Wednesday, July 31, 2013

LaTiHaN mCp peLAjar LI...


RABU; 31 JULAI 2013

HARI ini merupakan hari terakhir latihan MCP Pelajar LI di Studio UKM
sebelum kami membuat rakaman terakhir penerbitan
MCP berkenaan.

persiapan set dan props..
persiapan akhir
posing sat sebelum dikemaskan...
 Persiapan set dan props bermula dalam jam 9.00 pagi dalam studio ukm. Semuanya
perlu disiapkan sebelum rakaman dijalankan. 
Mereka semua bekerjasama melakukan tugas berkenaan.

bilik kawalan yang telah bersedia
puasa...?
sedang on-air...
 Setelah selesai semuanya maka rakaman pon akan dimulakan bila persiapan akhir
selesai. Semua krew bersedia ditempat tugas masing-masing.
Hos, talent, cameraman, fm, pembantu skrip, grafik, switcher, audio
pengarah....semuanya telah bersedia untuk on-air.
Satu minit sebelum on-air, masing2 dah sangat bersedia. Kali pertama merupakan 
latihan yang akan dirakam. Jika mereka berpuashati dengan
rakaman latihan ini, maka rakaman kedua
tidak diperlukan. Namun apabila
rakaman pertama dirakam, mereka minta
untuk buat rakaman kedua pula.
Rakaman kedua berjalan lancar dan tamat lebih kurang jam 11.00 pagi.
Rakaman ini nanti aku akan 'upload' kan ke YouTube.
Selesai rakaman kami merakam foto untuk nostalgia di masa akan datang
yang mungkin takkan bersua lagi...........................
...akhirnya maaf banyak2 jika ada kekasaran sepanjang mengendalikan
penerbitan MCP ini...maaf...maaf....selamat berpuasa dan
selamat sambut syawal tak lama lagi....


...tamat suda rakaman MCP...ni foto untuk ingatan...
foto siti masliah ni....
....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria


SELASA; 30 JULAI 2013

HARI ini kami mengendalikan latihan MCP untuk pelajar latihan industri
di studio ukm. Mungkin ini latihan yang ketiga kut. namun
sebelum itu mereka menyediakan set dan
props untuk rakaman terakhir
ESOK.

set dan props
bekerjasama...
bantu membantu
bersedia membantu
masih tekun..
tidak keberatan
hampir siap tapi...masih tak siap...
bersedia untuk latihan
pembantu skrip
fm
rakaman latihan

KHAMIS; 25 JULAI 2013

HARI ini kami mengendalikan latihan MCP untuk pelajar latihan industri di studio ukm.
Ini merupakan kali kedua kami membuat latihan untuk mereka.
Latihan ini akan dibuat lagi selepas cuti
tiga hari yang bermula esok.

grafik...
masih belum bersedia...
kemaskan apa yang perlu...
Harapnya, setelah dua kali membuat latihan MCP ini mereka lebih jelas
dengan tugas-tugas penerbitan MCP ini, secerah bumi 
disiang hari, bila  dipanah cahya mentari
 dalam cuaca tanpa jerebu...

sediakan props...
...letak kat sini....
berdebar menunggu
Kelihatannya latihan kali ini semakin baik dan mungkin dalam sekali dua 
 lagi, ia akan mampu untuk mengatasi mana-mana
bahagian yang belum sempurna. Dalam
minggu depan latihan akan dijalankan lagi
dan segala kelemahan yang mampu diatasi memungkinkan
rakaman akhir boleh dijalankan dengan segera. Kami merancang untuk
membuat rakaman akhir minggu depan setelah latihan selesai. Kami
berharap juga rakaman dapat dibuat sebelum hari raya...
Harap latihan tersebut akan berjalan lancar dan mereka tak perlu lagi
 memikirkan berkaitan MCP ketika sambutan raya...Ingatan kepada
penerbitan MCP ini akan membunuh 'mood' HARI RAYA
 mereka nanti..tak gitu...?
Apa-apa pon rakaman ini akan aku 'upload' ke YouTube....
....terima kasih bebanyak kepada semua yang terlibat iaitu
semua pelajat LI dan semua krew yang membantu dalam latihan
 yang telah dijalankan...serta maaf bebanyak kiranya masa kendalikan
latihan tu ada yang terumpat dan ada yang nangis hiba dalam hati...

.....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria



RABU, 24 JULAI 2013

faham...?
faham...faham......fahammmm...
Hari ini, kami mengendalikan latihan MULTIPLE CAMERA PRODUCTION
atau MCP untuk pelajar latihan industri yang ada di penerbit ukm.
Pelajar LI berkenaan terdiri daripada 3 pelajar Fakulti Islam dan
2 pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, ARAU.

...ni bukan pelajar LI tuuu...
....berkongsi ilmu berkaitan audio...
juru audio...
Mereka mengikuti latihan Industri selama beberapa bulan di penerbit ukm / pkk.
Pelajar Fakulti Pengajian Islam hingga akhir Ogos sementara pelajar
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin hingga November.

sifu grafik sedang mendidik anak murid................
sebelum berangkat....ekeke...
studio floor...
siapkan dulu apa yang perlu sebelum bermula...
 Dalam latihan MCP tu kami berkongsi serba sedikit ilmu yang kami ada
dengan mereka. Semua perkara yang berkaitan MCP kami
cuba sampaikan setakat yang kami mampu.
Kami ni bukanlah pakar sangat
pon...tapi kalau tiada
tali pinggang rasanya tali plastik pon boleh guna gamaknya...macam
itulah pepatahnyerrr...

whaaaa...ngelabah gamaknyer...
..tunggu masa bermula....
hampir nak mula daaa....
 Hari ini kami cuma berikan mereka masa untuk latihan. Latihan mungkin untuk 
beberapa hari sebelum rakaman dibuat. Kami memang berikan
mereka tugas untuk menghasilkan sebuah
penerbitan MCP. Hasil kerja
tu nanti aku akan upload kan ke YouTube.

talent...
perbincangan akhir..
perbincangan akhir II
Sebenarnya aku pon tak tau setakat mana tahap pengetahuan mereka berkaitan
PENERBITAN VIDEO MCP ni. Namun apa yang aku harapkan sesangat
ialah mereka akan dapat meningkatkan kefahaman mereka berkaitan
MCP dan tidak disalah anggap seperti SCP...hehehe...
Aku harap selepas mereka menghasilkan sebuah penerbitan MCP ini, mereka
sudah tidak lagi tertanya-tanya apakah MCP ini sebenarnya.
Aku tak mahu mereka menganggap MCP ini satu jenama
tas tangan ker...kasut ker...atau
satu spesis haiwan 
zaman batu...hahaha..................
Kami akan beri mereka peluang untuk latihan secukupnya sebelum dibuat
rakaman yang sebenar. Latihan ni mungkin dalam empat atau lima
kali atau....mungkin 4 dan 5 tu dicampurkan.......ekeke...
Walau apa pon aku berharap sangat mereka akan mahir dengan perkara berkaitan
penerbitan MULTIPLE CAMERA PRODUCTION atau MCP ni....
Jadi akhirnya...................................................................................
aku nak ucapkan TERIMA KASIH BEBANYAK kepada semua krew yang terlibat 
dalam sesi pengendalian latihan tu iaitu sdr. SHAHRUL, RAMLI, 
JASRIL &  SU...

sila lihat di     SINI   untuk maklumat berkaitan MCP.

....sekian dan terima kasih kerana membaca....

Monday, July 29, 2013

siMULAsi koNvo pPs..



HARI ini, isnin 29 julai 2013, 19 ramadhan, kami
membuat rakaman video MCP untuk latihan atau raptai pemakaian jubah
konvokesyen pusat pengajian siswazah ukm di dectar.

ada bakat gulung kebel kamera..
pastikan boleh angkat kamera atau tak...
bilik kawalan utama..
 Rakaman ini dibuat untuk tontonan para graduan siswazah yang akan terlibat
dalam majlis konvokesyen pusat pengajian siswazah ini...

bersedia...
memberi infor jugak pada pelajar LI
bersedia untuk beraksi...
 Mereka yang akan terlibat dalam majlis konvo pps ini ialah graduan pHd
yang akan dipakaikan jubah oleh penyelia masing-masing...

da siap da...
seronoknyer gulung kabel...
sedang posing kemas tripod..
 Persiapan teknikal untuk rakaman dibuat pada jam lebih kurang 9.00 pagi dan
rakaman dibuat sebaik segala persiapan oleh pihak pps diselesaikan
terlebih dahulu....

berat jugak tripod ni kan....
kabel ni pon boleh tahan gak...
tak berat mana pon kamera ni, lagi 2 pon boleh tambah kut...
Rakaman berkenaan tamat lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Sebaik selesai 
semua peralatan dikemaskan. Pelajar Latihan Industri pon
turut terlibat sama. Harap mereka dapat mempelajari
sesuatu semasa tugas tersebut
dijalankan....
Rakaman ini akan
kami sunting untuk dijadikan sebuah penerbitan
yang boleh ditonton. Harap dapat siapkan offline editing sebelum Hari Raya...
Terima kasih kepada semua yang terlibat....

* terima kasih bebanyak kepada siti masliah mohd nuri
yang punyai semua foto-foto ni...
...terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Sunday, July 28, 2013

fASa 'proDUCtion' (rinGkas)

http://www.photoclubalpha.com/2009/10/01/sony-invent-3d-movie-hdtv-camera/
Selepas dirancang dengan sempurna ketika fasa 'pre-production', maka akan bergerak pula ke fasa 'production'. Jika telah dirancang dengan baik maka tiada masalah yang akan timbul walaupun masalah mikrofon tidak berfungsi. Jika terjadi sebarang masalah kecil seperti ini ia merupakan satu kesilapan yang tidak boleh diterima sama sekali. Perlu masuk kelas kembali kut!

Dalam penerbitan filem atau video,  'production' merupakan bahagian dimana proses merakam 'footage' dilakukan di lokasi. Tujuan 'production' adalah untuk merakam semua 'footage' yang diperlukan seperti dalam skrip. Krew yang ramai diperlukan dalam proses ini. Semua krew yang terlibat berkumpul termasuk pelakon, pengarah, make up artist, camera operator, sound engineer, lighting technician, dan sebagainya. 'Production' boleh dijalankan di dalam studio atau di luar studio.

Peralatan yang diperlukan antaranya ialah kamera, tripod, lampu, pita atau card, mikrofon, reflector, gel untuk lampu, dan sebagainya. Pastikan semua peralatan boleh berfungsi sebelum keluar untuk shooting. Pengarah merupakan individu yang bertanggung jawab semasa kerja-kerja shooting. Dia yang akan memberi semua arahan ketika kerja-kerja di lokasi.

Production melibatkan kerja-kerja kamera terutamanya. Kerja-kerja kamera ini biasanya melibatkan saiz-saiz shot, gerakan kamera, sudut kamera dan sebagainya. Saiz-saiz shot termasuklah wide shot, medium shot, close up dan sebagainya. Gerakan kamera pula biasanya pan, tilt, tracking, dolly dan sebagainya. Sudut kamera termasuklah eye level, high angle, low angle dan sebagainya.

Ketika shooting pastikan tiada sebarang subjek atau seumpamanya yang tidak diperlukan dalam frame sebelum butang rakaman ditekan.
Berhati-hati dengan cahaya semula jadi umpamanya cahaya matahari di belakang subjek yang di rakaman.
Gunakan tripod ketika shooting melainkan jika rakaman memerlukan imej shaky seperti gempa bumi.
Buat rakaman yang banyak untuk mengelakkan kekurangan footage terutama yang berkaitan dengan 'event'.
Berhati-hati dengan bunyi yang tidak perlu seperti bunyi hawa dingin dan sebagainya.
Jika menggunakan external microphone pastikan ia mempunyai windshield semasa shooting di luar.

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca.
DAUD.montak.zakaria

Saturday, July 27, 2013

pRe - proDUCtion (rinGkas)

Pre production
http://nofilmschool.com/2012/10/sony-announces-f5-and-f55/

PRE - PRODUCTION

Penerbitan video terbahagi kepada tiga fasa iaitu pre production, production dan post-production. Pre production merupakan langkah pertama daripada 3 bahagian yang amat penting untuk menghasilkan sebuah video yang profesional. 

Fasa ini merupakan fasa untuk menentukan sasaran dan objektif video berkenaan. Sasaran penonton perlu dikenalpasti sama video berkenaan untuk tontonan dewasa, lelaki, wanita, kanak-kanak atau penonton umum.

Belanjawan atau bedget perlu juga diambil kira. Jika tujuan video ini untuk menjana pendapatan maka perbelanjaan tertentu juga amat perlu untuk menerbitkan video tersebut. Ia dianggap sebagai 'invesmen'.

'Outline' untuk video juga amat perlu dibentuk terlebih dahulu. Umpamanya jika video tersebut untuk promo perniagaan maka 'outline' nya perlu mengandungi misi, background, perkhidmatan yang disediakan, bagaimana menyelesaikan masalah pelanggan dan keperluan mereka, testimonial pelanggan yang telah mendapat perkhidmatan sebelum ini, kos yang dikenakan, perbezaan dengan pesaing dan sebagainya.

Setelah 'outline' disediakan maka skrip pula perlu ditulis. Skrip ialah dokumen lengkap apa yang akan dilihat dan didengar dalam video berkenaan. skrip mestilah selengkap yang mungkin. Ia juga mesti mengandungi shot-shot sama ada wide, medium atau close up. Ia juga sepatutnya mengandungi shot-shot still, dolly, track, pan, tilt serta pergerakan-pergerakan kamera yang lain. Fasa pre production juga merupakan masa untuk membuat segala keputusan sebelum masuk ke fasa pengambaran atau production.

Pre production juga merupakan masa untuk memilih pelakon dan krew. Pelakon yang dipilih adakah perlu pelakon profesional, adakah perlu kepada audition dan siapa yang akan kendalikan pemilihan dan audition.

Adakah krew sudah dikenalpasti. adakah telah melihat kerja mereka yang lalu, adakah pernah bekerjasama dengan mereka. Adakah mereka telah menghasilkan video sebegitu sebelum ini.

Siapa pula yang akan mengendalikan makanan di set. Adakah perlu perkhidmatan make up artist. Apakah jenis kostume yang diperlukan. apakah pakaian yang sesuai masa pengambaran.

Apakah set yang diperlukan, apakah props yang diperlukan dan siapa yang akan menguruskannya.

Pastikan lokasi shooting telah dikenalpasti serta disewa dan lawatan telah dibuat ke lokasi tersebut untuk mengurangkan kebarangkalian masalah yang timbul berkaitan lokasi. Berkaitan lokasi pula, mempunyai plan B amat berguna jika berlaku sesuatu berkaitan lokasi.

Pencahayaan amat perlu diambil kira. Adakah lokasi shooting mempunyai pencahayaan yang cukup. adakah lokasi perlukan cahaya lampu tambahan. Pastikan arah matahari di lokasi. Adakah gel diperlukan untuk pencahayaan.

Bagaimana dengan audio. Kualiti audio amat perlu diambilkira. Jenis mikrofon yang akan digunakan juga amat penting. Peralatan audio perlu diperiksa sama ada dapat berfungsi dengan baik.

Perkara akhir yang perlu dibincangakan dalam pre production ialah jadual pengambaran. Jadual pengambaran mengumpulkan shot-shot berpandukan lokasi. Sebagai contoh, babak 3, 5, 13, 20, 40 dan 45 merupakan rakaman di kafeteria. Maka semua shot-shot untuk babak-babak tersebut hendaklah dibuat pada hari dan masa yang sama. Shot-shot untuk babak-babak berkenaan perlu dihabiskan dalam hari yang sama. ini akan dapat menjimatkan masa dan kos.

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria.

Sunday, July 21, 2013

suntingan..oh...suntingan...


Apakah ‘penyuntingan video’

Penyuntingan video adalah satu proses memanipulasi dan mengatur shot-shot video untuk membentuk sebuah hasil penerbitan yang baru. Penyuntingan biasanya dianggap sebagai satu bahagian daripada proses ‘post production’. Kerja-kerja lain dalam proses ‘post-production’ ialah color correction, sound mixing dan lain2 lagi.

Penyuntingan bermakna;

- mengatur, menambah dan/atau membuang bahagian-bahagian video clips dan/atau audio clips.
- membuat color correction dan sebagainya.
- meletakkan atau membentuk ‘transitions’ di antara ‘clips’


Tujuan penyuntingan;

Terdapat beberapa sebab untuk menyunting video dan ia bergantung kepada sasaran yang nak dicapai. Sebelum mulakan suntingan, perhalusi tujuan kita menyunting. Ini termasuklah:

-       membuang ‘footage’ video yang tidak diperlukan, iaitu perkara yang biasa dalam kerja penyuntingan.

-       memilih ‘footage’ yang terbaik, iaitu kita biasanya merakamkan banyak ‘footage’ atau membuat banyak shor-shot untuk sesuatu subjek. Oleh itu kita akan memilih hanya satu shot yang terbaik ketika proses suntingan.

-       mencipta jalan cerita, iaitu kebanyakan video mempunyai tujuan seperti bercerita atau pemberi maklumat. Proses suntingan merupakan langkah untuk memastikan jalan cerita mencapai tujuan yang dikehendaki.

-       memasukkan ‘effects’, grafik, muzik dan lain-lain, iaitu untuk menjadikan video tersebut
 lebih sempurna dan kemas yang menarik bila ditonton.

Jenis-jenis cara menyunting video;

Terdapat beberapa cara untuk menyunting video. Namun cara terkini ialah penyuntingan digital ‘non-linear’.

Cara menyunting yang paling awal ialah menyunting filem. Cara menyunting filem ialah dengan memotong dan mencantumkan filem menggunakan peralatan khusus untuk menyunting filem.

Cara kedua ialah ‘linear editing’ yang merupakan proses menggunakan peralatan menyunting video yang telah dirakam dengan menggunakan pita-pita video sebelum terciptanya computer dalam tahun 1990-an.
Proses suntingan ini dipanggil ‘linear’ kerana ia mesti dilakukan secara linear iaitu visual di sunting mengikut urutan cerita yang telah ditulis skripnya dari shot pertama hingga shot terakhir. Jika cerita atau skrip diubah adalah mustahil bahan-bahan yang telah disunting untuk disunting kembali. Oleh itu perancangan yang sempurna mesti dibuat sebelum proses penyuntingan dilakukan.

Penyuntingan digital atau non-linear. Cara ini semua footage video yang telah dirakam dimasukkan kedalam computer. Proses ini dikenali sebagai ‘captured’ atau ‘digitise’ dengan menggunakan perisian khusus untk penyuntingan video. Hasil suntingan akhir boleh disimpan kembali dalam pita atau dalam disc atau hard disc. Penyuntingan non-linear mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan penyuntingan ‘linear’. Suntingan dalam bentuk ‘linear’ sukar untuk diubah jika terdapat sebarang perubahan yang ingin dibuat kepada cerita yang hendak disunting. Cara penyuntingan ‘non-linear’ memang sukar dipelajari namun apabila kita telah mahir, ia akan menjadi lebih mudah dan lebih cepat.


Penyuntingan secara ‘live’ pula merupakan satu proses penyuntingan dalam rakaman video multiple camera production. Peralatannya merupakan peralatan yang mampu untuk membuat rakaman secara ‘live’ serta penyuntingan secara ‘live’. Conton seperti rancangan televisyen secara ‘live’ yang sering kita tonton.

* pic. by google image.

...terimakasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria