Thursday, May 31, 2018

Behind the scenes SAMPUL 2

Hari ni, Khamis, 31 Mei 2018...aku buat rakaman 'behind the scenes' video pendek UKM
SAMPUL 2 untuk Hari Raya tahun ni. Babak hari ni ialah babak
Tan Sri Naib Canselor sedang memancing
bersama Timbalan Naib
Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM.



Aku gerak dari PKK cawangan Bangunan Penerbit UKM
dengan sdr. Ramli Adnan jam 8.00 pagi. Bawak kamera video....nak shooting kena la bawa
kamera takkan melenggang je kan....hahaha...Langit macam mendung je pagi ni....
dah renyai renyai pun........
Apa apa pun kami pi jugak...tak kisah la mendung atau tak ...yang
penting kami sampai di lokasi tersebut......hahaha...

Tiba di lokasi berkenaan...aku nampak en. mat nor
da sedia ada kat sana...nampaknya dia da awal da ada di lokasi....
hermmm...memang terbaik en. mat nor ni....tapi memang la kan...dalam keje
keje produksi ni...krew...pelakon dan mereka yang involve
dalam penerbitan filem atau video mesti ada
disiplin...mesti ada dilokasi tepat pada waktunya...kalau gagal
menepati masa maka dikira gagallah sebagai krew filem atau krew penerbitan
...eloklah cari keje lain...ekekeke.....



Seketika kemudian shahrul dan geng tiba...
opst! aku lupa sama ada shahrul...suraya atau en. hazrul yang tiba dulu...
da tua aku ni....banyak yang aku da lupa....sib baik jalan ke rumah tak lupo....opst!
Sebelum tan sri NC tiba...semua krew buat persediaan peralatan untuk
shooting. Ada krew yang sediakan props di tepi tasik tu....

Aku shoot segala aktiviti persiapan teknikal di sini.
Kamera pulak meragam..bukan meragam dari sudut teknikal tapi
lens kamera berkabus...dulu tu pun aku hadapi masalah yang sama masa shooting
scene TNC Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa di Bangunan
Canselori....apa boleh buat laaaa...............

sedang bersedia ni...

persiapan teknikal sebelum shooting...
Bila Tan Sri NC tiba maka mulalah keje keje shooting.
Sebelum tu cuma raptai je....masa raptai aku shoot temubual dengan encik
mat noor. Sekali take je da ok.....
Selepas tu aku terus je buat rakaman krew sedang buat shooting
adegan atau babak NC dan TNC sedang berlakon di tepi
tasik berkenaan...aku panggil tasik teratai sebab
banyak pokok teratai....hahaha....

raptai..

seringkali berlaku tak focus macam ni.......
Setelah beberapa lama kami kat situ akhirnya shooting adegan atau babak
di tepi tasik berkenaan pun berakhirlahhhhhh.......
Selesai je aku terus mintak untuk Tan Sri NC beri sedikit kata kata
untuk aku rakamkan.....Tak lama pun aku buat rakaman
berkenaan...akhirnya selesai.....
Krew yang terlibat pagi ni ialah...en. hazrul, shahrul, en. mat noor, ramli, siti suraya,
saniy, jasril....rasanya tu je kot.........
Aku sempat juga rakam Tan Sri NC sedang mencuba menerbangkan
drone. Encik mat Noor yang memberi sedikit tunjuk ajar
sebelum Tan Sri sendiri menerbangkan drone berkenaan..........
Selesai je semuanya...kami pun balik ke opis. Aku terus digitise rakaman
tadi ke dalam komputer dan terus aku buat suntingan...menjelang jam 2.00
petang lebih kurang...rasanya la... maka selesailah tugas suntingan aku tu....dan......terus
upload ke YouTube....Nak tonton...sila tonton kat link di bawah......


Sekian....

daud.montak.zakaria

Friday, May 25, 2018

Fuhhh! padat pulak hari ni..

Hari ni, JUMAAT, 25 Mei 2018. Tugas macam biasa la, editing...editing...editing...tu je
la keje ari ari...Dah namanye keje...keje la kan... Hari ni pepagi bute da sambung
edit keje semalam...tah bila nak siapnya edit yang tu....Bicara..
sabar je la....

photoshoot hari raya kat tasik teratai...


Hari ni dari rumah lagi da pakai baju
Melayu...bukan sebab nak jumpa tok kadhi tapi ada sesi photoshoot
 Hari Raya staf PKK..opis aku la tu...Semua kena terlibat... biasanya. Aku dapat maklumat daripada sdr. Ikhwan. Lebih kurang jam 8.00 pagi aku gerak ke lokasi yang diberitau.
 Aku tompang sdr. Shahrul. Bersama aku ialah Sam dan Jasril.




Tiba di lokasi, kami turun kete dan terus pi ke tasik teratai tu. Sempat
gak aku snap beberapa foto dengan hp aku...hp je ponnn....
Kami akan bergambar di jambatan kat tasik tu. Sdr. Ikhwan yang akan rakam foto berkenaan. Lama jugak sesi foto tu. Kebetulan aku duk sebelah Sam...jadi
sebelah tangan aku macam sentiasa je berwaspada sepanjang sesi
photoshoot tu....huhuhu...sam...sam....




Selesai photoshoot, kami
semua gerak ke opis kami di bangunan Penerbit UKM. Di sini kami
 semua hadir untuk majlis tahlil dan bacaan Yasin. Moga semua niat kami 
dikabulkan oleh Pencipta. Sejak akhir akhir ni macam macam perkara yang diluar
pemikiran berlaku kat bangunan tu...bukan takut sangat pun tapi.....
seram la jugak...huhuhu.....


yaasiin dan tahlil


Selesai majlis tahlil...satu perhimpunan
semua staff pkk pula telah diadakan. Pada awalnya perhimpunan itu
dicadangkan di adakan di tingkat atas, bilik seminar, tapi mungkin sebab da duduk atas tikar
masa majlis tahlil maka kami terus je adakan perhimpunan tu dengan duduk
bersila dan bersimpuh atas tikar tu je la.....Sekali sekali
rasa selesa gak duduk sambil berbincang tu..


perhimpunan staf PKK...yang angkat 'peace' tu bos aku DR. SABARIAH..
perhimpunan staf PKK


Majlis perhimpunan tu telah di pengerusikan
oleh bos kami la...Banyak perkara yang telah dibincangkan.....
Ini termasuklah segala tugas yang telah ada dalam jadual dari sekarang hingga
hujung tahun...yang mana telah ada dalam jadual la...yang tiada
tu memanglah tidak dibincangkan pun....


selesai perhimpunan staf PKK
selesai perhimpunan staf PKK


Lepas Jumaat iaitu lebih kurang jam
3.00 petang aku buat rakaman video behind the scenes video
Hari Raya UKM. Ramai VVIP UKM yang terlibat dalam filem pendek hari raya ukm ni.
Petang ini shooting babak berkenaan melibatkan Timbalan Naib Canselor
HAL EHWAL PELAJAR UKM, DR  ROSLEE RAJIKAN.
Lokasi penggambaran di depan DECTAR.


selesai perhimpunan staf PKK
selesai perhimpunan staf PKK


Lama jugak aku berada di sana sehinggalah
penggambaran babak tersebut selesai. Selesai je aku temubual TNC
HEPA. Dia bersedia je beri kerjasama....mudah je....Aku berada di lokasi berkenaan
dari jam 3 hinggalah lebih kurang jam 4.00 petang. Ramai krew PKK yang
terlibat dalam penggambaran tersebut. Antara yang aku ingat
ialah Encil Hazrul, Encik Mat Nor, Wan Hayati, Nastura,
Shahrul, Jasril, Kamarul, Ikhwan, Izwan,
Shiddan, Siti Suraya, Anim, Saniy......rasanya itu je kut.......penuh harmoni
je staff PKK jalankan tugas memasing....huhuhu.....
Bulan pose...buat keje kat luar...panas pulak tu...haihh...tentu
saja dahaga bukan main.....huhuhu....


keje editing
shooting behind the scenes...


Selesai je kat situ...aku terus pi opis di bangunan penerbit ukm.
Sepatutnya aku balik jam 4.00 ptg...tapi aku tak jadi balik sebab masa ni dalam UKM
tentu sekali sedang jem sebab memasing nak balik. Lagipun aku kene 
masukkan footage yang aku rakam tadi ke dalam komputer
suntingan. Selain daripada itu aku tak jadi
balik jam 4.00 petang kerana
diminta tunggu untuk dapatkan nasi arab yang dibelanja
oleh en saipul, puan julie dan puan syafa....mungkin sebab dia orang naik pangkat
kut.....moga ALLAH SWT bentiasa rahmati dan berkati mereka semua
sentiasa...aamiiinnnnn...........Besar pahalanya memberi makan
kepada orang yang sedang berpuasa...mana yang
berpuasa la kannn...opst!
Aku balik ke rumah lebih kurang jam lima lebih...hampir jam enam.....aku yang terakhir 
balik ke rumah....


shooting behind the scenes...
shooting behind the scenes...
shooting behind the scenes...


Tengoklah...betapa padat jadual kami yang bertugas di bawah PKK ni...ada
ketikanya sampai tak menang tangan...huhuhu.......

Sekian....


daud.montak.zakaria

Thursday, May 24, 2018

Behind the scenes..

Hari ni KHAMIS, 24 MEI 2018, aku ada dua tugas ari ni...biasa satu tugas je iaitu edit video
dari pagi sampai petang. Aku tak kisah pun kalau buat keje editing ni
hari hari...kalau kisah pun, kalau keje editing
aku tak siap dengan cepat...
itu aku  amik kisah..


bangunan canselori
bangunan canselori


 Opst!...ok nak cite hal
hari ni. Hari ni selain buat editing aku nak
gitau aku buat shooting video untuk buat behind the scenes video
cerita pendek hari raya ni...Shooting babak babak untuk video raya tu dibuat di bangunan canselori pagi ni.....
Awal pagi da ada di sana...tak awal pagi sangat pun tapi...pagi la jugak. Tiba sana lebih
jam 8.00 pagi. Tiba je...tunggu dulu pelakon untuk tiba di lokasi.
Pelakon yang akan di shoot pagi ni untuk babak tertentu
 ialah Timbalan Naib Canselor.
Ramai nampaknya kakitangan PK yang involve masa shooting kat bangunan
canselori tu....memang ramai...


bangunan canselori...AKU, MAT NOR..IZWAN..
tasik kejuruteraan


Bila dia tiba, semua da siap nak shooting..
memandangkan laluan di situ sibuk dengan kenderaan maka
keje shooting ditunda ke jam 9.00 pagi...jadi tunggu la kami kat sana hingga jam 9.00
pagi. Jam 9.00 pagi tu jalan kat situ ditutup untuk laluan kenderaan. Tiba jam 9.00 pagi TNC
tiba dan seterusnya bermulalah shooting drama pendek hari raya tu....
Aku pulak sibuk la rakam apa yang aku fikirkan sesuai untuk program behind the scenes
berkenaan. Lama jugak la kat situ hingga selesai babak babak yang dilakonkan.
Selesai je aku amik masa untuk rakam temubual pelakon VVIP
terbabit........
Sebelum tu aku sempat juga temubual krew yang terlibat
dalam penggambaran berkenaan iaitu puan nastura yang bertanggung jawab dalam menguruskan hal berkaitan pelakon pelakon yang akan berlakon dalam
video pendek tuuuu.....................


tasik kejuruteraan
tasik kejuruteraan


Cadang nak temubual
encik mat noor yang bertanggung jawab
dalam keje keje props tapi dia bagi pandangan untuk buat rakaman
di babak sebelah petang di Tasik Kejuruteraan. Aku terima je pandangan dia tu...sebab
aku fikir perkara tersebut ada lojiknya...ermmm...kannnn...kita kena amik
kira gak pandangan orang lain............jika lojik...
Al kisah tiba la waktu petang....da dapat wasap dari krew
yang mengatakan mereka yang terlibat da tiba di tasik kejuruteraan...apa lagi
la...terus aku capai kamera tanpa fikir pape...masuk kete...hidupkan enjin dan terus pandu ke tasik berkenaan...
Tiba di persimpangan depan...berselisih dengan anim kat situ...angkat tangan je la...agak sesak kat situ...amik keputusan untuk keluar pintu utama untuk menuju 
tasik kejuruteraan  di lingkungan kedua.....


bukan mudah shooting drama niii....
bukan mudah shooting drama niii....


Akhirnya sampai di tasik kejuruteraan tersebut. Parking kete di tempat yang sedikit teduh.
Amik cap ...amik kamera terus menuju tempat berkumpulnya krew shooting
berkenaan. Tengok sekitar kawasan tasik tersebut dan...
...snap beberapa foto dengan hp sat..
Kat sini ada beberapa krew yang kelihatan iaitu...encik hazrul,
shahrul, jasril, saniy dan siti suraya............encik mat nor dan sdr.  izwan belum tiba
lagi masa ni.....tapi mereka berdua tiba kemudian.......
Namun babak di sini melibatkan sdr. jasril dan
anak encik hazrul je.....................

Sebentar kemudian aksi babak nak
bermula...aku cek kamera...on kan switch....lakonan bermula
...aku lihat sudut untuk program behind the scenes aku tu...dapat sudut terus tekan button
untuk rakaman....opst! halamakkkkk.....LCD camera 'mintak masukkan kad...'
Halalala................lupa pulak nak bawak kad sd...isyhh...isyhhhhhhhhh...
Laaaaa....aku tertinggal kad sebab tadi aku transfer footage rakaman pagi tadi ke dalam
komputer... Jadi aku menung je la...malas la nak pi opis amik kad
tu...tambah bulan pose ni...menung je la....babak yang di shoot tu takde la aku
rakam....Aku tak pasti dia orang sedar atau
tak aku tak buat rakaman tu...


ni kamera bertuah ni...
bukan mudah shooting drama niii....
bukan mudah shooting drama niii....


Agak lama tak buat rakaman
aku cite kat suraya aku tertinggal kad sd...dia senyum je
sambil bagi cadangan......lupa da apa cadangan tu....Agak lama jugak aku diam 
sebelum aku citekan
kepada shahrul dan jasril jugak perkara tersebut...dia orang tak komen apa apa...cuma senyum je laaaa.....
Bila encik mat noor tiba di lokasi tu...agak lama gak...aku cite jugak aku tertinggal kad...
maka rasanya tak jadi la aku nak buat rakaman temubual dengan
en. mat noor berkaitan krew props dalam penerbitan
video ni....Jadi, aku amik keputusan
untuk buat temubual dengan dia masa babak yang lain... esok di DECTAR.....


bukan mudah shooting drama niii....
bukan mudah shooting drama niii....
nak balik dah....


Jadi untuk mereka yang bergiat dalam bidang videographer ni...jangan sekali kali lupa bawak bahan rakaman...kad atau pita...tapi pita sikit lagi akan ketinggalan
zaman dah....mungkin takde lagi pita di era akan datang.....
Rasanya masuk kali ni da dua kali aku involve masalah bahan untuk rakaman ni...kalau
tak silap la....Rasanya lojik kut hanya dua kali masalah bahan rakaman
setelah berkhidmat selama lebih 30 tahun...ekeke...
Hahahahaha...ada je alasan kannnnnnn....
Kat opis pulak benda yang aku edit dua tiga hari tu masalah pulak...terpaksa edit balik
...huhuhu....apa boleh buat laaaaa..............banyak cabaran dalam menjalankan
tugas ni...kan...kan.....tak saaaabaaaar nak p_ _  _ _n....huhuhu.....

.....sekian.....


daud.montak.zakaria

Wednesday, May 23, 2018

Sambutan 48 Tahun UKM dan BIcara...

Hari ni, Selasa, 22 Mei 2018...semalam aku cuti, hari ni aku keje...Tiba opis tengok
kat board ada satu tugas menunggu. Sampai opis baru tau ada
keje jam 10.00 pagi ni. Aku kena pi shooting
video dengan Saniy, staf
baru kami....

aku dan saniy...
pelancaran sambutan 48 tahun ukm

Aku kena pi shooting sebab
staf yang lain ada keje yang lain untuk dilaksanakan.
Tugas kami ialah rakaman video PELANCARAN SAMBUTAN 48 TAHUN
UKM dan BICARA PERSADA berkaitan selepas PRU 14.

bicara persada...


Namun begitu sebelum jam 10.00 pagi aku ada keje suntingan sikit untuk program
Keusahawanan Citra. Pihak Citra nakkan video panjang tu.
Jadi aku kena sunting dulu sebelum upload
YouTube. Versi pendek aku da
edit dan upload da...
Lebih sikit jam 9.00 pagi aku gerak ke persada canselori dengan Saniy.
Parking jauh sikit kemudian kami menapak. Tiba di persada
terus cari lokasi untuk letak kamera.
Lokasi dijumpai...terus
letak tripod dan letak kamera.
Audio amik dari mixer persada dan kabel dipasang oleh Saniy.
Tiba muncul pulak PTM minta output untuk disalurkan ke live streaming ukm.
Baru kat sini tau ada streaming. Bila ada streaming keje kamera agak terhad sikit.
Untuk move kamera pon kene perlahan lahan untuk tidak kelihatan tak
cantik bila ditonton oleh penonton semasa live. Tapi aku
move pantas gak untuk tidak tertinggal shot..huhuhu..

Apa boleh buat la.............


Majlis pertama yang kami rakam ialah
Majlis pelancaran 48 tahun ukm. Program tersebut lebih
kurang dalam sejam kut. Ia dipenuhi dengan ucapan NC dan penyampaian
watikah perlantikan ketua ketua kra dan sebagainya...aku
da lupa da acara yang lain lain tu....................
Kemudian diadakan pula program
bicara persada yang ahli panelnya terdiri daripada
wakil exco pemuda umno, wakil pakatan harapan, dan profesor profesor dari ukm.
Program tersebut membincangkan hala tuju selepas PRU Ke 14.
Ramai yang hadir...penuh dewan kerana topik ini
menarik selepas kerajaan baharu
terbentuk setelah kekalahan kerajaan lama yang telah mentadbir
Malaysia selama lebih kurang 60 tahun. Sekarang
ni kerajaan baharu PAKATAN HARAPAN
yang mentadbir negara....
Rakaman berkenaan aku lakukan sehingga selesai bagi memudahkan
untuk aku sunting nanti....huhuhu...
SITI SURAYA SULAIMAN dari unit sosial media jugak buat
live kat fb universiti kebangsaan malaysia......
Nanti bila dah siap edit aku akan upload ke YouTube...nanti boleh lah ditonton eaaa...

Sekian...

daud.montak.zakaria

Saturday, May 5, 2018

Rakaman Voice Over...

Hari ni Jumaat, 4 Mei 2018...aku serta sdr. kamarul dan sdr. ramli buat rakaman voice over untuk
program GOB dan Program di Langkawi tu. Skrip da lama siap tapi
disebabkan banyak keje lain yang lebih utama maka
terpendam la skrip tu tanpa dibaca atau
dibuat voice over.....huhuhu...




Hari ini jugak kami bawa bersama staf baru unit kami untuk sama2 mengikuti proses
voice over tersebut. Lepas ini dia yang akan ambil keje ni apabila
kami da pencen nanti.
Hari ini aku gunakan suara sdr. kamarul untuk
kedua dua program video ni...Sebelum ni memang suara dia saja yang 
digunakan pun...
Skrip berkenaan aku yang tulis berasal dari apa yang 
aku alami dan lihat semasa sama sama mengikuti program berkenaan.....





Proses voice over tersebut tak lama pun lebih kurang sejam je...Selepas tu kami
balik ke opis di bangunan penerbit. Di sana aku
mula buat editing dengan vo
berkenaan..
Tak lama kemudian aku dapat call
untuk baiki suntingan sidang media ekonomi naib canselor.
Jadi keje suntingan aku untuk program yang dah dibuat voice over ni pun
terbengkalai sekejap.........sambung isnin nanti...
tapi..ada lagi keje suntingan lain yang aku perlu buat....apa boleh buat laaaaa...

sekian...

daud.montak.zakaria