Thursday, December 4, 2014

...mcp program anjuran CRIM UKM...

Pagi dan petang tadi, KHAMIS, 4 Disember 2014, kami membuat rakaman
MCP di DECTAR anjuran CRIM UKM. Program tersebut
merupakan program pameran pencapaian
universiti2 penyelidikan.
Menteri Pendidikan II hadir dalam program berkenaan.....
Persiapan teknikal telah dijalankan sejak 
awal pagi lagi. Sebelum jam 8.00 pagi semua peralatan
MCP telah siap tersedia walaupon program bermula lebih kurang jam 10.00am.
Malas aku nak tulis panjang2, lihat jer lah
foto2 di bawah tu....foto wajah aku
memang takde pon........
sebab aku yang tangkap gambor. Bukan takleh buat 'selfie',
tapi trend tu da macam bese2 jer...da jemu orang nak tengok pon.......................
















Krew bantuan memang tak ada sebab tugas berkenaan dijalankan dalam
waktu pejabat. Sampai ada jurukamera yang mengeluh sakit
pinggang sebab berdiri lama di kamera, lebih
kurang 2 jam beb sebab tiada
pengganti jurukamera....
Walaupon tak cukup krew, tugas
perlu jugak diselesaikan....mungkin dalam keadaan
yang sukar (kerana kurang krew) terselit keberkatan pada setiap 
gaji yang kita terima setiap bulan...kan...mana tau, 'keberkatan' itu adalah
rahsia PENCIPTA.....mungkin dalam bentuk 'ketenangan' jiwa
dan sebagainya...hanya kita yang tahu jiwa kita
sendiri...kan gitu....jadi janganlah anggap
'keberkatan' itu merupakan satu
perkara yang remeh.....
Aku nak ucap terima kasih kepada semua
krew UAV. Aku juga nak ucapkan terima kasih kepada
semua pelajar LI yang membantu dalam konti bersama aku....aku
jugak nak ucap terima kasih kepada SITI SURAYA yang hadir sebentar
membantu dalam urusan GRAFIK dan terima kasih
jugak kepada YAN kerana membantu sebentar
dalam GRAFIK untuk seketika kerana
dia perlu juga bertugas dalam 
dewan untuk tugasan PTM 
berkaitan rangkaian....................................................................................
TERIMA KASIH SEMUA......

Mulai esok, 5 Disember 2014, aku akan bercuti panjang hingga 31 Disember 2014
untuk habiskan CUTI GANTIAN aku....Bagaimana pon aku akan membantu
krew jika ada rakaman MCP di PERSADA dan DECTAR
kerana MCP perlukan ramai krew. Sering kami
kekurangan krew, jadi tak salah aku hadir untuk membantu rakan2
untuk mengurangkan beban mereka membuat rakaman mcp atau MULTIPLE
CAMERA PRODUCTION. Jadi pada 6 dan 9 Disember ini aku akan 
datang jugak untuk membantu dalam rakaman mcp berkenaan....
.....sekian................................................

...terima kasih kerana sudi membaca......

DAUD.montak.zakaria

Sunday, November 30, 2014

mcp..oOOo...mcp..'asean arts festival'

SEMALAM, SABTU, 29 N0V 2014, kami membuat rakaman MCP 'UKM-ASEAN ARTS FESTIVAL di DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK, UKM..
Kerja masa orang lain berehat buakannya mudah beb....
tambah pulak hari hujan, waktu malam
pulak tu..........
Apa-apa pon da menjadi tugas, maka
perlulah dilaksanakan....................................................
Aku malas nak bercerita panjang...lagi sekali aku berharap foto-foto ini
mampu menceritakan segala-galanya kepada anda semua.....








foto dari YAN....kurang krew malam ni...
sempat ber selfie..




foto dari fb sdr. kamarul...

sorang pembantu jer malam ni...



foto dari fb sdr. kamarul...
foto dari fb sdr. kamarul...
4th UKM - ASEAN Arts Festival merupakan persembahan kesenian yang telah di persembahkan oleh universiti-universiti asean. Malam ni universiti yang terlibat ialah dari Singapura,
Filipina, Hong Kong, Vietnam, Indonesia, dan Malaysia......
agak menarik gak persembahan mereka....
Tak ramai krew bantuan 
yang hadir membantu...mungkin kerana
hujan kut atau mungkin sebab mereka mengambil kesempatan
membawa keluarga bercuti sempena cuti sekolah yang panjang di kala ini....
Apa-apa pon aku nak ucap terima kasih yang datang membantu iaitu YAN, KHUSAIRI,
HATA dan HAJI SULIMI serta krew UAV sendiri iaitu
SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI dan
HAJI IZAD......
Video ni akan aku upload ke YouTube bila da selesai di edit....jangan
lupa tonton jika mahu...cuma taip UAV UKM di search
YouTube...............................

Terima kasih kerana membaca......

DAUD.montak.zakaria

Monday, November 24, 2014

Debat n Pidato Pelajar Sabah...

MALAM tadi, Ahad, jam 8.00 malam kami membuat rakaman MCP 'DEBAT
dan PIDATO PIALA D'BAYU. Sebenarnya ia merupakan program
anjuran pelajar IPTA SABAH seluruh Malaysia....
La ni da jam 1.30 pagi, malas nak
tulis panjang panjang, lihat foto-foto ni...anggaplah
ia bercerita kepada anda................................................................................
















Malam tadi hujan lebat, krew tak ramai yang dapat hadir membantu..
Aku nak ucapkan terima kasih bebanyak terutama kepada
KREW JEMPUTAN iaitu AHMAD YUNUS,
SULIMI dan KHUSAIRI.....

sekian dan terima kasih kerana membaca....

DAUD.montak.zakaria