Minggu ini dan minggu depan kami agak punyai banyak tugas dan tanggung jawab
untuk dilakukan. Terdapat beberapa rakaman MCP harus kami
lakukan minggu ini. Dalam tugas rakaman MCP,
kami punyai tugas rakaman pada
16, 17 dan 18 Mei 2013.
Pada 16 MEI
2013 jam 8.00 malam
kami akan membuat rakaman MCP 'Pertandingan
Lagu-Lagu Ketuhanan' di Panggung Seni DECTAR. Lagu-lagu
ini akan dialunkan oleh kumpulan-kumpulan nasyid dalam UKM mungkin
pertandingan antara kolej-kolej. Kepada sesiapa yang berminat silalah datang untuk
sama-sama menonton, mungkin terbuka juga untuk penonton luar...gamaknyer...
Pada 17 MEI 2013 pula pertandingan band muzik moden, juga akan
diadakan di Panggung Seni DECTAR. Ini merupakan
pertandingan band-band antara kolej.
18 MEI 2013 pula akan
diaadakan pertandingan Tarian dan sebagainya
di DECTAR pula. Ini mungkin merupakan acara kemuncak
di mana semua kegiatan seni akan menerima hadiah2 mereka yang telah memenangi
pertandingan tersebut. Ini bermakna kami akan bekerja sepanjang
tiga malam berturut-turut untuk melaksanakan tugas
yang telah dipertanggung jawabkan
kepada kami.
Selain daripada itu kami juga mempunyai
tugas rakaman SCP untuk program-program yang dijalankan
dalam kampus seperti SYARAHAN PERDANA, FORUM PILIHANRAYA KE - 13,
MOBILITI PELAJAR MEXICO iaitu perasmian dan penutup,
dan sebagainya. FORUM PILIHANRAYA UMUM KE-13 tu mungkin menarik kut...rakaman SCP tersebut pada 16 MEI 2013 di DEWAN PERSIDANGAN, FST UKM jam 9.00 pagi - 12.00 tgh hari. Benda tengah panas tentu menarik gamaknyer kannnn.... Seperti biasa rakaman SCP dibuat oleh SDR. RAMLI, KAMARUL, JASRIL, SITI SURAYA dan HJ IZAD... moga semua tugas berjalan lancar... Aku pula mempunyai tugas lain selain
daripada mengendalikan MCP. Tugas tersebut
ialah membuat penyuntingan video.
Ada beberapa video lagi perlu
disiapkan penyuntingannya iaitu diantaranya ialah
KEM FOTOGRAFI YAYASAN FELDA, MAKAN MALAM KOLEJ
KOLEJ yang telah kami rakamkan dan sebagainya.
Apa-apa pon aku harap mampu
menyiapkan tugas tersebut dengan licin, harap tiada
halangan dan sebagainya.
Sebenarnya dalam rakaman MCP, jika program tersebut dijalankan
pada waktu siang, kami seringkali sukar untuk mendapatkan
bantuan krew dari jabatan lain kerna mereka
mempunyai tugas di jabatan
masing-masing.
Oleh itu jika kami mampu lakukan, maka kami akan lakukan sendiri
kalau tidak mungkin kami tak dapat laksanakannya...
.....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
8 MEI 2013. Tenaga Produksi: DAUD MONTAK ZAKARIA & KAMARUL BAHARIN SUPAAT.
foto dari kamera kamarul baharin
foto dari kamera kamarul baharin
foto dari kamera kamarul baharin
foto dari kamera kamarul baharin
foto dari kamera kamarul baharin
foto dari kamera kamarul baharin
semasa di denai taman alam..
pintu masuk muzium sejarah.
foto dari kamera kamarul baharin
mangrove walkway.
foto dari kamera kamarul baharin
denai
hutan di taman alam
chalet
chalet di taman alam..
dalam dewan...
pekan sebelum masuk ke bukit melawati.
solat tak kira walau kita sibuk macam mana pon..
pekan sebelum masuk ke bukit melawati.
mangrove walkway..
mangrove walkway..
muzium sejarah bukit melawati
rumah api bukit melawati
bukit melawati.
bukit melawati.
bukit melawati.
bukit melawati.
bukit melawati.
bukit melawati
muzium di puncal melawati
persembahan projek kumpulan di kolej yayasan felda....
Cadangan Skrip untuk VIDEO 'KEM FOTOGRAFI' Kolej Yayasan Felda Kelana Jaya...bila siap akan di 'upload' ke YOUTUBE... Kolej Yayasan Felda Kelana Jaya merupakan salah sebuah daripada 4 buah Kolej Yayasan
Felda di seluruh negara. Kolej-kolej yang lain ialah kampus Mempaga pahang, kampus raja Alian Negeri Sembilan, dan kampus trolak di Perak. Kolej ini menwarkan kursus-kursus selama 3 dan 6 bulan bergantung kepada bidang yang diambil untuk pelajar selepas mereka menduduki SPM. Kursus ini terbuka kepada 70% kepada anak Felda, 20% kepada anak kakitangan Felda dan 10% untuk anak orang awam. Beberapa bidang pengajian wujud di kolej-kolej Felda termasuk bidang MULTIMEDIA yang diadakan di KOLEJ YAYASAN FELDA KELANA JAYA. Antara 7 - 9 Mei 2013, bidang MULTIMEDIA kolej ini telah mengadakan KEM FOTOGRAFI dengan kerjasana PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Fotografi merupakan salah satu modul dalam pengajian MULTIMEDIA kolej terbabit. Hari pertama bengkel berkenaan, para peserta telah didedahkan dengan teori berkaitan teknik-teknik dalam seni fotografi. Penceramah-penceramah dari pihak PENERBIT UKM telah menyampaikan ilmu yang mereka miliki kepada para pelajar. Segala pengetahuan yang mereka kongsikan dengan pelajar telah menarik tumpuan setiap daripada mereka yang mengikuti kem berkenaan. Pada waktu petang pula telah dijalankan sesi amali di sekitar Taman Tasik Kelana Jaya. Tasik Kelana jaya ini merupakan bekas tasik perlombongan bijih timah yang terletak di Selangor. Tasik ini di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Pertaling Jaya. Sejak tahun 1996 tasik ini telah dijadikan taman rekreasi awam. Tasik ini juga merupakan lokasi menarik bagi kaki pancing.
Di sekitar tasik ini peserta mencari subjek yang boleh dirakam
menjadi rakaman yang berseni. Mereka tidak henti-henti mencari, menilik dan
memetik butang di kamera masing-masing. Semua peserta
gembira dengan tanggung jawab yang telah
diberi kepada mereka oleh penceramah.
Hari kedua iaitu 8 mei 2013, peserta
bengkel telah dibawa untuk beramali di Kuala Selangor
pula. Mereka dibawa dengan bas ke destinasi yang dituju. Lokasi
amali berkenaan ialah Taman Alam Kuala Selangor
dan juga Bukit Melawati. Daerah Kuala Selangor terletak di utara negeri Selangor. Pekan di daerah ini dikenali sebagai pekan Kuala Selangor yang menjadi bandar pentadbiran daerah berkenaan. Bandar Kuala Selangor merupakan bekas Bandar DiRaja Selangor. Sebelum memulakan tugas amali, para peserta perlu mengisi perut. Perut perlu diisi kerana perjalanan merentas hutan dan denai memerlukan tenaga yang banyak yang dijana daripada hasil makanan yang dijamah. Selesai sarapan semua peserta bergerak
mengikut kumpulan-kumpulan yang telah ditentukan.
Masing-masing menggunakan kepakaran yang diperoleh semasa sesi teori untuk menghasilkan karya seni foto yang berseni......
Taman Alam Kuala Selangor mempunyai keluasan 2.4 kilometer persegi. Ia terletak di kuala Sungai Selangor. Taman Alam ini dibuka pada tahun 1987. Taman ini terdiri daripada hutan hujan tropika dan hutan paya bakau. Taman Alam Kuala Selangor ini menjadi tempat perlindungan pelbagai spesis kehidupan yang berupa kepelbagaian spesis haiwan, serangga, burung, ikan dan sebagainya. Di perut hutan yang menghijau dan dingin ini pelbagai spesis tumbuhan boleh dilihat sama ada yang tinggi, rendah dan melata di atas bumi. Hutan ini umpama galeri yang menyimpan pelbagai khazanah seni alam. Hutan Alam Kuala Selangor ini menjadi habitat kepada komuniti monyet spesis makonka ini. Spesis ini mudah didapati ketika melalui denai di taman ini. Hutan ini menjadi habitat mereka untuk mencari makan serta membiak. Hutan ini juga menyimpan pelbagai spesis burung sama ada burung tempatan dan juga burung antarabangsa. Dikatakan hutan ini mempunyai lebih 150 spesis burung termasuk lebih 50 spesis burung antarabangsa. Di Taman Alam Kuala Selangor ini terdapat beberapa menara untuk memerhati burung-burung di kawasan sekitar. Pengunjung boleh melihat burung-burung yang berada di sini. Pengunjung juga akan bersua dengan haiwan lain ketika berada di sini jika bernasib baik. Burung antarabangsa yang berhijrah ke sini biasanya datang dari utara China dan juga dari Rusia ketika musim sejuk terutama dalam bulan September pada setiap tahun. Hutan paya bakau atau hutan paya laut di sini menjadi tempat burung-burung dan haiwan untuk mencari makan dan membiak. Hutan paya bakau atau paya laut ini mempunyai pelbagai manfaat. Huta paya bakau yang dikatakan mengandungi 13 spesis pokok bakau ini menjadi tempat pelbagai spesis kedupan untuk berlindung, mencari makan dan membiak. Selain dari itu hutan ini menjadi perlindungan kepada hakisan dan tsunami. Di hutan paya bakau ini terdapat laluan yang membolehkan pengunjung melaluinya untuk masuk ke dalam hutan berkenaan hingga jauh ke arah Selat Melaka. Dilaluan ini pengunjung boleh melihat bukan saja pelbagai spesis pokok bakau malah juga spesis kehidupan di lumpur serta juga spesis monyet yang tinggal di hutan paya bakau ini. Eksplorasi fotografi Kolej Yayasan Felda telah menjelajah seluruh taman ini mencari subjek untuk dirakam di kamera mereka. Mereka menggunakan setiap kesempatan yang ada mencari dan mengintai apa saja yang boleh menjadi karya seni mereka. Eksplorasi mereka melalui denai-denai di perut taman ini tamat pada waktu tengah hari. Perut masing-masing perlu di isi kembali pada waktu tengah hari untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang semasa menjelajah setiap ceruk taman alam tersebut. Tenaga perlu dijana semula dan tentu hidangan akan menjadi enak dalam keadaan perut yang kosong dan tekak yang kering...... Sebelah petang pula para pelajar telah dibawa untuk beramali di Bukit Melawati pula. Bukit Melawti ini amat dikenali oleh pelancong dari dalam dan luar negara. Di puncak bukit Melawati ini wujud tinggalan kubu atau kota yang menjadi bentang daripada serangan musuh dan juga sebagai pemantau laluan kapal di Selat Melaka pada zaman lampau. Kelihatan beberapa pucuk meriam lama yang terdapat di bahagian yang menghala ke Selat Melaka. Selat Melaka boleh kelihatan dengan jelas dikejauhan terutama ketika cuaca dalam keadaan cuaca yang cerah. Dikatakan Bukit Melawati merupakan pusat pentadbiran Kesultanan Selangor dalam abad kesembilan belas. Kubu ini jatuh kepada Belanda dalam tahun 1874 daripada pihak Inggeris. Sebuah rumah api juga terdapat di puncak Bukit melawati ini. Rumah api yang dikenali sebagai Rumah Api Kuala Selangor ini dibina dalam tahun 1907. Ia menjadi panduan kepada kapal-kapal yang melalui Selat Melaka... Selain daripada itu terdapat sebuah muzium di puncak Bukit Melawati. Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor ini merupakan bekas Rumah Pegawai Daerah Kuala Selangor. Muzium ini terbuka kepada orang ramai untuk melawat. Ia menyimpan khazanah sejarah sejak abad ke tujuh belas. Di puncak Bukit melawati ini para peserta kem fotografi Kolej Yayasan Felda ini menggunakan kepakaran mereka untuk merakamkan subjek menari di sekitar puncak bukit ini. Satu fenomena biasa di Bukit Melawati ini ialah terdapat monyet spesis Silver leafed long tail yang kelihatan jinak dengan pengunjung. Pengunjung boleh melayan mereka tanpa rasa bimbang walau sedikit. Pengunjung boleh memberi mereka makan dengan makanan yang boleh dibeli daripada penjual perseorangan yang sentiasa berada bersama jualan mereka di sekitar tempat berkenaan. Melayan monyet-monyet di sini tidak melupakan peserta tugas utama mereka untuk merakam segala subjek yang terlintas di fikiran mereka semasa berada di puncak Bukit Melewati tersebut. Segala yang boleh dirakam menjadi karya seni mereka tidak akan terlepas daripada menjadi mangsa lensa kamera mereka. Setelah selesai meneroka puncak Bukit Melawati, semua peserta bergerak turun semula ke tempat berkumpul di dewan Taman Alam Kuala Selangor di kaki Bukit tersebut. Selesai minum petang semua peserta bergerak kembali ke Kolej Yayasan felda di Kelana Jaya. Hari terakhir Kem Fotografi iaitu 9 Mei 2013, semua kumpulan peserta telah membuat pemilihan foto-foto serta membuat suntingan untuk diketengahkan semasa sesi persembahan foto masing-masing pada awal petang nanti. Mereka bekerjasama memilih foto-foto yang difikirkan mampu mendapat perhatian penceramah yang akan membuat penilaian kepada foto-foto yang akan ditayangkan. Tiba waktu persembahan pada waktu petang, setiap kumpulan telah mempersembahkan foto-foto yang telah dipilih. Mereka menjelaskan segala yang berkaitan foto foto yang dipaparkan dilayar tayangan. Tamat persembahan, penceramah yang bertindak sebagai juri telah membuat ulasan terhadap foto foto yang telah ditayangkan. Dalam sesi yang sama Proffesor Dr. Kamaruddin M. Said telah diminta untuk menyampaikan ceramah beliau kepada para peserta Kem Fotografi tersebut. Penyampaian ceramah beliau juga mampu menarik tumpuan para peserta yang tekut memberikan tumpuan. Kem Fotografi berkenaan telah memberikan penghargaan kepada kumpulan kumpulan yang telah mengambil bahagian dalam kem berkenaan. Kem tersebut juga telah diakhiri dengan penyampaian penghargaan kepada penceramah-penceramah. Apa yang diharapkan ialah semoga kem fotografi tersebut memberi manfaat kepada para peserta khususnya dan kepada pihak KOLEJ YAYASAN FELDA amnya. Diharapkan juga kerjasama diantara kolej yayasan Felda dan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia akan terus terjalin erat di masa akan datang.......