Monday, October 7, 2013

36 jam mengatasi 26...bila pulak 56?



SEMALAM, Ahad, 6 Oktober 2013, tepat jam 10.00 malam tercatat rekod BARU
Malaysia Book of Record, senaman selama 36 jam tanpa henti,
memadamkan rekod LAMA selama 26 jam.

ratu t-shirt Senam 1 Malaysia.
sedang bertugas pada malam bersejarah...
di antara dua tripod
masih di pentas
Majlis Penutup bersejarah ini, SENAM SATU MALAYSIA 36 JAM TANPA HENTI
ini meletakkan tanggung jawab kepada kami untuk membuat rakaman MCP
masa majlis penutup sepertimana dalam majlis perasmian
pembukaan pada 5 Oktober 2013.

rehat tapi masih tidak lupa tanggung jawab..
yunus
aisyah, raai dan najwa...
krew jugak amik kesempatan bersenam....
 Kami juga bertanggung jawab membuat rakaman penuh dengan dua buah kamera
secara bergilir tanpa henti selama 36 jam. Rasanya kami juga boleh menerima
REKOD rakaman video selama 36 jam tanpa henti...bukan begitu...?
Bangga rasanya kerana unit kami juga membuat rekod
rakaman terlama buat masa ni, walaupon
rasa bangga kami hanya ada dalam 
hati kami jer, tidak
dicatat dalam buku Malaysia Book of Record. Ini juga
bermakna kami juga telah mengatasi rekod rakaman 24 jam yang telah
kami buat semasa kami membuat rakaman tarian TANDAK selama 24 jam yang
dibuat oleh PUSAT KEBUDAYAAN UKM. Rekod tarian selama
24 jam ini masih belum diatasi oleh sesiapapon
kat Malaysia ni......bangga gak kami
kerana menjadi sebahagian
daripada team kumpulan pemecah rekod tersebut walaupon tanpa sijil...
Rakaman video kami tanpa henti tersebut merupakan salah
satu keperluan untuk diberikan sijil Malaysia Book of
Record. Bahan rakaman tersebut menjadi
bukti penting.....

peserta di dewan yang turut serta.
detik sejarah yang hampir tercipta..
lagi 1 jam...
dalam dewan...
 Malam terakhir ini kami dibantu oleh krew yang agak ramai iaitu SDR. YUNUS, HAFIZ, YAN,
HIDAYAH, WATIE, HATA, ROSLI, HAJI SULIMI, SITI AISYAH, NUR NAJWA,
NAZIRUDDIN, serta krew UAV sendiri. Krew MCP membantu dari jam
8.00 malam hingga program tersebut selesai.
Malam tersebut amat meriah terutama
ketika 'count down' dari
10 saat terakhir.
Penyampaian Sijil dilakukan oleh wakil malaysia
Book of Record. TNC HEPA dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan 
Kesenian Negara. Sebenarnya Senam 1 Malaysia ini merupakan
program yang dianjurkan oleh PUSAT SUKAN UKM
dengan kerjasama KEMENTERIAN PENDIDIKAN dan juga
JABATAN KEBUDAYAAN dan KESENIAN NEGARA MALAYSIA.

selepas detik kejayaan berlalu....
mengabadikan detik kejayaan...
Rakaman video selama 36 jam tersebut telah dijalankan oleh sdr. SHAHRUL, JASRIL,
YUNUS dan KAMARUL BAHARIN. Dikatakan peserta yang mengambil 
bahagian dalam menjayakan rekod ini ialah seramai lebih
seribu orang dari pelbagai komuniti masyarakat
berbilang bangsa dan usia. Mereka terdiri daripada pelajar daripada instusi
pengajian awam dan swasta, pelajar sekolah, kakitangan awam dan swasta serta juga
masyarakat awam.... Dikatakan juga seramai lebih 70 orang instructor
mengetuai kumpulam senaman lebih daripada 70
kumpulan sepanjang 36 jam tersebut....
Akhirnya aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew MCP
dan juga krew SCP yang telah menjalankan tugas dengan baik...tq.

sekian dan terimakasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria
*aku akan cuba hasilkan video berkaitan SENAM 1 MALAYSIA 36
JAM ini dan akan di 'upload' ke YouTube dalam masa terdekat...Insyaa ALLAH.

Saturday, October 5, 2013

senam 1 malaysia 36 jam tanpa henti



HARI ini, Sabtu, 5 oktober 2013, kami membuat rakaman MCP SENAM 1 MALAYSIA
36 JAM TANPA HENTI untuk catatan Malaysia Book of record
di DECTAR UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA, BANGI, SEL.
Majlis penutupnya ialah jam 10.00 malam pada hari esok 
iaitu hari Ahad. Jam 10.00 malam tu cukuplah 36 jam senaman tersebut.

persiapan
persiapan
persiapan teknikal
tumpuan
rakaman
Kami cuma membuat rakaman MCP semasa perasmian pembukaan dan penutup
sahaja sementara rakaman terus menerus selama 36 jam adalah dengan
 sebuah kamera secara bergilir-gilir. Ini amat perlu sebagai bahan
 bukti yang akan diberikan kepada Malaysia Book of Record nanti...................

36 jam tanpa henti
baru jer 1 jam...
jasril & yunus
aksi
shahrul, jasril & yunus 
Krew yang terlibat dalam rakaman MCP pembukaan hari ini agak ramai jugak iaitu
YUNUS, HATA, NAZIRUDDIN, ROSLI, WATIE, HIDAYAH, HAFIZ, 
NAJWA dan SITI AISYAH......

nur najwa, camerawoman khas dari politeknik arau perlis...
Rakaman MCP cuma majlis perasmian dan masa penutup sahaja sementara rakaman
satu kamera akan berlangsung selama 36 jam tanpa henti. Masa yang
rasanya amat payah ialah dari tengah malam hingga ke subuh.
Rakaman tersebut tidak boleh terputus....
Krew yang terlibat dalam rakaman satu kamera ini
ialah seramai 4 orang iaitu SDR. SHAHRUL, JASRIL, YUNUS dan KAMARUL.
Harap mereka tidak mengalami sebarang masalah dalam menjalankan
tugas rakaman sepanjang 36 jam tersebut.....

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

konSert diKir baRat

MALAM ini, Jumaat 4 Oktober 2013, kami membuat rakaman KONSERT DIKIR
BARAT anjuran PUSAT KEBUDAYAAN UKM di DECTAR.
Rakaman ni merupakan rakaman MCP.




Sebenarnya program tersebut bermula selepas waktu Isyak, namun kami perlu
sediakan peralatan rakaman lebih awal supaya apa jua perkara
yang berlaku akan memberi masa kepada
kami untuk selesaikan....itu
pun kalau bolehhh...




Tugas kami yang seperti ini amat memerlukan kerjasama setiap individu. Setiap
individu amat penting. Bila semuanya 'involve' tentu tugas yang
berat menjadi ringan. Tugas yang ringan menjadi
tidak berat........opst!




Sebenarnya aku tak banyak ilmu berkaitan Dikir Barat ni, jadi tentu sekali aku tak
layak untuk membuat sebarang ulasan berkaitannya. Cukup sekadar
aku menyentuh berkaitan tugas kami jer......



Konsert Dikir barat ni tamat lebih kurang jam 11.30 malam. namun selepas berkemas
kami masih belum boleh pulang. Kami perlu menunggu beberapa
minit lagi kerana kami perlu mendapatkan sedikit maklumat
berkaitan SENAM 1 MALAYSIA 36 JAM.
KAMI perlu maklumat malam ini jugak supaya mudah kami
membuat persiapan esok pagi kerana pagi esoklah program SENAM 1 MALAYSIA
ini akan berlangsung.
Oleh itu kami meninggalkan dewan setelah jarum jam
menunjukkan lebih daripada angka dua belas. Itupun setelah kami memperoleh 
sedikit maklumat berkaitan program berkenaan.
AKU ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew terlibat
termasuk krew yang membantu kami iaitu sdr. YUNUS, CHEF, ISMA, HATA,
HIDAYAH, SULIMI, WATIE, SHUKRI, JUNIOR, HAFIZ,
SITI AISYAH dan NUR NAJWA dari Politeknik
Arau, Perlis dan mungkinada yang
aku terlupa...terima kasih...........................................

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria

Thursday, October 3, 2013

...reshoot dan reedit jUBah pPs...


...behind the scenes...

HARI ini, 3 OKT. 2013, kami membuat kerja-kerja shooting video cara pemakaian
jubah graduan. Video ini akan digunakan semasa mesyuarat
dan juga untuk ditayangkan kepada
siswazah yang akan menerima
ijazah pHd nanti..

pps
jasril
dewan kuliah utama
SEBENARNYA sebelum ini kami dah shoot dan edit video yang sama namun
ia telah dibincangkan dalam mesyuarat pihak atasan dan hasilnya
ia perlu di shoot kembali dan juga disunting kembali...
'the customers are always right...right?'

raptai
ramli
najwa, aisyah & jasril...nak kenal ker..?
KAMI gerak ke PUSAT PENGURUSAN SISWAZAH jam 9.00 pagi. Aku
sendiri pon tercari-cari bangunan tersebut. Ingat2 lupa. Berpandukan
informasi 'pengomen' di FB dapat jugak
cari bangunan tu....sebenarnya
ini pertama kali
aku sampai kat bangunan tu.........

taklimat
menunggu
selesaikan apa yang perlu
TIBA jer di sana terus cari lokasi dan masuk ke dalam....rupanya da ada yang tunggu
dalam dewan tu....Kami terus pasang peralatan yang kami bawa dan yang kami
ada. Dewan ni agak luas dan perlukan pencahayaan yang lebih..

raptai
hiasan
KERJA shooting yang dibuat taklah sebanyak video yang kami buat tempoh hari. Ia
agak simple. Tapi walaupon simple, hasilnya macam tak puas hati jer..
tapi apa boleh buat....segalanya terhad....

sebelum gerak ke pejabat
jasril, ramli, najwa, aisyah & shah...nak balik daaa...
SELESAI shooting kami kemas semua peralatan dan........................
lepas tu kami gerak balik ke pejabat....
TERIMA KASIH kepada semua krew yang terlibat iaitu SHAH,
RAMLI, JASRIL dan 2 orang PELATIH POLITEKNIK
ARAU iaitu SITI AISYAH ADANA dan
NUR NAJWA MOHD RASHIDI.
TIBA di pejabat terus digitize footage berkenaan, juga terus dibuat suntingan
hampir siap...La ni tunggu montage yang diedit oleh pelajar 
LI tu sebelum video
berkenaan siap sepenuhnya....harap2 o.k...

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Sunday, September 29, 2013

silat & ikrar


Pencak Silat UKM 2013

HARI ini ahad 29 September, kami membuat rakaman MCP Majlis Pendaftaran dan Ikrar 
pelajar baru UKM di dectar lebih kurang jam 9.00 pagi.



Ini merupakan program yang dianjurkan oleh Pusat Perkembangan UKM. Biasanya
pelajar baru tersebut merupakan calon pelajar yang mengikuti
program ijazah pertama dan pasca siswazah
yang setiap tahun diambil oleh
pihak Pusat Kembangan. Ini merupakan program untuk mereka yang sudah bekerja.



Hari ini krew agak kurang jugak, mungkin mereka mempunyai komitmen yang lain
yang lebih memerlukan, gamaknya. Hari ini krew bantuan yang datang
ialah Chef, Yunus dan Rosli....



SEMALAM iaitu hari Sabtu kami membuat rakaman program FESTIVAL PENCAK SILAT
UKM 2013 yang dianjurkan oleh PUSAT KEBUDAYAAN UKM.
Program berkenaan berlangsung pada jam 8.00 malam
di DECTAR......



Program tersebut merupakan persembahan seni bela diri dari pelbagai cabang.
Mereka semua dijemput untuk membuat persembahan. Kumpulan
kumpulan tersebut terdiri daripada beberapa
aliran pencak silat, Silambam
dan juga seni mempertahankan diri dari Jepun iaitu Aikido.....


Persembahan kumpulan seni mempertahankan diri tersebut amat menarik. Ia tamat lebih 
kurang jam sebelas setengah malam. Malam tu ramai jugak krew bantuan
yang datang iaitu sdr. YUNUS, HATA, ROSLI, HAFIZ, HIDAYAH,
JAMALUDIN SALEH dan ISMA. Terima kasih banyak
kepada semua termasuk krew UAV sendiri...

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Friday, September 27, 2013

...tonTON jer KALau naK.....

Bulan September ni, dah beberapa buah video telah aku sunting dan rakan-rakan aku
sunting. Walaupon keadaan tidak menentu kami masih lagi
mampu berdiri serta masih bertenaga untuk meneruskan tugas kami seperti biasa...


Ini merupakan video senaman gaya UKM untuk membuang lemak dibadan. Senaman ini dicipta oleh staf pusat sukan sendiri, kalau tak silap. Video ini kami yang 'shot' dan buat
 kerja kerja pos produksinya. La ni aku masih meneruskan suntingan hingga
siap sepenuhnya dan diluluskan oleh pelanggan kami iaitu
PUSAT SUKAN. Mungkin tak berapa lama lagi siaplah kut.......gamaknyer.....
Bagaimana pon tunggu jer ler kemunculannya kerana senaman2 yang ada  dalam video
 ni boleh dilakukan dalam rumah oleh sesape jer asalkan dia masih hidup...opst!
Ramai krew yang terlibat dalam pembikinan video ni termasuk PELAJAR
LATIHAN INDUSTRI di tempat kami..........


Video ini pula telah diedit oleh sdr. KAMARUL BAHARIN. Bahan video ini telah dirakam
oleh sdr. KAMARUL sendiri semasa dia mengikuti lawatan 5th UKM - GLOBAL
MOBILITY STUDENT MOBILITY PARTNERSHIPS
ke SARAWAK awal bulan September yang lalu.
Video ini dia siapkan dan seterusnya aku 'upload' ke YouTube......


Video ini pula merupakan rakaman yang telah aku edit. Bahannya merupakan sambutan
HARI MALAYSIA PERINGKAT UKM yang telah diadakan pada
18 September lalu kalau tak silap. Footage tersebut telah
dirakam oleh sdr. RAMLI dan aku turut serta berada di DATARAN GEMILANG UKM
pada malam tersebut.....


Video ini pula merupakan video yang telah aku edit dan dibubuh skrip. Video ini aku telah edit 
dan aku masukkan skrip yang telah aku tulis. Footage video ini telah aku dan
sdr. Ramli rakam semasa kami mengikuti lawatan 5th UKM - GLOBAL
STUDENT MOBILITY PARTNERSHIPS ke HUTAN
BELUM dan juga KUALA SEPETANG PERAK
pada awal bulan SEPTEMBER lalu.
Kalau nak tau cerita yang lebih sila tonton video tersebut...



Ini pulak video Perasmian Penutup 5th UKM - Global Student Mobility Partnerships 
2013 yang berlangsung di Panggung Seni Dectar pada 5 September lalu.
Video ni dah aku edit dan upload ke YouTube tapi audio video
tersebut telah di 'erase' oleh YouTube kerana masalah
'cpyright'. Ini video kali kedua yang aku dah buang 'multimedia' di dalamnya dan
seterusnya telah aku 'upload' dan setakat ini audio nya masih o.k dan
tidak di 'erase' oleh YouTube.....harap ok lah kuttt....



Akhirnya video ini pula merupakan rangkuman 'footage' video yang telah kami
rakam sepanjang kami mengikuti lawatan pelajar semasa
program 5th UKM - GLOBAL STUDENT
MOBILITY PARTNERSHIPS ke BELUM, KUALA SEPETANG, 
SARAWAK dan SABAH awal bulan September 2013. Video ini telah aku edit
untuk ditayangkan sebelum program MAJLIS PENUTUP 5th UKM
-GLOBAL STUDENT MOBILITY PARTNERSHIPS di PANGGUNG SENI UKM
pada 5 September 2013. Jurukamera video yang terlibat dalam
rakaman video ni ialah HILMI BABA - SABAH,
KAMARUL BAHARIN SUPAAT - SARAWAK dan RAMLI ADNAN
dan aku - HUTAN BELUM dan KUALA SEPETANG, PERAK..
Jika dilihat di YouTube nampaknya ramai jugak yang telah menonton video ni....
maklumlah video 'nostalgia' untuk mereka yang telah pergi
ke tempat-tempat berkenaan.....
Akan datang masih ada lagi video yang akan di edit dan di 'upload' ke YouTube..
jadi jangan lupa untuk menjengah ke SINI untuk menonton video2 kami
yang tak berapa nak 'menawan' tu.....

...k....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria