Sunday, July 6, 2014

bicara bangi - kanak2


3 Julai 2014, kami mempunyai tugas rakaman MCP di Persada Canselori. Program 
tersebut ialah BICARA BANGI. BICARA BANGI ini merupakan
program yang membicarakan isu-isu semasa.
Bicara Bangi ini mungkin akan
diadakan di persada
ini sejumlah dua kami sebulan....
mungkin......aku pon tak pasti.......................................................................










Seperti biasa kami membuat persiapan teknikal waktu pagi kerana program tersebut
akan berlangsung pada sebelah petang. Beberapa orang panel yang
berwibawa telah di undang dan moderatornya
pula ialah WAN KAMARUDIN WAN IBRAHIM dari TV AL HIJRAH.
Rakaman tersebut telah kami rakam dengan licin dan lancar dan link di YOUTUBE aku
letakkan di atas sila tonton kalau nak......
Di sini aku nak ucapkan terima kasih kepada semua krew yang bertugas
iaitu sdr. SHAHRUL. KAMARUL, RAMLI, JASRIL AMRY
dan HAJI RUHAIZAD.......................

....terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria

Friday, June 27, 2014

mcp d' persada canselori...


'isu halal dan haram...'


'pembinaan negara bangsa...'

MINGGU ini, disamping kerja rakaman 'single camera' kami juga mempunyai
dua tugas rakaman 'multiple cameras' atau mcp. Kedua-dua
kerja mcp tersebut dibuat di PERSADA
CANSELORI.
Tugas pertama ialah pada hari Khamis
iaitu Bicara Bangi yang berkaitan isu halal dan haram. Sementara
tugas kedua ialah berkaitan dengan Model Perpaduan Masyarakat Kelantan.








Isu berkaitan Halal dan Haram aku fikir amat menarik kerana ia membabitkan apa yang
kita makan, tentulah perlu diberi perhatian. Antara ahli panel forum
berkenaan ialah wakil dari pihak JAKIM. Banyak
perkara dijelaskan oleh ahli panel
yang perlu kita tahu...terus dari mulut mereka sendiri, bukan dari pihak
media yang ada kalanya sukar untuk dipercayai.....apatah lagi melalui media-media
sosial yang cakap ikut suka, tulis ikut rasa...........................................

Program yang satu lagi iaitu berkaitan Kelantan, juga tidak kuarang hebatnya,
agak menarik kerana ia dikupas oleh penduduk Kelantan sendiri
yang terdiri daripada orang Melayu, Siam dan Cina kelantan.






Aku akan cuba edit kedua-dua video berkenaan dan seterusnya akan aku upload ke 
YouTube bila sudah siap. Jangan lupa tonton kerana informasi keduanya
amat menarik terutama berkaitan isu Halal dan Haram...

Akhir sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada semua krew mcp yang terlibat
iaitu, sdr. SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI, HAJI RUHAIZAD dan
JASRIL AMRY yang kesemuanya 'involve' dalam rakaman
terbabit..................................................

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca......

DAUD.montak.zakaria

Sunday, June 22, 2014

floria lagi...

21 JUN 2014, aku pi FLORIA di PUTRAJAYA. Aku pi setelah program tersebut 
seminggu berlangsung. Tak lama pon kat situ sebab cuaca agak panas.
Program tersebut berlangsung selama seminggu. Tak banyak
lokasi yang aku pi sebab cuaca panas. Tempat
pameran bunga2 dalam khemah2
tertutup pon aku tak masuk pon walau sebuah.
Tapi tahun lepas aku masuk jugak. Kali ini nak masuk 
kawasan FLORIA dikenakan RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk
kanak-kanak. Namun tahun lepas dan sebelumnya tidak dikenakan sebarang bayaran.
Mungkin ada yang berpendapat bunga tiada kaitan dengan KOMUNIKASI
 dan tak perlu masuk dalam blog aku ni...tapi perlu diingat bunga juga
 merupakan alat berkomunikasi...contohnya HARI
IBU pon ada yang beri
bunga kepada IBU yang tersayang.................kan gitu....
Jadi la ni aku biarkan jer foto2 di bawah menyampaikan mesejnya..........................





















...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria

syarahan gabenor sulawesi selatan...

19 JUN 2014, kami membuat rakaman SYARAHAN GABENOR SULAWESI
SELATAN. Rakaman video MCP tersebut diminta oleh pihak pengurusan
kami atas permintaan penganjur iaitu FSSK, UKM.
Persiapan kami lakukan waktu pagi dan rakaman atau program
tersebut berlangsung pada waktu petang lebih kurang jam 2.00 di PERSADA
CANSELOR, UKM. Kalau nak ikuti syarahan tersebut aku letakkan link di bawah..













Harap foto2 ini mampu menceritakan segalanya...

sekian dan terima kasih kerana membaca....
DAUD.montak.zakaria