Saturday, June 30, 2018

Macam sibuk minggu ni...

Hari ni Jumaat, 29 Jun 2018...pepagi lagi buat suntingan video UKM Prihatin yang merupakan program anjuran UCTC UKM pada 9 Jun yang lalu. Tak sempat
 nak siapkan sebelum raya jadi cuba siapkan hari ni....Pagi ni masuk je
opis terus buat suntingan....kene kejar masa..


Hampir jam 9.00 pagi kene pi
ke PUSAT ISLAM UKM sebab da janji dengan
encik fauzi untuk rakam ucapan raya staf pusat Islam ukm yang bertugas
pada hari raya yang lalu.......semua video ucapan ni akan ditayang
masa jamuan hari raya ukm pada 6 Julai nanti...

rakaman pak imam
mudah keje kami...
tunggu ustaz hafiz pulak...
 Aku pi dengan sdr. RAMLI dan sdr. KAMARUL. Tiba di Pusat Islam UKM terus pi jumpa
staf di sana. Rasanya staf sana da tau, mungkin encik fauzi da tinggalkan
pesan pada dia orang kut...Sorang staf Pusat
islam tiba2 je menyapa kami
dan macam da tau kami nak rakam ucapan hari raya berkenaan.....ermmm...
mudah jugak la urusan kami.......

ustaz hafiz
ustaz hafiz tonton hasil rakaman...
tonton....
 Di Pusat Islam tu kami rakam ucapan dua orang staf yang bertugas hari raya yang lalu.
Mereka ialah ustaz hafiz dan imam yang baru bertugas di pusat Islam UKM.
Mudahnya mendapat kerjasama mereka...aku suka sangat
bila berurusan dengan pihak yang mudah
dan tak cerewet langsung...keje aku akan jadi amat mudah dan tak
pening kepala...yang menjadi sukar bila bersua dengan yang banyak songe dan yang
susah sangat nak rakam mereka bercakap dan bukak mulut...jadi rakaman
kami dapat diselesaikan dengan cepat je...terima kasih
ustaz hafiz dan pak imam yang ramah...huhuhu...
Ada sorang lagi yang bertugas pada hari raya hari tu tapi tak dapat di rakam
sebab dia mungkin sedang bercuti kut......

bilik suntingan....
bilik suntingan....
 Tamat je tugas di pusat islam UKM maka kami terus je balik. Terus aku masukkan footage ke komputer suntingan. Edit sikit video tersebut....pilih mana yang sesuai
untuk ditayangkan. Pilih footage yang terbaik je.....
Kemudian buat pulak suntingan untuk video UCTC tu.....menjelang
tengah hari pi balik umah sebab hari ni hari jumaat....nak solat kat masjid di sri putra tu...

Lebih kurang jam 3.00 petang kami pi pulak ke Bahagian Keselamatan UKM sebab di sana
jugak ada staf yang keje pada hari raya. Perlu jugak dirakam ucapan raya mereka tu..
Tiba di sana lebih kurang kul tiga lebih dalam hujan gerimis sampai sana.
kami cadang nak buat rakaman di luar bangunan..dek disebabkan
ujan semua rakaman dibuat dalam bangunan
semuanya...ok la tu.....

Bahagian Keselamatan UKM
Bahagian Keselamatan UKM
Di Bahagian Keselamatan jugak mudah keje kami ...semua memberikan keje
sama yang amat baik...amat baik tu....aku jarang puji orang...kalau aku puji, maknanya
memang terbaik la tu....Tak lama pun kami buat keje kat sana tu...sekejap je
da siap mudah je....terima kasih kepada semua staf keselamatan
yang ada masa tu termasuk en. majlan...en. taib dan yang lain2
....anda semua terbaik...Orang yang lama2 tu
aku kenal la...tapi yang muda2 tu
memang tak kenal pun....
Balik opis terus je digitise video tu ke dalam komputer....edit sikit...
Aku jugak buat editing video UCTC tu hingga siap...bila siap terus convert fail ke mp4
dan seterusnya upload ke youtube...da ada da pun dalam youtube rasmi
universiti kebangsaan malaysia.....tonton la....

.....sekian....

daud.montak.zakaria

Thursday, June 28, 2018

Sambung shooting di JKM...

Hari ni Khamis, 28 Jun 2018...pepagi lagi da sampai opis...terus sambung suntingan video 3 MT. Akhirnya siap jugak setelah beberpa lama buat editing. Siap je terus
upload ke UTube. Ok la tu bila da siap...lega nanti kalau
pihak yg bertanya dulu mintak...suh je
download drpd utube ukm...senang cite...kan...kan.....





Kemudian jam lebih kurang 10 pagi kami iaitu aku, shah dan saniy sambung buat shooting video di JKK sungai merab...Shooting hari ni simple je tak macam shooting
 yang tak jadi semalam tu....kali ni tak sesukar semalam...style 
semalam batal terus...huhuhu....
Shooting hari ni waktu pagi...pi gerak ke JKM dengan 
kete shah...Saniy jugak turut serta....
Tiba sana terus masuk bangunan dan seterusnya
ke bilik bengkel. Masuk je kami terus letak barang. Duduk dan perhati je dia 
orang sedang buat persembahan....Itu cuma raptai kut sebelum kami rakamkan dalam video.....tunggu je mereka habis buat persembahan.....



Selesai persembahan mereka rehat. Kami siapkan peralatan
untuk rakaman. Pasang kamera, lampu dan boom mike. Siap je pasang alat maka mulakan rakaman kami. Kami rakam setiap kumpulan yang melakonkan prosedure berkaitan
lapuran penderaan yakni keganasan rumah tangga. Terdapat beberapa babak
hinggalah selesai satu program kisah keganasan rumah tangga
tu....pandai jugak dia orang siap tengking2 dan
tangisan lagi tu...huhuhu...



Walaupun kelihatan macam mudah je shooting yang kami
buat tapi ia makan masa agak panjang jugak. Dari jam 10 lebih hingga jam 2.00 
petang barulah selesai keje keje shooting berkenaan. Sebenarnya peserta bengkel tersebut datang dari seluruh semenanjung malaysia. Semuanya pegawai Jabatan
Kebajikan Masyarakat seluruh semenanjung.......

Lepas makan tengah hari maka kamipun gerak balik ke ukm. Sdr. shahrul akan
buat proses suntingan atau pos produksi berkenaan. Pihak JKM akan tonton nanti dan buat sebarang perubahan jika ada nanti.....moga dipermudahkan semua olehNYA...
...nampaknya berhubung lagi dengan encik syukri yang peramah
dan lemah lembut tu......



...ok...esok buat keje lain pulak iaitu rakaman ucapan raya staf yang bertugas
hari raya untuk tayangan semasa jamuan raya ukm pada
6 Julai nanti.....huhuhu....

.....sekian....

daud.montak.zakaria

Wednesday, June 27, 2018

Catatan Hari Pertama Keje Lepas RAYA....

Hari ni SELASA, 27 Jun 2018, hari pertama keje lepas raya puasa. Pagi tiba opis apa
lagi terus bukak komputer editing. Aku memang mula keje jam 7.30 pagi
masuk opis balik jam 4.30 petang. Pepagi edit keje yang tak
siap sebelum raya dulu iaitu 3MT....
Video pendek 3 minit aku da siapkan sebelum
cuti raya, yang panjang baru la ni nak siapkan dan mula nak
buat la ni...
Tak sempat siap 3 MT lagi aku ada tugas lain yang da dirancang
sebelum masuk keje hari ni iaitu UCAPAN HARI RAYA STAF YANG KEJE
PADA HARI RAYA PUASA yang lalu. Staf yang akan dirakam ucapan mereka telah
diuruskan oleh Puan Alia, tq alia, iaitu staff staff Prasarana bahagian letrik yang
bertugas pada hari raya itu hari. Video ni nak tayang masa jamuan raya
ukm pada 6 Jun nanti...tak tau sempat siap atau tak...huhuhu..

foto sdr kamarul kut ni....guna eaaa...


Tepat jam 9.00 pagi aku serta sdr. RAMLI
dan sdr. KAMARUL terus pi ke opis PRASARANA. Aku masuk
dalam opis prasarana dengan ramli dan bertemu dengan staff Prasarana. Lepas bincang
amik keputusan untuk buat rakaman di masjid ukm. Tiba je di masjid
terus je buat shooting hingga selesai. Ada yang kene 'take'
sampai 3 kali kali...takpe la asalkan selesai
...bukan senang bila da duk depan kamera...kan...kan........

Dalam jam 10.00 lebih balik opis....tiba opis sdr. SHAHRUL 
ajak pi buat shooting di JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT di SUNGAI MERAB.
Bincang dengan sdr. shahrul pi jam 11.00 pagi. Sebelum tu sempat aku
buat keje editing sekejap.... Tiba jam 11.00 lebih kurang
kami iaitu aku, sdr. shahrul dan sani
gerak ke JKM sungai merab.



Tiba pejabat JKM terus masuk
dan dalam masa cari bilik bengkel dan bila jumpa
terus letak barang yang perlu dalam bilik tu. Tak lama kemudian jumpa
encik shukri. Bincang sebentar dan dia kata shooting simulasi mula jam 2.00 ptg. Jadi kami
amik keputusan untuk kembali ke sini jam 2.00 petang. Sebelum tu
kami kembali ke opis dulu. Tiba opis aku sambung kembali
buat suntingan video 3MT.

Jam 2.00 petang kami gerak ke JKM
semula. Tiba sana terus pi bilik bengkel dan jumpa en shukri. Dia
bawa kami ke bilik untuk lokasi rakaman simulasi berkenaan. Tiba dalam bilik kami
terus bincang tentang shooting berpandukan skrip yang en. shukri berikan. Bila semua peserta
bengkel tiba...mulalah kami membuat shooting. Peralatan kamera, lampu dan
sebagainya dipasang. Mujur la ada tiga krew...agak mudah
sikit keje shooting ni...kalau dua orang boleh
jugak tapi agak letih la...sebab macam macam nak buat dan macam2 nak fikirkan......
Shooting ni adalah shooting untuk video keganasan rumah tangga..
jadi kalau sesape ada masalah di dera suami boleh buat
aduan...atau kalau ada suami diganasi isteri
jugak boleh buat aduan gak kut...ekeke...oopst!

ni foto saniy...amik guna kat sini eaaa....


Bila kami dan buat rakaman hampir separuh...hermmm...ada pulak perubahan untuk
skrip...haiyaaaaa.....sepatutnya bila da masuk ke tahap PRODUKSI, SKRIP tak boleh nak ubah2 lagi dah...hermmmm.....apa boleh buat laaaa....Akhirnya amik keputusan
minta dia orang 'finalise' skrip kemudian baru buat shooting
esok hari pulak sebab jam dah tunjukkan
lebih pukul empat petang sekarang ni.....

Nanti esok aku buat cerita lagi kat blog ni...aku cuba masukkan foto kami bebanyak kat
blog ni.....geram da tuuuu...hahahaha....ooopst!

....sekian....

daud.montak.zakaria