Wednesday, January 7, 2015

...baNjir...oh...BaNjiR....

PETANG tadi, RABU, 7 Januari 2014, aku bersama Sdr. Kamarul ada di Persada Canselori
jam 3.00 petang kerana mendengar taklimat untuk SUKARELAWAN
yang akan mengambil bahagian dalam misi bantuan banjir 
di Kelantan. Kami akan turut serta sebagai
sukarelawan yang membantu
membersihkan kawasan serta juga sebagai
perakam segala aktiviti yang berlaku di sana nanti. Sebenar
nya aku tak pasti kami akan ke lokasi mana, sama ada GUA MUSANG atau JELI.
Apa yang aku pasti ialah kami akan membantu membersihkan sekolah
di sana yang amat perlu dibersihkan kerana sesi persekolahan
yang akan bermula awal minggu depan.




NC dan TNC memberi kata2 kpd sukarelawan...
Jumlah sukarelawan yang turut serta adalah lebih kurang seratus
lebih yang terdiri daripada kakitangan ukm dan pelajar. Beberapa orang pelajar
antarabangsa juga turut bersama dalam misi bantuan pasca banjir
tersebut. Kami akan berada di Kelantan dari 8 januari
hingga 11 januari 2014..................




Aku tak pasti kami akan berada di JELI atau GUA MUSANG...tapi tak kisah
lah yang penting kami dapat membantu mereka dengan ikhlas. Secara umumnya Jeli
merupakan salah sebuah daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan.
Ia berkeluasan 1,300 kilometer persegi serta mempunyai penduduk
lebih kurang 40 ribu menurut bancian dalam tahun 2010.
Jeli bersempadan dengan Perak dan Thailand.




Jajahan GUA MUSANG pula merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan.
Penduduk Gua Musang berjumlah lebih kurang 90 ribu orang menurut bancian dalam
tahun 2010. Gua Musang terletak di selatan negeri Kelantan. Keluasan
Gua Musang ialah lebih kurang 8,000 kilometer persegi.



Apa yang penting kami dapat memberikan bantuan dalam aktiviti
membersihkan sekolah di sana dengan lancar supaya pelajar dapat kembali belajar
dengan lebih selesa bebas daripada debu dan bebas daripada
lumpur. Aku juga berharap dapat menghasilkan 
sebuah video bersama sdr. KAMARUL berkaitan aktiviti yang dijalankan 
oleh sukarelawan yang mengambil bahagian dalam misi bantuan berkenaan....aku juga
akan cuba siapkan video berkenaan dan di upload ke youTube. Aku jugak
berharap semua ahli sukarelawan berada dalam keadaan yang selamat,
pergi dan balik serta ketika berada di sana.........

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria

Saturday, January 3, 2015

...sELamAT tAhUn BaRu & teruskan tugas...




......tontonlah video2 prof. Muhaya yang dah aku upload...moga ada manfaatnya...

Selamat tahun Baru masehi kepada semua, rasanya belum terlewat untuk ucapan
tersebut...kan gitu.....
2 januari 2015, aku bekerja kembali setelah hampir SEBULAN
bercuti. macam mana pon ada ketikanya aku pegi gak
ke pejabat untuk selesaikan edit video dan
juga bantu dalam rakaman MCP 
malam dan jugak dalam
waktu pejabat. Bukan sebab rajin tapi
tanggung jawab dan jugak rasa kesian kepada rakan- rakan
kerana  rakaman MCP perlukan ramai krew.............................................

Hari pertama keje untuk tahun baru, 2 JANUARI 2015.

Semalam, Jumaat, 2 Januari aku membuat suntingan video TRANSFORMASI DIRI
yang dikendalikan oleh PROF. DR. MUHAYA. program ni da kami rakam
pada 21 Disember 2014 yang lalu. Disebabkan banyak tugas
suntingan video yang lain serta bercuti, maka video ni
agak lewat di edit. Dulu, semalam dan hari
ini, SABTU, 3 Januari 2015,  aku dapat edit video tersebut.
Rasanya dah 80% hampir siap kot...................................................................



HARAP aku boleh siapkan suntingan video tahun 2014 tu dengan segera sebab
tahun 2015 akan ada rakaman video 2015 yang juga perlukan
kepada kerja-kerja suntingan..........................
Awal Januari 2015 ni, kami dikatakan akan diminta untuk
membuat rakaman video berkaitan misi bantuan banjir yang dikendalikan
oleh UKM...tapi tak pasti tarikh sebenar kami akan ke sana.
Berita awal dikatakan dari 8 - 10 Januari 2014 dan
lokasinya di tumpat kelantan.......namun
berita yang muktamad masih belum kami peroleh................
Kalau kami pergi ke sana, kami akan cuba buat sebuah video penerbitan
berkaitan misi tersebut dan akan di uploadke UTube
untuk tontonan semua..................



Akhirnya aku nak ucapkan TERIMA KASIH kepada semua KREW rakaman
sama rakaman MCP atau SCP kerana tanpa kerja kamera anda tentu 
sukar jugak untuk aku membuat segala suntingan video2 tersebut....
....................... tamat.

terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria


Wednesday, December 24, 2014

...eDit...Oh...EdiT...syarahan prof. ulung...

HARI ini Rabu dan semalam Selasa, 11 & 12 Disember 2014, aku pi ofis
buat sunttingan video SYARAHAN UMUM PROF ULUNG
DATUK DR. SHAHSUL AMRI..............Aku datang keje
bukan sebab rajin bekerja walaupon aku masih
bercuti hingga hujung tahun.......
Aku datang keje untuk selesaikan keje yang
perlu diselesaikan.....kita dibayar gaji bukan untuk duduk
diam2 dan ujung bulan terima jer gaji....tentu keberkatan gaji tersebut diragui...
Kita  dibayar gaji untuk bekerja dan juga jika takde keje kita dibayar
gaji untuk hadir ke tempat kerja ikut masa yang ditetapkan..
mudahnya macam ni 

HADIR + BEKERJA = GAJI

Jika tiada kedua-duanya tentu sukar untuk
tentukan tugas kita tu punyai gaji yang BERKAT atau TAK....jadi hati2 ler...
..................opst! maaf kalau ada  yang tak setuju pandangan aku ni.........
Bagaimana pon semuanya PENCIPTA lah yang menentukannya...
apa2 pon kita kenalah sentiasa beringat....apa2 yang
kita usahakan, itulah yang kita peroleh
kalau bukan di dunia, tentu
akan dapat bila
da masuk ke alam lain nanti..............opst! Maaflah...aku ter 'melalut' pulak...

Jadi hari ni aku dah siapkan SYARAHAN PROF. ULUNG tu dan
dah pon upload ke YouTube...mungkin malam nanti
boleh tonton ..........................................Opst!..baru jer ada di YouTube
...silalah tonton di bawah.....................................


Namun tanpa kerjasama rakan2 dalam UAV PKK...
........................................tentu aku pon tak mampu nak edit event
ni sebab rakaman ni adalah kerjasama semua krew UAV PKK....sdr. SHAHRUL,
RAMLI, JASRIL, KAMARUL & HAJI IZAD..........................

kepada sape2 yang nak menontonnya.....
Search jer di channel youtube  UAV PKK tentu akan keluar 'site' tu..........
Selamat menonton...........................sekian...

foto pagi tadi...




Dua hari aku menyiapkan proses suntingan ni....semalam dan hari ni...........dan 
gunakan masa selama 3 jam lebih kurang sehari................................Ada
beberapa lagi pita yang belom disunting dan akan aku sunting
dalam masa aku bercuti ni...........................

.........terima kasih kerana sudi membaca.....

DAUD.montak.zakaria

Sunday, December 21, 2014

...seMinar transFormasi DiRi...



HARI ini AHAD, 21 Disember 2014, kami keje hari ni. Aku masih bercuti, tapi datang
jugak untuk bantu rakan2 kerana perlu krew yang ramai. Bukan mudah
bertugas dalam keje2 mcp ni apatah lagi bila dalam
keadaan bilangan krew yang tidak seberapa.
Ramai krew bantuan bercuti panjang...
Aku sampai Dectar jam 7.30 pagi...
terus buat pemasangan kamera dan tripod dengan
dibantu oleh sdr. JASRIL AMRY....Jasril pagi ni mengambil tugas
mengendalikan alatan audio dalam STUDIO UKM kerana sdr. RAMLI ADNAN bercuti.
Kami membuat rakaman MCP Seminar Transformasi Minda yang
dikendalikan oleh PROF. DR. MUHAYA............
Banyak jugak infor yang berguna dalam
seminar ini...amat berguna.......
untuk kita sebagai manusia......................................................tugas mcp
kami selesai lebih kurang jam 6.00 petang................
Ermmmm.....aku letih sangat nak tulis panjang-panjang kat sini...
apa kata aku biarkan foto-foto yang tak berapa profesional ini bercerita bagi
pihak aku.....mungkin ceritanya lebih menarik...bukan begitu...
Tentu ada dikalangan pembaca nak tau apa yang 
terdapat dalam seminar tersebut.........
tunggu jer lerrr...........................................................................kalau
bernasib baik bolehlah anda tonton nanti......................k...
......sekian..................

awal pagi...
persiapan alat...
beransur-ansur peserta masuk dewan...

aturcara...
...berdua jer....krew bilik audio sorang...krew kamera dlm dewan, 5 jer...
Yan, bantu grafik...


farah fauzana..
prof. muhaya & menantu..
prof. muhaya, heliza helmi & farah..
m, h & f
prof. & anak..

prof. & farah
prof. muhaya...
menantu prof. muhaya..
heliza helmi
farah fauzana
Aku nak mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada semua krew yang terlibat
iaitu krew UAV PKK, sdr. SHAHRUL, JASRIL, KAMARUL &
HJ. IZAD....serta krew bantuan yang turut membantu
iaitu sdr. MUFAKHRAN, KHUSAIRI
& YAN.................
terima kasih........ tanpa anda siapalah UAV PKK.........................................
Kesian jugak kat krew kamera kerana tiada pengganti....
berdiri di kamera hingga 3 jam tanpa henti tiap2
sesi......ngadu sakit kaki, sakit pinggang
dan sebagainya.....itulah
cabaran kami....apa-apa pon tanggung jawab
tetap kami selesaikan supaya ia tidak menampakan imej negatif
kepada pihak luar universiti......................................................................................
Kami sentiasa sedia memikul tanggung jawab demi jabatan dan 
universiti yang kami sayangi..............................
sekian.

...terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria

Friday, December 19, 2014

...kRa..oH...KrA.....?

SUNTINGAN PROGRAM BICARA KRA

Pagi tadi, SABTU, 20 Disember 2014, aku pi pejabat buat suntingan

video PROGRAM KRA yang telah berlangsung semalam iaitu hari Jumaat.
Agak lama jugak, mula jam 9.00 pagi, jam 2.30 petang baru siap dan terus upload
ke YouTube. Jam hampir 7.00 petang baru boleh di tonton di YouTube.
Rasa puas hati dapat buat suntingan untuk tontonan mereka yang
memang hendak menonton kembali rakaman berkenaan.
Itulah perasaan yang sering dirasakan oleh
seorang penyunting.................tamat.

edit....
convert to mp4...
transfer to thumbdrive..

RAKAMAN MCP 'PROGRAM BICARA KRA' DI DECTAR

PAGI tadi, JUMAAT, 19 Disember 2014, kami membuat rakaman video BICARA KRA
di DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK, DECTAR, UKM.
Persiapan teknikal ada yang sudah di siapkan sebahagian
semalam. Pagi ni aku tiba di DECTAR sebelum
jam 8.00 pagi. Kelihatan sdr. SHAHRUL
sudah pon berada dalam
DECTAR. Dia tiba lebih awal mungkin 7.30 pagi
kot...Aku terus bantu dia memasang kamera dan tripod.....Sdr. Ramli
tiba tidak berapa lama kemudian dan dia uruskan perkara berkaitan AUDIO...tanpa
AUDIO....siapalah VISUAL....begitulah sebaliknya...........................
Persiapan teknikal perlu awal...jika berlaku apa2 masih ada masa untuk cek 
sana-sini...........................Program ni bermula lebih kurang jam 9.00 pagi...
antaranya tuntas bicara, bicara kra oleh Naib Canselor dan 
sebagainya lagi....tonton lah nanti bila aku da siapkan
 suntingan video tu....


....kra versi penuh, 2 jam 45 mins....


...pelancaran KRA di DECTAR....




hanamichi dan Yan yang involve berkaitan grafik...

pelajar LI dan Yan....


...inilah kami...bersejuk dalam konti...
Datuk NC...

Datuk NC...Bicara KRA...
Aku sebenarnya masih dalam mood bercuti....akan terus bantu
rakan2 walau pon bercuti....Ahad nanti akan turun lagi kerana ada MCP di DECTAR...
Aku nak ucapkan TERIMA KASIH bebanyak kepada semua krew yang terlibat
dalam rakaman MCP ni iaitu sdr. SHAHRUL, JASRIL, KAMARUL,
RAMLI, HAJI IZAD serta krew bantuan yang datang
iaitu sdr. HJ SULIMI, ZULHIMI HAMZAH
dan YAN dari PTM.....serta Pelajar
LI di unit kami..........tanpa
anda semua....siapalah kami...........................
Terima kasih kepada En. Hazrul yang turut serta berada
dalam Bilik Kawalan Video, Studio UKM.......
Kepada pembaca, blog ini adalah blog kami, berkaitan tugas2 MCP
dan SCP kami serta semua perkara berkaitan aktivi kami Unit Audio Visual, Pusat 
Komunikasi Korporat, UKM........semuanya cerita tugas kami dan juga cerita kombinasi
 antara mesin dan manusia yang ada ketikanya jemu untuk
dibaca........

....sekian dan terima kasih kerana membaca...

DAUD.montak.zakaria