MALAM ini, 17 MEI 2013, kami ada di PANGGUNG SENI lagi....
Kali ini kami membuat rakaman video MCP 'Pertandingan
Muzik Moden/ band. Semalam pertandingan
Nasyeed. Esok pula pertandingan
Tarian dan penutup...
Esok malam di DECTAR
kami ada satu tugas yang terakhir untuk
MCP UKM Inter College Arts Festival jam 8.00 malam....
fuh! legaaaaaaa........
Malas nak bercerita lagi malam ni....tengok jer ler foto-foto tu dan
sila tafsir dan fahami sendiri maknanya..........
Aku cuma ingin ucapkan kepada
semua krew yang datang
membantu iaitu
SHUKRI, YUNUS, HJ SULIMI,
HAFIZ TAIB, HATA, HIDAYAH, YAN dan krew
Unit Audio Penerbit UKM, SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI,
HJ IZAD, JASRIL dan SURAYA........terima kasih bebanyak jugak kepada FAIRUL SURIAN a.k.a FIRE yang jugak tak jemu2 sama membantu kami.............................
Minggu ini dan minggu depan kami agak punyai banyak tugas dan tanggung jawab
untuk dilakukan. Terdapat beberapa rakaman MCP harus kami
lakukan minggu ini. Dalam tugas rakaman MCP,
kami punyai tugas rakaman pada
16, 17 dan 18 Mei 2013.
Pada 16 MEI
2013 jam 8.00 malam
kami akan membuat rakaman MCP 'Pertandingan
Lagu-Lagu Ketuhanan' di Panggung Seni DECTAR. Lagu-lagu
ini akan dialunkan oleh kumpulan-kumpulan nasyid dalam UKM mungkin
pertandingan antara kolej-kolej. Kepada sesiapa yang berminat silalah datang untuk
sama-sama menonton, mungkin terbuka juga untuk penonton luar...gamaknyer...
Pada 17 MEI 2013 pula pertandingan band muzik moden, juga akan
diadakan di Panggung Seni DECTAR. Ini merupakan
pertandingan band-band antara kolej.
18 MEI 2013 pula akan
diaadakan pertandingan Tarian dan sebagainya
di DECTAR pula. Ini mungkin merupakan acara kemuncak
di mana semua kegiatan seni akan menerima hadiah2 mereka yang telah memenangi
pertandingan tersebut. Ini bermakna kami akan bekerja sepanjang
tiga malam berturut-turut untuk melaksanakan tugas
yang telah dipertanggung jawabkan
kepada kami.
Selain daripada itu kami juga mempunyai
tugas rakaman SCP untuk program-program yang dijalankan
dalam kampus seperti SYARAHAN PERDANA, FORUM PILIHANRAYA KE - 13,
MOBILITI PELAJAR MEXICO iaitu perasmian dan penutup,
dan sebagainya. FORUM PILIHANRAYA UMUM KE-13 tu mungkin menarik kut...rakaman SCP tersebut pada 16 MEI 2013 di DEWAN PERSIDANGAN, FST UKM jam 9.00 pagi - 12.00 tgh hari. Benda tengah panas tentu menarik gamaknyer kannnn.... Seperti biasa rakaman SCP dibuat oleh SDR. RAMLI, KAMARUL, JASRIL, SITI SURAYA dan HJ IZAD... moga semua tugas berjalan lancar... Aku pula mempunyai tugas lain selain
daripada mengendalikan MCP. Tugas tersebut
ialah membuat penyuntingan video.
Ada beberapa video lagi perlu
disiapkan penyuntingannya iaitu diantaranya ialah
KEM FOTOGRAFI YAYASAN FELDA, MAKAN MALAM KOLEJ
KOLEJ yang telah kami rakamkan dan sebagainya.
Apa-apa pon aku harap mampu
menyiapkan tugas tersebut dengan licin, harap tiada
halangan dan sebagainya.
Sebenarnya dalam rakaman MCP, jika program tersebut dijalankan
pada waktu siang, kami seringkali sukar untuk mendapatkan
bantuan krew dari jabatan lain kerna mereka
mempunyai tugas di jabatan
masing-masing.
Oleh itu jika kami mampu lakukan, maka kami akan lakukan sendiri
kalau tidak mungkin kami tak dapat laksanakannya...
.....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...