Monday, August 26, 2013

Belum dan Kuala Sepetang - Mobiliti Pelajar 2013.


...video tanpa skrip, yg berskrip akan disunting kemudian..

Pada 21 Ogos 2013, aku dan sdr. Ramli bergerak ke Belum Perak
jam 10.00 malam dari Kolej Datuk Onn UKM. Kami akan
membuat rakaman video UKM - Global Student 
Mobility Partnerships anjuran Pusat
Hubungan Antarabangsa, UKM.

jeti tasik banding perak
 Kami tiba di jeti Tasik Banding lebih kurang jam 6.00 pagi pada 22 Ogos 2013.
Jeti berkenaan berhampiran dengan jambatan yang menghubungkan
lebuhraya timur dan barat dari Grik ke Jeli di Kelantan. Di sini kami
menunggu untuk naik ke Rumah Bot yang
akan membawa kami ke Kampung
Chueh iaitu sebuah kampung
orang asli di sebuah
pulau di Tasik Banding atau Tasik Temengor ini.

kampung orang asli Chueh...
tasik temengor
tasik temengor
tasik temengor dan kampung orang asli
rumah bot
 Kami bergerak menuju kampung Chueh dengan menaiki rumah bot. 
Untuk tiba di Kampung Chueh
mengambil masa selama lebih kurang satu jam setengah. Dalam 
perjalanan di kiri dan kanan kelihatan menghijau dengan 
tumbuhan hutan hujan tropika Belum.....

rumah bot...
rumah bot.
Kamung Chueh.
 Pelbagai program telah diatur untuk Pelajar Program Mobiliti dengan masyarakat
Kampung Orang Asli Chueh tersebut.......nantikan video yang akan
diterbitkan nanti......

CONTOH SKRIP UNTUK VIDEO

Sekumpulan pelajar universiti yang mengikuti Program UKM - Global Student Mobility and 
Partnerships telah melawat dan tinggal bersama masyarakat orang asli
di Kampung Chueh Belum di Grik Perak.
Jeti Tasik Banding terletak berhampiran jambatan yang menghubungkan
Grik dengan Jeli di Kelantan melalui lebuhraya timur barat. Dari jeti ini ia 
mengambil masa selama lebih
kurang sejam setengah untuk sampai di kampung
orang asli tersebut. Rumah bot yang program berkenaan,
bergerak merentasi tasik yang menghijau airnya dan dikelilingi oleh hutan
hujan tropika yang tebal dan menghijau.....

kampung Chueh..
Tasik Temengor ini mempunyai keluasan 152 Kilometer persegi. Ia merupakan sebuah
 tasik buatan manusia hasil pembinaan Empangan Temengor yang telah
siap sebelum dirasmikan pada tahun 1976. Tasik Temengor ini
termasuk dalam kawasan HUTAN BELUM PERAK.
Hutan belum terbahagi kepada dua iaitu LOWER BELUM dan UPPER BELUM.
KAMPUNG CHUEH terletak dalam kawasan LOWER BELUM..

kampug chueh.
Para pelajar yang mengikuti program ini akan berada di Tasik Banding
atau Tasik Temengor dan Kuala Sepetang di Perak dari 22 - 25 Ogos 2013. 
Sebaik sampai di Kampung Chueh para pelajar dan pensyarah yang menyelia
mereka mengambil peluang beramah mesra dengan penduduk di situ.
Orang asli dari Suku Jahai dan Temiar ini sentiasa menyambut
pengunjung dengan mesra.....
Melawat perkampungan orang asli merupakan sebahagian daripada program
UKM - Global Student Mobiity Partnership. Program mobiliti ini 
disertai oleh pelajar tempatan dan dari universiti dari
luar negara termasuk Korea, Indonesia, Kazaztan, 
Mexico, disamping pelajar tempatan sendiri. Ini merupakan kali
 kelima program ini dijalankan
oleh Pusat Hubungan Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia.

kampung chueh.
 Pelajar sejumlah 13 orang dengan 3 orang pensyarah telah tinggal di Kampung Chueh
selama beberapa hari. Mereka telah menjalankan beberapa aktiviti 
bersama masyarakat setempat.
Menurut ketua suku di kampung ini, terdapat 8 buah rumah dengan lapan buah
 keluarga dengan jumlah ahli lebih kurang 40 orang tinggal di kampung ini. 
Rata-rata mereka yang  tinggal di kampung ini beragama Islam.  
Diantara aktiviti pelajar ketika berada di sini ialah menjalankan aktiviti penyelidikan
 berkaitan komuniti berkenaan.

aktiviti menganyam...
anyaman
 Kegiatan ekonomi masyarakat orang asli di sini ialah menangkap ikan, berladang dan mencari hasil hutan. Antara hasil hutan yang dicari ialah Kayu Gaharu. Namun 
begitu hasil hutan dikatakan agak sukar untuk dicari sejak akhir-akhir ini
 kerana terdapat penceroboh yang masuk ke hutan dari negara luar.
Menurut mereka antara tanaman ladang yang diusahakan ialah
tanaman pisang, jagung dan sebagainya. Mereka juga
 menanam  anak-anak pokok getah untuk 
diusahakan untuk masa hadapan....

anyaman kraf...
masih belajar....
Menurut maklumat daripada kaum ini, kaum suku Jahai dan Temiar di sini berkahwin pada usia se awal 12 hingga 14 tahun. Mereka juga mempunyai anak
 sekurang-kurangnya 4 orang. Anak-anak mereka 
bersekolah di sekolah di sekitar daerah ini. Namun begitu ada juga yang
 tidak bersekolah antara faktornya ialah sekolah berkenaan jauh dari penempatan mereka.

perhati...
tekun...
Diantara aktiviti para pelajar di Kampung Chueh ini ialah mereka
didedahkan dengan cara hidup dan budaya masyarakat berkenaan. Mereka memerhati
dan belajar cara membuat hasil-hasil kraftangan yang mudah. Mereka belajar cara
menganyam daun kelapa dan sebagainya. Mereka mengambil
sedikit masa untuk memerhati dan belajar untuk menganyam
 bersama masyarakat di sini.

aktiviti berakit...
menganyam daun nipah untuk atap dan dinding.
Pelajar didedahkan dengan seni tarian orang asli iaitu sewang. Mereka dipertontonkan tarian 
sewang oleh penduduk di sini. Pelajar juga turut sama menari bersama
dengan penari sewang tersebut. Tarian ini kelihatannya 
dapat menghiburkan mereka yang mengikuti
program berkenaan.

presentation
Pelajar juga turut serta dalam aktiviti membersihkan kawasan sekitar. Perkampungan ini perlu bersih kerana ramai pelancong melawat kampung ini. Seni menganyam daun nipah
juga turut mereka belajar dan melakukannya dengan sendiri.
Mungkin menganyam daun nipah kelihatan mudah, namun jika tidak
dipelajari tentu akan gagal untuk melakukannya.
Masyarakat di sini tidak keberatan untuk mengajar setiap perkara
berkitan anyaman ini kepada pelajar hingga mereka mampu membuatnya sendiri.

di Sungai Gadung...
pakma sungai gadung...
Setelah siap anyaman daun nipah berkenaan, mereka turut membantu memasang anyaman daun nipah tersebut sebagai dinding dan atap sebuah rumah yang baru siap dibina. Masyarakat di sini juga mengajar para pelajar cara menyumpit dengan 
teknik yang betul...Menyumpit  perlu kepada teknik dan latihan
 yang berterusan. Jika teknik sumpitan tidak sempurna
 tentu sasaran tidak mampu disumpit dengan
tepat. Pelajar juga turut serta mencuba menggunakan sumpit. Bila pertama kali
menggunakannya tentu sasaran turut tersasar.

taiping dan larut matang...
taklimat di matang
Suasana sekeliling pulau perkampungan ini amat menarik. Agak kerap juga pelancong 
luar datang menjengah di kampung Chueh ini. Pelancong yang datang ke sini
kebanyakannya datang dari luar negara. Antara tarikan yang menggamit
mereka ke sini kerana komuniti ini masih mengamalkan
cara hidup tradisional. Antaranya mereka
masih tinggal di kediaman yang beratapkan daun nipah dan berdindingkan daun
yang sama, yang dianyam dengan kemas.

hutan bakau
laluan di hutan bakau...
Walaupun kehidupan orang asli di Kampung Chueh kelihatan ringkas namun mereka juga
ingin dan perlukan kemajuan. Mereka perlu untuk dibantu menjadi maju
dan cara yang utama untuk mereka maju seperti kaum lain
ialah dengan memberikan mereka peluang untuk menimba
ilmu hingga ke peringkat yang lebih tinggi...
Para pelajar yang mengikuti program mobiliti ini telah mengumpul
segala maklumat berkaitan penduduk di kampung Chueh ini. Segala yang mereka
peroleh di persembahkan dihadapan pensyarah dan pelajar yang lain dalam satu sesi
persembahan mereka. Selesai persembahan
para pensyarah pula memberi komen-komen serta memberi cadangan untuk mengemaskan lagi hasil dapatan kumpulan masing-masing...

kilang arang kayu..
Sebelum meninggalkan Kampung Chueh para pelajar dan pensyarah mengadakan sesi bergambar dan sesi perjumpaan dengan penduduk kampung berkenaan 
buat kali terakhir. Rumah bot bergerak perlahan untuk meninggalkan 
Kampung Chueh yang kelihatan semakin jauh. Sebelum berlabuh 
di Jeti Tasik banding peserta dibawa untuk melihat
 bunga Pakma iaitu spesis bunga yang terbesar
di dunia. Lokasi bunga berkenaan ialah di Sungai Gedung. 
Rumah bot berkenaan tidak boleh berlabuh di tebing tasik kerana banyak
 tunggul-tunggul pokok dalam tasik tersebut. Tunggul-tungul ini merupakan tunggul pucuk pokok
 -pokok balak yang tenggelam ketika tasik ini diliputi air empangan. Oleh yang
 demikian bot digunakan untuk membawa peserta ke tebing tasik.
 Tiba di tebing, para peserta masuk ke hutan melalui
 lorong yang telah dibuat untuk kemudahan pengunjung. 
Apa yang didapati di sini ialah banyak kuntuman bunga yang 
masih belum berkembang. Sementara yang telah lama berkembang telah
 pun membusuk untuk membentuk buah yang akhirnya menghasilkan biji benih di dalamnya
 untuk pertumbuhan bunga yang akan datang......................................................

kilang kayu arang
Para peserta kemudiannya bergerak ke Taiping dan seterusnya Kuala Sepetang. Di
Taiping mereka mengambil peluang bersiar di Taman Tasik Taiping. Namun 
terdapat tasik yang kelihatan cetek walaupun Taiping merupakan daerah
yang paling banyak ditimpa hujan sepanjang tahun di negara ini...........................

kayu  arang...
Di Kuala Sepetang pesrta program melawat Pusat Eko Pelajaran. Mereka sempat  melihat
kelip-kelip pada waktu malam di Sungai Petang.
Mereka juga telah diberi taklimat oleh pegawai perhutan yang bertugas. Mereka kemudiannya
telah dibawa melawat hutan bakau di pusat berkenaan yang dijadikan tempat
untuk lawatan para pengunjung. Sepanjang lawatan mereka juga telah diberkan pelbagai
maklumat berkaitan hutan bakau yang wujud di daerah ini.
cuba....
Pelajar juga diberi penjelasan lanjut berkaitan hutan bakau di Galeri Pusat berkenaan.
Di sini mereka mendapat pelbagai informasi berkaitan Hutan Paya Laut
Matang.

made in korea...
Selain dari itu, peserta juga dibawa melawat kilang membuat kayu arang yang terletak di kawasan berhampiran. Pegawai perhutanan bertindak sebagai penyampai informasi
 berkaitan aktiviti kilang berkenaan. Proses membuat kayu arang 
mengambil masa selama sebulan bermula dari proses
 membakarnya dalam relau khas hingga terhasilnya kayu arang.
Kayu arang ini bukan saja digunakan sebagai bahan bakar tetapi juga untuk
eksport ke Jepun antaranya menjadi bahan untuk membuat bahan alat solek dan juga 
ubatan. Kilang ini telah beroperasi lebih daripada 30 tahun. 
Adakah kilang ini akan berterusan jika tiada lagi pokok kayu bakau yang berkualiti
untuk dijadikan bahan mentahnya? Adakah terdapat apa-apa rancangan supya hutan bakau
ini tidak luput dari muka bumi....? Jika melihat kepada pertumbuhan kayu ini,
setahun ia boleh tumbuh lebih kurang sekaki, namun begitu sempatkah pokok
ini tumbuh untuk dijadikan bahan mentah kayu arang...?
Akhirnya setelah selesai lawatan di kilang kayu arang, semua peserta kembali
semula ke UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA di BANGI....

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria.

Tuesday, August 20, 2013

pegi BELUM lagi...


...video tanpa skrip, yg berskrip disunting kemudian...

22 OGOS - 25 OGOS 2013, aku dengan sdr. RAMLI ADNAN akan berada 
di HUTAN SIMPAN BELUM dan juga DAERAH TAIPING 
di PERAK kerana urusan kerja di sana.......
Kami akan bergerak dengan bas jam 22.00 pm  pada hari
 Rabu  21 OGOS 2013 dari UKM Bangi. Harap tiada apa-apa masalah
ketika dalam perjalanan...............INSYAA ALLAH...


Kami ke sana kerana diminta untuk membuat rakaman aktiviti GLOBAL
STUDENTS MOBILITY yang akan menjelajah sambil
menyelidik kehidupan masyarakat dan
suasana hutan di sana.
Facebook UKM - GLOBAL STUDENTS MOBILITY di bawah...https://www.facebook.com/GSMPUKM


Antara lokasi rakaman video kami di sana ialah JAKOA, KAMPUNG CHUEH 11,
MATA KAIL ISLAND, MATANG MANGROVE, dan sebagainya.
Mengikut jadual kami juga akan membuat rakaman aktiviti
pelajar dengan masyarakat orang asli di sana....


Aku juga pernah menulis di blog ini berkaitan HUTAN BELUM di PERAK.
Sila pi ke site di bawah untuk rujukan........


 Di bawah aku letakkan sedikit infor berkaitan BELUM, PERAK...

Hutan Simpan Belum terletak di utara negeri Perak. Dikatakan ia merupakan hutan simpan yang belum pernah diteroka lagi. Hutan ini  kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna. Menurut cerita, Hutan Belum mendapat namanya daripada bunyi belalang yang menghuni di hutan tersebut. Bunyi belalang tersebut telah menjadi nama sebuah perkampungan Melayu lama yang telah tenggelam akibat pembinaan Empangan Temengor berkenaan. Empangan Temengor ini telah dirasmikan pada tahun 1976. Keluasan kawasan Empangan Temengor ialah 152 kilometer persegi. Hutan Belum mempunyai keluasan 4 kali pulau Singapura. Dianggarkan terdapat lebih 3 ribu sepsis flora, 64 spesis paku pakis, 62 spesis lumut dan 23 spesis ikan terdapat di Hutan Belum.
Hutan ini dikatakan berusia lebih kurang 130 juta tahun. Keluasan hutan simpan ini lebih kurang 290 ribu hektar. Kawasan Belum terbahagi kepada dua bahagian iaitu Upper Belum dan Lower Belum. Upper Belum yang juga dikenali sebagai Royal Belum, berkeluasan 117,500 hektar yang meliputi kawasan hingga ke sempadan Thailand. 90% hutan di kawasan Upper Belum ini terdiri daripada hutan yang belum diteroka lagi atau hutan dara. Lower Belum tidak diwartakan sebagai hutan simpan. Masuk ke Hutan Simpan Belum atau Royal Belum perlukan kebenaran pihak berkuasa.
Hutan belum kaya dengan pokok-pokok balak seperti Meranti, Cengal, Keruing dan Merbau. Hutan ini juga dipercayai menyimpan tumbuhan-tumbuhan herba yang mempunyai nilai perubatan.
Di Tasik Temengor yang termasuk dalam hutan simpan Belum terdapat beberapa ratus buah pulau. Sebenarnya tasik ini terbentuk disebabkan pembinaan Empangan Temengor yang bertujuan untuk menghasilkan tenaga letrik.
Ada di antara pulau-pulau tersebut didiami oleh suku orang asli. Salah satu suku orang asli yang mendiami pulau di Belum ialah Suku Jahai.
Antara aktiviti orang asli ialah mencari herba-herba hutan untuk dijual seperti pokok Tongkat Ali dan sebagainya. Tumbuhan Rafflesia iaitu sepsis bunga yang terbesar di dunia  juga terdapat di Hutan Belum ini.
Haiwan yang menghuni hutan Belum ini terdiri daripada harimau, seladang, badak sumbu Sumatra, gajah, beruang, dan sebagainya. Dikatakan terdapat 274 spesis burung termasuk Burung Enggang di hutan simpan ini.


Kami juga pernah membuat video berkaitan BELUM, PERAK ini...sila tonton
kalau nak...kalau taknak takper ponnnn....


.....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Tuesday, August 6, 2013

hARi rAYa deNGan SeRiBu waJah..


tidak berapa hari lagi kita akan menyambut hari raya, mungkin pada
hari khamis yang akan datang ni. hari raya kami tahun ni penuh
dengan seribu wajah setelah berlaku perpindahan jabatan
 dan sebagainya...banyak perkara yang terpaksa
 diperbaharui, ia seperti memulakan kembali 
kehidupan yang baru yang perlu
diwarnai kembali disamping warna gelap, kelabu,
 samar dan seumpamanya yang tiba2 wujud tanpa diminta......
...................................seperti biasa tiap menjelang
hari raya masing-masing mengucapkan
 selamat hari raya serta memohon
 maaf atas segala dosa kepada teman-teman 
sama ada yang dekat maupun yang jauh. nampaknya 
aku pon macam itu juga, seperti apa yang tertera dalam
 pic di atas tu....tiada apa yang aku harapkan melainkan kemaafan
 sama ada mereka yang pernah aku jumpa ataupun tidak...
zaman era tanpa sempadan ni agak ramai gak 'friends'
 yang kita tak pernah pon bersua muka.....jadi 
kemaafan perlu jugak dipinta, manalah
 tau mungkin kita pernah
'ter' bedosa dengan komen2 yang ada 
ketikanya pedas....jadi maafkanlah semuanya, mana
 tau jugak, ini mungkin ramadhan dan hari raya yang terakhir buat kita,
 kan gitu..........jadi, akhirnya sekali lagi aku mohon maaf atas segalanya......
...selepas berbuka malam ni, aku akan gerak ke 'paghit' 
dan bercuti hingga 18 ogos.......

...terima kasih kerana sudi membaca dan terima kasih kerana sudi memaafkan....
DAUD.montak.zakaria

Wednesday, July 31, 2013

LaTiHaN mCp peLAjar LI...


RABU; 31 JULAI 2013

HARI ini merupakan hari terakhir latihan MCP Pelajar LI di Studio UKM
sebelum kami membuat rakaman terakhir penerbitan
MCP berkenaan.

persiapan set dan props..
persiapan akhir
posing sat sebelum dikemaskan...
 Persiapan set dan props bermula dalam jam 9.00 pagi dalam studio ukm. Semuanya
perlu disiapkan sebelum rakaman dijalankan. 
Mereka semua bekerjasama melakukan tugas berkenaan.

bilik kawalan yang telah bersedia
puasa...?
sedang on-air...
 Setelah selesai semuanya maka rakaman pon akan dimulakan bila persiapan akhir
selesai. Semua krew bersedia ditempat tugas masing-masing.
Hos, talent, cameraman, fm, pembantu skrip, grafik, switcher, audio
pengarah....semuanya telah bersedia untuk on-air.
Satu minit sebelum on-air, masing2 dah sangat bersedia. Kali pertama merupakan 
latihan yang akan dirakam. Jika mereka berpuashati dengan
rakaman latihan ini, maka rakaman kedua
tidak diperlukan. Namun apabila
rakaman pertama dirakam, mereka minta
untuk buat rakaman kedua pula.
Rakaman kedua berjalan lancar dan tamat lebih kurang jam 11.00 pagi.
Rakaman ini nanti aku akan 'upload' kan ke YouTube.
Selesai rakaman kami merakam foto untuk nostalgia di masa akan datang
yang mungkin takkan bersua lagi...........................
...akhirnya maaf banyak2 jika ada kekasaran sepanjang mengendalikan
penerbitan MCP ini...maaf...maaf....selamat berpuasa dan
selamat sambut syawal tak lama lagi....


...tamat suda rakaman MCP...ni foto untuk ingatan...
foto siti masliah ni....
....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria


SELASA; 30 JULAI 2013

HARI ini kami mengendalikan latihan MCP untuk pelajar latihan industri
di studio ukm. Mungkin ini latihan yang ketiga kut. namun
sebelum itu mereka menyediakan set dan
props untuk rakaman terakhir
ESOK.

set dan props
bekerjasama...
bantu membantu
bersedia membantu
masih tekun..
tidak keberatan
hampir siap tapi...masih tak siap...
bersedia untuk latihan
pembantu skrip
fm
rakaman latihan

KHAMIS; 25 JULAI 2013

HARI ini kami mengendalikan latihan MCP untuk pelajar latihan industri di studio ukm.
Ini merupakan kali kedua kami membuat latihan untuk mereka.
Latihan ini akan dibuat lagi selepas cuti
tiga hari yang bermula esok.

grafik...
masih belum bersedia...
kemaskan apa yang perlu...
Harapnya, setelah dua kali membuat latihan MCP ini mereka lebih jelas
dengan tugas-tugas penerbitan MCP ini, secerah bumi 
disiang hari, bila  dipanah cahya mentari
 dalam cuaca tanpa jerebu...

sediakan props...
...letak kat sini....
berdebar menunggu
Kelihatannya latihan kali ini semakin baik dan mungkin dalam sekali dua 
 lagi, ia akan mampu untuk mengatasi mana-mana
bahagian yang belum sempurna. Dalam
minggu depan latihan akan dijalankan lagi
dan segala kelemahan yang mampu diatasi memungkinkan
rakaman akhir boleh dijalankan dengan segera. Kami merancang untuk
membuat rakaman akhir minggu depan setelah latihan selesai. Kami
berharap juga rakaman dapat dibuat sebelum hari raya...
Harap latihan tersebut akan berjalan lancar dan mereka tak perlu lagi
 memikirkan berkaitan MCP ketika sambutan raya...Ingatan kepada
penerbitan MCP ini akan membunuh 'mood' HARI RAYA
 mereka nanti..tak gitu...?
Apa-apa pon rakaman ini akan aku 'upload' ke YouTube....
....terima kasih bebanyak kepada semua yang terlibat iaitu
semua pelajat LI dan semua krew yang membantu dalam latihan
 yang telah dijalankan...serta maaf bebanyak kiranya masa kendalikan
latihan tu ada yang terumpat dan ada yang nangis hiba dalam hati...

.....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria



RABU, 24 JULAI 2013

faham...?
faham...faham......fahammmm...
Hari ini, kami mengendalikan latihan MULTIPLE CAMERA PRODUCTION
atau MCP untuk pelajar latihan industri yang ada di penerbit ukm.
Pelajar LI berkenaan terdiri daripada 3 pelajar Fakulti Islam dan
2 pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, ARAU.

...ni bukan pelajar LI tuuu...
....berkongsi ilmu berkaitan audio...
juru audio...
Mereka mengikuti latihan Industri selama beberapa bulan di penerbit ukm / pkk.
Pelajar Fakulti Pengajian Islam hingga akhir Ogos sementara pelajar
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin hingga November.

sifu grafik sedang mendidik anak murid................
sebelum berangkat....ekeke...
studio floor...
siapkan dulu apa yang perlu sebelum bermula...
 Dalam latihan MCP tu kami berkongsi serba sedikit ilmu yang kami ada
dengan mereka. Semua perkara yang berkaitan MCP kami
cuba sampaikan setakat yang kami mampu.
Kami ni bukanlah pakar sangat
pon...tapi kalau tiada
tali pinggang rasanya tali plastik pon boleh guna gamaknya...macam
itulah pepatahnyerrr...

whaaaa...ngelabah gamaknyer...
..tunggu masa bermula....
hampir nak mula daaa....
 Hari ini kami cuma berikan mereka masa untuk latihan. Latihan mungkin untuk 
beberapa hari sebelum rakaman dibuat. Kami memang berikan
mereka tugas untuk menghasilkan sebuah
penerbitan MCP. Hasil kerja
tu nanti aku akan upload kan ke YouTube.

talent...
perbincangan akhir..
perbincangan akhir II
Sebenarnya aku pon tak tau setakat mana tahap pengetahuan mereka berkaitan
PENERBITAN VIDEO MCP ni. Namun apa yang aku harapkan sesangat
ialah mereka akan dapat meningkatkan kefahaman mereka berkaitan
MCP dan tidak disalah anggap seperti SCP...hehehe...
Aku harap selepas mereka menghasilkan sebuah penerbitan MCP ini, mereka
sudah tidak lagi tertanya-tanya apakah MCP ini sebenarnya.
Aku tak mahu mereka menganggap MCP ini satu jenama
tas tangan ker...kasut ker...atau
satu spesis haiwan 
zaman batu...hahaha..................
Kami akan beri mereka peluang untuk latihan secukupnya sebelum dibuat
rakaman yang sebenar. Latihan ni mungkin dalam empat atau lima
kali atau....mungkin 4 dan 5 tu dicampurkan.......ekeke...
Walau apa pon aku berharap sangat mereka akan mahir dengan perkara berkaitan
penerbitan MULTIPLE CAMERA PRODUCTION atau MCP ni....
Jadi akhirnya...................................................................................
aku nak ucapkan TERIMA KASIH BEBANYAK kepada semua krew yang terlibat 
dalam sesi pengendalian latihan tu iaitu sdr. SHAHRUL, RAMLI, 
JASRIL &  SU...

sila lihat di     SINI   untuk maklumat berkaitan MCP.

....sekian dan terima kasih kerana membaca....