Thursday, August 9, 2012

UcaPAN RAye...???

Pusat Islam UKM....Ustaz Hafiz.....
HARI semalam 8 OGOS 2012, kami membuat rakaman ucapan Hari Raya warga
UKM. Sebenarnya aku mendapat informasi  untuk menghasilkan penerbitan
ini agak lewat jugak. Video ini akan digunakan semasa jamuan HARI
RAYA UKM yang akan diadakan di DECTAR pada 28 OGOS
nanti. Aku rasakan masa yang diperuntukkan agak
terbatas. Pada awalnya mereka mahu
ucapan daripada kakitangan
UKM yang bertugas pada
HAri RAya nanti.

Pengarah Keselamatan UKM
Disebabkan masa agak terhad
maka kami mengambil keputusan untuk
merakamkan ucapan daripada kakitangan
UKM tanpa mengira sama ada mereka bertugas atau
tidak pada hari lebaran tersebut. Apa boleh buat daaaaaa...

...beri tumpuan...
Jadi pada pagi 8 OGOS tersebut kami terus membuat rakaman
encik-encik pengawal keselamatan yang sedang bertugas
di pos kawalan utama di pintu masuk utama UKM.
Dapat jugak kami merakamkan tiga atau
empat orang pengawal yang sedang
bertugas mengawal dan memer
hatikan kenderaan yang
keluar dan
masuk
melalui pintu masuk
utama tersebut. Selesai rakaman
di lokasi tersebut kami bergerak pula ke
pejabat keselamatan UKM namun rakaman ucapan
tidak dapat kami jalankan kerana PENGARAH KESELAMATAN
tidak ada di pejabatnya dan kami diminta datang pada jam 
2.30 petang untuk membuat rakaman ucapan berkenaan.
Oleh yang demikian kami meneruskan tugas
kami iaitu ke PUSAT ISLAM UKM
untuk membuat rakaman
ucapan HARI RAYA
kakitangan
PUSAT
ISLAM pula. ALHAMDULILLAH
kami mendapat kerjasama yang baik daripada
pegawai agama PUSAT ISLAM UKM walaupun dikatakan
kami lewat menghubungi PUSAT ISLAM UKM. Memang aku
akui agak lewat menghubungi pusat tersebut. Aku hubungi
mereka pada pagi tadi dan  mengatakan akan
datang ke sana sebelum jam 12.00 tengah 
hari....huhuhu....maaf lerrrrrrr...
Apa-apa pun rakaman
berkenaan telah berjalan dengan
licin dan lancar...terima kasih bebanyak
kepada USTAZ MOHD HAFIZ...sejuk rasa hati
aku bila mereka yang memang 'dipilih' oleh ALLAH SWT,
berada dalam tugas tersebut, bersikap amat mesra kepada
tetamu, dan tidak menghilangkan diri yang mungkin
akan menimbulkan tanda tanya yang maha besar
di kepala para tetamu yang berkunjung
ke PUSAT ISLAM iaitu simbol
agama yang amat di
hormati oleh
khalayak...

......ucapan raya....
Sebelah petang
tepat jam 2.30 petang
seperti yang dijanjikan, kami
telah berada di PEJABAT KESELAMATAN
UKM untuk membuat rakaman ucapan HARI RAYA
staf keselamatan. Sdr SHAHRUL membuat candid shot
aktiviti staf pengawal keselamatan sebelum pertukaran shif berlaku.
Setelah tugas mereka selesai kami merakamkan ucapan
HARI RAYA mereka secara beramai-ramai sebelum
kami membuat ucapan PENGARAH KESELA
MATAN UKM LC JURY. Rakaman
berjalan lancar di sana dan
kami meninggalkan
pejabat keselamatan setelah
berbincang cara untuk mendapatkan
'footage' rakaman HARI RAYA di MASJID UKM
yang akan dilakukan oleh staf PEJABAT KESELAMATAN
pada HARI RAYA nanti.
KREW UAV yang terlibat dalam
rakaman ucapan HARI RAYA tersebut
ialah SDR. SHAHRUL FADLI, KAMARUL BAHARIN,
RAMLI ADNAN, dan dua orang PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
sdr. PIAN dan FAISAL selain aku sendiri.
Suntingan video ini akan dibuat
dan disiapkan oleh SDR.
SHAHRUL FADLI.
Kepada yang terlibat dalam tugas ini, diucapkan
bebanyak terima kasih...
mungkinkah ada lagi rakaman ucapan selepas ini di KAMPUS UKM
di BANGI...?? ..ENTAH....aku pun tak tau tapi
rakaman di HUKM untuk para nurse akan
dilakukan oleh SDR. JASRIL AMRY dan SITI SURAYA...

......terima kasih kerana membaca....
DAUDmontakzakaria

Friday, August 3, 2012

MCP...oh...MCP...

.....ustaz pilihan...
dirakam pada 7 OGOS 2012...

HARI ini 7 Ogos 2012 jugak kami membuat rakaman video Bicara Santai Muslim.
Kali ini kami membawakan hos dan talent yang lain iaitu kedua-dua
nya adalah para ustaz. Rakaman kami lakukan pada jam 2.30 
petang kerana sebelah pagi kami ada tugas lain iaitu
rakaman audio untuk Pusat Pengajian Umum.
Seperti biasa sebelum rakaman dimulakan
segala persiapan teknikal dilakukan terlebih 
dahulu. Selesai persiapan teknikal latihan mcp
dilakukan terlebih dahulu sebelum rakaman sebenar 
dijalankan. Latihan mereka mengambil masa lebih kurang
10 minit jer. Kemudian rakaman sebenar dilaksanakan. Segalanya
berjalan dengan licin. Rakaman ini mengambil masa selama lebih kurang
25 minit sebelum ia ditamatkan. Kami berharap setelah 2 kali rakaman ini dijalankan
setiap pelajar latihan industri ini lebih memahami  lagi berkaitan rakamam
mcp ini. Kali ini kami beri masa selama 30 minit dan setiap 10 minit kami
akan masukkan 'iklan'. Ini bertujuan supaya mereka memahami bagai
mana untuk di 'insert' kan iklan dan sebagainya sebelum kembali
semula ke studio untuk teruskan bicara muslim tersebut.
Kerja rakaman hari ini pun aku rasakan cukup
lancar. Mereka dapat menjalankan
tugas masing-masing dengan
baik. Kami berharap
mereka akan
lebih jelas lagi dengan
tugas-tugas rakaman mcp yang
dilakukan di studio tersebut. Aku ingin mengucap
kan terima kasih bebanyak kepada semua yang terlibat
iaitu FARAH, PIAN, ARIF, 'AFIFAH, SAIFUL serta semua krew
UAV Penerbit UKM iaitu SHAHRUL FADLI, RAMLI ADNAN, JASRIL AMRY,
& SITI SURAYA.
Segala kekurangan yang terdapat dalam video ini adalah kelemahan kami dan 
semua yang baik2 adalah dari ALLAH SWT.
Kepada semua PELAJAR LI, jika terdapat sebarang tingkah laku dan kata-kata
kami yang menyinggung semasa rakaman ini, harap dimaafkan.....terima kasih.
Jumpa lagi untuk rakaman berikutnya....

...ustazah pilihan...

HARI Rabu yang lalu iaitu 1 OGOS 2012, kami dari UNIT AUDIO VIDEO 
PENERBIT UKM telah membuat rakaman video BICARA SANTAI
MUSLIM. Rancangan rakaman ini telah kami rancangkan
beberapa hari sebelum itu dengan PELAJAR 
LATIHAN INDUSTRI JABATAN
PENGAJIAN DAKWAH
KEPIMPINAN
FAKULTI PENGAJIAN 
ISLAM UKM yang sedang membuat latihan
Industri di BAHAGIAN MULTIMEDIA PENERBIT
UKM. Idea dan skrip rancangan berkenaan adalah hasil cetusan
minda mereka. Kami cuma membantu dari sudut teknikal sahaja. Walau
bagaimanapun rancangan atau rakaman tersebut aku anggap telah berjaya
dan kami bercadang untuk menghasilkan lagi rakaman tersebut dengan topik
yang lain pula. Topik yang kami telah rakamkan tersebut berkisar kepada 
RAMADHAN. Mungkin topik yang berikutnya berkaitan HARI RAYA?
Jika ada sebarang kesilapan maklumat dalam penyampaian ini
kemaafan dimohonkan kerana kami terlepas pandang. Yang sem-
purna itu ialah ALLAH SWT, yang tidak sempurna semestinya kami,
manusia biasa..........
Tujuan kami membuat rakaman berkenaan juga dengan tujuan 
mendedahkan pelajar tersebut kepada kerja-kerja
penerbitan MULTIPLE CAMERA PRODUC-
TION. Sekurang-kerangnya mereka
memahami konsep MCP
itu sendiri walaupun
peralatan yang digunakan adalah
terlalu asas jika dibandingkan dengan
peralatan yang wujud di stesen-stesen tv, namun
konsep MCP itu masih wujud di situ. Aku berharap mereka
mendapat ilmu berkaitan MCP sedikit sebanyak sebagai bekalan
mereka untuk bekerja di stesen-stesen penyiaran yang wujud 
di negara kita. Aku ingin melihat akan terpapar 
nama mereka di skrin-skrin tv sama dalam program
program di AL HIJRAH atau di program
TV9, insyaALLAH.............
Aku harap mereka semua mendapat sedikit sebanyak manfaat
ketika menjalani Latihan Industri di PENERBIT UKM
yang mungkin ada yang menganggap latihan
industri di PENERBIT UKM tidak
punyai apa-apa atau tidak
'glamour' gamaknyerr..
Apa-apa pun aku berharap untuk membuat rakaman MCP dengan 
topik yang lain dalam masa terdekat ini sebelum mereka
semua menamatkan LATIHAN INDUSTRI
di PENERBIT UKM....macam mana
PELAJAR LI...sanggup
menggalas cabaran ini.............................???????????????
Moga rakaman yang telah di 'upload' kan ke 'YOUTUBE'
tersebut juga akan memberi manfaat kepada semua
insyaALLAH.....
Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
semua pelajar LI di PENERBIT UKM, kepada
HANAMICHI yang membuat suntingan
kembali hasil penerbitan MCP
yang di atas tu serta
kepada semua krew UAV yang lain iaitu
SHAHRUL, SITI SURAYA, RAMLI, HJ IZAD dan KAMARUL...
harap kita boleh bekerjasama lagi dalam rakaman
yang berikutnya dalam masa yang terdekat ini...

....terima kasih kerana sudi membaca.
DAUDmontakzakaria.

Saturday, July 28, 2012

Muslim...oh....Muslim...

....etnik rohingya di ARAKAN...





....memang sahlah, kafir memang bantu-membantu
dalam memerangi orang MUSLIM...





....di mana orang ISLAM bila diperlukan...


....ini cuma foto hiasan, tiada kaitanpun dengan tulisan...

HARI ini, Sabtu...tentulah aku cuti...dan sekali lagi aku rasa terpanggil untuk menulis 
berkaitan orang ISLAM, fokus kepada penganiayaan terhadap MUSLIM.
Aku terfikir untuk menulis topik ini sebab semalam ada disebutkan 
oleh khatib berkaitan penganiayaan terhadap orang ISLAM
di mana-mana termasuk etnik ROHINGYA 
di MYANMAR.
Bila kita baca dari akbar-akbar dan juga
informasi di internet, tentu kita rasa sedih, pilu dan marah
terhadap mereka yang menyiksa etnik muslim ROHINGYA yang rata
ratanya berfahaman SUNNAH. Pembunuhan, rogol dan semua siksaan-siksaan 
yang lain yang dirasakan tidak masuk akal dilakukan terhadap MUSLIM di sana tanpa
mengira lelaki, pompuan malah kanak-kanak.
Dikatakan orang ROHINGYA ini berjumlah 3 juta orang yang tinggal
di seluruh dunia dan terumanya di ARAKAN MYANMAR. Di ARAKAN 
dianggarkan terdapat 800 ribu orang etnik ROHINGYA ini. Dikatakan bentuk fizikal
dan budaya mereka seperti orang BENGGALI. Mereka juga mempunyai darah ARAB, PARSI,
PASHTUN dan sebagainya. Mereka ini telah menderita di MYANMAR sejak tahun
1978 di bawah pemerintahan tentera.
Aku pun rasa agak pelik juga mengapa orang MUSLIM 
sering tertindas di negara yang diperintah oleh orang bukan Muslim?
Sedangkan di negara yang diperintah oleh orang MUSLIM tidak terdapat
orang bukan MUSLIM di tindas umpamanya di INDONESIA, TIMUR TENGAH 
dan sebagainya. Di negara-negara tersebut tiada pun berlaku penindasan terhadap orang bukan
MUSLIM...mengapa? Kenapa orang bukan MUSLIM amat sakit hati kepada 
orang MUSLIM?. Cuba nyatakan mana negara yang diperintah oleh orang 
ISLAM menjalankan operasi penghapusan etnik di dunia ini..?
Ada ketikanya aku rasakan dalam
komuniti MUSLIM perlu ada yang berpandangan
ekstrim kerana golongan ini saja yang mampu menghantar
mesej ancaman kepada golongan bukan MUSLIM supaya tidak
melakukan penganiayaan terhadap komuniti MUSLIM di seluruh dunia
seperti yang dilakukan oleh TALIBAN PAKISTAN ini.
Hanya golongan yang mempunyai semangat begini
saja yang mampu menghantar notis ancaman
kepada orang kafir yang menyiksa
komuniti MUSLIM di
seluruh dunia.
Pada aku perlu ada
dikalangan orang ISLAM yang
mempunyai pendirian keras iaitu yang keras
terhadap kafir dan berlembut terhadap sesama MUSLIM.
Bukan tujuan aku untuk mengapi-apikan keganasan, tidak sama
sekali, cuma aku rasa terkilan dengan negara yang diperintah oleh orang
ISLAM sering senyap seribu bahasa bila sesebuah komuniti MUSLIM di zalimi
oleh golongan bukan ISLAM. Di manakah pemerintah negara2 ISLAM tersebut?
Pada pandangan aku ramai dikalangan kita termasuk negara ISLAM
senyap seribu bahasa adalah kerana PERUT KITA SENTIASA 
dalam KEKENYANGAN. Itu sebab kita terus bungkam,
perut kita sudah penuh dengan makanan, jadi
tak perlu kita memikirkan tentang
komuniti MUSLIM yang
tertindas di mana
mana.
Malah ada yang 
lebih teruk lagi ada yang tidak percaya
orang ISLAM di MYANMAR tertindas malah terus
mengatakan foto-foto penyiksaan tersebut palsu. Golongan ini pada
pandangan aku bukan saja dayus malah amat bacul!
Itulah, kalau perut kita dah di isi penuh, akal
pun akal 'stop' dan 'stuck' untuk
berfikir malah 'iman' pun
turut tidak bercambah
dengan subur.
Jadi....nantikanlah apabila ajal merenggut nyawa......
Kita tidak boleh berharap
sangat dengan kerajaan bukan ISLAM 
untuk membantu menangani isu ini....orang ISLAM 
sendiri kena berusaha untuk membantu orang ISLAM yang
tertindas walau di mana sekali pun. Realitinya jika kerajaan MYANMAR 
ialah orang ISLAM dan yang teraniaya tu orang bukan ISLAM  tentu tidak memer
lukan masa yang lama, US tentu secara pantas akan menghantar kapal
pembawa kapalterbang perang untuk menghancurkan MYANMAR
sepertimana mereka menghancurkan IRAQ dan 
AFGHANISTAN. Adakah US merupakan
DAJJAL AWAL.....?
Atau adakah golongan ROHINGYA sendiri
perlu melaungkan slogan JIHAD untuk menentang kembali
kerajaan kafir tersebut. Sekarang ini aku pun dah jarang mendengar
kalimah jihad di tulis dan disebut atau aku yang terlepas 
pandang? Mungkin MAHA PENCIPTA ingin
memberi rezeki SYAHID kepada
penduduk ROHINGYA
di MYANMAR....
sapa tau, kan gitu?
Oleh itu sementara menunggu
bantuan yang kelihatan macam tak akan sampai
 dari negara-negara yang diperintah oleh orang ISLAM
maka eloklah dia orang semua mengangkat senjata
walaupun dengan menggunakan pisau pemotong
bawang....bukan begitu...mungkin mereka
boleh mengharapkan rezeki SYAHID
tersebut...............
Satu lagi yang menjadi pegangan
dunia ialah bila ISLAM cuba bangkit menentang
akan dicop sebagai pengganas, tetapi bila hal ini dilakukan oleh
bukan ISLAM tiada siapa pun mengatakan pengganas
termasuklah rejim myanmar dan juga israel yahudi tu.
Yang paling sedih bukan saja orang bukan ISLAM
menganggapnya pengganas malah oleh
orang ISLAM sendiri pun menganggap pengganas
kepada mereka yang cuba membantu dan menyokong 
MUSLIM yang tertindas di mana-mana di seluruh
dunia................................
Pelik kan...2 billion lebih orang ISLAM
daripada 7 billion umat dunia
tapi tidak mampu
berbuat apa2
pun bila
ada golongan ISLAM diganasi
dibunuh, dirogol dan segala penyiksaan yang lain.
Adakah hadis RASULULLAH SAW sedang berjalan sekarang
ini iaitu orang ISLAM ramai tapi ibarat seperti bueh
di laut...yang pada pandangan aku, tidak mampu untuk berbuat
apa-apa hatta untuk membuang
sedikit habuk di kelopak
mata sekalipun..
oleh itu pandangan aku, muslim sepatutnya berhati
hati berurusan dengan mereka yang tidak
sekepercayaan dengan kita...
Doa ku panjatkan kepada MAHA PENCIPTA
...hancurkan SETIAP pemerintah dan rakyat kafir yang zalim tersebut
dan kurniakanlah SYAHID kepada semua mereka
yang dizalimi seperti yang dikurniakan  kepada
keluarga ammar.....insyaALLAH.

DAUDmontakzakaria.

Friday, July 27, 2012

biLA naK siAP tNeC ni...




....dah siap pun selepas tulisan di bawah ditulis...


HARI ni 27 JULAI 12; sambung shooting untuk footage LOJI PENDINGINAN LINGKUNGAN LINGKARAN 2 UKM.. Dah lama dah projek ni duk dalam peti sejuk.
Footage yang nak di 'shoot' pun bukan banyak sangat
cuma beberapa shot jer bangunan JPP tu.

.....cari sudut...

....sempat posing....

....trigger....

Shot tu perlu dibuat kembali sebab nama jabatan tu dah tukar baru
dan tak selari dengan apa yang ada dalam skrip.
Hal ni disedari bila terpandang
dalam web kalau tak
silap aku.
Jadi, hari ini
terpaksa shot bangunan
yang dah bertukar nama tu.....

....terima kasih kerana sudi membaca...
DAUDmontakzakaria.

Thursday, July 26, 2012

RPP..oh....RPP..

 ....giat dan gigih nampaknyer...

25 - 27 JULAI 2012, krew AUDIO VIDEO membuat rakaman RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN di MORIB. Mereka iaitu SDR. SHAHRUL FADLI dan 
SITI SURAYA turut memberi panduan kepada PELAJAR
LATIHAN INDUSTRI iaitu FARAH NADIA,
NURUL AFIFAH, PYAN & ARIF
dari segi teknik dan pelbagai
perkara berkaitan tugas 'shooting' footage untuk penerbitan
video RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN MORIB tersebut.

...gigihnyer memberi panduan...mungkin...

Keempat-empat pelajar yang menjalankan latihan Industri di PENERBIT ialah
mereka yang sedang menuntut ilmu di JABATAN PENGAJIAN
DAKWAH, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM.
Kami bercadang untuk memberikan projek

.....ini tentu rakaman berkaitan kebersihan cadar
di penginapan RPP kut..


penerbitan berkenaan kepada
mereka untuk menyiap
kannya secara
berkumpulan...sememangnya kerja penerbitan video
ini merupakan tugas berkumpulan, kalau ada yang mengatakan
penerbitan video merupakan tugas seorang manusia, aku rasa pendapat
tersebut datang dari seorang yang 'MABUK'...opst! maaf. Kami inginkan mereka
menyiapkan projek tersebut dari A hingga Z tanpa sebarang sisa pun...
Kami telah minta mereka siapkan skrip kasar, membuat kerja
kerja 'shooting', melaksanakan proses penyuntingan
serta menyiapkan kerja-kerja
rakaman 'voice over'.


...camerawomen on duty...

Kami berharap dengan penglibatan mereka sepenuhnya
dalam kerja penerbitan video tersebut, akan mampu memberikan
pengetahuan kepada mereka berkaitan kerja-kerja dalam sesebuah penerbitan
atau produksi video. Harap mereka mampu menggalas tanggung jawab
ini dengan baik dan mampu menghasilkan produksi
yang lebih baik daripada yang telah kami
hasilkan sebelum ini untuk
rumah peranginan
di tempat
lain.
Hasil penerbitan tersebut akan diserahkan
kepada RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN
di JABATAN PERDANA MENTERI PUTRAJAYA. Urusan penyerahan
hasil penerbitan berkenaan akan dibuat oleh HAJI ISMAIL IBRAHIM yang juga
turut serta dalam berurusan dengan pihak rumah peranginan
di MORIB tersebut. Apa yang aku harapkan mereka
yang berada di MORIB tu dapat
melaksanakan tugas
dengan sempurna
maklumlah sekarang ni bulan puasa
tentu tekak akan mengalami dahaga disebabkan
cuaca panas di sana. Tentu sukar
bekerja di bawah sinaran
mentari di tepi
pantai...
Selamat berjaya laksanakan tugas masing-masing...
.....sebuah lagi rancangan kami ialah......
Minggu depan atau minggu lagi ke depan kami 
bercadang untuk membuat penerbitan video 
Multiple Camera Production pula. Program tersebut
mungkin berbentuk bual bicara berkaitan agama di mana
PELAJAR LATIHAN INDUSTRI tersebut akan menjadi host dan
talent. Kerja-kerja belakang tabir akan dikendalikan oleh kami dari UNIT
AUDIO VIDEO dengan dibantu oleh pelajar LI lelaki. Harap
rancangan ini tidak tinggal sebagai angan-angan.
Aku mahukan rancangan ini dapat di
realisasikan, tak mau jadi
angan-angan Mat 
Jenin..biarlah Mat Jenin seorang
jer yang berangan-angan kerana mungkin angan-
angan amat perlu untuk Mat Jenin terus hidup tetapi bukan
untuk kita yang punyai kemahuan untuk menterjemahkan
sesuatu rancangan menjadi hasil yang
boleh kita capai......dan mungkin
hasil tersebut akan mampu
memberi manfaat
kepada semua
setelah dapat dihasilkan serta
akan aku 'youtube' kan....dengan niat moga
ia mampu memberi manfaat kepada penonton
di dunia yang tidak bersempadan
tersebut...........


.....sama-samalah kita nantikan hasilnya...InsyaALLAH...

...terima kasih kerana sudi membaca...


*Siti Suraya, terima kasih di atas foto-foto tersebut..
DAUDmontakzakaria.

Wednesday, July 25, 2012

maH MEri...oH...MAh meRI...







...hasil penerbitan Mah Meri...

AKHIR dapat jugak aku siapkan penyuntingan video MAH MERI yang dah agak lama juga
tersimpan di sudut HARD DISC komputer penyuntingan yang aku sering gunakan.
Penyuntingannya asyik terganggu jer sebab perubahan skrip yang aku
lakukan berulang kali...Itulah realiti menulis skrip untuk
dokumentari yang tak seberapanya ini..
Harap video ini dapat memberi sedikit informasi kepada khalayak
yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan suku kaum MAH MERI ini.
Bukan tujuan aku nak memaparkan apa-apa kemegahan dengan video yang mungkin 
tak berapa bernilai pun kepada sesetengah pihak yang lebih pakar dalam hal berkaitan penerbitan bahan audio visual ni....
Apa yang paling aku harapkan, moga video ini ada manfaatnya kepada sesiapa saja yang perlukan maklumat berkaitan MAH MERI serta yang berminat dengan bahan media
berbentuk DOKUMENTARI ini....
Aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak kepada semua 
krew video dan bukan video serta mereka yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan penerbitan
video ini.......
tanpa anda semua siapalah AKU.....

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...

DAUDmontakzakaria

Thursday, July 19, 2012

Shooting SCP Rumah Peranginan Persekutuan Morib

 ...rumah peranginan...

HARI ini, kami gi shooting untuk penerbitan SCP Rumah Peranginan Persekutuan di Morib.
Sebenarnya rancangan untuk menerbitkan rumah peranginan ini telah dirancang
lama dulu dah tapi kami cuba mencari masa yang sesuai jer...

 ....selesa....

Akhirnya...kebetulan terdapat PELAJAR LATIHAN INDUSTRI ada di Penerbit UKM maka kami pun minta mereka siapkan skrip dan memikirkan shot-shot
dan sebagainya. Kami serahkan kepada mereka
untuk menghasilkan video berkenaan.
Kami cuma bertindak membantu mereka mana yang perlu......
sekurang-kurangnya mereka akan mengetahui
bagaimana proses penerbitan ini
sepatutnya dilakukan.

....salah sebuah penginapan...

Sebenarnya kerja 'shooting' video ni memang meletihkan. Ia bukan semudah makan
sebungkus kacang goreng. 

...berhampiran pantai...

Rumah peranginan ini terletak berhampiran pantai Morib.......Jadi rumah ini mempunyai
pemandangan yang menarik ke arah Selat Melaka...

.....selesa...

Tiap-tiap bilik di setiap buah penginapan ini kelihatan selesa dan berbaloi dengan
sewanya yang agak murah...

.........kehijauan...

Apa yang dirakamkan ialah bahagian dalam rumah peranginan termasuk
kemudahannya, bilik-bilik, bilik air dan sebagainya...

....dewan...

Dewan rumah peranginan ini juga agak luas dan sesuai untuk mengadakan bengkel-
bengkel untuk kumpulan seramai lebih kurang 40 orang...


......berlainan bilik...

...kenangan...dan mungkin akan datang lagi...

....rehat dan melayan selera tengah hari sebelum sambung tugas...

Letih nak cerita panjang....aku biarkan foto-foto ini mencipta makna kepada
pembaca semua.....

...terima kasih kerana sudi membaca....
DAUDmontakzakaria.

Wednesday, July 18, 2012

UKM - Global stuDENT mobiLITY...


.....video yang ditayangkan selepas ucapan perasmian penutup...

....bilik kawalan....

 PETANG tadi, jam lebih kurang 3.00 petang kami membuat rakaman 'MULTIPLE CAMERA PRODUCTION' penutup 'UKM - Global Student Mobility Partnerships' di PANG
GUNG SENI UKM. Seperti biasa krew lain yang diketuai oleh SDR. 
SHAHRUL FADLI telah membuat pemasangan peralatan
rakaman. Aku tak 'involve' semasa pemasangan
peralatan kerana bercuti yang tidak 
dijangka.

...hanamichi....

Aku datang selepas waktu zohor dan terus ke 
STUDIO UKM. Tiba di sana semua peralatan
telah siap dipasang. Kami dibantu oleh beberapa krew 
bantuan dari jabatan lain seperti YUNUS MISDI (KEJURUTERAAN),
HAJI SULIMI (KOMUNIKASI MEDIA), JUNIOR MASTERMIND (KOM. MEDIA)
SHUKRI (UKM KL), HILMI BABA (UKM KL), WATIE SHARIF 
(EKONOMI), SITI SYARINA(EKONOMI), JAMALUDIN
IBRAHIM(FTSM),  ermmm...lupa pulak, maaf
kalau ada nama yang tertinggal.
Terima kasih bebanyak
kepada mereka
yang sudi
bantu.
....JI...

 Majlis Penutup
dihadiri oleh NC, TNC, 
pensyarah-pensyarah yang 
terlibat dalam program tersebut serta
urus setia-urus setia program. Majlis penutup
di penuhi dengan ucapan TNC, persembahan pelajar
dan penyampaian sijil penyertaan oleh Naib Canselor. Tayangan
multimedia selama 11 minit juga ditayangkan. Multimedia aku dan saudara
SHAHRUL FADLI yang membuat penyuntingannya. Hasil rakaman video untuk
multimedia tersebut dirakam oleh sdr. SITI SURAYA, SHAHRUL FADLI, KAMARUL
BAHARIN, RAMLI ADNAN, HILMI BABA, YUNUS MISDI, WAFIY, HAJI RUHAIZAD,
Multimedia tersebut merupakan cebisan daripada aktiviti pelajar di setiap
lokasi yang mereka kunjungi seperti PULAU CAREY, MUZIUM NEGARA, TAMAN
NEGARA KUALA TAHAN PAHANG, SABAH, SARAWAK dan LANGKAWI.
Rasa agak lega kerana ada ketikanya mulmedia tersebut mendapat 

...shukri...

 tepukan penonton ketika tayangan.
Aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada semua krew yang
terlibat dalam rakaman di lokasi-lokasi dan dalam rakaman 
MCP tersebut....tanpa anda siapalah kami..tak lupa
jugak kepada PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
iaitu FARAH NADIA, NUR AFIFAH,
PYAN dan REEF dari
FAKULTI ISLAM UKM, PUSAT PENGAJIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN.

...panggung seni dectar..

....watie sharif...

...panggung seni dectar...

....watie sharif...

....ahmad yunus misdi..

....farah nadia...student LI...

.....nc, tnc & vvip yang lain..

...shahrul fadli...

....hadirin...

...peserta mobiliti pelajar...

....sesi fotografi...

....terima kasih kepada yang sudi membaca....

*foto ehsan daripada SDR. HILMI BABA (UKM KL),
 terima kasih bebanyak sdr. Hilmi...


DAUDmontakzakaria

VIdeo STANdard


Malam ni aku nak tulis sikit berkaitan 'video standard'. Ia merupakan satu sistem pengekodan warna yang digunakan dalam sistem penyiaran televisyen. Terdapat beberapa jenis 'video standard' digunakan di seluruh dunia. Ia mempengaruhi ketika memainkan video
yang telah dibeli dan dirakam dari negara-negara yang lain.  Biasanya
sekarang ini tidak ada masalah untuk memainkan video di mana
mana pun kerana terdapat peralatan memainkan video
dilengkapi dengan sistem yang boleh memainkan
apa-apa video yang telah dirakam dalam
'video standard' apa sekalipun.

NTSC : NATIONAL TELEVISION STANDARDS COMMITTEE, digunakan di US, Kanada, Jepun dan bahagian2 tertentu di Asia serta Amerika Selatan.
SECAM : SEQUENTIAL COLOUR with MEMORY, biasanya di gunakan Asia Tengah, Eropah Timur, Timur tengah dan beberapa bahagian Afrika.
PAL : PHASE ALTERNATE LINE, biasanya digunakan di Eropah Barat kecuali Perancis, dan bahagian lain dunia termasuk Australia, India, China, Argentina, Brazil dan kebanyakan negara Afrika.