Thursday, January 20, 2011

Kamera Video, saiz shot-shot dan gerakan kamera.

Camcorder berasal daripada camera dan recorder. Camcorder merupakan peralatan utama dalam pembikinan program video. Ia berfungsi untuk merakamkan subjek ke atas pita video atau 'hard disc' atau ke dalam 'memory card'.

CAMCORDER

Camcorder boleh dikendalikan dengan
menggunakan bateri atau bekalan kuasa elektrik. Setiap camcorder mempunyai viewfinder bagi membolehkan jurukamera melihat subjek yang sedang dirakam. Viewfinder juga boleh digunakan untuk melihat visual yang telah dirakam bila camcorder tersebut diletakkan pada mode 'playback'.
Mahir dalam pengendalian kamera merupakan aset penting untuk menjadi perakam video yang baik. Mahirkan diri dengan segala butang yang terdapat pada kamera sebelum memulakan rakaman. Teori tanpa amali adalah tidak akan memahirkan individu yang ingin menggunakan sesebuah 'camcorder'. Oleh itu pergilah membuat percubaan rakaman di luar sana.
Anda akan berkebolehan untuk membuat rakaman sesuatu peristiwa secara spontan apabila anda telah mahir dengan segala butang-butang yang terdapat pada camcorder tersebut. Secara spontan anda akan tahu apa yang hendak dilakukan dan dimana hendak diletakkan jari anda ketika bersedia untuk membuat rakaman.Contohnya apabila anda telah mahir mengawal iris, membuat focussing dan white balance, maka anda akan menjadi bertambah yakin dalam melakukan sebarang rakaman video.
Bila anda telah mahir dengan segala butang-butang pada camcorder berkenaan, maka anda tentu tidak akan berasa bimbang dan anda boleh menumpukan perhatian anda kepada aspek 'kreativiti' dalam pembikinan video tersebut.
Sebagai contoh, apabila anda telah mengetahui tentang kebolehan lens camcorder yang digunakan, anda tentu boleh mengira jarak yang paling dekat, subjek yang dirakam masih dalam keadaan 'focus' ketika lens diletakkan pada 'fully zoom out' atau 'infinity'.
Selain dari itu jika anda telah mahir dengan sesebuah camcorder tentu anda mengetahui bahawa camcorder akan merakam visual secara serentak dengan rakaman audio oleh mikrofon 'build in' yang ada pada kamera berkenaan. Oleh itu untuk mendapatkan audio yang 'clean' semasa membuat rakaman temubual, anda sewajarnya menggunakan mikrofon yang berasingan yang di 'plug in' pada camcorder tersebut. Sementara mikrofon 'build in' ditutup supaya audio tidak dirakamkan melauinya. Selain daripada itu apabila membuat rakaman 'outdoor' cuba ketahui berapa lama sebuah bateri boleh bertahan. Semua ini tidak akan menjadi masalah jika anda telah mahir dalam menggunakan camcorder berkenaan.

Apa yang ada pada camcorder?

- Camcorder mempunyai zoom lens yang membolehkan jurukamera membuat pelbagai saiz shot-shot semasa membuat rakaman dari sesuatu kedudukan. Dengan menggunakan zoom lens subjek yang dirakam boleh kelihatan lebih besar atau lebih kecil. Camcorder juga boleh disetkan kepada macro untuk merakamkan subjek-subjek yang kecil.
- Semua model camcorder mempunyai mikrofon (build in) padanya. Mikrofon ini akan merakamkan segala bunyi disekeliling semasa rakaman dilakukan. 'Sound level' yang dirakam boleh dilaraskan dengan menggunakan butang tertentu. Bagaimanapun 'handycam' tidak mempunyai butang berkenaan dan audio yang dirakam disetkan secara automatik.
- Viewfinder yang terdapat pada camcorder digunakan untuk melihat subjek yang sedang dirakam, membuat 'focussing' sebelum merakam, melihat saiz shot-shot subjek yang dirakam dan sebagainya. Pada skrin viewfinder juga akan menunjukkan 'record', 'pause', kekuatan bateri, masa rakaman, dan sebagainya.

FUNGSI BUTANG-BUTANG PADA KAMERA VIDEO;

- Iris
Mengawal jumlah cahaya yang melalui lens hingga ke 'image censor' pada kamera. Ia dikawal secara automatik. Ia juga boleh dikawal secara manual. Jika iris dibuka dengan luas image video akan menjadi 'washout' dan shot ini menjadi rosak.
- Backlight compensator
Ia digunakan untuk mengawal iris bila merakam ke arah cahaya. Contoh apabila merakam orang yang dibelakangnya terdapat cahaya yang terang. Ia boleh dilaraskan untuk pendedahan subjek yang lebih baik. Ini bermakna bahagian yang bercahaya di belakang menjadi 'bleached out'.
- Low light control
Gain akan dinaikkan dalam suasana rakaman video yang berkeadaan kurang cahaya. Keadaan visual yang mempunyai 'noise' atau 'grainy'.
- White balance control
White balance mebuatkan kamer boleh membaca warna dengan tetap walau dalam cahaya 'daylight' atau cahaya 'tungsten'. White balance boleh disetkan secara automatik atau secara manual.
- Auto focus
Auto focus boleh disetkan secara manual atau automatik untuk merakam subjek.

APERTURE & EXPOSURE

Boleh dikatakan semua kamera video mempunyai butang untuk kawalan iris. Iris boleh dikawal secara automatik atau manual. Apabila disetkan kepada automatik, kamera akanmengawal iris secara automatik ketika membuat rakaman video. Sebagai contoh, apabila ia merakam dalam suasana cahaya yang sekata terangnya, iris secara automatik akan menampakkan subjek dengan jelas. Istilah 'overexposure' dan 'underexposure' serta 'correct exposure' akan diperkatakan bila timbul istilah 'iris' pada kamera video.
'Overexposure' berlaku bila iris dibuka sepenuhnya, subjek yang dirakam menjadi terlalu terang, background menjadi 'bleach out' dan warna seperti pudar.
'Correct exposure' berlaku bila iris disetkan separuh buka, subjek akan kelihatan jelas, sharp serta warna kelihatan sempurna.
'Underexposure' berlaku bila iris ditutp, rakaman kelihatan sedikit gelap, warna menjadi 'poor'. 'Noise' atau 'grainy' kelihatan pada visual yang dirakam.

DEPTH OF FIELD

Depth of Field ialah jarak diantara subjek yang paling hampir(nearest) dan paling(fartherst) jauh dalam satu shot, berada dalam keadaan jelas(in sharp focus) pada masa yang sama.

Peraturan2 umum dalam depth of field;

- 'Aperture' yang lebih kecil, depth of field jadi lebih besar.
- Lebih besar 'focal length' lens, lebih kecil depth of field (zoom in-reduced; zoom out-increased)
- Lebih jauh kamera daripada subjek, lebih besar depth of field
- 'Depth of field' lebih jauh di belakang subjek yang berada dalam keadaan 'focus'

'Depth of field' sewajarnya diketahui untuk menghasilkan shot-shot yang kreatif seperti menghasilkan subjek di tengah-tengah dalam keadaan 'focus' sementara subjek di 'foreground' dan 'background' dalam keadaan tidak fokus atau 'blur'.

FOCUSING

Kebanyakan 'camcorder' boleh disetkan kepada manual focus atau automatik focus. Apabila camcorder disetkan kepada autofocus, jarak antara subjek dan kamera akan di ukur oleh censor. Len kemudian akan dilaraskan kepada kedudukan subjek yang betul. Apabila subjek bergerak, sensor akan melaraskan kembali lens berkenaan. Bagaimanapun semasa mekanisma mencari posisi yang berkenaan, perubahan 'focus' turut dirakam.

Sistem autofocus adalah tidak tepat dalam keadaan tertentu seperti;
- subjek dibelakang cermin, jaring dan 'bars'.
- air, salji yang jatuh atau kabus.
- subjek yang sentiasa bergerak.

Subjek yang tidak bergerak amat mudah digunakan manual focusing. Untuk membuatkan subjek dalam keadaan focus, pertama zoom in hingga habis, kemudian buat focusing hingga subjek menjadi 'sharp'. Kemudian zoom out dan seterusnya tekan 'trigger' untuk membuat rakaman. Subjek akan sentiasa berada dalam keadaan 'focus' selagi jarak antara subjek dan kamera tidak berubah. Subjuk sentiasa focus walaupun saiz shot-shot bertugas seperti CU, MS, LS, ECU dan sebagainya. Perlu diingat sekali lagi jika jarak subjek dan kamera bertukar maka peraturan tadi perlu dibuat untuk mendapatkan subjek supaya sentiasa dalam keadaan 'focus'. Untuk subjek manusia bahagian mata adalah bahagian yang ideal untuk membuat focusing. Bagi membuat subjek yang bergerak dalam keadaan 'focus' sentiasa, latihan adalah amat perlu. Ia tidak akan mudah diperoleh tanpa selalu melakukannya. Contoh seperti seseorang sedang berjalan ke arah kamera yang sedang merakamkannya, tentu sukar bukan....?

PANNING

Panning ialah gerakan kamera secara mendatar dan berterusan dari kiri ke kanan atau sebaliknya pada kelajuan yang pantas, perlahan dan licin di kedudukan kamera yang tidak berubah. Pergerakan ini secara berlebihan akan menjemukan dan mengelirukan penonton.

Panning lebih sesuai digunakan untuk;
- Mem'visual' kan subjek-subjek yang besar untuk dimasukkan dalam satu shot seperti landscapes dan bangunan yang besar.
- Menunjukkan hubungan antara subjek-subjek seperti contoh muka seorang kanak2 sedang memerhatikan sesuatu, kemudian 'pan' kepada benda yang diperhatikannya.
- Mengikuti subjek yang bergerak seperti seorang pemain sedang 'membawa' bola dikakinya.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diingat bila membuat 'panning';
- Fikirkan di mana nak bermula dan dimana hendak ditamatkan 'pan shot' sebelum memulakan rakaman.
- Bila membuat 'pan shot' dengan memegang kamera di tangan, pusingkan badan dari pinggang ke atas.
- Buat 'pan shot' secara perlahan dan licin tanpa tersekat-sekat supaya penonton dapat memerhatikan apa yang dipaparkan di skrin.
- Buat rakaman 'still' selama 3 minit sebelum mulakan gerakan 'pan' dan tamatkan dengan rakaman 'still' selama 3 minit juga.
- Perlahankan gerakan 'pan shot' bila terdapat titik pertemuan dengan subjek menegak, gerakkan ke atas dan turun kembali. Jika tidak diperlahankan gerakan 'pan', subjek akan menjadi 'blur' atau 'out focus' seketika.
- Gerakan 'pan' yang berkesan ialah tidak melebihi sudut 90 darjah. Gerakkan yang melebihi sudut ini akan menghasilkan visual yang goyang 'shake' hilang keseimbangan jika kamera dipegang ditangan(hand held). Jika menggunakan tripod, anda mungkin akan tersepak kaki tripod dan merosakkan rakaman tersebut.
- Cari posisi yang selesa dan membuat cubaan gerakan 'pan' sebelum membuat rakaman.
- Sentiasa visualkan subjek yang bergerak dalam keadaan 'focus' sentiasa ketika membuat rakaman subjek yang sedang bergerak. Luaskan ruang di hadapan subjek yang sedang bergerak tersebut.

Lihat juga di sini.

TILTING

'Tilting' merupakan gerakan kamera video yang licin dan berterusan secara menegak serta ada ketikanya dikenali sebagai 'vertical pan'. 'Tilting' merupakan teknik yang berkesan untuk merakamkan subjek yang tinggi seperti gerakan 'tilt up' dari bawah ke atas atau gerakan 'tilt down' dari atas ke bawah. Boleh merakam seperti menara yang tinggi atau gunung yang tinggi. Ada ketikanya gerakan 'tilt down' dan 'pan' di lakukan dalam satu gerakan untuk menggambarkan subjek tersebut tinggi dan besar.

Peraturan umum adalah sama seperti gerakan 'pan';

- Fikir apa yang hendak ditunjukkan dan tentukan permulaan dan akhir gerakan.
- Buat latihan gerakan sebelum membuat rakaman.
- Buat rakaman 'still' selama 3 saat pada permulaan serta seterusnya gerak dengan licin, berterusan dan 'still' selama 3 saat di akhir rakaman.
- Jangan cuba membuat gerakan 'tilt up' terlalu jauh sehingga hilang keseimbangan badan.

Terdapat 'exposure' yang berbeza bila 'tilt up' sebuah bangunan tinggi hingga ke langit. Bila tiba situasi ini, untuk kemudahan setkan kamera 'iris' pada 'auto iris', 'Exposure' akan dilaraskan secara automatik ketika gerakan 'tilt up' dilakukan secara perlahan. Bagi yang telah biasa dengan kamera, dia boleh menggunakan 'manual iris' dimana dia akan melaraskan 'expore' iris ketika membuat gerakan 'tilt up'. Gerakan 'tilting' boleh dilakukan dengan menggunakan tripod atau secara 'hand held'. Kebiasaanya dengan menggunakan tripod adalah lebih baik.

Lihat juga di sini.

ZOOM

'Zoom' dibuat dengan menggerakkan lens yang kemudiannya akan menukarkan 'focal length'. Pergerakan 'zoom in' akan menyempitkan pandangan dan mengurangkan 'depth of field' sementara 'zoom out' adalah sebaliknya. Pergerakan 'zoom' pada kamera video boleh dibuat secara manual atau auto. Pergerakan secara auto sesebuah kamera mempunyai 2 atau 3 kelajuan yang ditetapkan. Pergerakan 'zoom' secara auto akan dapat dilakukan dengan licin. Pergerakan 'zoom' secara manual juga boleh dibuat dengan licin jika jurukamera yang mengendalikan kamera berkenaan telah biasa melakukannya. Dengan latihan yang kerap kelajuan pergerakan 'zoom' yang berbeza boleh dibuat dan ianya lebih kreatif. Jangan terlalu banyak menggunakan pergerakan 'zoom' tanpa sebarang alasan yang kuat. 'Zoom shot' dibuat dengan baik atas alasan yang menasabah seperti untuk menunjukkan hubungan, melahirkan maksud atau untuk menekankan. Sebagai contoh seperti 'zoom out' seorang pemain golf untuk menampakkan lubang yang akan dimasukkan bola, atau 'zoom in' dengan perlahan ke muka kanak2 yang sedang memberi tumpuan kepada sesuatu atau 'zoom in' dengan pantas ke muka seseorang yang sedang terkejut.
Mulakan pergerakan 'zoom' dengan licin dan semangkinlaju pada permulaan dan semakin perlahan sebelum diberhentikan. Mulakan denga rakaman 'still' selama 3 saat dan tamatkan dengan rakaman 'still' selama 3 saat juga. Untuk memperlihatkan seperti seorang yang lebih profesional buatlah pergerakan 'zoom' serentak dengan gerakan lain seperti 'tilt' atau 'pan'.

Lihat juga di sini.


SAIZ-SAIZ SHOT & JENIS-JENIS SHOT

Saiz Shot-Shot

Mempebagaikan saiz shot-shot dan sudut kamera menjadikan sesuatu program video tersebut kelihatan lebih menarik terutama kepada penonton. Satu shot ialah sebuah rakaman yang bermula dari butang 'record' ditekan hinggalah ia dihentikan dari membuat rakaman. Satu 'sequence' ialah satu siri shot-shot yang biasanya merupakan rakaman satu peristiwa. Satu 'sequence' sepatutnya terdiri daripada saiz shot-shot yang berbeza untuk terus menarik perhatian penonton serta kelihatan menarik. Krew filem dan video yang profesional mempunyai bahasa tertentu untuk menjelaskan erti saiz shot-shot yang berbeza.

Disamping saiz shot-shot yang berbeza, terdapat juga jenis-jenis shot yang juga berbeza. Sama seperti saiz shot-shot, jenis shot-shot yang berbeza mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Walaupun membuat rakaman video pada 'eye level' merupakan satu pendekatan yang biasa namu ia bukanlah satu-satunya cara untuk membuat rakaman. Mempelbagaikan ketinggian dan sudut kamera ketika membuat rakaman akan menunjukkan hubungan subjek yang dirakam. Sebagai contoh merakam seseorang dari sudut 'low angle' menunjukkan orang berkenaan berstatus tinggi atau seorang pemimpin dan sebagainya. Ada yang berpandangan untuk menimbulkan perasaan semualajadi dalam rakaman video, elakkan membuat rakaman subjek yang melihat terus ke lens kamera video tersebut, ia akan kelihatan seperti sengaja di ada-adakan. Untuk kelihatan ideal, shot mestilah diambil 3/4 daripada muka subjek. Shot yang 'profile' iaitu rakaman yang dirakam betul-betul dari bahagian tepi subjek, tidak akan banyak menunjukkan banyak 'ekspresi muka'. Ia hanya lebih sesuai untuk menunjukkan babak seseorang sedang mendengar atau melihat sesuatu.

Saiz shot-shot;

Jika kita membuat semakan beberapa sumber kita akan menemui pelbagai perbezaan diantara satu sumber dengan sumber yang lain.
- Wide Shot: paling luas
-Long Shot: subjek yang dirakam dan sekitarnya
-Medium Shot: dari bawah pinggang ke atas
- Close Up: dari paras atas dada ke atas
- Big Close Up: dari paras dagu hingga dahi

Jika kita semak rujukan yang lain kita akan jumpa istilah begini pula;
-Extreme Wide Shot: subjek dan sekitaran yang luas
-Very Wide Shot:Subjek dan sekitarnya
-Wide Shot:Keseluruhan subjek
-Mid Shot: Bawah pinggang ke atas
-Medium Close Up: dari bawah dada hingga ke atas.
-Close Up: dari atas dada dan ke atas
-Extreme Close Up: bahagian mata sahaja atau mulut

Lantaran itu janganlah kita terlalu terikat dengan istilah tersebut, memadai faham dengan saiz shot-shot dan dapat melakukannya ketika membuat rakaman video yang telah ditugaskan.

Lihat juga di sini.

Lihat juga di sini.


KOMPOSISI (Composition)

Komposisi gambar ialah segala yang berkaitan perletakan subjek atau subjek-subjek dalam bingkai atau 'frame' dengan itu kesannya ialah mampu menyedapkan mata. Satu panduan yang berguna untuk mendapatkan komposisi yang baik ialah 'rule of third'. Bayangkan 'viewfinder' kamera video dibahagikan kepada tiga bahagian secara melintang dan menegak. Ini bermakna terdapat sembilan kotak pada 'viewfinder' tersebut. Aturkan elemen-elemen secara seimbang di dalam bingkai tersebut.

Contoh-contoh komposisi ialah, ketika membuat rakaman seseorang yang sedang memandang sesuatu, luaskan ruang di hadapan mukanya. Ruang dihadapan ini dikenali sebagai 'looking room'. Apabila merakan orang yang sedang berjalan, luaskan juga ruang di hadapannya melebihi ruang di belakangnya. Ruang di hadapannya dikenali sebagai 'walking room' sementara ruang di belakang dikenali sebagai 'back room'.

Lihat juga di sini.

Lihat di sini juga.



* Bersambung................................visual sense dan sebagainya.


daudmontakzakaria

Wednesday, January 19, 2011

Kamera dan tugas Jurukamera dalam penerbitan MCP..

Penerbitan Video MCP (ppp)

mcp


'STUDIO FLOOR'
KAMERA & JURUKAMERA:
Semua kamera dalam 'studio floor' disambungkan ke 'camera control unit' dan 'switcher' dalam 'control room' melalui kabel seperti kabel kamera 26 pin. Dari 'studio floor', jurukamera akan berhubung dan merima arahan daripada Pengarah Studio melalui 'intercom' pada 'headset' yang digunakan oleh jurukamera. Dalam 'studio floor' atau dalam sesebuah penerbitan 'multiple camera production', jurukamera boleh mengendalikan kamera dengan meletakkannya di atas tripod atau secara 'hand held' sebagaimana yang diperlukan oleh skrip atau diminta oleh Pengarah Studio. Jurukamera akan memberikan shot-shot yang diminta oleh Pengarah Studio dengan berpandukan 'viewfinder' pada kamera video berkenaan.
Cara pengendalian kamera studio boleh didapati DI SINI.

BILIK KAWALAN atau 'control room'

Jurukamera mempunyai tugas yang penting dalam penerbitan MCP. Tanpa jurukamera penerbitan MCP tidak mungkin akan berlaku. Seorang jurukamera semestinya mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan kamera studio. Mereka juga mesti mahir kepada segala pergerakan kamera, saiz shot-shot, sudut kamera dan sebagainya. Mereka juga mesti pantas mendapatkan shot-shot yang dikehendaki oleh Pengarah Studio. Mereka mesti memberikan perhatian utama kepada setiap arahan pengarah Studio. Tanpa segala yang disebutkan itu, seorang jurukamera tidak akan mampu bertugas dengan sempurna dan licin.
Secara umumnya seorang jurukamera mesti mahir dengan arahan Pengarah Studio seperti Extreme CU, CU, MCU, MS, KNEE SHOT, TWO SHOT, ZOOM IN, ZOOM OUT, DOLLY IN, DOLLY OUT dan sebagainya.

Contoh arahan yang diterima daripada Pengarah Studio:
DIRECTOR: Ready graphic, ready vt, ready switcher, ready lighting, ready SA, ready FM, ready Cam 1, Cam 2, Cam 3, ready Audio......
SCRIPT ASSISTANT: 15 seconds to on air....
DIRECTOR: Ready to roll VTR for recording....
SCRIPT ASSISTANT: 10 seconds to on air, 9, 8, 7,..
DIRECTOR: Roll VTR for recording..
Ready VT to roll montage...sound on tape....
SCRIPT ASSISTANT: 5, 4, 3, 2, 1...
DIRECTOR: Roll VT...Take VT...
FM, vtr for montage is 20 seconds....we will come to studio on Cam Two,Ready Cam Two for establish shot..
DIRECTOR: We will come to studio in 10 second,
SCRIPT ASSISTANT: 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,

DIRECTOR: Ready Cam 2, take two....
Ready to come up on Cam 3, ready cam 3 for MS on Lin,
open mic, FM cue Lin, up on cam 3.... take 3...
Ready music, fade in music...
Ready music to fade under, fade music under....
Ready graphic , superimpose graphic...
Graphic out....
Cam 1 give me CU of talent, open mic, ready Cam 1...take One....

TO STOP PROGRAMME FOR ADVERTISEMENT:
SCRIPT ASSISTANT: We'll have a break in 30 seconds for advertisement..
15 second.....
DIRECTOR: FM cue Lin....
Ready to roll VT for advertisement...
SCRIPT ASSISTANT: 10 second, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,
DIRECTOR: Roll VT, Take VT...
SCRIPT ASSISTANT: We'll come to studio in 15 seconds on Cam two...
DIRECTOR: Ready Cam Two...give me wide shot..
SCRIPT ASSISTANT: 10 seconds to studio, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1...
DIRECTOR: Ready Cam Two, Take Two; open mics; cue Lin..

TO CLOSE PROGRAMME:

SCRIPT ASSISTANT
:
Thirty seconds to close the program...
DIRECTOR: Give her/ him a wrap-up.
SCRIPT ASSISTANT: Fifteen seconds.
10 seconds, 9,8,7...
DIRECTOR: Ready cam two, ready closing credits to roll.....
Take cam two. Cut mics. Cue Lin.....
Cam
Cam two keep zooming out. Hold it. Roll credits....
Ready to key out Graphic, key out graphic...

daudmontakzakaria

Tuesday, January 18, 2011

TNEC Cooling System Building Site.....


HARI ini, 18 Januari 2011, kami pergi ke tapak pembinaan TNEC Cooling System di Lingkungan Kedua UKM.

TNEC COOLING SYSTEM BUILDING SITE...

Bertolak ke sana lebih kurang jam 10.30 pagi bersama sdr. Shahrul dan Siti Suraya.


SEDANG MENCUBA SHOT-SHOT
Hari ini, kami diminta untuk merakamkan kerja-kerja memasang tiang besi di tapak pembinaan berkenaan. Sebenarnya sebelum ini kami belum lagi membuat rakaman pemasangan tiang-tiang tersebut. Mulanya mereka ingin memasangnya pagi semalam, tapi saat akhir ia dibatalkan.

Kami berada di sana lebih kurang satu jam. Semua aktiviti pemasangan tersebut dirakamkan.

SUSAHNYA MERAKAM DGN. 'SPECIAL CAMERA' NI...

Ada kalanya risau jugak bila melihat sdr. Shahrul berada berhampiran tiang-tiang yang sedang dipasang untuk mendapatkan footage-footage yang lebih Mid Shot, Close Up dan Extreme Close Up. Maklumlah kami bukan ada 'insurance cover' pun.... Lebih kurang jam 11.30 pagi, aku, Shahrul dan Siti Suraya kembali ke Penerbit dan menunggu panggilan daripada TNEC untuk membuat rakaman lagi....
daudmontakzakaria

Monday, January 17, 2011

Penerbitan MCP (Multiple Camera Production)

mcp


TUGAS PENERBITAN 'MULTIPLE CAMERA PRODUCTION'

Setiap kali kita memperkatakan tentang penerbitan video, kita sering terfikirkan rakaman dengan menggunakan sebuah kamera video sebagaimana menerbitan drama televisyen dan seumpamanya.

BILIK KAWALAN
Kita akan terbayangkan ‘raw footage’ akan dibuat penyuntingan semasa ‘post-production’. Jarang sekali kita memikirkan tentang rakaman video ‘multiple camera production’. Malah mungkin juga ada yang langsung tidak mengetahui tentang penerbitan dengan menggunakan beberapa buah kamera video atau 'multiple camera production'. Ramai yang mempunyai anggapan bahawa penerbitan ‘multiple camera production’ merupakan suatu penerbitan video yang sukar atau komplikated serta amat mencabar. Bagaimanapun ia tidaklah terlalu sukar dan komplikated seperti yang difikirkan.

Penerbitan video secara ‘Multiple Camera’ ini boleh dikatakan tidak kurang pentingnya dalam bidang penyiaran. Dengan membuat penerbitan video secara ‘Multiple camera production’ untuk merakam sesebuah peristiwa seperti majlis perkahwinan, penyampaian ijazah, ceramah, dan sebagainya, juruvideo boleh menghasilkan satu projek yang sempurna atau ‘complete’ dengan segera di lokasi. Hasilnya sedia untuk disalin atau di keudarakan. Tiada ‘post-production’ yang terlewat dimana kerja-kerja editing berlaku semasa rakaman berlangsung.
Setiap hari kita selalu melihat penerbitan ‘multiple camera production’ tetapi kita jarang sekali memikirkannya. Berita, sitcom, majallah, concert, sukan dan sebagainya dirakam dengan beberapa buah kamera video yang disambungkan kepada ‘camera control unit’ (ccu) dan ‘video mixer’ serta diadun ke atas satu pita sama ada MiniDV, DVcam atau Beta digital dan dihantar ke stesen televisyen melalui kabel atau gelombang udara(airwaves). Contohnya dalam satu perlawanan bola sepak, dengan menggunakan rakaman beberapa buah kamera. Setiap gerakan akan dapat dirakam tanpa sebarang berlaku keciciran walau satu shot sekalipun.

‘Multiple Camera Production’ atau ringkasnya MCP merupakan tugas bersama secara serentak yang diketuai oleh seorang Pengarah Studio. MCP boleh dijalankan untuk sesebuah program yang akan dirakam dan disimpan sebelum ditayangkan ATAU ia juga boleh dilakukan untuk menayangkan program secara langsung ke udara. MCP boleh dijalankan di dalam studio atau di mana-mana di luar studio.
Perancangan untuk membuat sesebuah penerbitan MCP biasanya telah dirancang sejak awal-awal lagi termasuk skrip. Dalam penerbitan MCP beberapa buah kamera digunakan. Pengarah Studio berhubung dengan FLOOR MANAGER, CAMERAMEN, JURU AUDIO, adalah melalui ‘intercom’ pada ‘head set’ yang digunakan.


BILIK KAWALAN AUDIO
PERALATAN YANG PERLU SEMASA PENERBITAN MCP:
Bilik Kawalan;
Komputer untuk grafik, VTR untuk memainkan bahan yang telah dirakam, Switcher, Alat kawalan lampu, Camera Control Unit, Monitor-monitor, Waveform, dan juga jam untuk menentukan masa.
Bilik Kawalan Audio;
Audio mixer, Alat pemain CD, Alat pemain kaset dan Komputer untuk memainkan muzik.
‘Studio Floor’
Kamera, tie clip mic, boom mic, tripod. Lampu-lampu, monitor
KREW YANG TERLIBAT DALAM MCP:
Beberapa orang kakitangan terlibat dalam tugas penerbitan MCP (‘Multiple Camera Production’) ini. Mereka masing-masing mengendalikan peralatan tertentu dengan diketuai oleh seorang Pengarah yang biasanya dikenali sebagai Pengarah Studio yang akan memberikan arahan kepada semua krew sepanjang program tersebut berlangsung sehingga selesai. Krew yang terlibat semasa penerbita sesebuah program selain daripada Pengarah Studio ialah PEMBANTU PENGARAH, SWITCHER, JURU GRAFIK, PENGENDALI VTR, JURU LAMPU, JURU AUDIO, FLOOR MANAGER, JURUKAMERA

- PENGARAH STUDIO;
Tugas Pengarah Studio ialah dia bertanggungjawab memastikan tugas penerbitan MCP tersebut berjalan dengan jayanya. Dia sentiasa berpandukan kepada skrip yang telah ditetapkan.
STUDIO FLOOR
Tugasnya ialah memberi arahan kepada setiap krew penerbitan yang terlibat dalam penerbitan MCP berkenaan. Arahan oleh Pengarah Studio kepada semua krew sentiasa berlaku sepanjang program tersebut berjalan.
Pengarah Studio memberitahu FLOOR MANAGER supaya menyampaikan apa2 yang ingin disampaikan kepada mereka yang berada di ‘studio floor’. Pengarah Studio juga memberikan arahan untuk JURUKAMERA-JURUKAMERA, shot-shot yang dikehendaki seperti LS, CU dan sebagainya.
Pengarah Studio juga memberikan arahan kepada JURU GRAFIK untuk mengeluarkan apa-apa bahan grafik yang kemudiannya di ‘take’ oleh SWITCHER atas araham Pengarah Studio untuk dimasukkan ke dalam program yang sedang dirakam atau sedang di ke udarakan secara langsung sepanjang tugas penerbitan MCP berkenaan contoh seperti nama-nama ahli panel dalam sesebuah program forum yang sedang berlangsung.
Pengarah Studio juga memberikan arahan kepada VTR OPERATOR untuk memainkan bahan-bahan yang telah dirakam untuk ditayangkan semasa program berlangsung seperti temubual-temubual yang telah dirakam di khalayak dan sebagainya.
Pengarah Studio juga memberikan arahan kepada SWITCHER untuk mengambil atau ‘take’ gambar atau visual yang hendak dirakam atau di keudarakan semasa program berlangsung. Contoh arahan ialah ‘Ready Cam One…take One…’. Bila dikatak ‘take one’ maka SWITCHER suis kamera kepada Kamera One atau Kamera Satu.
Pengarah Studio juga memberikan arahan kepada JURU AUDIO untuk ‘on’kan mikrofon, serta memainkan audio seperti muzik untuk menjadi ‘background music’ dalam penerbitan berkenaan. ‘Cue’ yang biasa digunakan oleh Pengarah kepada JURU AUDIO ialah ‘fade in music’, ‘fade out music’ dan ‘fade under music’.
Pengarah Studio juga memberi arahan kepada JURU LAMPU untuk menaikkan ‘intencity’ cahaya atau mengarahkan untuk merendahkan ‘intencity’ cahaya ketika rakaman. JURU LAMPU juga akan menurut segala arahan Pengarah Studio berkaitan pencayaan dibawah pengendaliannya.
Pengarah Studio juga memberitahu kepada FLOOR MANAGER atau FM bila bermula penerbita MCP tersebut dan masa program tersebut akan tamat. FM seterusnya akan memberitau semua krew dalam ‘studio floor’. FM juga menerima arahan setiap masa daripada Pengarah Studio dan menyampaikan kepada krew di ‘studio floor’ seperti kepada JURUKAMERA-JURUKAMERA serta kepada ‘TALENT’. Semua arahan adalah dengan menggunakan isyarat tangan atau ‘hand cues’. ‘Hand cues’ digunakan sebab semasa rakaman semua diminta senyap melainkan ‘talent’. Kalau bersuara ia akan terakan atau akan keudara secara langsung, kerana bunyi akan dirakam oleh mikrofon-mikrofon yang berada dalam ‘studio floor’.
Pengarah Studio akan dibantu oleh seorang PEMBANTU PENGARAH atau ‘ASSISTANT DIRECTOR’ dan terdapat juga penerbitan MCP menggunakan ‘SCRIPT ASSISTANT’ menggantikan tempat ‘ASSISTANT DIRECTOR’. Pembantu Pengarah akan membantu dari segi pengawalan masa penerbitan dan juga memberitahu arahan selepasnya sebelum Pengarah Studio menyampaikan kepada krew penerbitan yang terlibat semasa penerbitan berkenaan berjalan.

* Contoh arahan dalam penerbitan MCP
TO OPEN PROGRAME:
SCRIPT ASSISTANT: 30 seconds to on air...
DIRECTOR: Silent please....
DIRECTOR: Ready graphic, ready vt, ready switcher, ready lighting, ready SA, ready FM, ready Cam 1, Cam 2, Cam 3, ready Audio......
SCRIPT ASSISTANT: 15 seconds to on air....
DIRECTOR: Ready to roll VTR for recording....
SCRIPT ASSISTANT: 10 seconds to on air, 9, 8, 7,..
DIRECTOR: Roll VTR for recording..
Ready VT to roll montage...sound on tape....
SCRIPT ASSISTANT: 5, 4, 3, 2, 1...
DIRECTOR: Roll VT...Take VT...
FM, vtr for montage is 20 seconds....we will come to studio on Cam Two,Ready Cam Two for establish shot..
DIRECTOR: We will come to studio in 10 second,
SCRIPT ASSISTANT: 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,

DIRECTOR: Ready Cam 2, take two....
Ready to come up on Cam 3, ready cam 3 for MS on Lin,
open mic, FM cue Lin, up on cam 3.... take 3...
Ready music, fade in music...
Ready music to fade under, fade music under....
Ready graphic , superimpose graphic...
Graphic out....
Cam 1 give me CU of talent, open mic, ready Cam 1...take One....

TO STOP PROGRAMME FOR ADVERTISEMENT:
SCRIPT ASSISTANT: We'll have a break in 30 seconds for advertisement..
15 second.....
DIRECTOR: FM cue Lin....
Ready to roll VT for advertisement...
SCRIPT ASSISTANT: 10 second, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,
DIRECTOR: Roll VT, Take VT...
SCRIPT ASSISTANT: We'll come to studio in 15 seconds on Cam two...
DIRECTOR: Ready Cam Two...give me establish shot..
SCRIPT ASSISTANT: 10 seconds to studio, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1...
DIRECTOR: Ready Cam Two, Take Two; open mics; cue Lin..

TO CLOSE PROGRAMME:

SCRIPT ASSISTANT
:
Thirty seconds to close the program...
DIRECTOR: Give her/ him a wrap-up.
SCRIPT ASSISTANT: Fifteen seconds.
10 seconds, 9,8,7...
DIRECTOR: Ready cam two, ready closing credits to roll.....
Take cam two. Cut mics. Cue Lin.....
Cam
Cam two keep zooming out. Hold it. Roll credits....
Ready to key out Graphic, key out graphic....


SCRIPT ASSISTANT: 10 seconds to close programme.., 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,
DIRECTOR: Ready black, fade to black. Hold. Stop vtr. O.K, all clear. Good job everyone.


*semua maklumat berasaskan pengalaman di studio rakaman video STUDIO UKM, semasa mengendalikan latihan pelajar Komunikasi Media. Ramai pelajar yang menerima ilmu di studio ini sejak tahun 1994 dan ada yang telah bekerja di media-media di negara ini. Entah ingat, entah tidak mereka kepada studio yang kecil ini.
*catatan ini akan dikemaskini sentiasa bergantung kepada ‘feedback’.
daudmontakzakaria