEL DEVELOPING EVIDENCE pada 5 Feb. 2015
akan dirakam oleh sdr. KAMARUL dan RAMLI ADNAN, sementara tugas
rakaman MoU antara UKM dan Universiti Nottingham akan dilaksanakan oleh
sdr. SHAHRUL dan JASRIL AMRY.............
Tugas pada 6 Februari pula akan di buat oleh Haji Ruhaizad dan sdr KAMARUL.
Tugas ini merupakan sambungan program BENGKEL DEVELOPING 
EVIDENDENCE anjuran HEJIM....................
Mungkin video ini perlu disunting
serta di upload kan ke YouTube untuk tontonan mereka yang
ingin menonton kembali atau untuk mereka yang
tidak hadir tetapi ingin mengetahui
berkaitan event berkenaan.................................................................................



....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria

Saturday, January 31, 2015

..konsert diraja 2015...



SEMALAM, Jumaat, jam 8.00 malam kami membuat rakaman MCP 'KONSERT 
DIRAJA UKM 2015' di DECTAR UKM. Tengok jer ler foto2 ni....
..................................malas nak tulis panjang2....





....foto rakan krew mcp...
...foto en. hazrul....
siti suraya...

TERIMA KASIH kepada semua krew yang terlibat iaitu sdr. SHAHRUL, JASRIL, RAMLI,
KAMARUL, HAJI IZAD, SITI SURAYA, FAZLIANA, ASNAN, MUFAKHRAN,
HATA, AHMAD YUNUS, HJ SULIMI dan seorang lagi dari
Fakulti kejuruteraan yang aku lupa namanya...
Nanti aku akan upload video tersebut ke YouTube bila da selesai akau edit....

...terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria

Thursday, January 29, 2015

...bicara persada dan raptai konsert diraja...



HARI ini, Khamis, 29 Januari 2015, kami membuat rakaman MCP 
BICARA PERSADA. Tajuk bicara adalah berkaitan BANJIR.
Persiapan kami lakukan sebelah pagi kerana program
tersebut berlangsung pada waktu petang.....
...tengok jer ler foto tu...idea takde
nak tulis panjang2....








Aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada semua krew yang terlibat
dalam rakaman mcp bicara persada iaitu sdr. SHAHRUL, JASRIL, 
KAMARUL, HJ. RUHAIZAD dan RAMLI......

WAKTU malam pulak kami hadir semasa raptai penuh
konsert diraja di dectar. Malam ini cuma raptai penuh sahaja.
Raptai perlu hadir untuk melihat flow program berkenaan terutama bagi
aku yang akan mengendalikan kerja2 rakaman bersama rakan-rakan
krew mcp malam esok. Malam esok akan berlangsung
konsert yang sebenarnya......................



Aku akan cuba siapkan suntingan BICARA PERSADA dan juga KONSERT 
DI RAJA nanti, Kalau nak tonton silalah tonton bila
aku da siap edit dan upload ke YouTube
nanti...............................

....sekian...tamat...

DAUD.montak.zakaria

Tuesday, January 27, 2015

...hasil suntingan bulan JAN 2015..


ALHAMDULILLAH...awal Januari 2015 kami dapat membuat rakaman video
beberapa event serta menyunting dan upload ke YOUTUBE.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menonton,
silakanlah..................................
Beberapa hari lagi kami akan membuat rakaman
scp dan mcp dan akan disunting dan upload ke YOUTUBE..........
Antara yang akan kami rakam nanti ialah BICARA PERSADA...berkaitan
BANJIR, 29 Januari dan juga KONSERT DI RAJA pada 30 Januari nanti...........
Di bawah ni beberapa video yang telah kami YOUTUBE kan.....