Thursday, December 3, 2009
Persidangan Meja Bulat di Cyberview..
Wednesday, December 2, 2009
Kejohanan Kriket Antara Varsiti Asia.
daud montak zakaria...







Tuesday, December 1, 2009
Pakma...Suatu catatan nostalgia...
Pakma atau rafflesia merupakan bunga yang terbesar di dunia. Bunga ini dikatakan hanya wujud di Malaysia, pulau Borneo, Brunai, Filipina dan Thailand. Bunga ini merupakan tumbuhan parasit yang hanya tumbuh pada perumah yang merupakan tumbuhan anggur hutan iaitu Tetrastigma. Ia mengambil masa sembilan bulan dari peringkat tunas hinggalah berkembang.Banyak juga pengalaman sepanjang kami berkunjung dan meredah hutan lipur berkenaan. Semestinyalah kepenatan merupakan pengalaman yang biasa kami alami semasa mendaki dan menuruni tanah tinggi dan lembah. Tidak dilupakan juga kami pernah di serang penyengat ketika membuat rakaman dimana sdr. ramli kena dua sengatan. Masalah pacat-pacat yang mengukur jarak di dalam hutan juga merupakan perkara biasa. Parut gigitan pacat kekal sebagai tatoo yang agak lama juga di kulit tubuh kami. Ada juga berlaku kamera video tidak boleh berfungsi ketika hendak merakamkan sekuntum kembangan hutan...tetapi bila saja keluar hutan kamera tersebut berfungsi seperti biasa.
Setiap rakaman yang telah kami buat telah digunakan dalam penyuntingan video untuk tayangan dan juga simpanan arkib kami diantaranya Menjejak Pakma Lata Jarum, Pakma Lata Jarum dan Lawatan Naib Canselor ke Lata Jarum. Kami juga merakamkan aktiviti penyelidik ketika di hutan lata Jarum seperti mengenal pasti jantina Pakma, cubaan menyemai benih Pakma serta juga mengambil sampel-sampel tumbuhan di hutan berkenaan. Kami juga membuat rakaman di beberapa lokasi ketika di Ulu Dong seperti Lata Berembun dan Sungai Kenau. Semua rakaman berkenaan adalah berkaitan Bunga Pakma.
Sepanjang kami membuat rakaman di Hutan Lipur Lata Jarum, kami tidak mengalami sebarang masalah berkaitan hutan dan juga hubungan kemanusiaan diantara kami dengan setiap individu yang lain yang kami temui. Semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Friday, November 27, 2009
Croma Key....

Sunday, November 22, 2009
XPDC Saintifik Lata Jarum, Ulu Dong, Raub, Pahang

16 NOV. 09
Unit Audio Video, Penerbit UKM telah diminta untuk membuat rakaman video Ekspedisi Saintifik Lata Jarum, Raub, Pahang daripada 16 hingga 21 November 2009. Aku serta sdr. Ramli dan Siti Suraya bergerak ke Lata Jarum, Raub pada jam 8.30 pagi. Aku membawa kenderaan sendiri untuk memudahkan perjalanan dan ketika berada di sana. Peralatan yang kami bawa ialah Kamera video serta lain-lain peralatan audio video untuk tujuan rakaman. Kami melalui Gombak, Karak, Bentung, Raub dan seterusnya Lata Jarum di Ulu Dong.
Buku aturcara Ekspedisi Saintifik Lata JarumTiba di Lata Jarum, Raub, Pahang, jam menunjukkan pukul 11.30 pagi dan seterusnya kami membuat pendaftaran di meja pendaftaran. Selepas pendaftaran aku ‘check in’ di Chalet Haji Mustaffa sementara Siti Suraya di Chalet lain yang agak jauh juga dari chalet tempat aku menginap.
Sdr. Raai Osman.

Jam 2.00 petang kami kembali ke Pusat Penerangan Lata Jarum yang merupakan pejabat Ranger Lata Jarum, Raub untuk membuat rakaman majlis perasmian ekspedisi. Selepas perasmian kami kembali ke chalet sementara menunggu untuk majlis taklimat jam 8.00 malam. Majlis taklimat disampaikan oleh Prof. Dr. Jumaat Adam atau prof. J.
"Hutan Lipur Lata Jarum..."

Dalam ekspedisi ini telah ditetapkan laluan-laluan yang akan dilalui oleh para penyelidik. Laluan-laluan berkenaan dipanggil ‘Denai’. Denai-denai yang terlibat ialah Denai Lata Tinggi, Denai Adik, Denai Pakma, Denai Air, Denai Bukit, Denai Mutiara, Denai Lubuk Semak dan Denai Sungai Kenau.
Cuba teka sape ni????, yelahhh...yang buat rakaman tu lahhh...

17 NOVEMBER 2009.
Pagi ini jam 8.00 pagi kami mengikut kumpulan penyelidik yang akan melalui Denai Mutiara. Di awal perjalanan kami terpaksa mendaki tebing curam yang agak tinggi. Ia seolah-olah seperti tidak akan sampai ke kemuncak. Lepas satu pendakian...datang lagi satu pendakian...ermmm...bila nak abih ni....itulah kata hati aku. Namun rakaman video tetap juga dilakukan ketika mendaki. Bukan senang nak sampai ke sini. Jadi semua subjek yang dijumpa dirakam belaka. Apabila sampai di tanah pamah di puncak barulah nafas terasa lega.
Sdr. Ramli Adnan...

Di sini beberapa subjek tumbuhan dan serangga yang dijumpai telah dirakamkan termasuk juga aktiviti para penyelidik mengambil dan mencatat sesuatu di muka surat kertas yang dibawa. Kami juga telah merakamkan Anggerik Mutiara yang dikatakan mahal harganya menurut kata penyelidik.Melaui maklumat yang diperoleh daripada pengkaji yang turut serta, aku mendapat maklumat bahawa Anggerik Mutiara amat berguna dalam ‘bioteknologi’. Penyelidik mengatakan Anggerik Mutiara ini mahal sebagai tumbuhan hiasan.
Siti Suraya....

Dalam proses bioteknologi "attract" daripada tumbuhan Anggerik Mutiara akan dimasukkan kepada tumbuhan lain dan hasilnya tumbuhan berkenaan akan bercahaya pada waktu malam. Pengkaji juga mengatakan tumbuhan yang didapati dari tanah tinggi biasanya berharga mahal.
Sebelum perasmian majlis....

Kami juga sempat merakamkan tumbuhan-tumbuhan lain seperti cendawan, serangga, akar-akar dan sebagainya. Kami juga sempat merakamkan ketulan damar yang agak besar yang mungkin jatuh dari pokok yang tinggi. Kami tamat menjelajah Denai Bukit tersebut pada jam 1.30 tengah hari.
Sebelum masuk ke hutan....

Pada jam 2.30 petang kami mengikut para penyelidik kajian sosio-ekonomi pula untuk membuat kajian di sebuah perkampungan yang berhampiran. Kumpulan ini mensasarkan rumah Tok Empat atau Ketua Kampung. Dua kampong yang kami singgah namun kedua-dua kampong tersebut didapati Ketua Kampungnya telah keluar.
Anggerik Mutiara...

Kemudian kami bergerak pula ke kampung yang ketiga. Bila tiba di rumah, Ketua kampung tersebut pada mulanya dia tidak mengaku dia sebagai Ketua kampong. Tak tahu apa tujuan dia 'menipu', hanya dia yang tau. Pandangan aku Ketua Kampung sepatutnya bersikap jujur. Namun akhirnya dia mengaku juga dan menjemput penyelidik masuk ke rumah. Adakah "jujur" bukan salah satu sikap Ketua kampung...entahlah...
Ketika berada di kawasan "gugup"

Jam 8.00 malam kami membuat rakaman video ‘presentation’ yang telah disampaikan oleh penyelidik dimana semua dapatan data atau sampel yang diperoleh pada siang tadi dibentanagkan dan di bincangkan.Prof. Datuk Dr. Wahid Samsudin juga turut membuat pembentangan. ‘Presentation’ tamat kira2 jam 11.00 malam.

18 NOVEMBER 2009.
Jam 7.30 pagi kami bergerak ke Pusat Penerangan Lata Jarum dan dalam perjalanan aku mengambil Siti Suraya di Chaletnya. Jam 9.00 pagi kami mengikut para penyelidik untuk memasuki Denai Bukit. Laluan tersebut sejauh 2 Km. Permulaan perjalanan ia agak berbukit. Letih juga kaki melangkah dan tercungap-cungap gak nafas berbunyi...
Denai Mutiara..

Sepanjang perjalanan, kami merakamkan semua subjek yang dijumpai termasuk para penyelidik yang mengambil sampel tanah di laluan ini. Kami yang mengikuti penyelidik di denai ini ialah aku, Ramli, Siti Suraya dan sdr. Raai(Jurufoto Kanan, Penerbit UKM). Sebagai ‘videographer’ dan ‘photographer’ kami memang mengambil masa yang agak panjang sedikit untuk merakamkan subjek yang dijumpai.
Bertuahnya badan...ade yang sedia membantu...

Diantara subjek yang sempat dirakam ialah pokok balak, Kacip Fatimah, serangga kecil, tumbuhan berbuah namun pokok Tongkat Ali tidak dijumpai mungkin ia telah ‘diambil kembali oleh Ali kut....’ atau Ali taknak letakkan tongkatnya di situ....
Dihujung denai ini kami melalui sungai buta atau gugup yang hanya dipenuhi oleh batu-batu besar.
"Cendawan....."







Sunday, November 15, 2009
'Bye' sekali lagi....

Saturday, November 14, 2009
An Old Friend...



















