Saturday, September 30, 2017

MCP Pendaftaran Pelajar Baharu Pusat Kembangan UKM

Hari SABTU, 30 Sept. 2017, kami membuat rakaman MCP Pendaftaran Mahasiswa
Baharu yang diuruskan oleh Pusat Kembangan Pendidikan UKM
di Dewan Canselor Tun Abdul Razak atau DECTAR.
Sampai Dectar terus masuk dewan
dan bantu sdr. JASRIL pasang kamera video, tripod dia 
dah bawa ke dalam dewan. Alat rakaman dalam konti telah di switch on
oleh Jasril. Kami pasang kamera dan cek visual serta intercom. Intercom ada sedikit
masalah dan tak tau bila dapat di atasi. Sementara sdr. RAMLI uruskan
pemasangan sistem audio untuk rakaman dalam studio di bilik audio...

kamera da sedia...
pintu masuk...
dalam dectar
Selepas siap pasang peralatan kami pun pi sarapan di tingkat atas. Sebenarnya
bukan semua event yang ada kat DECTAR ni akan menyediakan
sarapan. Event tertentu je. Jadi hari ni kami bernasib
baiklah sebab pihak penganjur menyediakan sarapan untuk kami.
Semalam aku terima whatsapp daripada penganjur mempelawa krew untuk
sama sama sarapan pagi ni untuk event tersebut...ALHAMDULILLAH..........

staf Pusat Kembangan Pendidikan
...selfie ketika sebelum mula bertugas..sembunyi perut sikit..huhuhu...
ramli - audio..
aku, shah, su & anim...
Masa aku, Jas dan Ramli dalam perjalanan menuju tempat sarapan, kami bersua 
dengan Anim yang baru nak masuk pintu lobby A. Kami pelawa sama untuk
pi sarapan. Tiba di atas masing2 ambil sarapan yang berupa nasi
lemak dan sebagainya.................................aku, jas dan
ramli pi makan di tempat tersorok sikit...sebab
ada meja..........selesa...............

event hampir bermula...
negara ku


Masa aku serta ramli dan jasril sarapan Suraya, Kamarul....tiba untuk sarapan sama. 
Aku lupa sama ada sdr. yunus da sampai atau tak masa ni....Siap je 
sarapan terus masuk studio ukm. Dapat call ada seseorang
da beberapa kali nak masuk studio tapi pintu berkunci..huhuhu.. Tak lama 
kemudian ...........su masuk studio untuk siapkan grafik.
Aku masuk dewan pi tanya urusetia berkaitan nama2 yang perlu di super
impose kan semasa video dirakamkan. Supaya kelihatan juga semasa live feed ke 
layar. Anim juga bantu dapatkan aturcara yang lebih detail. Itulah tugas
kami di PKK.... saling bantu membantu...terima kasih kpd semua
yang membantu............................

DATO' TNC HEAA


sesi fotografi
Bila tiba masa program berlangsung semua krew da ada di posisi masing masing.
Aku dalam konti bersama suraya dan anim. Di bilik audio ramli sementara
jurukamera ialah YUNUS, KAMARUL dan JASRIL sementara
SHAH tiba berikutnya...........................
Hari ini nampaknya jurukamera agak penat sikit sebab tiada pengganti....

....selepas tugas selesai...jarang dapat berswafoto reramai macam ni...nasib2 je..itulah realiti
keje mcp...mesti ada semangat kerjasama yang kuat...mcp merupakan keje berkumpulan..........
pi lunch reramai....
reramai pi lunch...
Acara bermula dengan perarakan masuk ahli akademik dan TNC. Lagu Negara ku, doa,
ucapan TNC, Ikrar, Penyerahan borang aku janji dan juga penyampaian
anugerah pelajar cemerlang. Selepas perarakan keluar taklimat,
PTSL dan Pusat Kembangan Pendidikan
dijalankan untuk pelajar baharu.
Lebih kurang jam 12.00 tengah hari kami pi lunch.
Makan tengah hari jugak macam sedap je. Kami makan ramai ramai. Bukan selalu
 kami dapat makan ramai ramai macam ni...dalam setahun mungkin satu
atau dua kali je...tak gitu...rasanya la. Lebih sering
kalau ada event yang ada lunch memasing dengan klik klik yang dia
akrab je....aku tak kisah dengan sape je kalau sape
mau pi..pi je....lagi pun aku jarang pi makan
kalau ada apa2 event yang ada sediakan makan...nasib2 je aku tergerak jiwa 
nak pi makan...tah apa pulak sebabnya aku tergerak nak pi lunch
 tengah hari ni.....huhuhu...takdir TUHAN kan...
Satu lagi event yang biasa sediakan lunch ialah MAJLIS KONVO selama 4 hari
di DECTAR. Biasanya event ini pun aku jarang pi lunch....nasib2 
je kalau hati tergerak nak pi....tapi  biasanya lepas SIDANG AKHIR aku pi lunch...
sebab HATI DAH SENANG....huhu..

..bukan mudah nak lunch reramai macam ni...nasib je ni...setahun sekali pun payah...
tengah test kamera yang bermasalah dgn fitri chin dari JELAS JUTA...
kamera bermasalah...
Selesai lunch kami kemaskan tripod dan kabel kamera sebab selepas ni tiada lagi
 keje mcp dalam masa yang terdekat ni. Aku, shah dan jas serta yunus? 
selesaikan keje gulung kabel tu........Siap je shah dan las pi opis di 
bangunan penerbit. Su dan Anim da pi ke opis terlebih dulu... mungkin mereka
 tak sabar nak jumpa mak limah kut...ooopst!
Tinggal aku dan ramli kat studio. Aku menunggu Fitri Chin dari Jelas Juta
untuk test kamera dengan sistem mcp kami. Kamera tersebut ada masalah dan
kami telah minta jelas juta cuba tengok tengokkan. Fitri Chin tiba
terus kami test. Bila test kelihatan ok dan visual yang dirakam
kelihatan di monitor tv. Hermmm...rasanya ok kut, da onkan setengah jam
pun masih tiada sebarang masalah...rasanya ok. Walau bagaimanapun jika terjadi
masa majlis konvo nanti, kami perlu ada altenative untuk ganti
kamera tersebut dengan yang lain...penting...kerana
konvo perlukan banyak kamera.......
Selesai saja test kamera tu dan simpan semua kamera dalam kabinet simpanan ,
...kami pun bergerak keluar studio untuk balik...

Akhirnya aku nak ucapkan BEBANYAK TERIMA KASIH kepada semua
yang terlibat iaitu..RAMLI, KAMARUL, YUNUS, JASRIL, SURAYA,
SHAHRUL dan ANIM (tolong carikan aturcara lengkap).
Kita akan bekejesama dalam masa yang terdekat akan datang
terutama MAJLIS KONVOKESYEN....28 - 31 OKT. 17....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Friday, September 29, 2017

..event2 yang mega..

Dalam bulan SEPTEMBER dan OKTOBER setiap tahun memang terdapat event yang
Mega. Dua event yang mega ialah SYARAHAN TUANKU CANSELOR
dan MAJLIS KONVOKESYEN UKM. Kedua dua event tersebut
memang ada je setiap tahun. Jadi kami di UNIT
AUDIO VIDEO memang akan
lebih sibuk disamping
keje keje harian yang lain yang perlu
di laksanakan dengan baik. Sebaik mungkin mesti kami jalankan. 
Memang da keje kan........

syarahan tuanku canselor
syarahan tuanku canselor
syarahan tuanku canselor
syarahan tuanku canselor
syarahan tuanku canselor
syarahan tuanku canselor

Ini event SYARAHAN TUANKU CANSELOR yang baru je berlalu iaitu pada
27 September itu hari. Event ini merupakan event kedua besar
dalam UKM selepas Majlis Konvokesyen UKM.
Ia diadakan pada setiap tahun di mana tokoh tertentu
akan dijemput untuk menyampaikan syarahan di Dectar. Majlis berkenaan
turut dihadiri oleh Tuanku Canselor. Banyak persiapan yang perlu dibuat sebelum
ianya berlangsung...ramai yang terlibat.......

......................................................................................................

Event yang terbesar seperti yang dikatakan tadi ialah
Majlis Konvokesyen UKM. Kali ini akan diadakan dari 28 Oktober 
hingga 31 Oktober 2017 iaitu majlis konvokesyen UKM ke 45. Banyak persiapan
perlu dibuat sejak awal bulan malah sebelum itu lagi. Bagi kami yang
dipertanggung jawabkan untuk membuat rakaman serta
live kat screen dan membantu live streaming, awal
awal lagi da kene bersedia dengan peralatan MCP iaitu Rakaman Kamera
Berbilang.

konvo ke 44
 Sebelum majlis konvo bermula kami akan memeriksa peralatan apa yang
diperlukan untuk konvo seperti membaiki mana yang rosak atau menambahkan
peralatan yang perlu dan juga menggantikan peralatan yang kecil kecil sebelum majlis
berlangsung. Peralatan diperiksa bagi menentukan ia masih boleh digunakan
dan tidak mendatangkan apa apa kerosakan semasa digunakan...
tapi kalau nak berlaku juga, itu adalah diluar kemampuan kami..........
maklumlah peralatan tersebut...dot...dot...dot........
Alat alat perlu diperiksa ialah peralatan dalam konti, kamera video,
cctv di pentas dan di luar dewan dan jugak monitor monitor tv yang akan 
ditempatkan di luar dewan dan di atas pentas. Kamera juga akan diperiksa bagi
menentukan ia dalam keadaan baik...Apa apa pun sebuah daripada kamera
kami telah mengalami kerosakan...tak pasti sama ada boleh dibaiki
sebelum majlis konvokesyen yang akan datang ni......
Kami juga menyewa beberapa buah kamera tambahan untuk tugas 
tersebut. Lampu juga kami sewa jika perlu untuk mencerahkan
suasana atas pentas...................................

konvo ke 44
 Kami juga akan membuat bengkel MCP untuk krew yang akan
 involve dalamrakaman MCP nanti dan jugak krew baru yang nak join 
sebagai team MCP semasa majlis konvokesyen tu nanti. Bengkel tersebut 
dalam dua atau tiga hari je kut..... Tujuan bengkel adalah untuk mengingatkan kembali 
krew mcp kepada tugas semasa majlis konvo berlangsung. Semua akan terlibat
 iaitu krew jurukamera, krew floor manager, audio, krew cctv dan sebagainya....
semua mesti dipersiapkan sebelum konvo...Semua krew akan dilantik
sebagai ahli jawatankuasa rakaman. Lebih kurang
30 orang krew yang terlibat yang meliputi
pelbagai tugasan.
Biasanya krew yang terlibat
dalam tugas ini dikenali sebagai jurukamera, audio, cg atau grafik,
switcher, vtr dan pengarah studio. Sementara penerbit dan penerbit eksekutif
cuma memantau garak kerja yang sedang berlaku semasa rakaman. Floor manager
juga perlu untuk melaporkan segala perkara yang berlaku dalam dewan besar
kepada krew dalam konti. Satu lagi floor manager ialah berkaitan dengan mencari teks2 ucapan dan mencari lokasi vvip yang akan dipaparkan semasa ucapan nc.
Kedua dua tugas FM ini tidak kurang pentingnya. Jika tiada mereka
tentu sukar tugas yang akan dijalankan...............................
Semua petugas petugas ini akan dipersiapkan sebelum
bermulanya majlis konvokesyen.
Krew majlis konvo ini bukan saja terdiri daripada krew unit audio
video kami tapi juga datang dari pelbagai jabatan fakulti dan sebagai dalam UKM.
Krew unit kami memang tak cukup untuk melaksanakan tugas
event yang mega ini.........

konvo ke 44
Lain2 krew ialah jurukamera, kalau takde jurukamera tentu tak
 wujud pun visual di layar tayangan dan di live streaming dan juga di monitor
 cctv. Beberapa orang jurukamera yang bertugas pada setiap kamera secara bergilir gilir. Tedapat lima buah kamera yang berfungsi semasa majlis konvokesyen berlangsung. Semua kamera penting dan semua kamera mempunyai tugas tugas yang 
tertentu.....Tugas juru audio pula ialah menyalurkan audio dari
'house' dalam dewan ke alat2 rakaman video. Tanpa mereka tentu
video akan senyap sunyi. Dalam konti pula terdapat krew garafik atau cg yang
 akan super impose kan grafik di atas visual dan akan tayangkan slide tertentu semasa 
lagu lagu tertentu dinyanyikan oleh kumpulan koir.  Tugas switcher pula ialah menekan button di switcher untuk memilih visual2 tertentu yang diarahkan oleh pengarah
studio. Pendek kata semua krew bekerja secara bersama dalam rakaman
 MCP semasa majlis konvokesyen selama emapat hari tersebut. 
Mereka semua akan berkampung dari pagi hinggalah ke petang selama 4 hari.

konvo ke 44
Secara ringkasnya setiap hari semasa majlis konvokesyen
pertama sekali yang dibuat ialah log in kedatangan. Onkan aircond. Kemudian 
onkan sistem peralatan dalam konti. Setkan semua peralatan dalam konti. Letakkan buku 
aturcara di cg, audio dan depan pengarh studio. Letakkan walkie talkie di bilik audio dan di konti. Kemudian pasang kamera di tripod, ada lima buah kamera dalam dewan besar.
On kan kamera dan test semua kamera sama ada berfungsi atau tak. 
Onkan semua monitor atas pentas dan cctv di luar dewan untuk
tontonan keluarga yang tidak dapat masuk dalam dewan. On kan lampu spot kalau
ada. kemudian tunggu event bermula.............................

Kepada semua krew yang akan bertugas dalam MAJLIS KONVOKESYEN
UKM KE 45 ini...SELAMAT BERTUGAS SEMUA.......
28 - 31 oktober 2017.

SEKIAN..

DAUD.montak.zakaria

Wednesday, September 27, 2017

Syarahan Canselor Tuanku Muhriz

HARI ini, Rabu, 27 Sept. 2017, Kami membuat rakaman video MCP Syarahan Canselor
Tuanku Muhriz di Dectar UKM. Hari ini pepagi buta...opst! tak pagi buta pun..
7.15 pagi da pasang kamera. Kabel kamera dan tripod da
pasang semalam dah.....................selasa laa...




Dalam Dewan Canselor UKM ni atau DECTAR, Layar Tayangan di depan telah diganti
LED baru. Nampaknya visual yang kami 'send' ke layar tu kelihatan
jelas dan cantik sikit. Harap2 'sistem video analog' kami 
akan dapat diganti dengan 'format HD'...tentu
visual di layar tayangan akan kelihatan lebih JELAS dan CANTIK...harap2
je la....mungkin kami tak akan merasai menggunakan alatan baru tersebut kalau diganti
ponnn.......sebabnya........kami akan pencen...huhuhuhu......................
selamat berpencen KAMI..........

da sedia ni...


audio studio sdr. ramli...
Semua kamera satu, dua, dan tiga, dipasang awal
supaya kalau jadi pape yang berkaitan teknikal boleh la diketahui lebih
awal. Sistem dalam konti da 'switch on' lebih awal sebelum kamera dipasang dan
di 'on' kan......Program bermula lebih kurang jam 9.30 pagi. Masa
ni krew semuanya dah tiba di studio ukm.

saapan..shah, suraya, asmahanim, jasril & yunus...
sarapan 2..shah, suraya, kamarul, yunus & aku...
sarapan 3 , suraya, yunus, en. mohd noor, asmahanim & nadia...


Sebelum mulakan tugas kami semua sarapan
dulu....mana mungkin boleh keje dalam keadaan perut kosong..
tak gitu...huhuhu....Yang aku ingat ada dalam studio masa tu bukan saja
unit AUDIO VIDEO tapi juga unit lain...Dia orang ialah sdr. SHAHRUL, JASRIL, 
YUNUS, RAMLI, SITI SURAYA, ASMAHANIM, EN. MOHD NOOR, 
FARIL PTM dan KREW STREAMING PTM.

dalam bilik kawalan video...depan..aku, asmahanim, yunus....belakang..nadia, en. md noor & suraya...haihhh...
cekak pinggang lak die...
shah...
jasril...
Masa mengarahkan kamera semasa program ni agak sukar jugak, maklumlah program 
ni penuh protokol...tak boleh silap banyak. Jurukamera pun mesti cekap dan cepat
mencari subjek terutama semasa ucapan dan sebagainya. Memang
 jurukamera kami, cekap cekap belaka. Masa syarahan juga 
agak sukar nak 'insert' dengan hadirin sebab teks
syarahan tiada di tangan..kalau ada tentu mudah untuk 'insert' 
subjek2 yang diperlukan. Kami cuma ada aturcara umum sahaja...Apa2 pun 
rakaman berkenaan agak ok jugak la................................................................nanti
 esok aku edit dan upload ke ukm tube untuk mereka yang berminat
dengan syarahan ini...tunggu yeeee.............

hj ruhaizad

jurufoto-shiddan
dectar
KREW MCP yang bertugas ialah AKU, RAMLI, 
SHAHRUL,  JASRIL, KAMARUL, AHMAD YUNUS, SITI SURAYA, HATA 
dan ZULHIMI...
Terima kasih bebanyak kepada krew MCP ni...kalau takde mereka 
tentu layar tayangan dan live takde wujud pun...tak gitu... Macam mana 
pun semua yang terlibat PENTING semuanya...semua staff PKK, kita sama se ofis kan, saling bekerjasama, bantu membantu apa yang boleh dibantu kannn...
Pusat Kebusdayaan UKM jugak penting........kita memang amat
akrab dan sentiasa bekerjasama dgn baik...tak gituuu.....
dan semua yang lain2 jugak penting....yang tak mampu aku coretkan di sini.....

tan sri naib canselor
tan sri
tan sri surin



Sekali lagi terima kasih BEBANYAK kepada semua krew MCP....

*psttt...untuk sdr. asrof...kalau terbaca blog ni...mintak tolong sikit..
harap kami dapat kembali 'signal video' di pentas dari konti audio DECTAR
di ATAS...untuk kegunaan masa KONVO nanti...TQ.


SEKIAN

DAUD.montak.zakaria.

Friday, September 22, 2017

Muharam cuti...aku keje....

Hari ini Jumaat, 22 Sept. 2017...cuti umum awal Muharram. Namun aku pi keje
hari ini untuk siapkan video yang da lama tak edit...da berapa hari
tak diusik. Sanggar keje pun da lama berlalu...huhu..da
berkulat da program tersebut gamaknya...hahaha...

aku dan kamarul...
Video tu aku da edit sikit da semalam...jadi hari ini
aku sambung keje semalam
sebab aku nak siapkan hari ini jugak. Lagipun sdr. KAMARUL
nak sama2 datang untuk edit program dia yang masih belum siap tu. Kalau dia
ada aku pun beranilah duk kat bangunan 'haunted' ni...hahaha..
Kalau sorang2 memang taklah nak datang sini...
maklumlah akhir2 ni Mak Limah cukup suka bergurau 'kasar'
...kata dia orang laaaa....aku tak penah kena pulak
mungkin sebab aku taknak saja2 je
duduk lewat masa kat bangunan tuuu....................................

sedang convert ke MP4...
Jam 10.00 pagi aku gerak ke UKM. Mulanya bercadang untuk pi
jam 9.00 pagi tapi disebabkan sesuatu perkara yang tak dapat dielakkan
aku terpaksa gi jam 10.00 pagi. Terus masuk ke dalam bangunan...emmm...pagi2
pon seram gak. Kamarul masih belum sampai. Namun tak berapa lama
kemudia kamarul pun tiba. Kami mula membuat suntingan
video masing2. Aku edit video Sanggar Keje PKK
di Langkawi. Jam 1.00 tengah hari masih lagi tak siap jadi
aku ngan Kamarul pun pi solat jumaat terlebih dulu di masjid UKM.
Lepas solat kami sambung lagi tugas suntingan tersebut. Tak berapa lama
kemudian video yang aku sunting dah pun siap. Tinggal proses 
untuk konvert fail ke MP4. Konvert file pun makan masa
jugak. Walau bagaimanapun lebih kurang jam
tiga petang video yang aku sunting dah pun siap dipindahkan ke file MP4.
Kemudia aku upload ke UKM Tube. Kemudia aku share di wassapp.
Akhirnya aku balik ke rumah. Masa tu saudara Kamarul
masih dalam proses menyiapkan kejenya...

....senang ati bila da siap...


SEKIAN

DAUD.montak.zakaria