Tuesday, March 25, 2014

edit...oh...edit

Mulai 27 hingga 31 Mac 2014, aku akan bercuti. Sebelum tu aku siapkan suntingan video
yang ringkas untuk pemohon yang memohon melalui En. HAZRUL.
Video tu aku siapkan hari ini, SELASA, 25 MAC.
Untuk memudahkan cerita, edit versi 40 minit dan 12 minit yang akan
diberikan kepada pelanggan nanti......




AKU juga telah uploadkan video yang telah disunting oleh sdr. SHAHRUL FADLI
ABD. RAHIM.


PROJEK akan datang ialah untuk menerbitkan video berdurasi bawah 10 minit
yang berdasarkan kepada rakaman sdr. KAMARUL dan JASRIL yang
semasa entri ini ditulis, masih berada di KAMPONG CHAM
di KEMBOJA. Harap niat ini berjaya
dilaksanakan.......

...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...khamis ni mula cuti...balik kampung daaa...

DAUD.montak.zakaria

Friday, March 21, 2014

keMBOja...oh...KEmboJA...

Mulai 20 hingga 26 Mac 2014, rakan kami iaitu SDR. KAMARUL dan JASRIL membuat rakaman
perjalanan psebuah program yang diadakan di KEMBOJA. Program tersebut diadakan
di KG. SUAY KHLEANG dan KG. KOH SUTIN di daerah
KG. CHAM di KEMBOJA.


sdr. kamarul baharin...
sdr. jasril amry...

Program tersebut merupakan sebuah program kemasyarakatan di perkampungan muslim
di KEMBOJA. Pelbagai aktiviti yang akan mereka yakni ahli
kumpulan, jalankan di dua buah
kampung muslim tersebut.




Tugas krew video ialah merakamkan segala aktiviti mereka sepanjang berada di perkampungan
berkenaan. Persatuan tersebut minta segala rakaman berkenaan disunting
untuk simpanan mereka. Aku juga berharap akan dapat
menerbitakan sebuah video berdurasi
10 minit dan kalau
bernasib baik, aku akan upload ke YouTube untuk tatapan bersama...



Serba ringkas yang aku tau, penduduk KG. CHAM di KEMBOJA ini berasal dari KERAJAAN 
CHAMPA yang kuat di tengah dan selatan VIETNAM. Pemerintah kerjaan ini menerima 
ISLAM dalam kurun kesebelas masihi. Kerajaan ini sering berperang
dengan VIETNAM. Dihujung pemerintahan kerajaan
ini, mereka telah kalah kepada
VIETNAM dan diusir ke KEMBOJA dan membentuk
penempatan di KG. CHAM hingga hari ini. Orang Islam KG. CHAM
paling hidup tersiksa masa pemerintahan KHMER ROUGH dalam tahun 1970-an.
 iaitu pemerintahan komunis.
Ramai orang ISLAM dibunuh terutama ulamak. Kitab2 termasuk Al Quran dibakar.
Mereka dilarang solat dan disuruh makan yang haram, masjid
dirobohkan dan sebagainya.
Dikatakan sekarang tinggal lebih kurang 400 ribu Melayu Champa di KEMBOJA...
...itulah pemerintahan komunis dan yang seangkatan dengannya
serta juga yang mempunyai pemikiran sebegitu
yang patut kita jauhi........

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria.

Saturday, March 15, 2014

triBUte muZIkal tAn sRi p.rAMLe



MALAM tadi, JUMAAT, 14 Mac 2014, jam 8.00 malam kami membuat rakaman video MCP
'TRIBUTE MUZIKAL TAN SRI P. RAMLEE. Aku pon tak faham berkaitan
program ni, sama ada ia boleh dikatakan sebagai teater atau
teater muzikal atau ada nama2 yang lain.




Persembahan tersebut agak menarik juga dimana setiap babak di selang selikan dengan
sedutan filem2 p. ramlee di layar tayangan sebelum pelakon mengambil alih pentas
untuk melakonkan sedutan daripada filem2 p. ramlee.




Penonton agak ramai jugak yang hadir, rasanya hampir penuh tempat duduk dalam panggung seni di dectar tersebut. Dalam pementasan tersebut lagu-lagu p. ramlee juga
dinyanyikan di pentas. Ada lagu2 yang boleh menegakkan
bulu2 roma bila mendengarnya...




Malam ni agak ramai krew rakaman yang dapat hadir untuk membantu. SDR. YUNUS, ISMA,
JI ( selamat pengantin baru), SULIMI, ROSLI, RUHAIZAD, SHUKRI dan krew
UAV iaitu SHAH, RAMLI, JASRIL dan KAMARUL


TETAMU VVIP yang hadir ialah NAIB CANSELOR, TIMB. NAIB CANSELOR HEPA, 
DATUK WAN HASHIM...dan lain2 pegawai kanan universiti......
Aku akan edit video ni nanti dan seterusnya akan di
upload ke YouTube....tontonlah kalau
nak...tak nak tak apa ponnnn.....................................................................

....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria.

Tuesday, March 11, 2014

Jabatan Pendaftaran Putrajaya

HARI ini, ISNIN, 10 Mac. 14, aku pergi lagi ke JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
di PUTRAJAYA. Sebelum ini aku pernah juga pi ke sini dan
boleh dilihat kembali DI SINI....




....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Wednesday, March 5, 2014

KULIAH UMUM UKM-CESMED



tengah hari...
masih belum mula....
HARI ini, RABU, 5 MAC. kami membuat rakaman MCP 'FORUM, UKM - CESMED' di DECTAR, UKM. Persiapan awal kami lakukan pada jam tengah hari. Saperti tertera 
di bawah, ahli-ahli panel semuanya menarik. Namun yang paling menarik
tentu Pengasas Burger Abang Burn. Tentu kita nak dengar
kata-kata darinya yang mungkin boleh
dicontohi oleh usahawan2
atau mereka yang bercita-cita untuk menjadi usahawan
yang berjaya di masa yang akan datang..............................................................................




Walau pon rakaman ini berbentuk MCP, aku tidak memanggil krew untuk
membantu sebab program ini dijalankan dalam waktu pejabat. Biasanya dalam waktu pejabat
amat sukar untuk mendapat bantuan krew kerana mereka sibuk dengan tugas di pejabat
masing-masing. Jadi kami laksanakanlah tugas tersebut dengan sendiri
....itulah nasib kami yang mungkin tidak semua yang tahu...





Nanti aku akan sunting video ni dan di 'upload' ke YouTube...mungkin ada manfaatnya
untuk semua, sama ada yang dah ada dalam bidang perniagaan
atau yang punyai cita untuk menceburi bidang berkenaan...

......sekian dan terima kasih kerana membaca....
DAUD.montak.zakaria.

Tuesday, March 4, 2014

aNg PoW

SEMALAM, Isnin, 3 Mac 2014, kami membuat rakaman video MAKAN MALAM
SELRETARIAT PESTA ANG POW di DECTAR. Persiapan teknikal
kami lakukan lebih kurang jam 6.00 petang.

sendiri arah sendiri bikin....


Krew bantuan cuma ada dua orang saja yang dapat membantu kami. Jadi agak 
sukar jugak bertugas dengan krew yang terhad. Jurukamera terpaksa 
berdiri agak lama di kamera...lenguh kaki wooooo...


tnc
VVIP yang datang ialah ketua pemuda MCA. Timbalan Naib Canselor juga turut
hadir menyaksikan pelbagai persembahan pada malam berkenaan.
Letih jugak bertugas semalam, pita 3 jam habis dirakam.
Biasanya kami membuat rakaman tak
sampai 3 jam....
Walaupon begitu, o.k lah tu...tugas dapat dijalankan
dengan baik. Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
krew iaitu sdr. SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI, JASRIL, IZAD, YUNUS dan ISMA....
Kerjasama kali memang amat dihargai....terima kasih bebanyak.....

....terima kasih kerana sudi membaca..
DAUD.montak.zakaria





Sunday, March 2, 2014

majLIS ANUgerah seNI Ukm 2013



MALAM ini, Sabtu, 1 Mac 2014, kami membuat rakaman video MCP 'ANUGERAH SENI
UKM 2013. Anugerah ini untuk penggiat seni yang terdiri daripada
pelajar dan kakitangan UKM......




Rasa macam da lama kami tak buat rakaman MCP ni...rindu pon ada, risau pon ada, sebab
da lama tak buat. Macam2 boleh berlaku, mungkin peralatan bermasalah
atau krew ramai yang tak dapat hadir, maklumlah
hari cuti kata kan..............kan.......walaupon gitu, ada krew yang baru kawen
masih sempat datang membantu kami......




Persiapan teknikal kami lakukan lebih awal, pasang kamera dan on kan peralatan dalam
studio ukm. Sib baik peralatan tak berhabuk.......................
Walau bagaimana pon krew agak kurang yang
dapat hadirkan diri....mungkin
sibuk atau mungkin sukar nak 'claim' kut....oooopppsssttt!




Walaupon begitu aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada krew bantuan yang dapat 
membantu kami iaitu SDR. YUNUS, HIDAYAH, ISMA, WAFIY dan HAJI
SULIMI. AKU jugak nak ucapkan banyak giler terima kasih
kepada rakan2 krew iaitu sdr. SHAH, KAM, JASRIL dan RAMLI jugak.....
Nanti bila aku da siap edit video ni, aku akan upload ke YouTube.................................

sekian dan terima kasih kerana membaca....

DAUD.montak.zakaria