Friday, June 16, 2017

Ramadhon & da dekat Raya pon kami masih sibuk lagi...

BULAN RAMADHON PON KAMI SIBUKKK....


ni video kami dari PKK UKM...

Bulan RAMADHON tahun ini kami sibuk jugak dengan tugas-tugas rakaman seperti. 
hari2 bukan Ramadhon. Ramadhan tahun ini seolah-olah kami terbahagi 
kepada 2 team.
Satu team selesaikan video pendek untuk HARI RAYA.
Sementara team yang satu lagi selesaikan
tugas-tugas rakaman video harian
yang lain dan juga video ucapan HARI RAYA
pegawai-pegawai kanan universiti.  Aku termasuk dalam team selesaikan
rakaman video harian dan UCAPAN HARI RAYA....

....menilai sudut shooting... FOTO SDR. KAMARUL

Rakaman Ucapan Hari Raya TIMBALAN NAIB CANSELOR PENYELIDIKAN DAN INOVASI UKM,
Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman di pejabat beliau...  
....menilai sudut shooting... FOTO SDR. KAMARUL

Rakaman Ucapan Hari Raya TIMBALAN NAIB CANSELOR PENYELIDIKAN DAN INOVASI UKM,
Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman di pejabat beliau...
....menonton bahan rakaman... FOTO SDR. KAMARUL

hasilnya..

Hari ini kami merakamkan
rakaman ucapan hari raya NAIB CANSELOR UKM, TIMBALAN NAIB CANSELOR
dan juga PENDAFTAR UKM. Sebaik saja selesai kerje rakaman aku terus edit
video tersebut dan InsyaALLAH hari ISNIN nanti aku upload ke 
YOUTUBE. Tugas shooting ucapan yang akhir ialah
hari RABU iaitu Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM........................
AKU mula cuti hari JUMAAT..............................insyaALLAH....

....menunggu untuk rakaman ucapan raya DATO' SERI NAIB CANSELOR UKM
...FOTO AKU la niiii... AKU, RAMLI & DR. SABARIAH...

Rakaman Ucapan Hari Raya NAIB CANSELOR UKM, Prof. Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali
di pejabat beliau... FOTO ABD RAAI

Rakaman Ucapan Hari Raya NAIB CANSELOR UKM, Prof. Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali
di pejabat beliau... FOTO ABD RAAI



hasil rakaman...
....menunggu untuk membuat rakaman Ucapan Hari Raya TUAN PENDAFTAR UKM

ni hasilnya...

Minggu yang lalu kami membuat 
rakaman video clip HARI RAYA pejabat aku lah...PUSAT
KOMUNIKASI KORPORAT, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
Video ini jugak hampir siap dan akan upload ke YOUTUBE
nanti...........................tonton 'teaser' nya di 
bawah tuuu....

...ini pulak teaser video clip HARI RAYA kami dari PKK...

Team yang membuat video pendek 'SAMPOL'
Team yang membuat video pendek 'SAMPOL'
Team yang membuat video pendek 'SAMPOL'


Terima kasih kepada sdr. RAMLI & KAMARUL yang sama2 bekerja dengan AKU...
Nanti tonton je la video-video kami tu....harap dapat menghiburkan anda semua
.......huhuhu...

..........................................................................................................................................



TUGAS TERBARU..


Lupa nama pensyarah 'BULI'...ermmm...kalau tak silap DR. RAHIM dan DR. TAN...
Aku buat shooting 'BULI'
sdr. SHAHRUL gak buat shooting 'BULI'

...ni la hasilnya...

Semalam, 19 Jun 2016....kami membuat shooting 2 buah video yang tidak 
di senaraikan dalam jadual. Pertama rakaman video dalam studio
di bangunan Penerbit UKM. Pengarah kami call mengatakan
ada pensyarah ingin mendapatkan khidmat rakaman
video daripada kami. Jadi aku yang terima
call tersebut terus mengatakan YA. Waktu petang kedua-
dua pensyarah tersebut datang ke studio kami dan seterusnya kami
buat rakaman berkenaan. Topik yang mereka perkatakan ialah berkaitan 'BULI'
Video yang berdurasi lebih kurang 5 minit itu telah kami rakamkan 
serta mengambil masa tidak sampai pun sejam. Aku,
Shahrul dan Ramli telah menyelesaikan
tugas berkenaan. Penyuntingan video tersebut telah AKU dan sdr.
SHAHRUL yang akan selesaikan. Mungkin siap esok
dan akan aku uploadkan ke YOUTUBE..

Video kedua pula ialah video yang langsung tiada dalam jadual,
kerja rakaman secara AD HOC. Keja tersebut diterima oleh sdr. KHALID, seorang
pegawai GRAFIK sama sepejabat dengan aku. Dia menerima permintaan
untuk rakamkan video HARI RAYA Khazanah - UKM. Disini
aku terpaksa gunakan budi bicara walaupun
secara ad hoc tugas berkenaan, namun memikirkan tentang rakan
sepejabat dan permohonan KHAZANAH, aku paksa juga diri untuk membantu.
Oleh itu aku pergi dengan sdr. RAMLI ke Khazanah - UKM untuk membuat rakaman
berkenaan. Hampir sejam jugak baru selesai shooting. Hasil video
tersebut adalah idea pihak KHAZANAH, kami cuma
merakamkan sahaja. Video tersebut
telah selesai aku edit........

Esok, Rabu, 21 Jun 2017, kami akan membuat rakaman Ucapan Hari Raya,
PROF. DATO' NOOR AZIAH, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni UKM. Hanya dia sorang je yang
belum dirakam sementara semua
TNC yang lain telah selesai rakaman dan suntingan
serta upload ke YOUTUBE. Minggu ini banyak sangat tugas shooting dan
editing yang perlu disiapkan...huhuhu...tapi takpe la kannn....
itu baru namanya kejeeeee....haha...


...baru habis rakam 21 Jun 2017, jam 8.30 am tadi dan siap edit
dan baru je upload ke YOUTUBE....sebentar tadi...

Apa2 pon terima kasih kepada semua KREW yang sama-sama AKU,
bertungkus lumus untuk menyiapkan tugas2 penerbitan semua video tersebut..
sdr. RAMLI & KAMARUL serta sdr. SHAHRUL untuk video
BULLY tuuu...tq very2 much sekali lagi...

Oooopst! sebelum lupa...aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA
AIDUL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN....jangan simpan2 
kesalahan aku ye....aku taknak bawa dosa2
bila mati nanti....................


terima kasih juga kepada mereka yang singgah di blog aku niii...

DAUD.montak.zakaria

Thursday, June 8, 2017

Jurukamera...penyunting dan penulis skrip...

Penerbitan video mudah....
jurukamera...penyunting danpenulis skrip...

Ni pandangan peribadi yer...
Kita boleh menghasilkan penerbitan video yang lebih baik
serta lebih cepat jika kita involve dalam semua peringkat penerbitan video berkenaan.
Maksudnya dari permulaan penulisan skrip, penggambaran dan juga proses penyuntingan ... bahasa orang putih...script writting, production atau shooting dan editing....

rakaman suara latar POS GOB GUA MUSANG KELANTAN
....kalau kita involve dalam semua peringkat ini 
tentu kita dapati ia lebih mudah untuk menerbitkan sebuah penerbitan video 
yang sempurna. Maksud aku kita involve dalam kerja2 penulisan skrip...
keje2 rakaman dan juga keje2 suntingan. Lebih baik lagi kalau
kita yang menulis skrip, kita yang buat shooting atau production dan
kita jugak yang buat penyuntingan...huh!
kalau macam ni tentu orang lain sukar cari makan...semuanya kita kebas...opst!

skrip...
Contoh mudah kita buat video travellog. 
Bila kita menulis skrip kita akan 
tahu jalan ceritanya dan dapat kita bayangkan visual yang perlu 
dirakam walaupun storyboard masih belum dilukis. Katalah kita buat video
 'Perjalanan ke Pos GOB Gua Musang'. Kita cuba bentuk sinopsis dulu dengan 
melihat aturcara. Contoh yang ringkas...Berkumpul di Bangunan Canselori. 
Kemudian diberi flag off oleh NC. Bergerak ke Gua Musang, 
Singgah sebentar di Gua Musang. Selepas taklimat 
mula bergerak ke Pos GOB. Tiba di Pos GOB. 
Perasmian Sekolah Rimba. Sukaneka 
dan bolasepak. Sewang. 
Hari akhir. Kemas semua. Majlis Penutup. Akhirnya bergerak pulang ke UKM.

Tadaaaaa...da siap videonye...huhuhu...oopst!



Masa di bangunan Canselori kita rakam semua aktiviti di situ
...kereta berbaris...peserta berkumpul dengar ucapan NC...bacaan doa...kereta berbaris..
NC buat flag off....kereta bergerak....Inilah saja shot2 yang perlu diambil...dan
lain2 shot yang untuk digunakan sebagai tambahan. Namun bukan semua shot-shot tu dimasukkan dalam video bila disunting...huhuhu......................................

Semua shot2
yang dirakam mestilah mengikut rule...kalau seorang
 jurukamera yang kurang mahir, dia akan rakam apa saja...tak kira saiz shot..
cross line dan sebagainya...tibai semacam jer....Jika jurukamera yang mahir dia akan ikut rule bila buat shooting ...Untuk mahir shot2 ni, kene la pi belajaq nooooo...
.jika kita mahir dgn shot2  ni tentu kita takkan 
tenggelam punca dan boleh membuat rakaman dengan cepat 
dan betul. Seseorang videographer mesti mahir dengan term term dalam 
penerbitan video...perlu tahu term...eye level angle, low angle, high angle...kene
 tau wide shot, long shot, full shot, m.shot, mcu, cu, ecu...over shoulder shot, three shot...kene tau gak still, pan, tilt...
kene tau gak dolly, track, crane up, crane down...kene tau zoom in, zoom out...
kene tau gak reverse angle shot...kene tau gak pov...kene tau gak 'line of 
action', 'the 180 degree rule' kene tau gak berkaitan 'continuity' ...kene 
tau gak head room, looking room, back room...ermmm....rasanya 
macam da abis je term2 dalam shooting yang aku da tulis...rasanya...
Videographer juga perlu tau term2 dalam editing seperti jump cut, match cut dan
cut away...bila dia tau term dalam editing ni maka mudah baginya
untuk membuat sesuatu shot.........

Satu lagi kalau kita sendiri yang buat skrip 
mudahnya kita boleh atur shot2  berkenaan mengikut 
storyboard yang ada dalam minda kita sendiri
dan menjadi mudah bila kita membuat proses penyuntingan. Seorang
jurukamera yang juga seorang penulis skrip dengan secara mudah akan
membayangkan visual yang akan disunting dan dalam masa yang sama secara 
spontan akan membentuk ayat skrip yang kasar dalam mindanya ketika dia membuat
sebarang shooting. Secara otomatik storyboard, visual dan skrip akan dihasilkan secara
serentak ketika membuat shooting berkenaan. Walau pun begitu bukan
semua visual dan skrip spontan ini digunakan. Tetapi ia akan
menjadi berguna bila skrip yang final telah ditulis. 
Terdapat skrip video travellog atau doku ini disempurnkan bila semua
footage telah selesai dan dirakam dengan sempurna......

 Video travellog ni kelihatan agak mudah tapi ia menjadi agak
sukar bila kita sendiri involve dalam keje2 shooting.....kerana kita rakam apa 
saja yang wujud depan mata kita...benda atau moment2 yang tak dirancang....kene 
pantas berfikir. Sebab kadang2 sesuatu perkara tu berlaku dengan cepat dan tamat pun dengan cepat. Contohnya bila ada seorang ibu melintas jalan memegang tangan anaknya. Kita kena pantas merakam kerana bila2 masa saja dia akan lepaskan tangan anaknya atau mereka da selesai melintas jalan. Kalau shooting drama sudah siap dengan 'storyboard'nya. kalau tak puas hati boleh lakonkan semula...Mudah sikit jer...dari segi shooting tapi kalau da masuk bab cahaya dan lain2, drama pon menjadi lebih sukar gak...
Kalau kita involve dengan shooting kita juga dapat mengelakkan 'jumping shot' dan mudah untuk disunting jika kita sendiri yang buat shooting tersebut. Jadi sebagai jurukamera anda sepatutnya mahir dengan shot shot dan mampu memvisualkan sesuatu seperti sebuah 'storyboard' dalam minda sendiri. Mesti ada kemahiran ini. Kalau takde kene belajar
supaya wujud kemahiran tersebut dalam otak kita.....................

.....proses penyuntingan video.....
Satu lagi bila kita membuat shooting ada ketikanya apa yang kita rancang tidak menjadi
umpamanya bila kita sebagai jurukamera berada dalam keadaan letih. Bukan
jarang shot yang kita buat tiada dalam rakaman sebab....kita tidak
tekan trigger kamera masa membuat rakaman...huhuhu...

Satu lagi yang boleh menyebabkan apa yang kita plan tidak sempurna ialah
apa yang kita plan tersebut diubah ubah oleh orang lain. Dengan lain perkataan
video berkenaan banyak tangan yang terlibat. Bila banyak tangan yang terlibat video tersebut boleh terhasil dalam dua keadaan, satu akan menjadi video CACA MARBA dan 
satu lagi akan menjadi video yang lebih baik dan sempurna daripada apa 
yang kita telah rancangkan...jadi dalam dunia yang  real ni terima je 
la apa yang akan berlaku kalau kita  seorang videographer. 
Namun aku percaya videographer yang rajin, 
pantas berfikir dan sempurna ilmunya tidak akan mengalah............................



.... BERSAMBUNG YER.....




DAUD.montak.zakaria