Sunday, October 23, 2016

...malam sireh pulang ke gagang FPI...

SEMALAM, sabtu, 22 Okt. '16 kami membuat rakaman MCP Majlis Makan
Malam Alumni Fakulti Pengajian Islam di DECTAR.
Semalam amat kurang krew bantuan
cuma Haji Sulimi jer...apa2 pon semua berjalan dengan
lancar dan terima kasih kepada semua krew yang bertugas iaitu sdr. SHAHRUL,
RAMLI, JASRIL, KAMARUL & SULIMI...........................







Ketua Pengarah JAKIM...juga ALUMNI UKM...


Majlis Makan Malam berkenaan telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAKIM yang
merupakan ALUMNI UKM....

Terima kasih kepada semua krew dan terima kasih kerana singgah di sini....

DAUD.montak.zakaria
Hak Cipta

Friday, October 21, 2016

Bengkel MCP Okt. 2016

Pada 19 - 21 Oktober 2016, kami telah mengadakan Bengkel MCP bagi petugas rakaman
Majlis Konvokesyen Ke-44 di Studio UKM. Kami membantu mereka
iaitu krew MCP mengingati segala yang berkaitan
dengan rakaman MCP. Perkara ini
penting terutama menjelang Majlis Konvo Ke-44 
yang akan berlangsung pada 5 - 8 November nanti di DECTAR UKM...
Di bawah ini aku paparkan foto2 sepanjang bengkel berlangsung selama 3 hari berkenaan...































Terima kasih kepada semua yang terlibat dan terima kasih kerana singgah di blog ini....

DAUD.montak.zakaria
HakCipta

Sunday, October 16, 2016

pm di tasik chini...

PADA 14 - 15 Oktober 2016 kami...aku, ramli, shahrul, jasril & kamarul ditugaskan untuk
membuat rakaman video mcp di Pusat Penyelidikan UKM di Tasik Chini
Pahang. Kami bergerak pada 14 Okt. iaitu hari Jumaat.
Aku, Shahrul dan Ramli naik 4WD
dengan membawa semua peralatan MCP. Bergerak jam
8.30 pagi dari PKK di bangunan Penerbit. Sementara Kamarul dan Jasril naik bas
dengan staf yang lain di Bangunan Canselori.





driver terbaik dikalangan yang terbaik....
Kami di bawa melalui Kuala Pilah untuk masuk ke Pahang. Bergerak jam 8.30 pagi dan tiba
di Pusat Penyelidikan UKM Tasik Chini lebih kurang jam 12.30
tengah hari. Pemandu UKM yang membawa kami
ialah En. Jai. Pada aku dia pemandu terbaik dikalangan yang terbaik. Ramah dan
tidak pernah merungut...pujian yang ikhlas ni...sebab aku jarang
memuji manusia melainkan yang terbaik.................


...dah siap pasang di luar ruang pertama tadi....


Tiba di PPTC UKM kami terus buat servey lokasi untuk pasang alat...akhirnya kami pilih pasang alat dalam satu ruang yang kami lihat terdapat alat streaming PTM 
di dalamnya.......tanpa berfikir sebab da letih, kami terus pasang alat 
hingga siap. Selesai pasang alat rasa lega...tiba-tiba........datang manusia tertentu mengatakan  ruang berkenaan hendak digunakan untuk tempat display macam2 benda 
termasuk risalah dan sebagainya.
Apa lagi terpaksalah kami dismantle dan pasang di luar ruang berkenaan..................
kalau ikutkan hati memanglah panas jugak tapi apa nak buat.....buat jerlah...
...kalau dah mentimun jadilah mentimun jer......tunggu jer pulak turn jadi
durian kat akhirat nanti...........................................

ni sedang tunggu pm la niiii.....15 oktober 2016...
....pm datang untuk tanam pokok.....
....baju merah naib canselor ukm...sebelahnya pm....

Selepas pasang alat, kami gerak ke salmah homestay untuk bermalam di sana
selama satu malam. Dapat tempat rehat memang seronok boleh
rehat dan mandi sepuasnya....tapi...tulah, bila
nak mandi air yang keluar dari paip macam ekor tikus atau lebih halus
dari tu...nak mandi tak puas kena tunggu air penuh baldi...
letih menunggu.....Rasanya pemilik homestay ni kena buat sesuatu. Pada pandangan 
aku kalau laki bini nak menginap di sini, dia takkan datang lagi ke homestay ni..
sebab sukar nak mandi wajib...ooopst!

15 Oktober 2016 kami bergerak ke PPTC UKM jam 11.00 pagi...sebelum tu
kami terima whatsapp yang mengatakan ruang yang kami gunakan
tu menghalang jalan kecemasan....ah!...gawat, takkan nak
pindah sekali lagi...semalam tiada siapa pon
bising...kenapa hari ini?
Tiba di sana kami lihat alatan kami dah di alihkan sedikit untuk membuka
ruang jalan kecemasan...ok lah tuuuuu.............................

Sebenarnya tugas kami hari ini ialah untuk merakamkan atau menyalurkan
visual PM SEDANG TANAM POKOK kepada 'live streaming' PTM
untuk dijadikan sebagai panduan kepada beberapa lokasi 
sekitar PPTC untuk serentak menanam pokok bersama PERDANA MENTERI..
Tugas ni taklah berat sangat ponnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....tapiiiiiii....
ohhhhhhh....ooopst!

Aku bertugas bersama RAMLI, SHAHRUL dan JASRIL...
SEMENTARA sdr. Kamarul membuat rakaman ENG, daripada PM keluar kereta
hingga acara akhir iaitu melepaskan anak ikan di jeti Tasik Chini Resort...

Selesai saja tugas kami, semua peralatan dikemaskan dan kami bergerak meninggal
kan PPTC Tasik Chini dan tiba di UKM lebih kurang jam 10.00 malam...

Ermmmmm...nampaknya tiap2 hujung minggu bulan Oktober ni dan awal November
kami sentiasa ada tugas MCP.........

Terima kasih kerana melawat blog ni....

"ukmlivestreaming"

DAUD.montak.zakaria
hak cipta

Saturday, October 8, 2016

....tasik chini...oh...tasik chini....

RASANYA banyak yang aku pernah tulis berkaitan Tasik Chini dalam blog ni...tapi...tak sempat nak semak kembali dalam blog ni....da lama sangat dah...
Antara yang sempat aku semak ialah link ni...


Minggu depan kami akan pi ke Tasik Chini lagi untuk 
membuat rakaman mcp Perasmian Pusat Penyelidikan UKM di
Tasik Chini Pahang oleh PERDANA MENTERI MALAYSIA. Kami akan pergi ke sana 
pada 14 hingga 15 Oktober 2016. Kami akan sediakan visual untuk ditayangkan kepada
beberapa lokasi di sekitar pusat penyelidikan
semasa majlis perasmian.........
Harap tiada sebarang masalah yang akan timbul...InsyaAllah................

pusat penyelidikan ukm, tasik chini...










Minggu ni hingga Konvokesyen UKM...kami sememangnya sibuk....setiap hujung minggu
jugak ada saja tugas yang masuk........


DAUD.montak.zakaria
hak cipta