Monday, February 4, 2013

jaTUH CINta denGAN PUsat kesiHATAN Ukm..


...layanan di kaunter yang baik...
AKU rasa aku da JATUH CINTA dengan PUSAT KESIHATAN UKM
ni, apa tidaknya sebab aku akan ada 'temujanji' lagi dengan
Pusat Kesihatan UKM lagi seminggu....
Ini bermakna aku dah berturut-turut datang ke PKUKM
selama 4 kali termasuk hari pertama 
buat 'appointment'...

nombor dan kad temujanji..
Pagi tadi lebih kurang jam 8.15 pagi aku pi ke Pusat Kesihatan UKM kerana 
ada temujanji yang dah dibuat 3 minggu yang lalu....
hari ini aku dijangka akan dicabut
gigi jugak seperti temujanji
tiga minggu lalu...

...informasi..
 Tiba di kaunter terus bagi kad dan tunggu masa untuk dipanggil ke bilik
rawatan. Sementara menunggu lihat dan baca segala informasi
yang terdapat di sekitar tempat menunggu...

tunggu nombor dipaparkan...
 Pesakit kelihatan tak ramai mungkin kerana pelajar sedang bercuti
sekarang ni....kalau tak silap sebulan mereka bercuti
selepas peperiksaan.....kalau tak silap...
kalau silap tolong betulkan, ada
ruang komen di bawah tu..

informasi yang sempat dicapai..
 Tak lama kemudian nombor aku dipanggil dan terus gerak ke bilik rawatan.
Tiba dalam bilik rawatan bagi nombor kepada doktor.
Doktor minta duduk di kerusi rawatan
seperti pertemuan sebelum
ini.............
Terdapat dua orang yang
membantu doktor dalam bilik rawatan. Aku duduk kat kerusi
rawatan. Kemudian kerusi rawatan direndahkan dan doktor minta
tarik nafas panjang-panjang kerana dia nak injek gusi untuk masukkan ubat pelali..

temujanji akan datang...
Masa dia cucuk ngan jarum tu sebanyak dua kali aku rasa sakit sesangat,
berair gak lah mata aku bila gusi dicucuk jarum..
....maklumlah aku memang ngeri dengan jarum 'injection'....
......formula dia lebih kurang macam ni la...
takut jarum+sakit = sakit sesangat.
Teringat aku penderitaan yang dialami oleh rakyat Syria
seperti yang aku terbaca dalam FB. Mereka disiksa, ditembak, dibom dan
pelbagai siksaan yang lain. Mereka disiksa sebelum dibunuh.
Yang ngerinya kanak2 pun disiksa umpamanya
dicabut kuku hidup....kejamnya rejim
Syiah Basyar tu..........jenuhlah
nanti dia lamanya atau kekal duduk dalam NERAKA.......
Doakanlah untuk keselamatan umat ISLAM SUNNAH di sana yer.....
Sedangkan aku cuma kene dua kali 'injection' jer
dah rasa sakit, ngilu dan ngeri.......
Selesai 'injection' aku diminta untuk berkumur..
rehat seketika dikerusi rawatan, mungkin
dalam ......tak pasti... mungkin kurang daripada 5 minit kut..
Kemudian kerusi rawatan tersebut direndahkan dan doktor minta buka
mulut...Masa doktor cabut gigi tu tak terasa apa2 pun....
sekejap jer.......Setelah selesai doktor suruh buat 'temujanji' di kaunter
untuk buat tampalan kepada gigi2 yang dah haus....jadi nampaknya
akan bersua lagilah aku dengan PUSAT KESIHATAN UKM...
apa-apa pon......
terima kasih kepada layanan baik DOKTOR dan semua staff yang terlibat...

Oh yer...aku nak cite sikit berkaitan tugas rakaman video kami....
Kami akan ada rakaman MCP 'KONSERT DI RAJA UKM'
pada 28 atau 19 Februari 2013...tak pasti yang
mana satu tapi yang terakhir aku
dapat tau ialah 19
februari 2013..
Harap semua krew MCP dapat membantu
kami dalam kerja-kerja rakaman 
MCP tersebut........tQ.

...terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Thursday, January 31, 2013

mauliDUR RASul saW UKm 2013



HARI ini, 31 Januari 2013, kami membuat rakaman video sambutan
Maulidur Rasul saw di Dewan Canselor Tun Abdul
Razak Universiti Kebangsaan Malaysia.

keadaan dalam bilik kawalan
Mengikut atuc cara program, jam 8.15 pagi merupakan perarakan sekitar
kampus bermula dari dataran Panggung Seni sambil bersalawat.
Ia diikuti dengan acara dalam dewan iaitu bacaan
ayat2 suci, berzanji dan forum..

dewan masih kosong.
sdr. yunus misdi
sebelum bermula program dalam dewan
ambil kesempatan bergambar
tekunnyer....
salah seorang daripada panel....dari USIM..
salah seorang panel iaitu imam muda..
Krew yang datang agak kurang namun masih mampu untuk membantu kami
dalam membuat rakaman ini berjalan dengan 
baik...ALHAMDULILLAH...
Jadi aku nak ucapkan terima kasih bebanyak
kepada semua krew yang terlibat iaitu SDR. SHAHRUL FADLI, RAMLI,
HAJI RUHAIZAD, JASRIL AMRY, SITI SURAYA, YUNUS,
SHUKRI, YUSRI, HAJI SULIMI, WATIE, SITI 
SYARINA, HIDAYAH, MIMI, ZULHIMI,
JAMALUDIN IBRAHIM, ARENIM,
dan lain2 yang mungkin aku
terlupa nama mereka.
Video rakaman tersebut masih
dalam proses penyuntingan...nanti bila
dah disiapkan akan aku 'upload' ke YOUTUBE...............................
SEKIAN, dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Wednesday, January 30, 2013

...jubLI EMas ncWO BERsama pM...


...Yang DiPertua...
SEMALAM, 29 JAN 2013, kami membuat rakaman MCP Jubli Sambutan Jubli
Emas NCWO di DEWAN PERDANA FELDA Jalan Semarak 
Kuala Lumpur......SEMALAM juga merupakan ulang
tahun kelahiran aku yang ke...........lupa maaa...
........................................opst!

...shahrul & kamarul...
...setelah persiapan alatan selesai....
.....kami da sedia tuk bertugas....
....sebelum bertugas.....
....majlis masih belum berlangsung...
...ucapan yang DiPertua NCWO...
....sedang dirakam....
...ucapan PERDANA MENTERI....
...PERDANA MENTERI....
....masa rehat dan minum...
...PM tinggalkan dewan...
HARI ini aku malas nak menulis dan bercerita panjang...ku biarkan
foto-foto ini mengambil tempat untuk berbicara........
Program ini juga merupakan satu sejarah bagi
HAJI RUHAIZAD ABD. MAJID kerana
diminta membacakan doa
dalam majlis
berkenaan...
mungkin disebabkan
pembaca doa yang rasmi terperangkap
dalam kesesakan lalulintas di pusat bandaraya Kuala lumpur...
Aku juga ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua krew MCP 
Unit Audio Video yang
bertugas sejak
persiapan teknikal 28 Januari 2013
hinggalah pada hari majlis berkenaan berlangsung................iaitu
SDR. SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI, HAJI RUHAIZAD,
JASRIL AMRY & SITI SURAYA........
ALHAMDULILLAH syukur kerana tiada sebarang
masalah sepanjang tugas yg kami laksanakan..
...terima kasih juga kepada sdr. shahrul
kerana sudi membawa kenderaansendiri disamping terima 
kasih jugak kepada PEMANDU UKM
yang turut membantu kami...

....sekian, terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Monday, January 28, 2013

...perSIApan mCP UNtuk jubLI EMas ncWO..


...da petang....
....cantek......
.....sentiasa menanti....
Hari ini kami membuat persiapan teknikal untuk rakaman MCP sambutan Jubli
Emas NCWO. Kami bergerak ke Dewan Perdana Felda Jalan 
Semarak Kuala Lumpur jam 2.00 petang....

....sibuk.....
.....tekun....
...ukur part mana tu....
....hampir siap....
...ini bukan iklan pewangi k....
....kerjasama.....
......shoot.....
Kami bergerak dengan membawa peralatan MCP
yang akan dipasang di dewan berkenaan. Semua peralatan di isi
dalam van UKM iaitu tripod, kamera dan perlatan yang lain. Disamping van,
sdr. shahrul fadli juga membawa keretanya sendiri.

....akhirnya hampir selesai...
....keje..keje gak...jangan lupa solat....
Tidak sampai sejam kami tiba di dewan perdana felda
dan semua peralatan dipunggah dan dibawa masuk ke dalam dewan.
Kerja-kerja pemasangan peralatan terus dilakukan hingga siap. Kami bercadang
untuk menggunakan tiga buah kemera semasa majlis pagi esok.


...minum petang....
....penantian satu siksa...
Majlis sambutan esok akan dihadiri oleh PERDANA 
MENTERI serta isteri.
Acara esok bermula jam 8.00 pagi dan kami perlu bergerak dari UKM
lebih kurang jam 6.30 pagi.
Perdana menteri dijangka tiba jam 9.00 pagi....9.15, ucapan Naib Canselor UKM
sebagai Yang Dipertua NCWO...
9.30 pagi ucapan dan perasmian Perdana Menteri.
11.00 pagi ucap utama oleh YB Senator Dato' Sri Idris Jala, menteri
di jabatan perdana menteri yang bertajuk
'wanita penggerak program transformasi national'


....sempat sembang panjang....
....letih berdiri...duduk pulak....
.......berbeza haluan.....
....sekian, terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria.

Sunday, January 27, 2013

..kriKET TWENty20 piALA MENteri pengaJIAN TINGgi..


.....promo...

HARI ini kami (aku, shahrul & Ramli) membuat rakaman video Kejohanan
Kriket Twenty20 Piala Menteri Pendidikan Tinggi.
Kejohanan ini bermula dari 21 Januari 2013.

Oval Bayuemas Kelang...
Oval Bayuemas Kelang...

Kejohanan Kriket twenty20 Piala Menteri Pengajian Tinggi telah diadakan di
Universiti Kebangsaan Malaysia. Kejohanan tersebut berlangsung
dari 21 - 27 Januari 2013.
Kejohanan ini merupakan sebuah kejohanan tahunan
yang dianjurkan bersama oleh Universiti
Kebangsaan Malaysia, Kementerian
Pengajian Tinggi dan
Persatuan Kriket Melayu Malaysia.
rakaman..
 Sejumlah enam buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta
turut mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan.
Ini merupakan kali kelima kejohanan ini
telah dijalankan...
Pasukan-pasukan yang mengambil 
bahagian ialah tuan rumah Universiti Kebangsaan
Malaysia, The Asia Pacific University of Technology and Innovation,
Universiti Teknologi Mara, Universiti Sains Malaysia,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia  dan
Al Bukhari International University.


Semua universiti yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut
telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Perlawanan-
perlawanan telah dijalankan di Oval UKM
dan Oval Bayuemas di Kelang.


Sejak kejohanan ini diwujudkan pada tahun 2009 Universiti Kebangsaan Malaysia
telah menjuarainya secara berturut turut hingga tahun 2012.
Tahun lalu Universiti Kebangsaan Malaysia telah
mengalahkan Universiti Teknologi Mara
untuk muncul sebagai juara
untuk kali keempat.


Kali ini diperingkat separuh akhir Universiti Kebangsaan Malaysia telah bertemu
dengan The Asia Pacific University sementara Universiti Teknologi
Mara telah bertemu dengan AlBukhari International 
University. Perlawanan tersebut berakhir
dengan UKM mengatasi The 
Asia Pacific University dan Universiti
Teknologi Mara mengalahkan AlBukhari International University.


Kedua-dua pasukan bertemu di peringkat akhir yang berlangsung 
pada 27 Januari 2013 di Oval Bayuemas Kelang.


Pertemuan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara
yang juga berlangsung di Oval Bayuemas Kelang memang amat
dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing..
Penyokong masing-masing tidak
berganjak dari tempat duduk
sambil mata terus 
tertumpu ke tengah padang.
Pertemuan kedua-dua pasukan ini telah
berakhir dengan pasukan UKM sekali lagi telah
memenangi kejohanan ini untuk kali kelima berturut-turut..


Universiti Kebangsaan malaysia sebagai penyandang juara telah mengalahkan
Universiti Teknologi Mara dengan kelebihan lapan wickets.
Denagn itu Universiti Kebangsaan Malaysia
telah menerima piala Pusingan Menteri
Pengajian Tinggi serta wang dua 
ribu lima ratus ringgit.
Tempat kedua dimenangi oleh 
Universiti Teknologi Mara. Sementara tempat
ketiga disandang oleh AlBukhari International Universiti
yang baru pertama kali menyertai kejohanan ini. Pemain terbaik
dalam perlawanan akhir dimenangi oleh Mohd Haziq Zainuddin dari
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Permain terbaik keseluruhan pula telah dimenangi oleh
Ahmad Faiz Mohd Noor juga dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Semua hadiah kejohanan telah disampaikan oleh
YBhg. Datuk AB Rahim Md Nor, Ketua Setia
usaha, Kementerian Pengajian
Tinggi.............
Kejohanan tersebut berakhir lebih kurang jam 2.00 petang
dan kami bergerak semula ke Universiti
Kebangsaan Malaysia......
Video kejohanan kriket ini akan aku 'upload' ke YouTube apabila
telah siap disunting oleh sdr. SHAHRUL FADLI.....jadi
cubalah pi ke site ini

http://www.youtube.com/user/TheDaudzakaria/videos?sort=dd&view=0

 untuk tonton video tersebut,
dalam masa tak sampai sebulan aku akan
di 'upload' kan.....
in syaa allah...............................

.....sekian, terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria

Thursday, January 24, 2013

...akTIFkan jaRI dan AKTifkan baDAN....



SEMALAM, 23 Januari 2013, aku mengaktifkan jari-jemari aku dengan membuat
 suntingan  video SYARAHAN PERDANA PROFESOR UKM di Bilik 
Suntingan Penerbit UKM. Video berkenaan telah dirakam oleh
SDR. JASRIL AMRY dan SITI SURAYA
di sebelah pagi di AUDITORIUM
PUSAT PERUBATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
di CHERAS.......
Pita yang telah mempunyai bahan
tersebut aku sunting pada sebelah petang dan apabila
siap aku 'upload' kan ke YOUTUBE...
Syarahan tersebut merupakan SYARAHAN PERDANA Profesor Dr. Wu Loo Ling
bertajuk 'DIABETES DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA'.
ANDA boleh tonton video berkenaan di atas dan tayangannya
mengambil masa selama lebih kurang 45 minit.

....azrul dan jasril amry...
 SEBELAH malam pulak aku mengaktifkan anggota badan serta urat dan saraf
aku dengan mengambil bahagian, bermain bersama rakan-rakan
sepejabat di DEWAN SUNGAI
TANGKAS......

.....sedia....
Sebenarnya kami bermain di sana seminggu sekali selama lebih kurang
dua jam.....rasanya o.k lah tu....sekurang2nya
dapatlah jugak hilangkan sedikit
lemak yang dah berkumpul
enam hari sebelum tu...kan gitu.....
Dalam permainan tu aku memang tak mampu
nak main lebih-lebih...asalkan keluar peluh, rasanya da o.k lah tu....
tenaga nak simpan maaaa......opst!

sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Monday, January 21, 2013

sunTINgan perTAma taHUN 2013



Ini lah video pertama yang aku sunting dalam tahun 2013 ini. Video ni
telah dirakam pada tahun 2012 dan aku cuma berkesempatan
membuat suntingan pada tahun 2013 kerana aku
bercuti panjang........